Review
Feb 13, 2018, 11:18am

Spa Muslimah di Semenyih Suasana Ala Bali


Spa merupakan tempat yang boleh memberikan ketenangan ketika anda tertekan dan juga untuk anda memanjakan diri anda dengan pelbagai pakej – pakej yang ditawarkan. Masuk sahaja ke dalam spa, perkara pertama yang anda akan perasan adalah bau yang sangat wangi serta persekitaran yang boleh meningkatkan mood anda untuk menjadi lebih tenang dan gembira. Anda boleh memilih pelbagai pakej yang ditawarkan untuk wajah, kulit dan juga badan anda. Rawatan dan juga urutan yang ditawarkan pasti dapat menggembirakan anda.

spa muslimah di semenyih suasana bali

Namun begitu, anda haruslah pandai mencari spa – spa yang boleh membuatkan anda duit anda berbaloi untuk digunakan di spa tersebut. Ada sesetengah spa yang tidak mementingkan kepuasan hati para pelanggan dengan menyediakan tempat yang buruk serta memberikan perkhidmatan yang tidak memuaskan hati. Jadi, untuk memastikan anda tidak menyesal dengan wang yang telah dilabur untuk diri anda sendiri, anda boleh mengikuti tips di bawah untuk mendapatkan spa yang terbaik di kawasan anda.

spa muslimah terbaik di semenyih

8 Tips Untuk Memilih Spa Yang Terbaik

Kebanyakan spa menawarkan pelbagai pakej – pakej yang menarik dan juga tempat yang amat cantik dan menenangkan, tetapi tidak semua dapat memuaskan hati anda. Jadi, anda boleh ikuti tips – tips yang bakal diberikan agar anda dapat memilih spa yang terbaik yang berada di kawasan anda;

tips memilih spa muslimah terbaik di semenyih

  • Suasana Di Dalam Spa Tersebut

Suasana yang berada di dalam spa yang anda pilih memainkan peranan yang amat penting dalam pemilihan spa kerana ia boleh mempengaruhi mood anda. Suasana yang tenang dengan menggunakan tumbuhan semulajadi serta pemilihan warna tanah dapat memberikan anda interaksi dengan suasana semulajadi yang membolehkan anda berasa tenang dan relaks. Minda yang tenang boleh mengurangkan rasa tertekan dan seterusnya membuatkan anda melupakan masalah untuk sementara waktu.

suasana spa muslimah ala bali di semenyih

  • Memeriksa Kebersihan Spa

Spa yang bersih adalah spa yang sentiasa menukar jubah dan tuala yang diberikan kepada pelanggan mereka. Pastikan anda juga tidak lupa memeriksa jenis air yang digunakan kerana air yang tidak bersih boleh memberikan alergi kepada anda. Jubah yang digunakan secara berulang kali juga boleh membuatkan anda terdedah kepada penyakit kulit yang berjangkit jadi pastikan spa yang anda pergi itu menyediakan jubah dan tuala yang kelihatan bersih dan berbau wangi.

suasana spa muslimah ala bali di semenyih yang bersih

  • Lihat Produk Yang Digunakan

Pastikan anda juga memeriksa produk – produk yang digunakan oleh spa tersebut adalah produk yang tidak diragui keselamatannya serta bahan – bahan yang digunakan di dalam produk tersebut adalah selamat. Produk yang terbaik adalah produk yang menggunakan bahan semulajadi dan juga minyak aromaterapi asli yang diekstrak dari tumbuhan. Hal ini kerana produk yang berasaskan bahan semulajadi adalah lebih selamat digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang sensitif.

produk yang digunakan di spa muslimah di semenyih

  • Ahli Terapi Professional

Anda harus memastikan spa tersebut mempunyai ahli terapi professional yang mengetahui tentang selok – belok dunia kecantikan serta memiliki sijil – sijil yang diperlukan untuk memberikan konsultasi tentang kebaikan – kebaikan pakej yang ditawarkan. Ahli terapi tersebut juga perlu menyarankan produk – produk yang sesuai dengan jenis kulit dan juga wajah anda. Ini boleh memberikan spa tersebut kredibiliti dan juga kepercayaan orang ramai untuk mengunjungi spa tersebut.

juruterapi spa muslimah di semenyih

  • Keselamatan

Ciri – ciri keselamatan adalah sesuatu perkara yang tidak boleh diambil mudah sekiranya anda mahu memilih spa yang terbaik di kawasan anda. Spa yang baik pasti mempunyai sijil – sijil dan juga mematuhi ciri – ciri keselamatan yang telah ditetapkan oleh dasar keselamatan Malaysia. Ini adalah untuk memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku ketika anda sedang menggunakan perkhidmatan di spa tersebut. Anda juga boleh bertanyakan tentang peraturan keselematan ketika anda berada di spa sebagai langkah berhati – hati.

spa muslimah di semenyih dijamin selamat

  • Layanan Pekerja – pekerja Spa

Anda pasti mahu membuatkan diri anda gembira ketika menggunakan perkhidmatan di spa jadi anda mahukan pekerja yang boleh membuatkan anda berasa berpuas hati ketika berada di dalam spa tersebut. Oleh itu, dapatkan spa yang menawarkan pekerja yang memberikan layanan yang mesra kepada anda serta dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik ketika anda berada di dalam spa tersebut. Pekerja yang menawarkan layanan yang mesra pelanggan pasti akan membuatkan anda tidak menyesal dengan memilih spa tersebut.

layanan pekerja spa muslimah di semenyih

  • Penggunaan Minyak Aromaterapi

Minyak aromaterapi ataupun lebih dikenali sebagai essential oil merupakan minyak yang boleh meresap ke dalam tubuh badan dan merangsang otak anda untuk berasa lebih tenang atau bertenaga bergantung kepada jenis minyak aromaterapi yang digunakan. Anda boleh memilih spa yang menggunakan minyak aromaterapi untuk mendapatkan mood yang lebih tenang dan juga gembira. Pastikan minyak aromaterapi yang digunakan adalah asli dan diekstrak dari tumbuhan serta tidak dicampur dengan bahan kimia yang lain.

penggunaan minyak aromaterapi di spa muslimah di semenyih

  • Pilih Spa Muslimah

Sekiranya anda adalah wanita yang mementingkan penjagaan aurat dan juga mahu mematuhi syariah ketika mengunjungi spa, anda boleh memilih spa muslimah yang boleh menjaga syariat anda sebagai seorang wanita. Spa muslimah akan memastikan pekerja mereka adalah terdiri dari para wanita dan anda dapat menikmati perkhidmatan spa tanpa rasa ragu – ragu dan juga risau tentang penjagaan aurat anda.

promosi spa muslimah di semenyih

Bali Spa & Salon – Spa Muslimah di Semenyih

Bali Spa & Salon merupakan spa yang terletak di Semenyih dan jika anda mahu mengunjungi spa muslimah yang mempunyai suasana ala Bali, maka Bali Spa & Salon adalah jawapannya. Ia hanya memerlukan anda untuk memandu 40 minit sahaja dari Kuala Lumpur. Mereka menawarkan rawatan – rawatan mewah dari Kerajaan Bali Traditional dan juga menggunakan produk semulajadi yang berkualiti tinggi dalam semua jenis rawatan. Anda juga akan diberikan rawatan oleh ahli terapi yang berkemahiran agar anda berpuas hati.

bali spa salon di semenyih

Antara Rawatan Yang Ditawarkan Oleh Bali Spa & Salon

Diamond Peel + Mesotherapy Facial
Anda boleh mendapatkan rawatan facial 2 in 1 diamond peel dan mesotherapy dengan harga promosi RM199. Harga normal untuk rawatan ini adalah RM 499.

Mesotherapy Facial
Rawatan facial ini boleh membantu untuk mencerahkan, menghidrasikan kulit, anti penuaan, anti kedut dan juga membolehkan kulit anda untuk mendapatkan kolagen. Harga yang ditawarkan adalah RM 129.

Acne Facial (Blue Photon)
Acne facial yang menggunakan blue photon ini boleh membunuh bakteria, menghalang jerawat dari tumbuh dan juga menghalang kulit anda daripada mengalami breakout. Harga yang ditawarkan adalah RM 129 dan harga asal adalah RM 199.

Cleopatra Facial
Dengan harga yang ditawarkan iaitu RM 149, anda juga akan menerima free sauna sempena istimewa hari ibu.

harga perkhidmatan di muslimah spa semenyih - 1

Blackhead Facial
Rawatan ini membolehkan anda untuk mengeluarkan blackhead dan juga whitehead yang berada di dalam kulit wajah anda. Harga yang diberikan adalah RM 129 berbanding harga asal RM 149.

Jacuzzi Herbs
Jacuzzi Herbs menawarkan mandian susu dengan harga RM 59 sahaja. Kulit anda pasti akan menjadi lebih lembut dan cerah dengan mandian susu jacuzzi.

Normal Relaxing Facial
Dapatkan rawatan normal relaxing facial dengan harga RM 39 sahaja.

Bali Relaxing Facial
Dapatkan rawatan facial seperti anda berada di Bali dengan bali relaxing facial dengan harga RM 69.

Bali Relaxing Massage
Jika anda mahu menenangkan diri anda dan juga mengurangkan tekanan, bali relaxing massage adalah rawatan yang ideal untuk anda. Harganya adalah RM69 sahaja.

harga perkhidmatan di muslimah spa semenyih - 2

Kelebihan Memilih Bali Spa & Salon Sebagai Spa Pilihan Anda

Kenapa anda perlu memilih Bali Spa & Salon sebagai spa pilihan anda? Anda boleh melihat jawapannya yang bakal dikongsikan di bawah. Anda boleh melihat kelebihan – kelebihan Bali Spa & Salon dan juga manfaat yang anda boleh dapat sekiranya anda memilih spa ini untuk memberikan rawatan yang terbaik kepada anda.

kelebihan bali spa salon di semenyih

1. Penjimatan Wang

Perkhidmatan – perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bali Spa & Salon adalah amat berpatutan dan membolehkan semua orang untuk merasai suasana spa dan juga rawatan yang mewah. Anda boleh menjimatkan wang anda sekiranya anda mengunjungi Bali Spa & Salon sekarang kerana mereka sedang mengadakan promosi untuk rawatan – rawatan yang ditawarkan. Setiap rawatan yang diberikan mempunyai promosi tersendiri dan ada juga rawatan combo yang ditawarkan dengan harga yang jauh lebih murah.

spa murah di semenyih

2. Tawaran Harian

Sekiranya anda memilih Bali Spa & Salon, anda juga akan menerima tawaran istimewa setiap hari. Mereka memberikan promosi untuk rawatan – rawatan tertentu pada hari – hari yang berlainan. Jadi, untuk anda yang mahukan penjimatan yang lebih berganda, anda boleh memilih hari yang menawarkan promosi untuk rawatan yang anda mahukan. Contohnya, anda boleh pergi ke Bali Spa & Salon pada hari Isnin untuk menikmati tawaran 50% bagi Jacuzzi Milk Bath.

tawaran hebat di bali spa salon semenyih

3. Spa Muslimah

Bali Spa & Salon adalah khas untuk wanita sahaja dan mereka juga menggunakan pekerja wanita dan ini membuatkan ia sebagai salah satu spa muslimah yang mementingkan syariat agama. Anda tidak perlu lagi tercari – cari spa yang menawarkan perkhidmatan untuk wanita kerana Bali Spa & Salon boleh menawarkan spa muslimah khas untuk anda.

spa muslimah yang patuh syariah di semenyih

4. Produk Yang Berkualiti Tinggi

Setiap produk yang digunakan adalah diperbuat daripada bahan – bahan semulajadi dan merupakan ektrak daripada tumbuhan. Produk yang sama digunakan untuk setiap rawatan dan ia juga mempunyai kualiti yang tinggi. Jadi, produk yang digunakan oleh Bali Spa & Salon adalah selamat dan juga tidak akan memberikan sebarang kesan sampingan kepada anda.

perkhidmatan berkualiti di spa muslimah semenyih

5. Rawatan Tradisional Yang Diimport Dari Bali

Apa yang membuatkan Bali Spa & Salon ini lebih istimewa adalah rawatan – rawatan yang ditawarkan adalah diimport dari kerajaan Bali tradisional. Anda akan merasakan pengalaman seolah – olah anda sedang melakukan rawatan di Bali sewaktu anda berada di dalam Bali Spa & Salon. Kaedah – kaedah yang digunakan juga akan memberikan pengalaman yang amat menenangkan serta memuaskan hati.

perkhidmatan dan rawatan diri spa salon dari bali

Testimoni Pelawat – Pelawat Bali Spa & Salon

Anda boleh melihat testimoni – testimoni yang ditinggalkan oleh para pelanggan Bali Spa & Salon seperti di bawah;

rawatan di spa muslimah yang mesra pelanggan

Staf Bali Spa & Salon yang mesra pelanggan

anda pasti berpuas hati dengan spa muslimah di semenyih

Anda pasti akan berpuas hati dengan perkhidmatan Bali Spa & Salon

pasti tersenyum dengan rawatan bali spa salon

Pasti tersenyum gembira setelah anda mendapatkan rawatan dari Bali Spa & Salon

Tempah Rawatan Anda Bersama Bali Spa & Salon Sekarang!

Anda juga patut mencuba rawatan kemanjaan diri di Bali Spa & Salon, Spa Muslimah di Semenyih. Jangan tunggu lama – lama, kesian dekat badan tu nak minta rehat kan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan juga membuat tempahan dengan menghubungi talian di bawah atau melayari Facebook dan Instagram untuk mendapatkan promosi terkini;

complete mawar package

BALI SPA SALON | SPA MUSLIMAH DI SEMENYIH

Hubungi:
Hotline 1: Tekan untuk telefon (017-2329350) | Tekan untuk WhatsApp
Hotline 2: Tekan untuk telefon (011-35035006) | Tekan untuk WhatsApp
Hotline 3: Tekan untuk telefon (013-2197221) | Tekan untuk WhatsApp

Facebook Profile: Spa Bali
Facebook Page: @balispasalon
Instagram: @balispasalon

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: