Insurans
May 20, 2018, 9:24am

Simptom Sakit Tapak Kaki Dan Impaknya Kepada Manusia


Sakit tapak kaki sangat mengganggu kehidupan seharian kita. Lebih-lebih lagi jika ia berlaku sebaik daripada bangun tidur. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan pada masyarakat sehingga ada yang tidak mengendahkannya. Tetapi ada sesetengah keadaan yang akan menyebabkan pesakit berjumpa dengan doktor bagi masalah tersebut terutamanya bila melibatkan kesakitan yang kuat ataupun kesakitan yang kronik.

Simptom Sakit Tapak Kaki Dua

Kaki adalah struktur kompleks yang terdiri daripada 26 tulang, ligamen, tendon dan otot-otot di mana semua bekerjasama untuk memastikan badan boleh bergerak dengan baik. Kaki lebih cenderung untuk mendapat sakit dan kecederaan kerana ia bukan sahaja bertanggungjawab untuk menghasilkan pergerakan bahkan ia harus menyokong atau menampung berat badan anda ketika berjalan setiap hari.

Mari kita lihat gejala sakit tapak kaki.

1. Sakit Di Bahagian Tumit

Simptom Sakit Tapak Kaki Tumit

‘Plantar fasciitis’- seperti yang dijelaskan di atas, ia adalah disebabkan oleh inflamasi yang terjadi di bahagian ligamen halus yang menghubungkan tumit dengan jari-jari kaki di tapak kaki. Selalunya, tapak kaki akan berasa sangat sakit pada waktu pagi apabila bangun daripada tidur.

‘Heel spur’– Ia adalah lebihan tulang yang tumbuh secara tidak normal di bahagian bawah tumit. Ia boleh terjadi apabila anda memakai kasut yang tidak betul saiznya, jalan atau postur badan yang tidak betul atau daripada aktiviti yang lain seperti berlari. Lebihan tulang tersebut akan membuatkan tapak kaki terasa sakit ketika berjalan atau berdiri. Sesiapa yang mempunyai tapak kaki yang rata cenderung untuk mempunyai ‘heel spur’ yang menyakitkan.

‘Stone bruise’/ lebam batu – lebam di bahagian dalam di sekeliling lapisan lemak bagi tumit. Ia terjadi kerana kecederaan impak dan juga boleh terjadi selepas memijak objek yang keras. Rasa sakitnya seperti berjalan di atas batu kerikil dan ia akan sembuh sedikit demi sedikit.

Patah di bahagian tumit – disebabkan oleh kecederaan daripada impak yang tinggi seperti jatuh daripada tempat yang tinggi atau kemalangan kereta. Tulang di bahagian tumit bukan sahaja patah malah ia boleh berkecai. Sakit tumit, lebam, bengkak dan susah untuk berjalan adalah simptom-simptom yang utama.

2. Sakit Di Bahagian Jari-Jari Kaki

Simptom Sakit Tapak Kaki Urat

Gout – Kristal-kristal telah terkumpul di sendi-sendi jari kaki, menyebabkan sakit yang sangat teruk dan bengkak. Kebiasaannya ibu jari kaki yang terlibat.

‘Bunion’ – ia terjadi kerana masalah berkaitan dengan sendi bagi ibu jari kaki dan selalunya terdapat dalam kalangan warga tua. Kasut yang tidak selesa juga boleh menjadi salah satu puncanya.

‘Hammertoe’ – ia terjadi apabila jari kaki yang kedua, ketiga dan keempat melengkung di sendi yang tengah-tengah, membentuk seperti tukul. Ia juga boleh terjadi kerana ketidakseimbangan otot dan kasut yang ketat

‘Metatarsalgia’ – kesakitan ini disebabkan oleh inflamasi yang berdekatan dengan tulang-tulang jari kaki . Memakai kasut yang tidak sesuai saiznya adalah penyebab utama, tetapi ia juga boleh terjadi daripada aktiviti seperti berlari atau melompat.

‘Morton’s neuroma’ – penyakit ini menyebabkan penebalan tisu di sekitar saraf-saraf yang berdekatan dengan bahagian bawah jari kaki. Anda akan terasa sakit dan rasa kebas di bahagian jari kaki. Sangat biasa terjadi dalam kalangan wanita kerana memakai kasut tumit tinggi atau kasut yang ketat.

‘Sesamoiditis’ – ia terjadi apabila tendon di sekeliling tulang sesamoids telah cedera dan membentuk inflamasi. Penyakit ini biasanya dalam kalangan atlet lumba lari dan penari balet.

3. Sakit Di Bahagian Tengah Tapak Kaki

Simptom Sakit Tapak Kaki Tengah

Tapak kaki rata – ia terjadi kerana tulang gerbang/ ‘arch’ telah menjadi rata dan menyebabkan sakit dan lain-lain masalah.

Impak Sakit Tapak Kaki.

Simptom Sakit Tapak Kaki Seluruh

Sakit tapak kaki sudah semestinya menyebakan pelbagai kegiatan harian terganggu. Oleh itu kita seharusnya menjaga tapak kaki dengan baik. Antara impak negative sakit tapak kaki ialah;

  • Rutin seharian terganggu.
  • Tidak boleh berjalan jauh
  • Naik berat badan
  • Menannggung sakit berpanjangan
  • Tidak boleh bediri lama
  • Produtiviti kerja semakin berkurang.

Anda juga boleh mendapat masalah pada kaki, lutut, pinggul atau belakang kerana sakit tapak kaki menbawa kepada perubahan cara berjalan anda.

Rawatan fisioterapi adalah penting untuk mempercepatkan proses penyembuhan, memastikan hasil yang optimum dan mengurangkan kemungkinan sakit berulang.

Fisioterapi akan melakukan penilaian pada kaki anda, membantu anda untuk melegakan kesakitan, meningkatkan fleksibiliti otot, meningkatkan kekuatan otot, juga membantu anda untuk merancang kembali aktiviti harian bila gejala beransur pulih.

Selain daripada langkah pencegahan, anda juga boleh bersiap sedia dengan mendapatakan medical card. Medical card amat penting sekiranya, anda diserang penyakit secara tiba-tiba. Sekursng-kurangnya anda tidak akan terbeban denga kos rawatan yang tinggi.

Dengan adanya AXA eMedic Online Medical Card anda tidak perlu risau lagi!

Simptom Sakit Tapak Kaki Perubatan

Ini akan membantu anda untuk menyelesaikan bebanan anda. Memperkenalkan AXA eMedic, insurans perubatan dalam talian secara kendiri yang pertama di Malaysia yang dibuat khas untuk milenium, dari hanya RM32 sebulan! Hanya tunjukkan kad e-perubatan anda untuk kemasukan hospital tanpa tunai di hospital panel AXA, dan AXA eMedic akan menjaga perbelanjaan hospital, perbelanjaan perubatan dan pembedahan anda untuk merawat penyakit dan kecederaan.

Antara kelebihan AXA eMedic Online Card adalah, ia menanggung:

  • Untuk caj kemudahan bilik rawatan
  • Kos hospital dan pembedahan
  • Rawatan pesakit luar

Sila layari laman sesawang https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview untuk maklumat lebih lanjut.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: