Barangan terpakai dikenali sebagai bundle atau preloved bukan perkara baharu di Malaysia. Ia merujuk kepada aktiviti menjual barangan terpakai atau reject yang dibeli pemborong secara pukal dan dijual kepada pembeli dengan kaedah tawar menawar. Bundle biasaannya dibeli secara pukal dengan harga tertentu, kemudiaanya akan diasingkan mengikut kategori dan nilai barangan tersebut. Semakin mahal harga setiap bungkus barangan bundle tersebut, semakin berkualiti dan bernilai bundle itu.
Barangan dan aksesori berjenama selalunya menjadi pilihan orang muda untuk bergaya sekaligus meningkatkan keyakinan dan penampilan diri. Kini, terdapat pelbagai cara bagi setiap individu untuk bergaya, asalkan mampu tanpa perlu mengeringkan poket, antaranya berbelanja di kedai preloved yang mana barangan berjenama mampu diperoleh dengan harga yang murah.
Ada juga segelintir individu yang suka membeli aksesori berjenama palsu kerana lebih mudah didapati, terutama menerusi penjualan atas talian dan kompleks membeli-belah. Namun, ia tidak berkualiti dan mudah rosak sehingga menimbulkan rasa kurang puas hati. Tambahan pula ada barang tiruan tetapi dijual seperti barang asli. Bukan senang hendak tahu antara asli.dengan tiruan. Berbeza di kedai bundel atau preloved, kerana sudah jelas ia barang terpakai dan tahan lama. Apakah pilihan anda? Adakah anda lebih gemarkan barangan bundle yang berkualiti walaupun sedikit kusam ataupun produk tiruan yang lebuh murah namun kelihatan lebih baharu?
Membeli pakaian atau barangan terpakai bukan sesuatu yang perlu dimalukan pada masa ini. Pakaian preloved atau bundle mempunyai kelompok peminat tersendiri. Walaupun dijual di tepi jalan mahupun di kedai, kelihatan lusuh dan harganya murah, barangan preloved ada keistimewaan, terutama bagi penggemar koleksinya. Ini kerana, barangan preloved dipenuhi barangan terpakai dan semuanya masih cantik dan tidak nampak buruk.
Pernah tak anda lihat situasi di mana peminat barangan preloved sanggup pakai barangan terpakai? Haa, tidak kurang juga yang tidak suka barangan preloved kerana di anggap kotor. Istimewanya barangan preloved ini, walaupun ianya barang terpakai dan agak lusuh, pakaian preloved ini adalah pakaian yang berkualiti tinggi terutama pakaian yang di import dari US. kualiti kain dan jenama barang yang murah menjadi pilihan penggemar barangan preloved. Bayangkan anda boleh merasai barangan berjenama seperti Levis, Polo, Harley Davidson dab banyak lagi dengan harga yang sangat murah.
Babra adalah kedai atau butik preloved yang menjual barangan branded seperti Louis Vuitton, MCM, Gucci, Alviero Martini, Coach dan beberapa jenama lain. Babra hanya menjual barangan yang original sahaja. Nama babra adalah hasil daripada gabungan dua patah perkataan iaitu barang branded dan digabungkan menjadi BABRA. Babra adalah salah satu anak syarikat dari YBS Holdings yang diuruskan oleh saudara Muhammad Solehuddin B Shamsuddin dan merupakan anak syarikat yang paling baru.
Semua pakaian yang dibungkus dalam setiap bundle yang diimport telah diletakkan bahan kimia tertentu untuk membunuh kuman dan mengelakkan penyakit. sebab itu kalau kita pergi ke kedai-kedai bundle yang pakaiannya belum dibasuh, kita boleh cium satu bau yang sama je. ini la bau yang org panggil “bau bundle” Barangan di Babra akan dibasuh terlebih dahulu. Misalnya baju, seluar akan direndam dengan air panas sebelum dibasuh menggunakan sabun. Ini adalah salah satu teknik yang tidak diketahui oleh masyarakat diluar sana untuk menghilangkan kotoran, bau barangan bundle. Di Babra, mereka basuh dan gosok dahulu pakaian preloved sebelum dijual supaya lebih bersih dan cantik. Pelanggan yang datang pun akan rasa lebih selesa kerana pakaian-pakaian ini semua telah bersih dan tidak berbau.
Corak yang unik, design yang menarik, kualiti kain yang lain daripada yang lain, tahan lama, murah dan koleksi terhad. Ini adalah gambaran yang boleh peminat barangan preloved berikan kepada masyarakat diluar sana yang masih belum mengetahui keunikan barangan preloved. Barangan preloved mempunyai peminat-peminat tersendiri tidak kira golongan jantina, umur dan status.
Tidak tertumpu pada pakaian, Babra juga menjual koleksi preloved lain seperti kasut dan beg berjenama mahal seperti Louis Vuitton, MCM, Gucci, Alviero Martini, Coach dan beberapa jenama lain. Bagi masyarakat yang hendak kelihatan cantik, eksklusif dan menggunakan barangan limited edition, tetapi tidak mampu untuk memilikinya, anda harus buang ego mewah anda dan berbelanja mengikut bajet dan bukannya berbelanja mengikut nafsu kerana ukur baju di badan sendiri mampu menyelamatkan anda daripada berbelanja boros dan membazir.
Ramai tidak tahu, barangan preloved ada kalanya menyimpan harta karun yang bernilai tinggi. Bagaimanapun, mereka perlu rajin ‘menyelam’ bagi mendapatkan pakaian yang mungkin dianggap ‘rare’ atau jarang diperoleh. Mempunyai keunikan tersendiri membuatkan barangan preloved sentiasa mendapat tempat di hati masyarakat yang sudah lama taksub terhadap barangan ini. Barangan preloved bukan sahaja mempunyai konsep yang luas dan tidak tertumpu pada sesuatu barangan sahaja.
Bagi individu yang meminati sesuatu yang unik, menarik dan murah, barangan preloved adalah tempat untuk anda merasai nikmat sebenar berbelanja dengan konsep ‘limited edition’ atau terhad. Limited edition dalam konteks preloved yang ditekankan adalah barangan yang dibeli atau diperoleh adalah sangat sukar untuk ditemui, digunakan malah dipakai oleh individu lain kerana sifat barangan preloved sememangnya bersifat satu dan terhad. Tiada barangan bundle yang diulang cetak kerana itulah bundle unik dan mempesonakan.
Menariknya di Babra ini ialah barangannya cuma satu, tahan lama, vintage dan datangnya daripada luar negara. Barangan yang berkualiti tinggi, tetapi dijual dengan harga murah dan sangat berbaloi. Beg tangan daripada luar negara adalah koleksi barangan preloved yang paling ramai gemari kerana berkualiti tinggi dan boleh dimiliki dengan harga yang sangat murah berbanding beli pada harga pasaran. Kebanyakan barangan preloved iaitu kedai barangan pakaian dan aksesori terpakai, bukan sahaja berkualiti tinggi dan vintaj, malah harganya juga berpatutan walaupun kualiti barangan yang di jual tidak sempurna seperti produk baharu.
Barangan preloved bukan hanya diminati oleh golongan bawahan tetapi turut digemari oleh golongan kelas atasan. Hal ini disebabkan, barangan preloved mempunyai nilai sentimental kepada pembeli itu sendiri. Misalnya, seluar jeans Levi’s pernah digunakan oleh artis terkemuka di Barat iaitu ‘ Metallica’, yang masih mempunyai tag official ‘Levi’s Strauss & Co ’ pada seluar jeans tersebut, perkara inilah yang membuatkan peminat-peminat ‘Metallica’ membeli seluar tersebut tanpa berfikir panjang kerana memikirkan jenama dan seluar itu pernah digunakan oleh kumpulan ‘Metallica’. Adakalanya, barangan berjenama sedemikian mampu mencecah ratusan ringgit malah ribuan ringgit, namun masih ada pelanggan yang sanggup membayar pada harga tersebut semata-mata untuk mendapatkan barangan berjenama yang diidamkan.
Kebiasaannya barangan secondhand ni murah jika nak dibandingkan dengan yang baru, melainkan kalau barangan terpakai tu limited edition. Kalau pandai cari, boleh jumpa baju bundle yang masih cantik dan elok untuk dipakai dengan harga semurah RM10 untuk 3 helai. ada juga tempat yang jual RM1 sehelai.
kebiasaannya, barang-barang terpakai terutama vintage stuff, adalah sangat unik dan masih dalam keadaan yang baik. Jadi, risiko untuk pakai barangan sama dengan orang lain adalah sangat tipis. Sesuai untuk anda yang gemar memakai barangan edisi terhad.
Contohnya, anda idamkan barangan seperti beg tangan Louis Vuitton dan harga di pasaran memang mahal hanya orang berduit sahaja mampu membelinya. Tapi dengan adanya barangan preloved di Babra, anda boleh memiliki beg tersebut dengan harga yang sangat murah mengikut jenama dan kualiti.
Berita baiknya, di Babra hanya menjual barangan berjenama yang original sahaja ya. Jadi, anda tidak perlu risau akan kualiti sudah pasti yang terbaik sahaja ada di kedai mereka.
Bagi peminat, keadaan pakaian bukan ukuran kerana yang penting kualitinya. Malah, ada yang sanggup menghabiskan masa lama di tapak bundle semata-mata untuk memilih pakaian terbaik dan menjadikannya sebagai koleksi peribadi. Orang ramai bebas memilih dan tidak perlu berbelanja besar. Dapatkan koleksi anda pula dengan hubungi atau berkunjung sendiri ke Babra di pautan tertera di bawah :
–
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang