Shila Amzah Juara Tempat Pertama Di Asian Wave 2012 yang berlangsung di shanghai, China pada 20 September yang lalu. Pasti ramai yang tahu kan? Tapi ramaikah yang tahu bahawa Shila Amzah Menang RM5 juta dan mahu kahwin bersama kekasih hatinya Sharnaaz Ahmad ? Jeng Jeng Jeng
Pada mulanya Shila Amzah cuma gadis youtube dan popular dengan lagu patah seribu yang kini sudah menjadi juara di peringkat Asian dan antarabangsa. Dalam sekilap mata sahaja Shila Amzah menjadi jutawan malah dengan lebih besar iaitu menjulang dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Tahniah Shila Amzah !
Pada malam final di Asian Wave 2012 Shila Amzah mempersembahkan 3 lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin. Pasti ada rakan yang tertinggalkan untuk menonton VIDEO Shila Amzah nyanyi mandarin kan ? Tapi sebelum itu apa kata kita menonton dulu video Shila Amzah nyanyi lagu GRENADE di Final Asian Wave membawa gelaran Juara
MasyaAllah, PH juga turut merasa gembira menonton video di atas. Syukur Alhamdulillah shila melafazkan 🙂 Sebenarnya, Kemenangan ini adalah kemenangan semua penyokong #Shilalas buat Shila Amzah yang tak putus-putus mengundi Shila Amzah 🙂
Shila Amzah Nyanyi Lagu Mandarin
Shila Amzah ditemani oleh ibu bapanya, ND Lala dan Fauziah Sarman serta orang kuat PRISM, Ong Peng Chu sepanjang berada di Shanghai. Shila Amzah menyifatkan kejayaan ini adalah pencapaian tertinggi sepanjang 12 tahun kerjaya seninya.
“Alhamdulilah atas rezeki ini. Saya ucapkan terima kasih kepada Peng Chu atas peluang berharga ini juga kepada ibu baoa serta keluarga yang tak jemu menykong karier seni saya. Tak ketinggalan buat #Shilalas (Kelab Peminat Shila Amzah) kerana tak henti-henti mendoakan yang terbaik.”
“Saya amat gementar untuk meneruskan perjuangan pada peringkat final tetapi saya sentiasa terapkan semangat melakukan yang terbaik untuk Malaysia tercinta.
“Pada dasarnya peserta yang berentap dengan saya datang dari latar belakang genre muzik yang berbeza. Semuanya cukup luar biasa dan popular di negara masing-masing. Pengalaman ini cukup bermakna buat saya. Malah, saya sendiri baru tahu lagu Zeng Fu sebenarnya bermaksud menakluk dan ia menjadi simbolik kepada kejayaan ini.” – Budiey.com
Haa, Jadi apakah benar Shila Amzah Menang RM5 Juta Mahu Kahwin dengan Sharnaaz Ahmad ? itu kena tanya tuan badan sendiri 😛
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang