Review
May 21, 2017, 11:10pm

Sewa Mesin Fototerapi Demam Kuning (Jaundice)


  •  
  •  
  •  
  •  

Bayi yang baru lahir memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di luar tubuh ibu. Sistem antibodi bayi sebaik sahaja dilahirkan masih lemah. Ini menyebabkan bayi sangat sensitif dengan serangan bakteria dan virus. Bayi sangat senang diserang sakit seperti demam dan selesema. Yang tak seronoknya, bila bayi sakit, dia mula rasa tak selesa. Bila tak selesa, mulalah meragam. Bila meragam, ibu bapa juga susah.

Sewa Mesin Fototerapi Deman Kuning

Bayi baru lahir mudah terdedah kepada Jaundis

Antara penyakit yang biasa dialami oleh bayi selepas dilahirkan adalah penyakit demam kuning atau Jaundis. Penyakit demam kuning sebenarnya satu keadaan yang normal kalau ia terjadi 2 atau 3 hari selepas lahir. Biasanya, jaundis akan hilang selepas 2 minggu. Namun begitu, demam kuning boleh dianggap bahaya jika ia terjadi sebaik sahaja bayi dilahirkan kerana ia menunjukkan abnormaliti pada organ hati. Ataupun, kalau kekuningan itu terlalu kuat seolah-olah bayi dilumurkan kunyit.

Penyebab Terjadinya Penyakit Kuning

Penyakit demam kuning terjadi apabila proses Bilirubin yang bercampur dengan hempedu yang hendak dikeluarkan daripada tubuh badan melalui air kencing dan najis terganggu. Apabila proses ini terhalang, Bilirubin akan mengambil masa untuk masuk ke hati atau saluran hempedu, lalu menyebabkannya mendap di dalam darah. Mendapan inilah yang menyebabkan penyakit demam kuning.

Tanda-tanda Bayi Diserang Penyakit Demam Kuning

Bayi yang diserang demam kuning akan menunjukkan tanda-tanda pada beberapa bahagian badan. Semakin pekat warna kuning yang ditunjukkan, semakin teruk demam kuning yang dialami oleh bayi.

  • Kulit,  sklera (bahagian putih pada mata), dada, membran mukosa hidung dan mulut menjadi kekuningan
  • Urine menjadi keruh atau gelap
  • Najis menjadi berwarna pucat

Fototerapi, Rawatan Untuk Demam Kuning Bayi

Walaupun jaundis boleh dianggap sangat biasa dan tidak begitu bahaya, langkah-langkah mengubati penyakit ini tetap perlu diambil. Yelah, kita tak tahu sama ada penyakit kuning itu akan berterusan berapa lama. Kalau dibiarkan, takut melarat pula. Penyelesaian kepada masalah ini yang biasanya diambil oleh pihak hospital adalah penggunaan mesin fototerapi.

fototerapi rawatan Sewa Mesin Fototerapi Deman Kuning

Fototerapi adalah kaedah saintifik untuk merawat penyakit kuning atau Jaundice

Fototerapi berfungsi dengan menurunkan kadar serum bilirubin pada neonatus supaya ke paras normal. Lampu fototerapi berfungsi dengan menghasilkan gelombang unik bagi memecahkan bilirubin dalam tubuh bayi. Ia akan menghasilkan isomerisasi bilirubin indirect yang mudah larut di dalam plasma darah supaya lebih mudah diserap ke dalam saluran hempedu.

Dengan ini, pengeluaran cairan hempedu akan bertambah dan seterusnya meningkatkan pergerakan peristalsis usus. Proses peristalsis yang lebih aktif akan memudahkan bilirubin keluar dari sistem badan melalui najis.

Apabila bayi menghidap demam kuning, pihak hospital akan menahannya di hospital untuk menjalani rawatan fototerapi. Ini menyebabkan ibu yang baru bersalin terpaksa berulang-alik dari rumah ke hospital setiap hari untuk menjaga dan menyusukan bayi. Kalau suami kerja, si ibu terpaksalah pergi sendiri dengan teksi atau memandu kereta.

bayi-jaundice-dan-rawatan Sewa Mesin Fototerapi Deman Kuning

Bayi akan ditahan selama beberapa hari di wad untuk menjalani rawatan.

Saya sendiri tidak dapat bayangkan pengorbanan seorang ibu yang terpaksa menahan sakit daripada luka bersalin dan bersusah payah bergerak ke sana ke mari dalam tempoh berpantang. Masalahnya, para ibu tiada pilihan lain kerana mesin fototerapi terdapat di hospital sahaja. Kan bagus kalau mesin fototerapi ini boleh diletakkan di rumah. Bolehlah ibu menjaga dan menyusu bagi di rumah. Tiadakah cara untuk mengadakan mesin fototerapi itu di rumah? Jeng jeng jeng!

Mesin Fototerapi Kini Boleh Disewa dengan Bluelite Malaysia

Pilihan itu ada! Sekarang, terdapat servis sewa mesin fototerapi yang dijalankan oleh Bluelite Malaysia. Servis sewa mesin fototerapi oleh Bluelite Malaysia membekalkan mesin fototerapi di rumah dengan fungsi yang sama seperti mesin fototerapi di hospital iaitu untuk merawat bayi jaundis. Syarikat ini merupakan satu-satunya syarikat mesin fototerapi yang berdaftar dengan Medical Device Authority atau MDA dengan nombor persijilan ISO13485.

bluelite-mendapat-pensijilan-ISO13485

Servis home phototherapy ini sebenarnya sudah beroperasi dari tahun 2001 bermula di Kuala Lumpur dan kini beroperasi di bahagian Utara. Mereka menggunakan mesin buatan Malaysia yang berkelulusan SIRIM IEC60601. Setiap mesin fototerapi yang digunakan diuji secara klinikal untuk memastikan keberkesannya dan keselamatan bayi yang melalui proses rawatan.

bluelite-mesin-fototerapi-jaundice

Mesin Fototerapi Bluelite mendapat pengiktirafan kualiti dari SIRIM

Setiap peralatan yang digunakan di Bluelite diservis bagi mendapatkan gelombang yang bersesuaian dengan bayi iaitu antara 1300-1800 microwatt per cm persegi. Sepanjang kewujudan Bluelite Malaysia, sudah lebih daripada 8000 bayi sudah dirawat.

Kelebihan Menggunakan Mesin Fototerapi di Rumah

bayi-dibawah-sinaran-uv

Kaedah tradisional rawatan jaundice dengan menjemur di bawah sinaran matahari di waktu pagi

Apabila kita melakukan sesuatu, kita pastinya berharap untuk melakukannya dengan keselesaan seperti di rumah. Inilah yang para ibu akan rasakan apabila mempunyai mesin fototerapi di rumah untuk merawat bayi yang menghidap demam kuning.

  • Bayi  akan mendapatkan rawatan dengan lebih selesa di rumah.
  • Ibu tidak perlu berpisah lama dengan bayi baru lahir.
  • Ibu boleh menyusukan bayi dengan lebih mudah.
  • Harga sewa lebih menjimatkan berbanding bayaran servis di hospital swasta.
  • Tidak perlu menghadapi tekanan di hospital kerajaan.
  • Caranya mudah, selamat dan berkesan.

Testimoni Pengguna Sewa Mesin Fototerapi Demam Kuning Bluelite Malaysia

Sudah ramai yang berjaya merawat bayi mereka yang demam kuning menggunakan mesin fototerapi Bluelite Malaysia. Jom kita lihat apa kata mereka.

rawatan-jaundice-dirumah

Bacaan menurun selepas 3 hari

bayi-dibawah-sinaran-uv Tak dapat berkepit di rumah pun dah rasa sedih kan?
penjagaan-bayi-semasa-penyakit-kuning

Amat mudah menyewa mesin ini kerana boleh memantau anak sepanjang masa

bacaan-menurun-dengan-mesin-bluelite

Alhamdulillah,
semakin baik selepas rawatan foterapi

kesan-positif-rawatan-fotorapi

Keadaan bayi semakin positif untuk sembuh

Harga Pakej Sewa Mesin Fototerapi Demam Kuning dengan Bluelite Malaysia

Berikut adalah kadar sewaan (promosi) dari Bluelite Malaysia.

RM395 untuk 3 hari 2 malam

RM485 untuk 4 hari 3 malam

kadar-sewa-mesin-fototerapi-bluelite

Kadar sewaan mesin Fototerapi untuk radius 30 km daripada pejabat Bluelite terdekat

Harga termasuk dengan kos penghantaran mesin fototerapi ke rumah, pemasangan mesin dan pengambilan semula mesin.

Harga pakej ini adalah untuk kawasan sekitar 30 km dari Bandar Perda, Pulau Pinang dan Kelana Jawa, Lembah Kelang sahaja. Untuk kawasan di luar lingkungan termasuk di Perak, Pulau Pinang hingga ke Alor Setar, surcaj akan dikenakan.

Hubungi Bluelite Malaysia Untuk Sewa Mesin Fototerapi Demam Kuning di Rumah

Artikel Ini Untuk Sewa Review Hubungi Profhariz.com Sekarang!

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!

Whatsapp Layari Website

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!