Review
Feb 1, 2019, 1:13pm

Sewa Kereta Murah Di Kota Kinabalu Dari RM56 Sehari


Kota Kinabalu, ibu negeri bagi negeri Sabah, merupakan sebuah bandar moden dan pesat membangun. Salah satu daripada 13 negeri di negara Malaysia, negeri Sabah, juga dikenali sebagai Negeri Di Bawah Bayu, merupakan negeri yang terletak di barat laut Kepulauan Borneo. Anda pasti kenal Gunung Kinabalu, gunung yang tertinggi di seluruh Malaysia dan kebanggaan negeri Sabah. Tapi tahukah anda terdapat juga tempat-tempat menarik lain yang anda boleh kunjungi di Kota Kinabalu?

Sewa Kereta Murah Di Kota Kinabalu Dari RM56 Sehari

Pelbagai aktiviti yang anda boleh lakukan di Kota Kinabalu, antaranya mengunjungi Rumah Terbalik di Tamparuli, melihat monyet-monyet proboscis (proboscis monkey) di waktu pagi dan kelip-kelip di waktu malam di Sungai Garama, Tanjung Simpang Mengayau di Kudat (30km dari Kota Kinabalu) di mana anda berpeluang untuk melihat ombak Laut Cina Selatan dan ombak Laut Sulu bertembung.

pantai menarik di kota kinabalu

Tak lupa juga sekiranya anda mengunjungi Kota Kinabalu dalam bulan Jun atau Julai, jangan lupa untuk mengunjungi Sunset Music Festival, satu-satunya persembahan musik klasik yang bertempat di Tanjung Simpang Mengayau. Anda juga boleh mengunjungi dan menetap di Rumah Panjang Rungus di Kampung Bavanggazo. Banyak tempat sebenarnya yang anda boleh kunjungi di Kota Kinabalu.

Sewa Kereta Murah Di Kota Kinabalu Dari RM56 Sehari

Untuk melawat ke tempat-tempat berikut sudah pasti anda memerlukan pengangkutan yang senang dan mudah bagi anda serta keluarga anda atau rakan-rakan anda berjalan-jalan di sekitar Kota Kinabalu. Sejak dua menjak ini kereta sewa menjadi pilihan yang tepat bagi anda yang berkunjung ke Kota Kinabalu dan anda memerlukan kereta sewa untuk pergi ke tempat yang anda ingin tuju. Pastinya and akan tercari-cari di manakah anda boleh mendapatkan perkhidmatan sewa kereta yang murah dan berpatutan di Kota Kinabalu ya?

Sewa Kereta Murah Di Kota Kinabalu Dari RM56 Sehari

Syarikat N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd adalah satu-satunya syarikat yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa dengan harga yang amat murah dan berpatutan, dari hanya RM56 sehari. Ia menawarkan kereta sewa yang cukup tip top dari segi keadaan / kondisi kereta, keselesaan, kebersihan, keselamatan dan juga prestasi kereta yang mantap. Anda boleh memilih pelbagai jenis kereta sama ada kereta berjenis compact, sedan, MPV, van dan sebagainya, mengikut citarasa dan kehendak anda.

Helzy Ret A Car and Travel Sdn Bhd Sewa Kereta Murah Di Kota Kinabalu Dari RM56 Sehari

Bagi anda yang hendak ke Kota Kinabalu semata-mata untuk tujuan pekerjaan atau bisnes, mungkin lebih sesuai sekiranya anda memilih kereta berjenis comapct atau sedan, lebih-lebih lagi sekiranya anda berseorangan atau dengan beberapa orang rakan. Model-model kereta kami yang terdiri daripada kereta-kereta berjenama Proton dan Perodua seperti Saga, Bezza, Myvi dan Viva, rata-ratanya mempunyai kebaikan di mana penggunaan petrol dapat dijimatkan secara maksimum dan saiz kereta yang tidak terlalu besar memudahkan anda untuk memandu di sekitar Kota Kinabalu.

Helzy Ret A Car and Travel Sdn Bhd Sewa Kereta Murah Di Kota Kinabalu Dari RM56 Sehari

Sebaliknya, sekiranya anda travel bersama keluarga atau bersama kumpulan kecil dan tujuan anda datang ke Kota Kinabalu adalah untuk bercuti, maka seeloknya anda mencari kereta sewa yang terdiri dari jenis MPV atau minivan bergantung kepada kehendak dan bajet anda. Nyata sekiranya anda memperoleh kereta yang sesuai, percutian anda akan menjadi lebih selesa kerana anda bersama rakan-rakan anda atau keluarga ada akan dapat menikmati percutian anda dengan pemanduan yang selesa dan nyaman. Tambahan pula, salah satu kebaikan menyewa kereta yang besar adalah ia memberikan anda ruang dalam kereta yang luas, sesuai bagi anda yang kuat bershopping!

pakej percutian murah di kota kinabalu

Sekiranya anda mahukan kelainan, syarikat ini juga ada kereta pacuan empat roda yang mana anda boleh manfaatkan sekiranya anda ingin menjelajah negeri Sabah dengan lebih mendalam, bukan setakat Kota Kinabalu sahaja tetapi lokasi-lokasi yang menarik yang mungkin lebih sesuai menggunakan kereta pacuan empat roda.

sewa kereta murah di kota kinablau

Anda boleh menyewa kereta dengan harga yang murah dan berpatutan dari hanya RM56 sehari. Anda boleh juga menyewa secara harian, mingguan mahupun bulanan, tidak kira untuk tujuan pekerjaan, perniagaan, mahupun untuk tujuan percutian. Sesuai untuk tujuan peribadi atau untuk tujuan korporat, anda akan pasti yang anda mendapat perkhidmatan sewa kereta yang murah di Kota Kinabalu.

Helzy Ret A Car and Travel Sdn Bhd Sewa Kereta Murah Di Kota Kinabalu Dari RM56 Sehari

Jenis-jenis Kereta Sewa Kereta Murah Di Kota Kinabalu

Berikut adalah antara kereta-kereta sewa yang anda boleh dapati di syarikat ini yang menawarkan sewa kereta murah di Kota Kinabalu dari RM56 sehari. Mari kita lihat pakah jenis-jenis atau jenama-jenama kereta yang ditawarkan.

perodua axia
Perodua Axia (A)
Harian: RM 120
Mingguan: RM 720
Bulanan: RM 1,680 (RM56 sehari)

Siapa yang tak kenal Perodua Axia? Dengan saiz ruang dalam yang setanding dengan Perodua Myvi dan juga digabungkan dengan pemanduan yang selesa, ia menjadi piiihan golongan pertengahan umur ataupun dengan mereka yang mempunyai keluarga yang kecil. Dengan rekabentuk yang menarik dan mampu dapat membawa 4 orang dengan selesa, siapa yang tak minat dengan Perodua Axia ni kan.

perodua myvi sewa murah sabah

Proton Myvi (A)
Harian: RM 130
Mingguan: RM 780
Bulanan: RM 1,820

Perodua Myvi merupakan kereta yang mampu membawa 5 orang dengan amat selesa, juga merupakan kereta yang amat jimat minyak, namun ia tidak terlalu besar dan terlalu kecil, sesuai dan selesa untuk dibawa kemana-mana sahaja. Juga ia mempunyai ruang but yang luas untuk anda yang suka bershopping. Sesuallah bagi anda untuk anda membawa barang-barang yang banyak dengan kereta ini.

proton saga flx sabah murah

Proton Saga FLX (A)
Harian: RM 130
Mingguan: RM 780
Bulanan: RM 1,820

Siapa yang tak kenal Proton Saga? Kereta sedan ini telah menjadi kereta yang amat diminati ramai kerana ia sesuai untuk membawa keluarga yang kecil, dengan menawarkan tempat duduk yang selesa untuk seisi keluarga dan juga antara kereta yang jimat minyak. Sesuai untuk dibawa bershopping.

Perodua Bezza Sewa Kereta Murah Di Kota Kinabalu Dari RM56 Sehari
Perodua Bezza
Harian: RM 140
Mingguan: RM 840
Bulanan: RM 1,960

Kereta yang jimat minyak sehingga mampu mencapai 20km seliter. Antara pilihan bijak bagi mereka yang mahukan kereta sedan tetapi dengan penjimatan seperti membawa kereta Perodua Viva.

 

Perodua Alza Sewa Kereta Murah Di Kota Kinabalu Dari RM56 SehariPerodua Alza (A)
Harian:
RM 190
Mingguan: RM 1,140
Bulanan: RM 2,550

Salah satu daripada kereta-kereta bersifat MPV entry-level yang menjadi kegemaran ramai, Perodua Alza sesuai untuk anda yang mempunyai keluarga yang sederhana besar atau membawa rakan-rakan anda untuk travel bersama-sama anda. Kereta ini mampu membawa sehingga 7 penumpang, ia merupakan pilihan yang sesuai bagi anda yang mementingkan bajet serta penjimatan penggunaan petrol.

toyota avanza kereta sewa sabah

Toyota Avanza (A)
Harian: RM 220
Mingguan: RM 1,320
Bulanan: RM 3,080

Toyota Avanza setara dengan perodua Alza bercirikan MPV tetapi dengan saiz kereta yang tidak begitu besar membuatkan ia selesa untuk dipandu dan pada yang sama boleh membawa muatan yang banyak, tidak kira untuk membawa penumpang ramai atau membawa barang-barang.

Toyota Innova Sewa Kereta Murah Di Kota Kinabalu Dari RM56 Sehari
Toyota Innova (A)
Harian: RM 260
Mingguan: RM 1,560
Bulanan: RM 3,640

Toyota Innova adalah mirip dengan Proton Exora dari segi fungsi dan saiz, sesuai untuk dibawa sekirannya membawa kumupulan kecil. Dapat memuatkan sehingga 7 penumpang dengan selesa dan dilengkapi dengan ciri-ciri pembanduan yang mantap dan kemas.

Hilux Revo Sewa Kereta Murah Di Kota Kinabalu Dari RM56 Sehari
Hilux Revo (A)
Harian: RM350
Mingguan: RM2,100
Bulanan: RM4,600

Satu-satunya kereta sewa yang lasak berbentuk pickup dengan pacuan 4 roda dan pada yang sama boleh membawa sehingga 5 penumpang, ini adalah pilihan yang tepat sekiranya and ingin merantau di tempat-tempat di mana pacuan 4 roda adalah diperlukan, seperti di kawasan pendalaman mahupun di kawasan berbukit / bergunung.

Kelebihan Menggunakan Perkhidmatan N Helzy Rent a Car & Travel

Jika anda masih teragak – agak untuk dapatkan kereta sewa Kota Kinabalu dari syarikat ini, anda boleh melihat kelebihan – kelebihan yang boleh dinikmati sekiranya anda menyewa dari syarikat ini Berikut adalah kelebihan – kelebihan tersebut sekiranya anda menempah kereta secara atas talian;

  • Harga Berbeza Mengikut Tempahan

nhelzy kota kinabalu kereta sewa

Harga yang dikenakan oleh N Helzy Rent A Car & Travel adalah amat berpatutan dan sudah semestinya berbeza mengikut tempahan harian, mingguan dan bulanan. Anda akan terus mendapat diskaun untuk tempahan 3-6 hari sewaan. Jadi, kereta sewa Kota Kinabalu di N Helzy Rent A Car & Travel ini bukan sahaja boleh digunakan untuk tujuan melancong, malah ia juga boleh digunakan untuk tujuan kerja ataupun kursus di negeri Sabah.

  • Bayaran Deposit Sahaja Dikenakan

booking kereta sewa kota kinabalu deposit

Anda hanya perlu membayar wang deposit untuk mengesahkan tempahan anda agar N Helzy Rent A Car & Travel dapat memastikan kenderaan yang ditempah. Anda tidak perlu membayar secara penuh sekiranya anda masih teragak – agak untuk menyewa. Contohnya, jika anda mahu menyewa kereta Axia, anda hanya perlu membayar RM50 dan selebihnya boleh dibayar ketika anda mahu mengambil kereta tersebut.

  • Cara Pembayaran Yang Fleksibel

kadar sewa kereta kota kinabalu flexible

N Helzy Rent A Car & Travel menerima pelbagai jenis bayaran yang bukan sahaja berbentuk tunai. Sekarang ini, anda boleh membayar dengan menggunakan Online Transfer (CIMBClicks, Maybank2u, Bank Islam dan banyak lagi) dan anda juga boleh menggunakan Kad Kredit. Maka, anda tidak perlu membawa wang tunai yang banyak di dalam tangan anda kerana cara pembayaran kereta sewa Kota Kinabalu yang mudah.

  • Kereta Yang Baru Dan Diservis Dengan Baik

kereta sewa baru di kota kinabalu

Setiap kenderaan yang ditawarkan oleh N Helzy Rent A Car & Travel sudah semestinya mempunyai kondisi yang baik, bersih, selesa, selamat dan prestasi kereta yang mantap. Anda akan mempunyai pengalaman yang baik dan selesa jika anda menggunakan kereta dari syarikat ini. Keluarga anda juga pasti akan menyukai kereta sewa Kota Kinabalu dari N Helzy Rent A Car & Travel.

  • Cara Tempahan Yang Mudah

tempahan secara online kereta sewa sabah

Tempahan kereta sewa Kota Kinabalu melalui N Helzy Rent A Car & Travel adalah amat mudah kerana ia menggunakan sistem tempahan atas talian. Anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk menelefon atau ke pejabat mereka untuk menempah kereta yang diingini. Malah, tempahan secara online akan diberikan diskaun mengikut tempahan anda. Anda boleh menempah melalui laman web mereka dan masukkan kod baucar diskaun ‘profhariz’ yang bernilai RM20. Tempahan 3 hari ke atas akan diberikan tambahan diskaun sebanyak 5%.

  • Diskaun Mengikut Jumlah Hari Tempahan

diskaun untuk sewaan lebih lama

N Helzy Rent A Car & Travel bukan sahaja menyediakan tempahan untuk harian, mingguan dan bulanan, malah anda juga akan menerima diskaun yang amat hebat mengikut tempahan yang dibuat. Berikut adalah diskaun yang ditawarkan oleh N Helzy Rent A Car & Travel;

  • 3 – 6 Hari – 5%
  • 7 – 9 Hari – 15%
  • 10 – 15 Hari – 20%
  • 16 – 20 Hari – 30%
  • 21 – 25 Hari  – 40%
  • 26 – 30 Hari – 50%
  • Driver Yang Cekap

driver kereta sewa sabah kota kinabalu

Bagi anda yang memerlukan perkhidmatan chauffeur atau pemandu, N Helzy Rent A Car & Travel juga ada menyediakan servis tersebut. Anda hanya perlu memberitahu tempat – tempat yang anda ingin lawati dan pemandu mereka akan memenuhi permintaan anda. Pemandu mereka adalah terlatih dan akan memandu dengan berhemah ketika berada di jalan raya.

  • Perkhidmatan Terbaik

kereta sewa sabah terbaik

Perkhidmatan yang diberikan oleh N Helzy Rent A Car & Travel adalah dijamin terbaik dan ramai pelanggan yang mengakui tentang kecekapan mereka dalam melayan kehendak pelanggan. Kepuasan pelanggan adalah perkara utama yang mereka pentingkan dalam memberikan servis kepada para penyewa kereta. Para pelanggan juga menjadikan N Helzy Rent A Car & Travel sebagai pilihan utama mereka ketika mendapatkan servis kereta sewa.

Cara Untuk Membuat Tempahan

Proses tempahan kereta dari N Helzy Rent A Car & Travel adalah amat mudah dan akan membolehkan anda untuk mendapatkan kenderaan yang diingini dengan lancar. Berikut adalah cara untuk membuat tempahan kenderaan dengan N Helzy Rent A Car & Travel;

  • Pilih tarikh yang diingini dan lokasi untuk mengambil kereta
  • Senarai kereta untuk disewa akan dipaparkan. Pilih kereta yang anda mahukan dan klik ‘BOOK NOW’.
  • Anda boleh memilih ‘add – ons’ (boleh dipilih). Jika anda tidak berminat untuk menambah apa – apa add – ons, maka anda boleh menekan butang ‘continue’.
  • Isikan butiran anda seperti nama, email dan sebagainya.
  • Semak tempahan anda. Jika anda perlu menambah atau menukar  apa – apa butiran, anda boleh menekan butang ‘edit’.
  • Lakukan pembayaran. Anda akan dibawa ke billplz untuk anda membayar deposit.
  • Lengkap. Simpan number tempahan anda dan anda boleh menyewa kereta dari N Helzy Rent A Car & Travel.

Terma dan Syarat N Helzy Rent A Car & Travel

Berikut adalah terma dan syarat yang diberikan oleh N Helzy Rent A Car & Travel agar perjalanan anda menjadi lebih mudah dan lancar.

  1. Kadar sewa kereta dikira secara harian/mingguan/bulanan. Bagaimanapun, lebihan satu jam akan diberikan untuk anda mengembalikan kereta tersebut.
  2. Jam yang seterusnya akan dikenakan cas 10% harian setiap jam. Penggunaan lebih dari 6 jam akan dikira sebagai sewaan harian. Kadar yang dikenakan boleh ditukar tanpa notis.
  3. Kadar yang dikenakan termasuk perlindungan penuh terhadap kerosakan yang tidak disengajakan oleh pihak ketiga dan juga kecederaan badan. Bagaimanapun, penyewa perlu bertanggungjawab untuk jumlah yang dikenakan adalah tidak lebih dari jumlah seperti di bawah;
    • A – Below 1000cc – RM 1,500
    • B – 1001 – 1300cc – RM 2,000
    • C – 1301 – 1500cc – RM 2,500
    • D – 1501 – 2000cc – RM 3,000
    • E – 2001cc dan ke atas – RM 5,000
  4. Penyewa bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang disebabkan oleh kesalahan undang – undang, kecuaian, tayar pancit, tayar pecah, kebocoran minyak petrol, kekurangan elektrik disebabkan terlupa menutup alatan elektrik, kehilangan atau kerosakan aksesori kenderaan dan kerosakan tingkap, cermin dan bahagian bawah kereta.
  5. Jika kemalangan atau kerosakan terjadi disebabkan oleh kereta pihak ketiga, maka penyewa bertanggungjawab untuk mendapatkan butiran kenderaan pihak ketiga seperti  nombor pendaftaran kenderaan, nama pemandu dan nombor lesen pemandu. Jika insurans tidak dapat diberikan oleh insurans pihak ketiga, maka penyewa perlu membayar segala kerosakan seperti yang telah disebut di terma dan syarat nombor 3.
  6. Penyewa perlu memberitahu syarikat kami dan membuat laporan polis dalam masa 24 jam dari waktu kemalangan atau dari masa anda menyedari tentang kemalangan dan kerosakan untuk ditulis di dalam laporan polis.
  7. Penyewa bertanggungjawab untuk membayar semua cas meletak kereta atau saman dari trafik/JPJ/DBKK ketika kenderaan tersebut masih berada di dalam sewaan anda.
  8. Tiada pulangan wang untuk pembatalan/perubahan. Perubahan tarikh atau kenderaan adalah mengikut kepada ketersediaan.
  9. Kawasan sewaan adalah radius 200km dari Kota Kinabalu. Panduan yang melebihi 200km dari Kota Kinabalu akan dikenakan cas RM200 dan ia mengikut kebenaran dari syarikat.
  10. Surcaj akan dikenakan jika memandu lebih dari kawasan Kota Kinabalu.
  11. Caj pertemuan lambat
    RM10 – RM20
    Jam 21.00 – 23.30 : RM10 akan dicaj
    Jam 23.31 – 06.00 : RM20 akan dicaj

Tips Untuk Menggunakan Perkhidmatan Kereta Sewa di Kota Kinabalu

Sekiranya anda berada di kawasan berdekatan Kota Kinabalu, anda boleh menggunakan tips – tips tersebut untuk menggunakan perkhidmatan kereta sewa di kawasan ini. Tips – tips ini juga boleh digunakan tidak kira di mana sahaja anda  berada sekiranya anda mahu menggunakan kereta sewa.

1. Hubungi Syarikat Kereta Sewa Tersebut

Anda pasti akan mendapatkan nombor telefon yang dipaparkan di dalam media sosial syarikat kereta sewa tersebut. Anda boleh menyalin atau menggunakan link yang diberikan untuk menghubungi syarikat kereta sewa tersebut. Sahkan bahawa nombor yang diberikan adalah nombor syarikat kereta sewa yang anda ingini. Hal ini perlu dilakukan kerana kadangkala nombor yang diberikan adalah silap dan ini akan memberikan masalah kepada anda pada hari anda mahu menyewa kereta yang anda mahukan dari syarikat tersebut.

2. Beri Maklumat Untuk Sewaan Anda

Setelah anda menghubungi syarikat kereta sewa tersebut, terus sahaja maklumkan kepada mereka model kenderaan yang anda mahukan, tarikh sewaan, masa sewaan dan juga lokasi untuk pick – up kenderaan tersebut. Anda juga boleh memberitahu mereka tentang tempoh sewaan kerana mereka memberikan cas yang berbeza untuk jam,hari, minggu dan juga bulan. Kadangkala, sewaan yang lebih lama mempunyai cas yang lebih murah jadi pastikan anda mengetahui tempoh sebenar yang anda mahukan untuk menyewa kereta tersebut.

3. Tanya Jumlah Deposit Yang Diperlukan

Syarikat kereta sewa selalunya akan meminta anda jumlah deposit tertentu untuk memastikan kenderaan mereka dipulangkan dengan keadaan yang baik. Anda akan menerima kembali deposit tersebut setelah anda mengembalikan kenderaan yang disewa. Jadi, anda boleh bertanyakan jumlah deposit yang diperlukan sekiranya anda bercadang untuk menyewa kenderaan dari syarikat tersebut. Ada syarikat kereta sewa yang memerlukan anda untuk membayar deposit secara awal untuk booking kereta tersebut.

4. Tanya Kadar Sewaan Untuk Model Yang Mahu Disewa

Model – model kereta yang berbeza akan mempunyai kadar sewaan yang berbeza. Kereta – kereta kompak mempunyai kadar sewaan yang lebih murah daripada kereta berjenis sedan, MPV dan juga luxury. Jadi, pastikan anda mendapatkan kereta sewa yang bersesuaian dengan bajet anda dengan menghubungi syarikat kereta sewa tersebut. Jika anda bernasib baik, ada syarikat kereta sewa yang memberikan diskaun untuk model – model tertentu jadi anda boleh merebut peluang tersebut.

5. Cas – cas Lain Yang Dikenakan

Pihak syarikat kereta sewa tidak akan menyembunyikan cas – cas tambahan yang dikenakan tetapi anda perlu sentiasa cakna dengan cas – cas ini kerana ada syarikat yang mengenakan cas tambahan untuk servis – servis yang lain. Contohnya, anda mungkin akan dikenakan cas servis penghantaran yang merupakan cas tambahan dan tidak termasuk di dalam kadar sewaaan anda. Jadi, anda perlu sentiasa bertanya sekiranya syarikat kereta sewa pilihan anda mengenakan cas tambahan ataupun tidak.

6. Semak Kerosakan Kereta Sewa

Pastikan anda menyemak kereta sewa anda dengan teliti sebelum anda menggunakannya. Ketika anda mendapat kereta sewa tersebut, anda boleh berjalan mengelilingi kereta tersebut dan semak sekiranya terdapat kerosakan di bahagian dalam mahupun di bahagian luar. Beritahu kepada pihak syarikat kereta sewa tersebut agar anda tidak perlu bertanggungjawab terhadap kerosakan yang bukan disebabkan oleh anda. Ambil gambar sebelum anda menggunakan kereta tersebut agar anda mempunyai bukti.

7. Tahap Minyak Petrol Dalam Tangki

Syarikat kereta sewa Kota Kinabalu selalunya akan meminta anda untuk mengisi semula petrol dengan penuh sebelum anda pulangkan kereta sewa dan anda boleh menjimatkan petrol anda dengan mengisi minyak berdekatan dengan pejabat di mana anda perlu pulangkan semula kereta tersebut. Anda tidak perlu risau dengan minyak petrol yang berkurangan sekiranya anda mengikut tips ini.

8. Pastikan Tiada Had Kilometer

Kebanyakan syarikat kereta sewa Kota Kinabalu akan memberikan had kilometer yang anda boleh gunakan ketika anda menggunakan kereta sewa yang mereka berikan. Jadi, anda perlu mencari syarikat kereta sewa Kota Kinabalu yang tidak memberikan had kilometer untuk anda gunakan supaya anda boleh pergi ke mana sahaja yang anda mahukan tanpa perlu risau tentang had tersebut.

Testimoni Pelanggan Sewa Kereta Murah Di Kota Kinabalu

Mari kita melihat testimoni-testimoni daripada pelanggan-pelanggan yang telah berpeluang untuk mendapatkan sewa kereta murah di Kota Kinabalu dari RM56 sehari. Secara puratanya mereka amat berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat ini kepada pelanggan-pelanggannya, termasuk juga pelanggan-pelanggan dari negara luar!

Kita lihat apa yang diperkatakan oleh mereka yang telah mendapatkan perkhidmatan sewa kereta dari N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd, yang menawarkan sewa kereta murah di Kota Kinabalu dengan harga sewa yang cukup murah dan berpatutuan, hanya dari RM56 sehari, tidak kira untuk tujuan bekerja atau tujuan santai.

Dapatkan Kereta Sewa Di Kota Kinabalu Sekarang !

Dapatkan kereta sewa murah anda di Kota Kinabalu dengan harga serendah RM56 sehari! Kunjungi kami di alamat di bawah atau anda boleh terus hubungi melalui telefon / SMS / WhatsApp di nombor-nombor yang tertera di bawah. Anda juga boleh membuat tempahan dengan melayari laman web http://www.nhelzyrentacar.com/ dan bayaran boleh dibuat secara online menggunakan kad debit ataupun kad kredit.

Dapatkan Kereta Sewa Anda Sekarang! Sewa Kereta Murah DI Kota Kinabalu Dari RM56 Sehari

N HELZY RENT A CAR & TRAVEL SDN. BHD | PERKHIDMATAN KERETA SEWA SABAH

Telefon:
Hotline 1 : Tekan untuk telefon (013-8658484) | Tekan untuk WhatsApp
Hotline 2 :
Tekan untuk telefon (013-5599261) | Tekan untuk WhatsApp
Pejabat : Tekan untuk telefon (08-8258484)
Facebook: @nhelzyrentacar
Instagram: @nhrentacar
Laman web: 013-8658484

E-Mail: : booking@nhelzyrentacar.com

Alamat:
N HELZY RENT A CAR & TRAVEL SDN. BHD. ( 1169312-V )
Lot C18-2, 1st Floor, Kepayan Perdana Commercial Centre, Jalan Lintas, 88200 Kota Kinabalu, Sabah Malaysia


Prof Hariz : Booking sekarang dan kongsikan pengalaman anda dengan saya ya !

Nak tempah kereta sewa Sabah?

Hubungi talian +60138658484 atau tekan butang untuk WhatsApp

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Nak tempah kereta sewa Sabah?

Hubungi talian +60138658484 atau tekan butang untuk WhatsApp

Call Whatsapp Layari Website

Nak tempah kereta sewa Sabah?

Hubungi talian +60138658484 atau tekan butang untuk WhatsApp