Review
Jan 15, 2018, 1:48pm

Sewa Kanopi Murah Di Pahang


Persediaan yang baik adalah penting agar anda dapat menjalankan pelan anda dengan lancar dan juga baik. Hal ini kerana perancangan yang teliti boleh mengelakkan pelbagai kesilapan dan juga ralat pada pelan yang telah anda tentukan. Adakah hari bahagia anda bakal menjelang tidak lama lagi? Sudahkah anda membuat persiapan yang teliti untuk menjadi raja sehari? Soalan – soalan ini adalah perkara yang anda bakal dengari sekiranya anda bakal mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan anda.

sewa kanopi murah di pahang 08

Majlis perkahwinan merupakan salah satu majlis yang penting dan sentiasa diraikan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Oleh itu, anda perlu mempunyai persediaan dan juga perancangan yang baik agar majlis perkahwinan anda berjalan dengan lancar. Namun begitu, ia juga bakal menelan perbelanjaan yang besar sekiranya anda tidak membuat persediaan dengan betul dan teliti. Majlis perkahwinan masih boleh dilakukan secara gilang – gemilang walaupun dengan bajet yang terhad sekiranya anda bijak merancang.

sewa kanopi murah di pahang 10

Tips Merancang Perkahwinan Secara Bajet

Siapa yang tidak mahukan perkahwinan yang meriah dan juga gah bukan? Namun begitu, bajet yang terhad dan masalah kewangan seringkali menjadi penghalang untuk anda menjalankan majlis perkahwinan impian anda. Jadi, saya akan kongsikan tips – tips perkahwinan secara bajet namun anda masih dapat memberikan majlis yang gilang – gemilang untuk anda dan juga para tetamu.

#1. Jumlah Tetamu Yang Dijemput

sewa kanopi murah di pahang 12

Ini adalah salah satu tips yang agak jelas bagi semua orang yang bakal menjalani kehidupan berumah tangga. Jumlah tetamu yang dijemput bakal memberi kesan yang paling besar kepada majlis dan juga bajet anda. Hal ini kerana, para tetamu menelan perbelanjaan yang paling banyak di dalam perancangan majlis anda. Perkara – perkara yang termasuk di dalam perbelanjaan bagi tetamu adalah katering, doorgift dan kad kahwin dan pelbagai lagi. Jadi, anda boleh merancang jumlah tetamu dengan baik agar majlis anda berjalan dengan lancar.

#2. Cincin Kahwin

sewa kanopi murah di pahang 11

Cincin kahwin adalah simbol pengikat percintaan bagi anda dan juga pasangan kerana ia menunjukkan bahawa anda telahpun dimiliki oleh seseorang. Cincin kahwin juga boleh menjadi masalah kepada anda yang sedang merancang majlis perkahwinan kerana kos cincin kahwin adalah amat mahal pada masa kini. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan mencari kedai emas yang sedang melakukan promosi ataupun dapatkan cincin kahwin berharga di bawah RM 1,000 agar anda boleh menyimpan wang untuk kegunaaan lain.

#3. Hantaran

sewa kanopi murah di pahang 14

Ramai yang telah membuat hantaran secara gah dan juga banyak untuk diberikan kepada pasangan masing – masing. Tidak salah sekiranya anda mahu memberikan yang terbaik untuk hantaran tetapi ia juga boleh menelan kos yang tinggi sekiranya anda tidak membuat hantaran dengan bijak. Pada masa kini, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis hantaran yang jimat tetapi masih kreatif dan cantik dilihat untuk menjamu mata anda dan juga tetamu. Anda boleh menggunakan bunga plastik dan menggubahnya sendiri untuk penjimatan yang lebih banyak.

#4. Gabung Majlis Akad Nikah Dan Majlis Perkahwinan

sewa kanopi murah di pahang 13

Kebanyakan orang memilih untuk melakukan majlis akad nikah dan juga majlis kenduri pada hari yang berainan. And boleh memilih untuk menggabungkan kedua – dua majlis bersama untuk menjimatkan kos majlis. Majlis akad nikah boleh dilakukan ada waktu pagi dan majlis jamuan boleh mula dilakukan pada waktu tengahari. Maka, sesiapa yang dijemput untuk majlis akad nikah anda boleh menikmati kenduri yang sama dengan para tetamu yang telah dijemput untuk majlis perkahwinan anda.

#5. Kad Kahwin

sewa kanopi murah di pahang 16

Elakkan menempah kad perkahwinan yang terlalu mahal sekiranya anda mahu berjimat – cermat ketika majlis perkahwinan anda. Kad kahwin yang cantik memang akan menambat hati para tetamu tetapi anda perlu beringat, tiada sesiapa yang menyimpan kad kahwin anda setelah majlis perkahwinan selesai. Anda juga boleh menempah kad kahwin istimewa untuk orang tertentu dan dapatkan kad kahwin yang lebih jimat untuk tetamu yang lain. Dengan ini anda dapat menggunakan wang tersebut untuk bahagian – bahagian yang lebih penting.

#6. Persalinan Pengantin

sewa kanopi murah di pahang 15

Jika anda mahukan majlis perkahwinan yang gah tetapi di dalam bajet yang terhad, anda boleh menyewa baju pengantin daripada butik – butik yang menyediakan perkhidmatan sewaan baju pengantin. Baju yang disediakan selalunya mempunyai rekaan yang amat cantik dan datang daripada pereka – pereka terkenal. Ini boleh menjimatkan wang anda tanpa perlu membeli baju pengantin yang semestinya memakan kos yang banyak. Anda juga boleh tampil bergaya dengan baju – baju pengantin yang disewa di hari bahagia anda.

#7. Katering

sewa kanopi murah di pahang 19

Anda juga perlu bijak memilih katering untuk majlis perkahwinan anda sekiranya anda mahu menjimatkan kos perbelanjaan. Anda boleh menetapkan bajet untuk jumlah tetamu yang bakal hadir ke majlis anda dan tetapkan pula bajet untuk satu kepala. Hal ini akan memudahkan katering untuk mendapatkan bajet dan juga menyediakan lauk – pauk untuk hari majlis anda. Anda juga boleh memilih katering yang menyediakan pakej – pakej yang murah agar anda dapat mengurangkan kos perbelanjaan majlis anda.

#8. Penyewaan Kanopi

sewa kanopi murah di pahang 17

Untuk anda yang mahu membuat majlis yang besar dan juga gilang – gemilang, anda perlu menyewa kanopi untuk membolehkan para tetamu menikmati jamuan yang disediakan dengan keadaan yang selesa. Oleh itu, anda perlu menyewa kanopi yang disediakan dengan pelbagai kemudahan agar anda tidak perlu mencari penyewa lain. Bagi menjimatkan kos, anda boleh mencari penyewa yang memberikan pakej yang murah dan juga menyediakan pelbagai barangan untuk hari bahagia anda.

CANOPY.MY – Penyewa Kanopi Termurah Di Pahang

sewa kanopi murah di pahang 18

Jika hari bahagia anda bakal menjelang dan anda mahu menjalankan majlis perkahwinan anda di Pahang, maka anda boleh mendapatkan perkhidmatan sewa kanopi dari Canopy.My. Mereka merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan sewa kanopi yang bertapak di Jerantut, Pahang. Perkhidmatan yang disediakan adalah dengan memberikan sewaan kanopi untuk majlis – majlis perkahwinan atau apa – apa majlis yang memerlukan perkhidmatan sewaan kanopi.

sewa kanopi murah di pahang 20

Mereka ada menyediakan pakej – pakej untuk menjimatkan perbelanjaan pelanggan mereka dan juga untuk memudahkan pelanggan memilih pakej yang sesuai mengikut kehendak mereka. Jadi, anda boleh menjalankan majlis yang meriah tetapi masih sesuai dengan bajet anda sekiranya anda memilih untuk menyewa kanopi daripada Canopy.My.

Antara pakej – pakej yang disediakan oleh pihak Canopy.My adalah;

1) – Pakej Super Saving Extra- (RM250) | Sewa Kanopi Murah Di Pahang

sewa kanopi murah di pahang 21

  • 1 Canopy Pyramid 20×20
  • 1 set Kipas & Lampu
  •  32 unit Kerusi Plastik
  • 4 Meja Panjang@Bulat (alas 1 layer)

2) – Pakej Super Famous (RM300) | Sewa Kanopi Murah Di Pahang

sewa kanopi murah di pahang 22

  • 1 Canopy Piramid 20 x 20 (Arabian +RM50)
  • 32 unit Kerusi Plastik
  • 4 unit Meja Bulat @ Panjang (Alas 2 layer)
  • 1 Set Kipas Siling & Lampu
  • 2 Layer Scallop (2 Pilihan Warna Pelanggan)

3) – Pakej Super Executive (RM450) | Sewa Kanopi Murah Di Pahang

sewa kanopi murah di pahang 23

  • 1 Canopy Piramid 20 x 20 (Arabian +RM50)
  • 32 unit Kerusi plastik (Bersarung)
  • 4 unit Meja Bulat @ Panjang(Alas 2 layer)
  • 1 Set Kipas Siling & Lampu
  • 2 Layer Scallop (2 Pilihan Warna Pelanggan)

4) – Pakej Super Transparent (RM1000) | Sewa Kanopi Murah Di Pahang

sewa kanopi murah di pahang 24

  • 1 Canopy Arabian transparent 20 x 20
  • 32 unit Kerusi plastik (Bersarung)
  • 4 unit Meja Bulat @ Panjang (Alas 2 layer)
  • 1 unit industrial fan
  • Chandalier + fairy lights
  • 2 Layer Scallop (2 Pilihan Warna Pelanggan)

5) – Pakej Super wedding (RM899) | Sewa Kanopi Murah Di Pahang

sewa kanopi murah di pahang 25

  • 1 Canopy Arabian 20 x 20
  • 18 unit Kerusi plastik (Bersarung)
  • 4 unit Kerusi banquet (Bersarung)
  • 2 unit Meja Bulat @ Panjang(Alas + Skirting)
  • 1 unit industrial fan
  • 1 Chandalier + underlayer
  • 2 Layer Scallop (2 Pilihan Warna Pelanggan)
  • 1 Back drop belakang khemah
  • 2 unit kerusi pengantin

6) – Pakej Halfmoon (RM1200) | Sewa Kanopi Murah Di Pahang

sewa kanopi murah di pahang 26

  • 1 Canopy Halfmoon 20 x 40
  • 64 unit Kerusi plastik
  • 8 unit Meja Bulat @ Panjang(Alas 2 layer)
  • 2 set Lampu + kipas
  • 2 Layer Scallop (2 Pilihan Warna Pelanggan)

7) – Pakej Fullmoon (RM1800) | Sewa Kanopi Murah Di Pahang

sewa kanopi murah di pahang 28

  • 1 Canopy Halfmoon 20 x 40
  • 64 unit Kerusi plastik (Bersarung)
  • 8 unit Meja Bulat @ Panjang (Alas 2 layer)
  • 2 unit industrial fan
  • 2 Chandalier + underlayer
  • 2 Layer Scallop (2 Pilihan Warna Pelanggan)

Kenapa Anda Perlu Menyewa Kanopi Daripada Canopy.My? | Sewa Kanopi Murah Di Pahang

1. Anda Boleh Menjimatkan Wang

sewa kanopi murah di pahang 27

Pakej – pakej kanopi yang ditawarkan oleh Canopy.My adalah murah dan juga menjimatkan kos. Anda tidak perlu mengeluarkan yang banyak untuk mendapatkan perkhidmatan sewaan kanopi dari Canopy.My. Anda boleh menggunakan wang tersebut untuk menguruskan pelbagai lagi keperluan untuk majlis istimewa anda.

2. Kanopi Yang Mengikuti Cita Rasa Pelanggan

sewa kanopi murah di pahang 01

Canopy.My bukan sahaja menawarkan pakej – pakej yang murah, malah kanopi mereka adalah berkualiti dan mengikut cita rasa anda. Anda boleh mendapatkan kanopi mengikut warna kegemaran anda dan juga cita rasa anda berdasarkan pakej – pakej yang ditawarkan.

3. Perkhidmatan Yang Memuaskan Hati

sewa kanopi murah di pahang 02

Pihak Canopy.My akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk para pelanggan mereka kerana mereka mementingkan kualiti dan juga kepuasan hati para pelanggan. Untuk anda yang mahukan perkhidmatan yang tip – top, anda boleh menyewa kanopi daripada mereka kerana anda pasti akan berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh pihak Canopy.My

4. Kanopi Untuk Pelbagai Majlis

sewa kanopi murah di pahang 03

Kanopi yang disediakan oleh Canopy.My bukan sahaja terhad untuk majlis perkahwinan, malah ianya sesuai digunakan untuk pelbagai majlis yang memerlukan kanopi. Jadi, anda hanya perlu menghubungi Canopy.My untuk menyewa kanopi bagi majlis – majlis penting anda.

Testimoni Para Pelanggan Canopy.My | Sewa Kanopi Murah Di Pahang

Anda boleh melihat gambar – gambar di bawah untuk melihat sendiri servis yang diberikan oleh Canopy.My;

sewa kanopi murah di pahang 04

Kanopi yang rosak akan diperbaiki sekiranya anda menggunakan perkhidmatan Canopy.My

sewa kanopi murah di pahang 05

Kanopi yang indah dan menarik dari Canopy.My

sewa kanopi murah di pahang 06

Nikmati majlis yang istimewa dengan Canopy.My

Tempah Kanopi Anda Dari Canopy.My Sekarang! | Sewa Kanopi Murah Di Pahang

Anda boleh menempah kanopi untuk majlis penting anda dengan Canopy.My dengan menghubungi talian dan info – info seperti di bawah;

sewa kanopi murah di pahang 07

 

Tempah Kanopi Anda Dari Canopy.My SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Tingkat1, Lot.22, Bangunan Inderapura,, Jalan Zapin Indah 1,27000 Jerantut, Pahang

   
Tempah Kanopi Anda Dari Canopy.My SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Tempah Kanopi Anda Dari Canopy.My SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: