Review
May 22, 2017, 12:17am

Sewa Dekorasi Majlis di Lembah Klang


RAJA SEHARI

Renjis-renjis di pilis

Ditepungilah tawar

Hai beras kunyit ditabur

Disiram si air mawar

Duduk muda sejoli

Atas pelamin berseri

Dihias intan baiduri

Sebagai raja sehari

Sewa Dekorasi Majlis di Lembah Klang dan Kuala Lumpur

Hah, raja sehari gelaran diberi untuk pengantin.  Wajah pengantin manis berseri-seri, baju pengantin cantik berjemeki, jadi majlisnya pun mestilah meriah diatur dengan teliti.  Dah nama pun Raja, semuanya haruslah yang cantik dan menarik.

Hari pernikahan dan persandingan pastinya adalah hari bersejarah bagi semua raja sehari. Bakal-bakal pengantin sibuk membuat persiapan untuk memastikan hari bersejarah itu meriah, walau seringkas mana sekali pun majlisnya.

Banyak perkara yang perlu disiapkan, dari pakaian, makanan, cenderahati, solekan, pelamin, hantaran, hiasan dan macam-macam lagi. Kadang-kadang boleh buntu fikiran dibuatnya, lebih-lebih lagi kalau bakal pengantin mengatur dan menganjurkan sendiri majisnya tanpa menggunakan khidmat perancang majlis perkahwinan (wedding planner).

Sewa Dekorasi Majlis DIY Anda dengan Supercun Wedding Rental

Kepada bakal raja sehari di luar sana, jangan peningkan kepala anda. Dapatkan saja bantuan dari SUPERCUN WEDDING RENTAL – penyelesai masalah majlis raja sehari yang berpengalaman, mesra dan cun.

khidmat-sewaan-barangan-perkahwinan

Pelbagai kelengkapan untuk dekorasi Majlis Keraian boleh disewa dengan kadar yang rendah

Dah nama pun Supercun, tentulah perkhidmatan yang ditawarkan sangat cun, harganya super cun dan barang-barangnya cun habis!  Supercun Wedding Rental adalah sebuah pusat sewaan barangan dekorasi majlis.  Ia ditubuhkan sejak Disember 2011 dengan tujuan utama untuk menyediakan perkhidmatan sewaan barang-barang dekorasi dan kelengkapan majlis.  

Perkhidmatannya meliputi pelbagai majlis seperti perkahwinan, makan malam, sesi fotografi, pertunjukan fesyen, pelancaran produk, aqiqah/cukur jambul, parti dan lain-lain.  Jangan keliru dengan perkataan ‘wedding’ pada namanya kerana apa saja majlis boleh disempurnakan dengan perkhidmatan Supercun, bukan majlis kahwin saja.

supercun-khidmat-berendoi

Peralatan majlis berendoi juga boleh didapati daripada Supercun Wedding Rental

Hiasan Penyeri Majlis 

Barang-barang hiasan yang disewakan oleh Supercun Wedding Rental semuanya cantik, rekaan terkini, trendy, hipster, eksklusif dan bertema. Kadar sewaan sangat berpatutan dan berpadanan dengan kualiti barang serta perkhidmatan Supercun Wedding Rental yang sangat mesra pelanggan.  

green-grassball-dari-supercun-rental

Green Grassball untuk majlis berkonsepkan dalam taman

basikal-tua-untuk-disewa

Suasana retro dengan penggunaan basikal tua dari Supercun

Supercun Wedding Rental bukan sekadar menyewakan barang tetapi membantu pelanggan dengan idea dan nasihat agar mereka tidak berasa terbeban menganjurkan majlis DIY.  Senang cakap, dengan Supercun Wedding Rental terbukti tak susah pun majlis DIY ni.

Di antara barang-barang yang disewakan oleh SuperCun Wedding Rental adalah:

  • Dulang hantaran budget dan eksklusif ala selebriti dari RM5 hingga RM35 se unit
  • Kerusi pelamin, kerusi beradap, kerusi taman, kerusi rustic, kerusi antik dari RM20-RM250 serta aksesori pelamin
  • Bunga pelamin pelbagai warna serendah RM1
  • Reruai gambar (photobooth) dengan pelbagai tema dan aksesori
  • Balang candy buffet bajet dan ekslusif serta aksesori candy buffet
  • Barang-barang hiasan lain bertemakan antik/rare/vintage/retro
  • Beraneka jenis barang kelengkapan (props) untuk pelbagai majlis seperti berendoi dan aqiqah, makan malam, majlis hari lahir, perjumpaan (gathering/re-union), pertunjukan fesyen, pelancaran produk, sesi fotografi, dan lain-lain majlis)
barangan-sewaan-dari-supercun-wedding-rental

Pelbagai peralatan sewaan disediakan mengikut konsep yang diinginkan

5 Alasan Untuk Memilih Supercun Wedding Rental Sebagai Sewa Dekorasi Majlis

Nak majlis yang nampak mewah macam majlis celebrity?  Atau majlis yang ringkas tapi meriah?  Atau majlis sederhana yang dihadiri oleh tetamu rapat menjadi pilihan anda?  Semuanya boleh dengan perkhidmatan Supercun Wedding Rental.

Sewa Dekorasi Majlis di Lembah Klang

Mahukan majlis nampak mewah macam Selebriti? Dapatkan khidmat rundingan percuma dari mereka

Anda mesti memilih Supercun Wedding Rental untuk kejayaan majlis anda kerana barang-barang yang disewakan adalah:

  1. murah, berbaloi tetapi berkualiti
  2. mudah dikendalikan – senang dipasang, senang juga dibuka dan dikemas
  3. mudah dibawa, kebanyakan barang-barang muat disumbat dalam kereta myvi.  Dah jimat kos pengangkutan, kan?
  4. cantik, rare, reka bentuk terkini
  5. mengikut tema – antara tema yang boleh dipilih ialah garden, rustic, vintage, old school, eksklusif, English dan banyak lagi

Testimoni Sewa Dekorasi Majlis di Lembah Klang

Lebih daripada 5,000 pasangan telah menyewa barang-barang dari Supercun Wedding Rental untuk DIY majlis perkahwinan mereka. Boleh dikatakan semua pelanggan berpuas hati dengan barang-barang sewaan Supercun Wedding Rental.  Mari kita baca apa kata mereka:

semua cantik…berpuas hati..

Posted by Cikk Ainie Je on 24hb Disember 2013

Awesome 🙂

Posted by Nurhidayah Dee on Selasa, 18 November 2014

Kreatif ,,,simplee but cutee ,,,,N memahami jiwwee remaja:)♡♡♡

Posted by Rara Arshad on 24hb Jun 2014

Superb

Posted by Gayathiry Poopathy on Isnin, 7 April 2014

Anda boleh baca banyak lagi ulasan mengenai Supercun Wedding Rental di FB Supercun Wedding Rental.

Jom Terjah Supercun Untuk Sewa Dekorasi Majlis di Lembah Klang!

Sewa Dekorasi Majlis di Lembah Klang

Artikel Ini Untuk Sewa Review
Hubungi Profhariz.com Sekarang!

Jom buat tempahan di Supercun Weeding SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

41-G, Jalan Setia Perdana BC U13/BC, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

   
Jom buat tempahan di Supercun Weeding SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom buat tempahan di Supercun Weeding SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: