Review
May 31, 2018, 2:10pm

Set Kecantikan Kulit Wajah dan Badan Yang Murah dan Berkesan


Mempunyai kulit yang cantik dan ‘flawless’ adalah impian bagi setiap wanita. Setiap wanita pastinya ingin mempunyai kulit yang lembut, cerah dan tidak berjerawat. Oleh sebab itu, wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan kerana setiap wanita ingin kelihatan cantik setiap masa.

set kecantikan kulit wajah

Justeru itu, untuk dapatkan kulit yang sihat anda perlu membuat pilihan bijak dengan mengetahui keperluan kulit sendiri. Terdapat pelbagai produk skincare yang dapat membantu kulit anda menjadi lebih sihat dan ‘flawless’. Tak ada perempuan yang tak nak miliki kulit yang bersih, lembut dan cantik. Tapi kenapa perlu membazir duit beli produk yang belum diketahui keberkesanannya. Betul tak ? Ini adalah senarai produk yang berkesan dan selamat digunakan.

Mewangi Chewing Gum Soap

Sesibuk mana pun urusan anda di luar sana, jangan pernah lupa membersih pori wajah anda dengan Mewangi Chewing Gum Soap yang mampu membersih sebarang mekap dan kotoran sehingga ke liang halus pori selain membantu memudarkan bintik hitam, parut, kulit kusam dan jeragat.

set kecantikan kulit wajah sabun mewangi

Mewangi Chewing Gum Soap juga dapat membantu pembaikan sebum dan kawalan minyak aktif di wajah, mengawal pertumbuhan jerawat dan baiki masalah pori terbuka. Produk ini bertindak sebagai anti bakteria yang melindungi wajah dari jeragat dan gatal akibat resdung.

Mewangi Chewing Gum Soap Madu Dan Kulit Kayu Manis Terbaik Untuk Wajah

Bahan yang terbaik adalah dari sumber bahan semulajadi. Istimewanya Mewangi Chewing Gum Soap ini adalah bahan yang digunakan adalah madu dan kulit kayu manis yang mempunyai kelebihan masing-masing dalam merawat wajah supaya kelihatan lebih cantik, anjal dan berseri. Antara kelebihan 2 bahan tersebut adalah :

1. Kelebihan Madu Dalam Mewangi Chewing Gum Soap

madu dalam set kecantikan kulit wajah

Madu memiliki kandungan yang mampu mengikat zat air sehingga dapat melembabkan kulit wajah dari dalam. Kandungan madu dapat mengangkat sel-sel kulit mati pada wajah sehingga dapat memutihkan kulit wajah secara efektif. Salah satu fungsi dan manfaat madu untuk wajah dan bibir adalah untuk membunuh bakteri penyebab jerawat, selain itu juga dapat menghilangkan noda bekas jerawat yang dapat merusak penampilan kamu. Ternyata madu sangat efektif untuk membersihkan wajah dari debu dan kotoran yang melekat setelah melakukan aktiviti harian

2. Kelebihan Kulit Kayu Manis dalam Mewangi Chewing Gum Soap

kulit kayu manis set kecantikan kulit wajah

Kulit kayu manis ini mempunyai pelbagai kelebihan untuk merawat kulit secara semulajadi tanpa kesan sampingan berbahaya bahan kimia yang digunakan untuk merawat kulit muka anda iaitu dengan menggunakannya sebagai masker/pencuci muka. Selain bertindak sebagai pemudar parut, kulit kayu manis juga bertindak untuk mengecutkan jerawat yang tumbuh di muka dan badan. Kulit kayu manis juga mampu mengurangkan garis halus pada wajah kerana ia melembapkan kulit, seterusnya membuatkan kulit lebih lembut dan kurang berkedut terutamanya di bahagian hujung mata

Mewangi Peeling Scrub

Mewangi Peeling Srcub ini diperbuat daripada 100% bahan organik yang dapat menyihatkan kulit secara natural. Peeling Scrub ini membantu merangsang pertumbuhan sel kulit baru.

peeling scrub set kecantikan kulit wajah

Pengelupasan sel kulit mati wajah, atau yang sering disebut peeling, sebaiknya rutin dilakukan agar kulit wajah selalu tampak sihat, bersih, dan anjal. Sel kulit mati yang tidak dirawat akan membuat wajah terlihat kusam, berjerawat, dan sebagainya. Mudahnya perawatan kulit wajah melalui peeling, sehingga dapat dilakukan secara rutin di rumah, menggunakan produk peeling dari Mewangi.

Manfaat Peeling Untuk Kulit Wajah

  • Peeling dapat memutihkan kulit wajah
  • Peeling dapat mengangkat kulit mati
  • Peeling dapat menghilangkan pigmentasi
  • Peeling dapat menipiskan hiperpigmentasi atau flek hitam
  • Peeling dapat meremajakan kulit dari dalam
  • Peeling dapat mengurangi kedutan dan menggebukan kulit wajah
  • Peeling dapat merangsang pembentukan kolagen
  • Peeling dapat memulihkan  kesegaran dan menutup liang pori muka

Mewangi Cream

Inginkan kulit lebih sihat dan awet muda? Mewangi Cream adalah produk anti-aging yang membantu kulit nampak lebih muda daripada usia sebenar. Nutrisi yang ada didalam produk Mewangi Cream ini dapat mengurangkan kedutan dan menambahkan keanjalan wajah.

cream set kecantikan kulit wajah

Selain itu, ia juga membuatkan wajah nampak lebih sihat dan berseri. Di antara bahan dalam cream ini adalah serbuk mutiara dan 7 pati bunga yang berfungsi mencerah serta melindungi wajah dari jerawat dan jeragat. Mewangi Cream adalah penyelesaian terbaik untuk anda yang inginkan wajah yang putih, gebu dan anjal.

Mewangi Krim Penaik Seri

set kecantikan kulit wajah naik seri muka

Untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat anda perlu menggunakan Krim Penaik Seri Mewangi Ini kerana ia mengandungi madu, lilin lebah, betik dan 7 pati bunga yang boleh diserap oleh kulit. Justeru itu, kulit akan nampak lebih berseri dan secara tidak langsung menyelesaikan masalah tona kulit yang tidak sekata. Kulit pasti nampak lebih lembap dan sihat dengan menggunakan krim ini.

Mewangi Ting Ting Foundation

Ting Ting Foundation merupakan bedak asas dengan SPF 30 yang mudah meresap ke kulit dan mengikut aliran darah dan suhu tubuh pemakainya.  Dengan Ting Ting Foundation ini anda tidak perlu risau lagi tersalah beli foundation yang tidak sesuai dengan tona kulit anda. Kerana, foundation ini sesuai untuk semua jenis atau tona muka orang asia.

foundation set kecantikan kulit wajah

Kelebihan Ting Ting Foundation

  • Membantu melembapkan kulit wajah dan menjadikan kulit lebih glowing dan longlasting
  • Membantu mencantikkan kulit
  • Membantu merawat kulit dari kusam kerana mengikut aliran darah dan suhu tubuh pemakainya
  • Berfungsi sebagai oil control pada kulit yang mengawal lebihan minyak pada wajah
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Pelindung terbaik dari pancaran UVA dan UVB
  • Membantu mengawal kulit dari sunburn
  • Boleh digunakan oleh lelaki dan wanita

Antara Ciri-ciri Ting Ting Foundation Yang Menjadikannya Istimewa

  • Tak Melekit
  • Tidak Bercapuk
  • Mudah Dioles di wajah
  • Mudah untuk di blend
  • Mudah Dicuci
  • Mengandungi 2 Minyak yang menjadikannya lebih istimewa.  Iaitu:-

Argan Oil

argan oil set kecantikan kulit wajah

Minyak Argan kaya dengan Vitamin E malah kandungan vitaminnya 2 kali ganda lebih banyak berbanding Minyak Zaitun. Vitamin E kaya dengan antioksidan dan berfungsi untuk melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan berlaku pada kulit wajah. Minyak Argan juga berfungsi melembapkan kulit yang kering dan membuatkan kulit anda lebih lembap. Disamping melembapkan kulit, minyak argan juga berfungsi untuk mencerahkan kulit dengan membuat tona kulit lebih sekata. Tak perlu guna kosmetik yang berbahaya, guna sahaja minyak argan.

Avocado Oil

avocado oil set kecantikan kulit wajah

Avocado adalah agen anti-oksida yang sangat berkesan. Anti-oksida inilah yang bertindak sebagai anti-penuaan dan membantu mengurangkan garis-garis penuaan di wajah anda! Minyak avocado telah terbukti merangsang penghasilan kolagen dalam kulit kita (collagen boaster) dan juga bertindak sebagai pelembap kulit (moisturizer) bagi mengekalkan kulit kekal terhidrasi. Kandungan vitamin A dalam avokado dapat membantu membersihkan setiap sel-sel kulit yang mati. Asid amino glutamin juga berguna untuk memberi perlindungan yang cukup dari beberapa kesan buruk akibat faktor persekitaran.

Mewangi Wangian Penenang Jiwa

Bila wajah dan cantik badan pula haruslah wangi. Percaya tak, haruman juga bekerja untuk meningkatkan mood atau memberikan perasaan ketenangan di tengah-tengah hari yang sibuk.

perfume set kecantikan kulit wajah

Wangian Penenang Jiwa dari Mewangi ini menghasilkan perasaan gembira, meningkatkan keyakinan diri dan rasa kesejahteraan. Selain itu, Bahan-bahan yang digunakan adalah 100% natural, bebas daripada bahan kimia, alcohol, ethanol, petroleum, pg, white oil, bebas pelarut organic, bebas bahan pewangi kimia dan pewangi sintetik. Jadi, ia boleh digunakan semasa atau selepas solat tanpa perlu rasa was-was. Wangian ini juga adalah tahan sehingga 24jam.

Gincu Dan Pelembap Bibir

gincu set kecantikan kulit wajah

Perempuan tak sah kalau tak pakai gincu kan? Manakan tidak, bibir yang cantik juga penyeri wajah seseorang. Mewangi juga ada jual Gincu dan Pelembap bibir yang digubal bagi menyediakan bibir dengan rawatan rapi khas, perlahan-lahan mengurangkan masalah kering, kulit tidak stabil pada bibir sepanjang malam untuk merealisasikan bibir licin dan lembut pada keesokan harinya! Dengan pelbagai variasi warna pilihan gincu yang lembut, sudah pasti anda jadi rambang mata untuk memilihnya.

Wow Juice Detox Whitening

jus dan set kecantikan kulit wajah

Tidak ketinggalan produk detox yang kian mendapat sambutan masyarakat. Wow Juice Detox Whitening ini merupakan produk minuman untuk membantu menurunkan berat badan, menyingkirkan toksin dalam badan, melegakan sembelit dan melancarkan pergerakan usus. Ia juga membantu anda untuk mendapatkan kulit yang sentiasa lembab, halus dan putih gebu seluruh badan. Nak putih satu badan bolehlah cuba Wow Juice Detox Whitening ini.

Set Kecantikan Kulit Wajah dan Badan Pada Harga Yang Murah dan Berkesan

Haa, dah tahu kan nak cantik dengan mudah hanya menggunakan produk dari Mewangi? Tanpa perlu memilih banyak produk dalam satu masa, adalah lebih baik jika ada pilih jenis set lengkap seperti Mewangi ini. Kos perbelanjaan juga dapat dikurangkan jika beli set lengkap Mewangi.

mewangi skincare set kecantikan kulit wajah dan badan

Untuk pengetahuan anda, Mewangi Skincare merupakan produk kecantikan kulit yang bukan sahaja boleh digunakan di wajah malahan ia juga boleh digunakan pada tubuh agar lebih gebu dan anjal. Ia merupakan pertama seumpanya di Malaysia. Lebih menjimatkan wang anda.  Beli hanya satu produk tetapi boleh guna di wajah dan badan.

Lihat Keberkesanan Testimoni Pengguna Mewangi Di Bawah

testimoni mewangi testimoni mewangi testimoni mewangi

Jom Dapatkan Segera Set Lengkap Kecantikkan Mewangi Sekarang!

Nak cantik, nak putih gebu pakai je Set lengkap Mewangi. Merawat sambil mencantikkan wajah dan badan anda tanpa kesan sampingan. Hubungi mereka di talian di bawah :

MEWANGI | SET KECANTIKAN LENGKAP WANITA
Hubungi: Tekan untuk telefon (019-9532986) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: Mewangi Satu Dunia

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: