Perniagaan adalah 90% punca rezeki di dunia ini. Semua orang yang mencari rezeki pasti akan terlibat dalam perniagaan sama ada menjual kepakaran, produk atau pengalaman. Tidak kira apa jenis perniagaan pun yang anda jalankan, strategi pemasaran yang berkesan dan menarik penting untuk menarik pelanggan. Tidak berguna jika produk atau perkhidmatan anda berkualiti jika tiada apa yang mampu menarik pelanggan anda. Disebabkan itulah semakin ramai rakyat tempatan yang membuat website sendiri untuk menarik pelanggan dan membolehkan pelanggan lebih memahami produk mereka di dalam website mereka. Perlu diingatkan di sini bahawa produk yang saya sebutkan adalah barang atau perkhidmatan yang akan dijual kepada pelanggan.
Tidak semestinya anda perlu menjual produk yang eksklusif seperti beg tangan berjenama, jam tangan mahal atau minyak wangi import untuk membina website anda sendiri. Mereka yang menjual produk tempatan seperti keropok ikan atau barang-barang harian juga boleh membina website untuk mempromosikan produk mereka. Website tidak terhad untuk mempromosikan produk sahaja, anda juga boleh membolehkan transaksi secara terus di dalam website anda bagi pelanggan yang ingin membeli produk anda. Ini lebih efisien daripada proses yang jauh lebih menyusahkan jika mereka membeli produk anda di laman sosial.
Untuk membina website anda sendiri, anda perlu mempunyai kepakaran dan kefahaman yang mendalam dalam bidang programming dan computer language. Ini bukanlah sesuatu yang boleh dipelajari oleh semua orang. Jadi, bagaimana anda nak membina website anda sendiri?
Mudah sahaja, The Trance Design adalah jawapan untuk anda yang tidak tahu langsung mengenai proses membina website tetapi ingin mempunyai website sendiri. The Trance Design adalah syarikat yang dikhaskan untuk membina website bagi para peniaga dan usahawan SME di Malaysia. CEO The Trance Design, Raja Safuan, mempunyai pengalaman selama 7 tahun dalam bidang programming sebelum memulakan bisnes ini bersama beberapa lagi krew beliau. The Trance Design juga turut mempunyai beberapa orang designer dan web developer yang berpengalaman selama 5-6 tahun. Jadi anda tidak perlu risau untuk membiarkan mereka membina website anda.
Seperti yang anda tahu , biasanya bila orang menyebut mengenai website , pasti mereka berfikir mengenai menjual barang . Tetapi, The Trance Design tidak menumpukan kepada itu sahaja, mereka juga membina beberapa jenis website lain. The Trance Design menumpukan perhatian mereka untuk membina 3 jenis website iaitu :
Bagi syarikat swasta dan bisnes persendirian, ia adalah satu keperluan untuk mempunyai website syarikat mereka sendiri untuk memudahkan bakal pelanggan mengetahui mengenai bisnes mereka. Contoh mereka yang memerlukan servis ini adalah seperti klinik swasta, syarikat pertanian ataupun bisnes yang mempunyai jenama sendiri. Selain syarikat, anda juga boleh membina website untuk diri anda sendiri.Jenis website ini lebih dikenali sebagai personal blog.
Website ini juga penting bagi mereka yang menjual produk atau servis mereka. Website ini boleh dimasuki dengan menggunakan link apabila peniaga mempromosikan produk mereka di laman sesawang. Pengguna yang ingin mengetahu lebih lanjut mengenai produk yang dipromosikan boleh memahami dengan lebih lanjut di minisite ini
Ini adalah website yang paling kerap dibina oleh para peniaga dan usahawan pada masa sekarang. Contoh terbesar yang boleh anda lihat sekarang adalah seperti Lazada atau 11street. Perniagaan online adalah perkara biasa pada masa sekarang tetapi dengan kewujudan website e-commerce, transaksi online boleh dilakukan dengan beberapa klik sahaja. Seperti yang orang kata, dunia di hujung jari. Itu adalah pepatah yang sangat sesuai dengan apa yang website e-commerce lakukan sekarang. Biasanya , hanya mereka yang mempunyai kepelbagaian produk dan mampu menyimpan stok sahaja membina website ini tetapi tidak salah jika ada yang ingin memiliki website ini walaupun produk mereka tidak banyak.
Tiada yang mustahil di dalam dunia komputer dan internet. Selain yang saya sebutkan di atas , mungkin juga anda akan berminat untuk menggabungkan beberapa jenis website tersebut bersama untuk memudahkan lagi perniagaan anda dan meningkatkan pemasaran. Pada pendapat saya, jika boleh , mengapa tidak? Anda boleh fikir mengenai apa yang saya sebutkan kemudian di masa lapang anda.
Jika sudah lama The Trance Design bertapak di dalam bidang membina website, pasti sudah banyak website yang telah mereka bina bukan? Itu sudah pasti , jadi mari kita lihat beberapa contoh website yang telah mereka Berjaya laksanakan.
Ini adalah contoh laman web korporat yang telah dibina oleh The Trance Design. Anda boleh melihat dengan lebih jelas contoh tersebut jika anda melawat sendiri website tersebut seperti di www.skinlabbiotech.com. Tidak rugi anda mengambil sedikit masa melihat hasil kerja The Trance Design.
Ini pula adalah contoh website landing atau minisite yang telah dilakukan oleh The Trance Design. Menarik bukan landing page ini? Anda juga boleh menikmati perkhidmatan ini sekiranya anda menghubungi pihak The Trance Design.
Ini pula personal blog yang direka oleh pihak The Trance Design. Website ini sangat sesuai bagi mereka yang menggunakan nama mereka sendiri untuk menjual pengalaman, perkhidmatan atau produk mereka. Orang boleh mengenali mereka terlebih dahulu sebelum membeli produk mereka. Ia adalah strategi marketing yang bagus bagi peniaga jenis ini.
Pada masa sekarang , setiap empayar perniagaan perlu mempunyai website mereka sendiri tidak kira sama ada kecil atau besar. Di dalam zaman internet ini , ia adalah satu keperluan. Majoriti pengguna mencari barang yang mereka ingini di internet bukan lagi di pasar atau tempat tertentu seperti dahulu. Internet adalah kawasan yang paling berpotensi tinggi dalam bidang pemasaran pada masa sekarang. Jadi , jika anda tidak mempunyai website anda sendiri , anda sudah satu langkah di belakang mereka yang mempunyai website mereka sendiri. Anda tidak boleh ketinggalan dalam perlumbaan dan persaingan perniagaan sekarang yang semakin sengit. Jadi , binalah website anda sendiri sekarang.
Jika anda tidak tahu langsung mengenai pembuatan website dan pelbagai lagi urusan teknikal ? jangan risau. The Trance Design adalah yang terbaik antara yang terbaik untuk membina website untuk anda. Serahkan segalanya kepada mereka dan nikmati sendiri website anda sendiri setelah seberapa ketika.
Setelah anda memutuskan untuk membina website anda sendiri , anda boleh menghubungi pihak The Trance Design untuk sesi temujanji. Mereka akan berbincang dengan lebih lanjut dengan anda tentang bagaimana untuk membantu anda. Anda juga boleh menghubungi mereka sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan. Mereka pasti gembira untuk membantu anda. Mereka juga bersedia memberikan konsultasi percuma mengikut keperluan anda. Anda boleh menghubungi mereka menggunakan maklumat di bawah.
THE TRANCE DESIGN | SERVICE BUAT WEBSITE MURAH
Hotline: Tekan untuk telefon (019-7912769) | Tekan untuk WhatsApp
Email: hello@thetrancedesign.com
Alamat:
17-1, Jalan Avenue 1, Avenue Ampang, Selangor.
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang