Review
Sep 24, 2018, 11:24am

Servis Rawatan Pusat Hemodialysis Terbaik Melaka


  •  
  •  
  •  
  •  

Setiap insan di atas muka bumi ini mahu sentiasa sihat dan ingin dipanjangkan umur untuk terus bersama yang tersayang selama yang boleh namun apakan daya penyakit itu tetap ada dan hanya menunggu masa untuk muncul. Masalah gangguan kesihatan semakin mudah untuk berlaku jika seseorang itu gagal untuk menjaga pemakananan. Antara penyakit yang harus di pandang serius adalah kerosakan pada ginjal sehingga tidak lagi dapat berfungsi dengan baik seperti sebelumnya.

pusat hemodialysis terbaik melaka

Ginjal yang juga dikenali sebagai buah pinggang ini merupakan antara organ yang amat penting di dalam tubuh manusia kerana ginjal atau buah pinggang inilah yang akan memainkan peranan sebagai penapis supaya dapat berfungsi untuk  membersihkan darah yang ada di seluruh tubuh badan dari cairan berlebihan, zat-zat sisa makanan yang berbahaya untuk tubuh dan juga eloktrolit berlebihan. Ginjal ini juga turut memainkan pernana sebegai penghasil hormon yang sangat penting untuk proses metabolism tubuh dan merangsang pembetukan sel darah merah.

kelebihan pusat hemodialysis melaka

Kegagalan buah pinggang ini berfungsi dengan baik boleh menyebabkan kematian kerana sudah tidak ada bahagian yang boleh menapis bahan yang bahaya untuk tubuh bagi proses penyingkiran. Kerana itu sekiranya ginjal atau buah pinggang ini tidak berjaya untuk berfungsi dengan baik persis seperti kebanyakan idividu dan  orang lain di luar sana maka anda harus segera mencari jalan penyelesainnya dan salah satu cara terbaik yang boleh menggantikan fungsi ginjal atau buah pinggang ini adalah dengan cara melakukan HEMODIALISIS.

kaedah hemodialysis

Kaedah Sebenar Hemodialisis Yang Perlu Diketahui

Bagi yang masih belum tahu apakah yang dimaksudkan dengan hemodialisis, ia merupakan kaedah pembersihan darah dengan cara membuang lebihan zat-zat yang berbahaya dari dalam tubuh badan seseorang sebagaimana yang sepatutnya dilakukan oleh buah pinggang.

pusat hemodialysis melaka

Hemodialisis ini boleh dilakukan ke atas para pesakit buah pinggang tidak kira si pesakit mempunyai tahap masalah buah pinggang mengikut tahap kerosakan ke atas buah pinggang itu sendiri. Sekiranya buah pinggang si pesakit mempunyai kegagalan fungsi buah pinggang yang hanya bersifat sementara maka proses hemodialisis ini hanya perlu dilakukan sehingga ke tahap buah pinggang tersebut kembali dapat berfungsi semula namun seandainya buah pinggang si pesakit itu mengalami kerosakan yang amat teruk maka proses hemodialisis ini perlu dilakukan dari masa ke semasa sepanjang usia hidupnya.

rawatan pusat hemodialysis terbaik melaka

Pusat Hemodialisis Krisda Jaya – Antara Pusat Hemodialisis Yang Terbaik Di Melaka

Jika anda menetap di kawasan Sungai Udang dalam negeri Melaka dan juga kawasan sekitarnya, telah terdapat satu pihak yang boleh memberikan perkhidmatan hemodialisis untuk para pesakit buah pinggang ini. Pusat Hemodialisis Krisda Jaya ini boleh dikatakan antara yang terbaik kerana telah beroperasi selama 9 tahun dengan mempunyai 2 (dua) cawangan dan ianya juga turut mempunyai pelbagai kelebihan demi untuk membantu para pesakit untuk masalah kerosakan pada ginjal ataupun buah pinggang ini.

pusat hemodialysis di masjid tanah

Anda tidak perlu khuatir dan sangsi ini kerana perkhidmatan rawatan hemodialisis yang ditawarkan oleh pihak Pusat Hemodialisis Krisda Jaya untuk para pesakit buah pinggang ini telahpun mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan sepenuhnya dengan nombor pendaftaran 930403-00121-08 dan ianya juga turut disahkan secara jelas oleh doktor pakar. Bukan hanya itu saja , pusat hemodialisis ini juga turut mempunyai servis untuk membuat ujian darah termasuk pemeriksaan oleh pakar perubatan termasuk doktor pakar nephrologist yang akan datang ke pusat tersebut setiap bulan mengikut masa dan jadual yang telah ditetapkan.

khidmat dialysis di melaka

Bantuan Perkhidmatan Yang Pelbagai Istimewa Untuk Para Pesakit

1. Menyediakan Kenderaan Untuk Menjemput Pesakit Di Kawasan Sekitar Dalam Jarak 15 Kilometer

servis ambil dan hantar pesakit hemodialysis

Memahami akan masalah para pesakit, maka pihak pusat hemodialisis yang terbaik di Melaka ini tidak sekadar ingin  memberi fokus untuk membantu melakukan proses ‘membersihkan darah’ ini semata-mata sebaliknya pihak terbabit turut memberikan perkhidmatan sampingan seperti membantu menyediakan perkhidmatan kenderaan,khas untuk menjemput si pesakit buah pinggang yang tinggal di kawasan berhampran  dalam jarak 15 kilometer paling maksimum dari pusat hemodialisis Pusat Hemodialisis Krisda Jaya ini.

2. Membuat Tuntutan Pembayaran Dari Kerajaan Untuk Pesara Dan Kakitangan Kerajaan Termasuk Keluarga Yang Layak Untuk Tidak Menyusahkan Si Pesakit

pusat hemodialysis untuk kakitangan kerajaan

Antara kelebihan yang ada pada pusat hemodialisis ini juga adalah untuk para pesara dan juga para penjawat serta pegawai kakitangan kerajaan yang masih berkhidmat termasuk juga ahli keluarga terdekat yang layak menerima, pusat hemodialisis ini boleh memudahkan urusan dengan membenarkan para pelanggan mendapatkan perkhidmatan tanpa perlu membayar secara tunai sebaliknya pusat hemodialisis ini akan membuat tuntutan pembayaran daripada pihak kerajaan untuk menjelaskan semua bil-bil untuk perkhidmatan tersebut.

3. Membenarkan Bekas Tentera Tanpa Pencen Mendapatkan Perkhidmatan Tanpa Perlu Membuat Bayaran Pendahuluan

rawatan hemodialysis terbaik melaka

Begitu juga untuk bekas-bekas parajurit yakni bekas anggota tentera yang telah menamatkan perkhidmatan tetapi tidak mempunyai pencen, golongan ini juga boleh membuat rawatan dialisis tanpa perlu bersusahpayah membuat bayaran pendahuluan kerana tuntutan akan di buat oleh pusat ini secara terus untuk para pelanggan yang layak kepada pihak kerajaan tanpa perlu menyusahkan para pesakit itu sendiri.

Perkhidmatan Yang Mesra Dan Cekap Dengan Kepakaran Jururawat Yang Terlatih

jururawat terlatih pusat hemodialysis melaka

Di Pusat Hemodialisis Krisda Jaya ini hanya jururawat yang terlatih saja akan di pilih untuk berkhidmat. Jururawat yang terlatih ini bukan hanya mempunyai pengalaman dan kepakaran untuk mengelolakan pesakit sebaliknya turut mempunyai sifat ramah tamah dengan penuh tata tertib dan sopan sepanjang mengendalikan setiap pesakit yang ada. Sikap mesra dan cekap dengan penuh senyuman yang tak ubah seperti sedang melayan ibubapa dan ahli keluarga sendiri ini sakan sentiasa dikekalkan demi untuk memberi rasa selesa seakan sedang berada di rumah sendiri supaya pesakit dapat melalui proses dialisis ini dengan perasan tenang tanpa sebarang masalah.

Turut Dilantik Sebagai Panel Oleh Pelbagai Pihak

pusat hemodialysis mudahkan pelancong

Dengan adanya pelbagai kelebihan yang mampu diberikan oleh pihak Pusat Hemodialysis ini, maka tidak hairanlah mengapa Pusat Hemodialysis Sungai Udang ini telah berjaya muncul sebagai paparan di dalam akhbar tempatan sehingga dilantik sebagai wakil panel untuk pelbagai pihak di luar sana. Antara pihak-pihak tersebut adalah :

  • Jabatan Pertahanan Awam (JPA)
  • PM Care Sn Bhd
  • Tenaga Nasional Berhad (TNB)
  • Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
  • Jabatan Hal Ehwal
  • Veteran Syarikat Insuran yang terpilih
  • PETRONAS

Pesakit Yang Sedang Melancong Ke Melaka Turut Diterima

antara pesakit menerima rawatan hemodialysis

Bagi anda yang sememangnya merupakan salah seorang pesakit yang telah mendapatkan perkhidmatan dialisis ini di mana-mana lokasi lain di luar negeri Melaka, anda juga turut diterima tanpa sebarang masalah untuk mendapatkan perkhidmatan dialisis daripada pusat ini. Secara tidak langsung sekiranya anda bercuti ke Melaka bersama keluarga anda tidak lagi perlu berasa bimbang kerana pusat ini dapat memberikan perkhidmatannya sepanjang anda berada di negeri Melaka itu.

Antara Pesakit Yang Telah Menggunakan Perkhidmatan Pusat Hemodialysis Sungai Udang, Melaka

pesakit menerima rawatan hemodialysis di sungai udang pesakit menerima rawatan hemodialysis di sungai udang

Jangan Terus Dibazirkan Masa Yang Anda Ada! Dapatkanlah Perkhidmatan Dialisis Daripada Pusat Hemodialysis Krisda Jaya Sekarang Juga!!

dapatkan rawatan hemodialysis terbaik

Kebanyakan pesakit buah pinggang merasa takut untuk ke hospital dek kerana risau dan tidak sanggup untuk berdepan dengan proses hemodialysis dengan alasan sakit. Namun, apakah anda sanggup untuk terus menyerah kalah dan berhadapan dengan kematian hanya kerana perasaan takut dan sakit tersebut? Jangan khuatir kerana proses hemodialysis ini tidaklah seburuk seperti yang di sangka. Apa yang penting anda berusaha sehabis daya untuk kembali sihat seperti sediakala demi untuk terus bersama insan-insan tersayang yang anda kasih dan sayangi.

PUSAT HEMODIALISIS KRISDA JAYA | PUSAT HEMODIALYSIS TERBAIK DI MELAKA Hotline: Tekan untuk telefon (012-3034329) | Tekan untuk WhatsApp Facebook: Hemodialysis SG Udang

Lokasi Premis # 1 38 Jalan Keris Emas 1, Taman Keris Emas 76300 Sg Udang, Melaka

Lokasi Premis # 2 No 132 Jalan Kejora 2 Taman Perindustrian Tanjung Minyak Perdana 75260 Melaka

Lokasi Premis # 3 No 132 Jalan Kejora 2 Taman Perindustrian Tanjung Minyak Perdana 75260 Melaka