Bagaimana dengan perancangan selepas bersalin nanti? Perlu ke cari pakej berpantang dan urut selepas bersalin nanti? Jangan ambil remeh soal perancangan ketika berpantang. Pelan kehamilan dan kelahiran perlu juga diselitkan bersama pelan berpantang. Tempoh ini juga kritikal kerana fasa ini ibu mungkin berada dalam keadaan letih , keliru dan masih beradaptasi dengan si kecil. Kalau tidak bersedia sedari awal , ibubapa mungkin akan terkejut dengan situasi baru ini.
Jika dahulu di tahun sebelum 90an, kebanyakkan ibu selepas bersalin pasti akan berpantang di kampung atau di rumah mertua. Seluruh keluarga akan membantu menjaga ibu dan bayi dalam tempoh 30 ke 44 hari berpantang. Nenek kita zaman dahulu tidak bekerja dan hanya duduk di rumah. Mereka juga masih mempunyai pengetahuan tentang ilmu berpantang serta pandai mengurut orang bersalin. Berbeza dengan keadaan zaman 20an kini. Ibu kita sekitar umur 40an-50an masih bekerja. Malah, majoriti mungkin sudah tidak tahu aturan berpantang dengan betul apatah lagi mahu mengurut.
Tempoh berpantang enam minggu adalah tempoh organ organ reproduksi kembali ke keadaan normal seperti sebelum hamil. Tempoh berpantang ini juga di kenali sebagai tempoh puerperium. Perubahan fisiologi amat ketara,walaupun dianggap normal, perhatian harus diberikan kepada anatomi dan fisiologi ibu dalam tempoh pemulihan, ciri ciri perubahan fizikal dan perilaku bayi baru dilahirkan, penerimaan keluarga terhadap kelahiran bayi, persekitaran berpantang, pemakanan dan kebersihan .Banyak perubahan berlaku terhadap sistem reproduksi wanita sejak hamil sehingga tempoh berpantang. Perubahan alat alat genital dalaman dan luaran ini di panggil involusi.
Menyedari sesetengah pasangan perlukan bantuan dalam hal penjagaan ibu selepas bersalin dan bayi, Elvira Beauty Care & Service terdorong untuk menawarkan khidmat bagi memudahkan urusan keluarga yang baru memperoleh cahaya mata. Para ibu selayaknya menikmati rawatan dan tempoh berpantang yang selesa dan selamat setelah penat berjuang melahirkan melahirkan si manja kesayangan. Dengan adanya servis posnatal dari Elvira Beauty Care & Service pastinya pantang anda lebih tenang bagai dilayan bak puteri.
Antara jenis rawatan berpantang yang ditawarkan di dalam pakej ialah seperti urutan selepas bersalin, tungku , bertangas , pemakaian param pilis dan tapel , berbengkung , lulur dan penyediaan menu pantang serta urutan bayi. Mengetengahkan konsep berpantang traditional melayu, pelanggan Elvira Beauty Care & Services tidak terhad kepada bangsa melayu malah dari kaum lain seperti cina, india dan bangsa lain.
Elvira Beauty Care & Services dapat membantu ibu untuk mengatasi dan memahami perubahan perubahan seperti:
Dalam Pakej Berpantang yang disediakan oleh Elvira Beauty Care & Services ini, semua Confinement Lady Elvira Beauty Care & Services adalah CL yang bertauliah dan berpengalaman. Guru yang mengajar mereka juga mempunyai pengalaman dalam urutan dan penjagaan berpantang ini lebih dari 10 tahun. Banyak petua dan nasihat yang diberikan kepada anda dalam memberikan servis terbaik kepada anda dan juga si manja.
Lebih menarik lagi dalam Pakej Berpantang Elvira Beauty Care & Services ini mengamalkan teknik berpantang secara tradisi dan moden. Penjagaan Berpantang secara tradisi seperti berurut, berbengkung, bertungku, mandi herba, param/pilis, bertangas digabungkan dengan kaedah tambahan yang lebih moden seperti facial, urut lulur, sauna dan mandian aura. Penjagaan si manja jua seperti mandian, berbedung, tuam bayi dan bercukur.
Dari hari pertama hingga akhir berpantang, confinement lady dan team Elvira Beauty Care & Services akan memastikan layanan yang diberikan adalah terbaik demi kepuasan pelanggannya. Pelanggan akan dilayan bak puteri kerana mereka faham sepanjang proses berpantang sangat penting untuk memastikan mood ibu berpantang sentiasa positif dan selesa. Penutup Pantang dijalankan selepas tamat tempoh berpantang 44 hari. Yang menariknya anda akan merasakan kesegaran tubuh badan dan memperoleh kulit yang cerah serta halus dengan servis penutup pantang mereka
Dambakan penjagaan setaraf selebriti? Elvira Beauty Care & Services berpengalaman menyediakan servis penjagaan wanita berpantang, termasuklah kepada selebriti-selebriti terkenal tanahair! Jadikan hari-hari berpantang anda “stress-free” dan lebih istimewa dengan pakej-pakej menarik dari Elvira Beauty Care & Services. Harga bermula RM 1550 (Pakej 7 Hari) sehingga RM 9350.
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang