Review
Sep 29, 2019, 10:36am

Servis Penjagaan Selepas Bersalin di Kuala Lumpur dengan Bertungku dan Bertangas


Servis Penjagaan Selepas Bersalin 2019

Ibu-ibu di luar sana yang baru lepas bersalin semestinya memerlukan tempoh berpantang yang secukupnya untuk mengembalikan kesihatan tubuh badan. Amalan berpantang 44 hari biasanya dipraktikkan untuk memberi ibu-ibu yang dalam berpantang berehat sepenuhnya untuk memulihkan tubuh yang masih lemah dan kurang bertenaga sejak dari mengandung hinggalah ibu-ibu bersalin. Dalam keadaan tubuh yang masih lemah dan tidak bermaya, gangguan perasaan dan mental juga akan terganggu seperti bersedih, murung, menangis, jiwa tertekan oleh pelbagai-pelbagai masalah jadi amatlah penting bagi ibu-ibu ketika dalam tempoh berpantang ini jangan biarkan jiwa dan mental terganggu, penyakit juga mudah dihadapi.

Servis Penjagaan Selepas Bersalin Hilangkan Sakit Badan

Oleh itu, berpantang ini sangat penting buat ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Kaedah yang semasa dalam pantang seperti berurut, mandi herba, bertangas, memakai pilis, param, berbengkung dan memakan jamu amatlah berkesan dan baik untuk ibu memulihkan kesihatan diri. Sesetengah orang mungkin berpantang secara sendiri dengan pantauan orang tua. Namun, bagaimana pula bagi mereka yang tinggal jauh dari orang tua mereka? Terkini, pelbagai perkhidmatan yang menawarkan bantuan untuk ibu-ibu ini berpantang

Servis Penjagaan Selepas Bersalin – Leviera Natural Beauty

Servis Penjagaan Selepas Bersalin Selangor

Leviera Natural Beauty menyediakan perkhidmatan berurut dan berpantang. Kami menyediakan dua jenis pakej dengan harga yang berpatutan iaitu Pakej Delima dan Pakej Mutiara. Perkhidmatan kami ini boleh didapati di seluruh Semenanjung Malaysia. Perkhidmatan kami ini juga sesuai untuk mereka yang berumur antara 21 tahun hingga 50 tahun, terutamanya bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Pakej kami merupakan pakej stay in di mana penjaga pantang akan menetap di rumah pelanggan sepanjang rawatan dijalankan mengikut setiap pakej. Pakej kami bermula dari 7, 10,14, 21 ,35 dan 44 hari.

Perkhidmatan yang Diberikan

Servis Penjagaan Selepas Bersalin 2019 2020

Kami Menyediakan Pakej Lengkap Perkhidmatan Dan Urutan Ibu Berpantang Selepas Bersalin seperti urutan, sauna, spa, lulur/scrub, tangas, tungku, tuam baby, urutan baby, penjagaan baby, memandikan baby, urutan tradisional, kaunseling, penyediaan jamu, masakan untuk ibu berpantang, mandi herba, memakaikan bengkung param, pilis, tapel dan juga mengemas rumah (asas).

Servis Penjagaan Selepas Bersalin 2020 dan 2019

Untuk makluman pihak tuan/puan, mengemas rumah adalah seperti menyapu setiap hari, mop seminggu sekali atau dua bergantung pada kekotoran, mencuci bilik air yang digunakan oleh ibu berpantang seminggu sekali atau dua bergantung pada kekotoran, mengemas bilik ibu berpantang saja, mencuci pakaian ibu dan bayi, mencuci pinggan mangkuk serta melipat baju ibu dan bayi. Tugasan utama CL adalah fokus kepada ibu berpantang dan bayi saja dan mengemas rumah adalah tugasan sampingan sahaja.

Servis Penjagaan Selepas Bersalin Selangor

Oleh kerana perkhidmatan yang disediakan adalah bersifat stay-in, kami memohon pihak tuan/puan untuk menyediakan bilik untuk CL bagi memudahkan CL berehat dan bersolat. Tujuan pakej stay in ini disediakan ialah bagi mengelakkan bayaran lebih untuk minyak dan tol yang akan ditanggung oleh pihak tuan/puan.

Pakej yang Ditawarkan

Servis Penjagaan Selepas Bersalin 2020

Pakej ekonomi adalah PAKEJ DELIMA dan MUTIARA. Pihak kami akan menyediakan keperluan berpantang seperti jamu, param, pilis, tapel, mandian herba dan bengkung kecuali daun segar yang akan disediakan oleh pihak kami hanya untuk 4 minggu sahaja. Perbezaan antara Pakej DELIMA dan MUTIARA adalah daripada segi bilangan urutan dan tangas. Sesi bertungku dan bersauna hanyalah sekali sehari sahaja untuk setiap hari. Sekiranya Puan bersalin secara pembedahan/caesar, teknik/posisi urutan, bertungku dan cara pemakaian bengkung adalah sedikit berbeza dengan pelanggan yang bersalin secara normal.

Servis Penjagaan Selepas Bersalin Membantu

Pakej STAY IN bermaksud tinggal di rumah pelanngan, tetapi tidak termasuk penjagaan bayi pada waktu malam. Tujuan pakej stay in adalah bagi mengelakkan caj minyak dan tol yang akan ditanggung oleh pihak customer pada setiap hari. Selain itu, harus diingatkan bahawa bahan mentah masakan untuk ibu berpantang dan CL kami perlu disediakan oleh pihak pelanggan. Sekiranya pihak tuan/puan menolak sebahagian perkhidmatan yang diberikan dalam pakej, tiada sebarang potongan harga akan diberikan.

Harga Pakej Leviera Natural Beauty

Jika anda berminat untuk mencuba perkhidmatan berpantang dari kami, anda boleh memilih pakej yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan.

Servis Penjagaan Selepas Bersalin Menyelesakan

Pakej Delima

  • 7 Hari – RM1500
  • 10 Hari – RM1850
  • 14 Hari – RM2550
  • 21 Hari – RM3550
  • 28 Hari – RM4650
  • 35 Hari – RM5750
  • 44 Hari – RM6950

Servis Penjagaan Selepas Bersalin Mencantikkan

Pakej Mutiara

  • 7 Hari – RM1700
  • 10 Hari – RM2050
  • 14 Hari – RM2850
  • 21 Hari – RM3850
  • 28 Hari – RM4950
  • 35 Hari – RM6150
  • 44 Hari – RM7350

Staf Leviera Natural Beauty

Servis Penjagaan Selepas Bersalin Best

Kami menggunakan khidmat pekerja Indonesia yang terlatih dan berpengalaman dalam bidang penjagaan pantang tradisional melayu dan berumur dari 30 tahun sehingga 44 tahun. Sekiranya pihak tuan/puan tidak berpuas hati dengan khidmat servis yang diberikan, pihak kami akan menggantikan pekerja kami serta merta dengan pekerja lain dan pihak tuan/puan perlu menghubungi kami dengan kadar segera.

Servis Penjagaan Selepas Bersalin Sedap

Pihak puan boleh terus membuat aduan kepada kami dalam tempoh puan berpantang dengan kami dan sebarang aduan selepas habis berpantang berkaitan servis CL kami adalah tidak akan dilayan. Kami sentiasa mengutamakan kehendak pelanggan dan pihak tuan/puan perlu menyatakan kekurangan servis bagi setiap CL kami agar kami dapat memperbaiki lagi servis CL kami di masa hadapan.

Penghantaran Staf

Servis Penjagaan Selepas Bersalin Mudah dan Murah

Sekiranya Puan bersalin lebih awal/lambat atas sebab-sebab tertentu; Contoh: pramatang/induce/tanda-tanda hampir bersalin/caesar, pihak pelanggan perlu memaklumkan kepada kami dengan kadar segera supaya kami dapat menyediakan CL dan bahan-bahan ketika berpantang. Kami akan menghantar CL kami sekurang-kurangnya dua atau tiga hari selepas Puan discharged dari hospital. Sekiranya Puan bersalin lebih kurang sebulan awal, kami memerlukan sekurang-kurangnya tiga atau empat hari untuk menghantar CL ke rumah Puan. Walaubagaimanapun, kami akan cuba menghantar CL secepat mungkin ke rumah Puan.

Waktu Staf Bertugas

Servis Penjagaan Selepas Bersalin Hilangkan Sakit Badan

CL kami akan mula bekerja dr pukul 6.30am hingga 8.30pm, jika ada penambahan untuk penjagaan bayi pada waktu malam, pihak puan akan dikenakan cas tambahan RM100 sehari. Jika pelanggan memerlukan khidmat penjagaan bayi selepas waktu jam 8.30 malam, pelanggan perlu memberitahu pihak kami terdahulu agar kami dapat menyediakan CL yang sanggup bertugas sehigga lewat malam. Terdapat juga penambahan RM30 sehari untuk bayi kembar. Sekiranya pelanggan meminta untuk menjaga anak2 yang lain atau memasak untuk semua ahli keluarga pihak customer boleh berurusan secara terus dengan CL kami dan terdapat penambahan bayaran mengikut kesanggupan CL kami.

Tempahan dan Pembayaran Pakej

Servis Penjagaan Selepas Bersalin 2019 2020

Untuk tempahan slot, pihak pelanggan perlu membuat bayaran deposit sebanyak 30% daripada harga pakej. Kami menyarankan agar tempahan dibuat selewat-lewatnya 2 bulan awal sebelum tarikh jangkaan bersalin (EDD) dan tertakluk kekosongan. Sebelum membuat sebarang pembayaran deposit, pihak pelanggan perlu memastikan kekosongan slot dengan pihak kami sekali lagi. Sekiranya EDD puan jatuh pada Hari Raya Puasa, CL kami akan bercuti selama 5 hari bermula sehari sebelum raya. Baki bayaran perlu dijelaskan pada hari pertama ketibaan CL seperti yang tertera dalam Terma & Syarat (akan diberikan kepada pihak pelanggan yang berminat membuat tempahan pakej dengan pihak kami).

Kebaikan Berpantang Selepas Bersalin

Servis Penjagaan Selepas Bersalin Mudah

Berpantang boleh melegakan rasa sakit badan melalui proses berurut. Proses mengandung dan bersalin adalah proses yang amat memenatkan, Ia banyak memberi tekanan pada bahagian tubuh terutamanya bahagian bawah abdomen, belakang, dan pinggang. Selepas bersalin, anda perlu menjaga serta menyusukan bayi pula. Sesetengah posisi menyusu badan boleh menjadikan tubuh anda sakit dan tidak selesa pada awalnya. Urut bersalin dapat membantu anda untuk relaks dan melegakan rasa sakit yang dialami seperti lenguh, pening, sakit otot, sengal urat, dan lesu.

Servis Penjagaan Selepas Bersalin 24 Jam

Selain itu, urutan berpantang membantu untuk melancarkan perjalanan darah. Urutan lembut seluruh badan juga mampu melancarkan lagi perjalanan darah di samping membantu membuang toksin dalam badan. Dengan teknik yang betul, ia juga dapat mengeluarkan darah beku yang terperangkap di dalam rahim dengan berkesan. Dalam pada itu, urutan berpantang juga membantu meningkatkan proses pengeluaran susu badan. Pengeluaran susu ibu boleh terjejas akibat stress. Apabila berurut, tubuh akan menjadi kurang stress dan secara tidak langsung ia membantu proses penghasilan susu ibu dengan lebih efektif.

Servis Penjagaan Selepas Bersalin Terhebat

Seperti yang disebutkan di atas, urutan dapat membantu anda relaks. Selain disebabkan sentuhan, aroma daripada minyak herba juga membantu deria anda untuk berasa lebih tenang dan segar. Apabila kurang stress, anda akan lebih yakin mengurus bayi dan mampu menjaga kesihatan diri dengan baik. Dengan ini, risiko meroyan atau postnatal depression dapat dikurangkan. Selain begitu banyak manfaat yang diperolehi sama ada secara fizikal mahupun mental, urut bersalin mampu mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin.

Servis Penjagaan Selepas Bersalin Hebat

Wanita mana yang tidak inginkan tubuh yang menawan. Selepas bersalin, keadaan tubuh ibu tersebut berubah sedikit akibat lebihan lemak semasa mengandung. Seperti yang kita sedia maklum, urutan dapat membantu memecahkan lemak yang terkumpul bagi membantu proses kehamilan. Selalunya, urut bersalin akan disertai dengan pemakaian bengkung yang akan membantu mempercepatkan lagi pemulihan serta mengembalikan bentuk tubuh yang asal.

Testimoni

Ramai pelanggan yang berpuas hati dengan pakej yang kami tawarkan. Berikut kami kongsikan beberapa testimoni daripada pelanggan kami.

Servis Penjagaan Selepas Bersalin Terbaik

Servis Penjagaan Selepas Bersalin Padu

Servis Penjagaan Selepas Bersalin KL

Servis Penjagaan Selepas Bersalin 2020 2019

Servis Penjagaan Selepas Bersalin 2019 dan 2020

Jom Dapatkan Khidmat Penjagaan Ibu Berpantang Selepas Bersalin SEKARANG!

Jom dapatkan khidmat penjagaan ibu berpantang selepas bersalin SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Montana Melawati, Jalan Desa Melawati Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur 53100 Malaysia

   
Jom dapatkan khidmat penjagaan ibu berpantang selepas bersalin SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom dapatkan khidmat penjagaan ibu berpantang selepas bersalin SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: