Anda telah berjaya mempunyai bangunan premis atau kediaman sendiri? Tahniah diucapkan! Dan apabila sesebuah bangunan itu disiapkan, antara perkara yang penting yang turut di ambil kira adalah soal tenaga elektrik, pendawaian dan juga pemasangan lampu. Hanya dengan adanya kemudahan tersebut sesebuah bangunan itu dapat memberi faedah dan kemudahan sebagaimana yang diinginkan.
Dengan adanya kemudahan elektrik, pendawaian dan pemasangan lampu ini ia dapat memberikan tahap keselesaan seiring dengan peredaran zaman yang sedia ada sekarang ini. Begitulah betapa pentingnya tenaga elektrik untuk semua penggunanya di atas muka bumi ini. Di sini akan dikongsikan beberapa info untuk pengetahuan anda yang sedang memerlukan servis elektrikal, pendawaian dan pemasangan lampu untuk sekitar kawasan Kuala Lumpur khususnya.
Terdapat dua jenis permohonan meter elektrik iaitu meter 1 fasa dan meter 3 fasa sama ada untuk kegunaan domestik atau komersial. Domestik adalah kategori untuk rumah kediaman dan komersial pula adalah kategori untuk perniagaan. Pihak yang bertanggung jawab untuk menyalurkan tenaga elektrik ini tidak lain dan tidak bukan adalah TNB (Tenaga Nasional Berhad).
Namun soal pemasangan elektrik bukannya satu kerja mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa dengan begitu saja. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencari kontraktor dan tukang yang bagus dan boleh dipercayai untuk membantu urusan penyambungan meter elektrik ke rumah, pejabat atau bangunan milik anda itu.
Permohonan bekalan elektrik satu fasa adalah untuk penggunaan bebanan antara 1 kWH hingga 10 kWh. Kebiasaan untuk penggunaan bebanan elektrik sebegini adalah rendah sebagai contoh untuk rumah kampung, rumah teres dan juga rumah yang berbentuk pangsapuri.
Permohonan bekalan elektrik tiga fasa ini lebih khusus untuk penggunaan bebanan penggunaan elektrik yang melebihi 11 kWh. Kebiasaannya meter elektrik tiga fasa ini untuk pengunaan bebanan elektrik adalah tinggi sebagai contoh untuk rumah kediaman yang berbentuk semi-D, rumah banglo, kondominium dan juga sebarang jenis premis untuk perniagaan.
Pengguna juga boleh membuat permohonan naik taraf (upgrade dari 1 fasa ke 3 fasa) jika penggunaan bebanan elektrik 1 fasa sedia ada bertambah yang memerlukan naik taraf ke bekalan tiga fasa. Naik taraf boleh dilakukan pada bila-bila masa yang diperlukan.
Cara untuk permohonan baru meter elektrik ke TNB pengguna perlu di buat melalui kontraktor. Permohonan penyambungan elektrik perlu melalui kontraktor yang berdaftar dengan suruhanjaya tenaga sahaja.Maka pengguna perlu pastikan melantik kontraktor yang berdaftar sahaja untuk menguruskan permohonan ke Tenaga Nasional Berhad bagi menyiapkan urusan penyambungan elektrik tersebut.
Antara dokumen yang diperlukan untuk urusan ini adalah seperti :
Servis melakukan pendawaian elektrik untuk rumah atau pejabat tidak boleh dipandang ringan. Elektrik ini bukanlah satu punca tenaga yang boleh di buat main maka cara terbaik untuk memasangnya ke mana-mana bangunan yang bakal digunakan ini adalah dengan cara mengupah pihak yang betul untuk urusan servis pendawaian dan pemasangan elektrik.
Antara pihak yang ada menawarkan servis Servis Elektrikal, Pendawaian Dan Pemasangan Lampu di Kuala Lumpur 2019/2020 ini adalah Syarikat Pendawaian Elektrik DDPadu Ventures.
Apa yang menjadi perkara utama untuk mana-mana kontraktor dan tukang yang berdaftar haruslah mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam melakukan proses pendawaian elektrik. Ia bagi mengelakkan kejadian litar pintas yang boleh menyebabkan kebakaran. Bagi pihak Syarikat Pendawaian Elektrik DDPadu Ventures ini anda tidak perlu bimbang kerana mereka sememangnya mempunyai team pekerja mahir sendiri yang terlatih.
Segala yang diperlukan untuk proses servis elektrikal, pendawaian dan pemasangan lampu akan disenaraikan secara jelas dan terperinci. Ini bagi memudahkan urusan pelanggan untuk mengetahui nilai wang sebenar yang perlu dikeluarkan. Dalam masa yang sama ianya untuk mengelakkan salah faham antara pihak Syarikat Pendawaian Elektrik DDPadu Ventures dan juga para pelanggan seperti anda.
Untuk memudahkan urusan untuk servis elektrikal, pendawaian dan pemasangan lampu ini, pihak Syarikat Pendawaian Elektrik DDPadu Ventures akan melakukan urusan rundingan secara bertentangan mata dengan pihak pelanggan seperti anda. Lawatan ke atas tapak juga akan dilakukan bagi mendapatkan ukuran dan maklumat yang tepat untuk lokasi dan bangunan tersebut. Lawatan tapak, rundingan, konsultasi dan sebut harga akan diberikan secara percuma kepada para pelanggan tanpa sebarang caj tambahan yang tersembunyi.
Tidak hanya fokus untuk bangunan yang baru siap di bina, pihak Syarikat Pendawaian Elektrik DDPadu Ventures turut menerima permintaan untuk urusan penambahbaikan ke atas sebarang jenis bangunan.
Antara jenis masalah yang boleh diselesaikan oleh pihak Syarikat Pendawaian Elektrik DDPadu Ventures untuk servis elektrikal, pendawaian dan pemasangan lampu ini adalah seperti :
Pihak Syarikat Pendawaian Elektrik DDPadu Ventures hanya akan menggunakan peralatan barangan yang bermutu bagi mengekalkan kualiti untuk penggunaan yang lama. Tempoh masa kerja juga turut diberi keutamaan supaya segala urusan dapat diselesaikan mengikut point, kuantiti, kaki persegi dan had masa yang telah dipersetujui sejak awal di antara pihak Syarikat Pendawaian Elektrik DDPadu Ventures dengan pihak pelanggan.
Ini adalah antara hasil kerja yang telah dilaksanakan oleh pihak Syarikat Pendawaian Elektrik DDPadu Ventures untuk servis elektrikal, pendawaian dan pemasangan lampu tersebut. Jika anda inginkan servis yang berkualiti untuk urusan yang sama bagi sekitar kawasan Kuala Lumpur, anda bolehlah dapatkan servis yang serupa pada bila-bila masa yang anda inginkan.
Tidak kisah sama ada premis perniagaan, rumah kediaman mahupun sebarang bentuk bangunan, tanpa elektrik pastinya amat sukar untuk bangunan itu digunakan. Tanpa elektrik mana mungkin sesuatu bangunan itu dapat berfungsi dengan baik untuk digunakan. Sama sekali tidak praktikal.
Anda benar-benar sedang mencari pihak yang boleh dipertanggungjawabkan untuk urusan servis elektrikal, pendawaian dan pemasangan lampu? Anda mahu segera siapkan bangunan yang dimiliki untuk segera boleh didiami? Hubungi pihak Syarikat Pendawaian Elektrik DDPadu Ventures sekarang untuk bantuan. Jika ada sebarang pertanyaan lanjut anda boleh terus hubungi pihak yang berkenaan melalui detail di bawah ini.
DDPADU VENTURES | ANTARA SERVIS PENDAWAIAN ELETKRIK TERBAIK DI KUALA LUMPUR 2019 / 2020
Hotline 1 : Tekan untuk telefon (011-39295664) | Tekan Untuk Whatsapp
Hotline 2 : Tekan untuk telefon (011-27451974) | Tekan Untuk Whatsapp
Facebook : DD Padu Ventures
Alamat :
2-5-9 PPR Seri Alam, Jalan Lapangan Terbang Lama, Sungai Besi,Kuala Lumpur
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang