Review
Mar 7, 2019, 11:07am

Servis Bina / Renovate Rumah Dan Wiring Terbaik di Selangor/Kuala Lumpur 2019/2020


Mahu membina sebuah rumah yang serba lengkap memerlukan anda tahu lebih mendalam tentang bidang pembinaan dan prosedur yang terbabit. Ada yang membeli rumah siap sepenuhnya yang baru, ada yang membeli rumah kosong lama yang memerlukan renovasi dan ada juga yang baru mendiami rumah tetapi memerlukan kontraktor untuk pendawaian pula. Di sebalik isu – isu ini, semestinya hanya pakar pembinaan yang lebih mengetahui spesifikasi yang sebenar.

ubah suai rumah dan wiring 1

Tidak semudah memetik jari untuk mencari servis membina, renovate dan wiring terbaik. Lambakan servis di pasaran belum tentu dapat memenuhi permintaan dan citarasa anda. Tambahan pula, soal peruntukkan bajet anda perlu mengambil perhatian juga. Jangan pula, kadar bayaran yang ditentukan tidak menggambarkan kualiti servis yang sebenar. Di sini, anda perlu ketahui kenapa anda memerlukan kontraktor servis bina atau renovate rumah dan wiring yang terbaik. Mari kita lihat beberapa alasan yang mungkin anda akan lebih berhati – hati untuk memilih kontraktor yang terbaik.

Tips Memilih Kontraktor Servis Bina / Renovate Rumah dan Wiring Terbaik

#1 Memilih Kontraktor Yang Berlesen

kontraktor ubah suai rumah

Penyelidikan boleh dilakukan sebelum anda menentukan kontraktor yang terbaik untuk rumah anda. Perkara paling utama adalah memilih kontraktor yang mempunyai lesen perniagaan yang sah dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Selain itu, anda juga perlu pastikan kontraktor berkenaan memegang lesen kontraktor sekurang-kurangnya kelas F atau E.

#2 Semak Rekod Kerja dan Profil Syarikat

profile hrfz construction ubah suai rumah

Anda sendiri dapat membuat penilaian apabila membuat semakan rekod kerja yang dilakukan oleh kontraktor berkenaan. Pemilihan kontraktor terbaik dapat mempengaruhi proses siap rumah anda serta mengelakkan kerja – kerja terbengkalai di kemudian hari. Mungkin, kontraktor tersebut hebat dalam kerja kontrak pindaan rumah sahaja atau mampu membuat pendawaian elektrik sahaja.

#3 Mencari Kontraktor Yang Berpengalaman

company construction wiring terbaik

Kontraktor yang berpengalaman lebih mengetahui proses dan prosedur yang cepat dan betul. Mereka dapat menentukan kualiti bahan binaan yang terbaik serta sudah sedia maklum tentang pembekal yang terbaik dan murah. Ini akan membantu anda dalam mengeluarkan kos binaan rumah anda nanti.

#4 Mengenalpasti Alamat Operasi Kontraktor

alamat construction company kl selangor

Tidak salah untuk anda mengetahui tempat operasi perniagaan bakal kontraktor rumah anda. Dengan mengetahui tempat mereka, anda boleh datang melihat sendiri cara mereka bekerja serta melihat proses – proses kerja yang telah mereka siapkan. Selain itu, anda juga boleh menyemak melalui laman web syarikat kontraktor berkenaan juga.

#5 Menghubungi Pelanggan Sebelumnya

hubungi bekas pelanggan

Setelah anda mengkaji profil syarikat kontraktor, semestinya akan ada projek mereka yang telah siap. Anda boleh cuba menghubungi pelanggan terdahulu untuk mendapatkan pengesahan tentang kejujuran dan integriti kontraktor yang anda pilih nanti. Anda boleh meminta izin untuk melihat hasil binaan yang telah disiapkan supaya anda sendiri boleh menganggarkan perjalanan proses rumah anda pula nanti.

Dapatkan Servis Bina / Renovate Rumah dan Wiring Terbaik Daripada HRFZ Engineering & Construction

renovate ruang tamu murah

Nak cari kontraktor yang serba tahu? Nak cari kontraktor berpengalaman? Nak cari kontraktor yang terbaik? Berita baik untuk anda yang menetap di Kuala Lumpur, Selangor dan sekitarnya, HRFZ Engineering & Construction merupakan kontraktor yang terbaik untuk anda. HRFZ Engineering & Construction menawarkan servis membina, renovate dan wiring rumah dengan kualiti servis yang terbaik untuk anda. Jom lihat antara servis yang ditawarkan oleh HRFZ Engineering & Construction ini.

Servis Membina Rumah Batu dan Kayu

kontraktor bina rumah di selangor bumiputera

Hanya kontraktor yang mahir dan berpengalaman boleh membantu anda untuk membina rumah idaman tidak kira rumah batu mahupun rumah kayu. Material bahan binaan terbaik yang dipilih dapat memberi impak kepada pengeluaran kos sebenar projek. Tambahan pula pasti anda tidak mahu membayar upah tukang yang mahal namun kerja yang perlu disiapkan banyak tertangguh atau terbengkalai.

Servis Ubahsuai Rumah

ubahsuai rumah dengan hrfz construction

Kerja – kerja ubah suai rumah antara kepakaran HRFZ Engineering & Construction. Kebiasaannya, kerja ubah suai rumah hanya melibatkan ruang tertentu sahaja bukan keseluruhan rumah. Tukang yang mahir dapat melakukan proses ubah suai tanpa mengganggu binaan dinding rumah yang tidak terlibat. Oleh yang demikian, memang sesuailah anda memilih kontraktor HRFZ Engineering & Construction kerana ubah suai rumah antara kepakaran mereka.

Kerja Pemasangan Mozek

pemasangan tiles kl selangor

Kerja – kerja pemasangan mozek memerlukan ketekunan seorang tukang. Mozek sebuah rumah perlu dipasang dengan teliti mengikut jenis mozek yang dipilih. Untuk pengetahuan anda, HRFZ Engineering & Construction dapat membantu anda untuk memilih kualiti mozek yang terbaik untuk rumah anda pada harga yang berpatutan. Malah kerja pemasangan juga akan dilakukan oleh tukang yang terbaik.

Memasang Awning, Grill dan Pintu Pagar Utama

pemasangan automatic gate rumah

Sebuah rumah tanpa pintu pagar utama, pagar dan grill pasti memberi risiko yang tinggi kepada penghuni rumah itu nanti. Untuk memudahkan urusan pelanggan, pihak HRFZ Engineering & Construction juga menyediakan servis tukang untuk memasang pintu utama, awning dan juga grill rumah. Anda tidak perlu berurusan dengan tukang yang lain yang belum tentu mengenakan bayaran kos upah yang berpatutan.

Pendawaian Elektrik

kontraktor pendawaian elektrik rumah

HRFZ Engineering & Construction turut menawarkan servis melakukan pendawaian elektrik untuk rumah atau pejabat. Apa yang menjadi perkara utama adalah tukang haruslah mempunyai kemahiran pakar dalam melakukan proses pendawaian elektrik ini. Ia bagi mengelakkan kejadian litar pintas yang boleh menyebabkan kebakaran.

Kerja Pembaikan Bumbung

servis baiki atap rumah murah

Anda mungkin bukan mencari kontraktor membina rumah tetapi mahu mencari tukang yang mahir dalam kerja – kerja pembaikan bumbung. HRFZ Engineering & Construction merupakan kontraktor terbaik yang menawarkan servis yang berkaitan kerja – kerja pembaikan bumbung seperti bumbung bocor, nak tukar bumbung baru, bumbung pecah dan sebagainya.

Kerja – Kerja Mengecat

kerja mengecat dinding rumah terbaik

Setelah rumah siap dibina, proses seterusnya adalah mengecat di segenap ruang rumah mengikut warna dan kreativiti anda sendiri. Semestinya tidak salah untuk melakukannya sendiri namun lebih baik sekiranya kerja – kerja mengecat ini dilakukan oleh mereka yang mahir di HRFZ Engineering & Construction ini. Kualiti cat adalah menjadi keutamaan kerana cat yang berkualiti akan tahan lebih lama dan juga mempunyai warna yang cantik.

HRFZ Engineering & Construction Mahir Dalam Binaan Dan Renovate Rumah

hrfz kontraktor bina rumah dan renovate

HRFZ Engineering & Construction juga mempunyai tenaga mahir untuk menyediakan pelan dan lakaran ubah suai rumah yang baru serta menguruskan kelulusan majlis perbandaran. Anda sudah tidak perlu runsing untuk memikirkan prosedur kelulusan pelan kerana semuanya boleh diuruskan oleh HRFZ Engineering & Construction. Selain itu, anda juga boleh mengubah suai rumah mengikut citarasa idaman anda sendiri. Sudah tiba masanya anda menukar design rumah lama dengan rekabentuk baru yang lebih elegan dan moden.

Kenapa Anda Perlu Memilih Kontraktor Terbaik HRFZ Engineering & Construction?

hasil renovate meeting room

Sememangnya, untuk membina sebuah rumah memerlukan belanja yang besar. Malah, ramai rakyat Malaysia membeli sebuah rumah dengan membuat pinjaman perumahan. Ada juga yang berbelas tahun menabung wang untuk membeli sebuah rumah secara tunai. Tidak kisah bagaimana caranya, namun apa yang lebih penting adalah pemilihan kontraktor rumah yang terbaik. Jom lihat antara sebab – sebab kenapa anda perlu memilih HRFZ Engineering & Construction sebagai kontraktor rumah anda.

  • HRFZ Engineering & Construction Syarikat Yang Berdaftar

lesen kontraktor CIDB

HRFZ Engineering & Construction adalah syarikat kontraktor binaan 100% bumiputra dan merupakan kontraktor binaan kelas G3 yang berdaftar secara sah di CIDB.

  • Mempunyai Pengalaman Berkaitan Binaan Rumah

hasil kerja renovate dapur

Selama 5 tahun HRFZ Engineering & Construction mempunyai pengalaman dalam mengubah suai kediaman dan membina rumah. Kontraktor yang mempunyai pengalaman yang banyak akan lebih mengetahui selok belok bidang pembinaan dan dapat melakukan proses kerja dengan lebih teratur.

  • Mempunyai Team Pekerja Mahir Sendiri

pasukan kerja construction

HRFZ Engineering & Construction  tidak mengupah orang lain untuk membina atau mengubah suai rumah anda. Ini kerana, HRFZ Engineering & Construction  mempunyai team pekerja sendiri yang mahir, cekap serta terlatih. Tidak ada masalah tentang isu sub-kontraktor. 100% dibawah tanggungjawab HRFZ Engineering & Construction.

  • 95% Klien Sebelum Ini Berpuas Hati

pelanggan berpuas hati

95% klien ubahsuai atau renovate rumah sebelum ini berpuas hati dengan hasil kerja yang telah HRFZ Engineering & Construction lakukan. Ini membuatkan klien – klien sedia ada akan mensyorkan kualiti dan mutu kerja HRFZ Engineering & Construction kepada rakan – rakan mereka pula. Jadi, HRFZ Engineering & Construction banyak mendapat pelanggan daripada hasil saranan daripada pelanggan terdahulu.

  • Sebut Harga Yang Berbaloi Dengan Kualiti Bahan Binaan

quotation bahan binaan terbaik

HRFZ Engineering & Construction menyediakan bahan binaan yang berkualiti dan memenuhi bajet serta cita rasa pelanggan. Kerja – kerja pembinaan dilakukan mengikut spesifikasi yang telah disediakan oleh jurutera bertauliah. Anda dapat tetap dapat menikmati penjimatan walaupun rumah anda menggunakan bahan binaan yang berkualiti.

  • Nikmati Tawaran Harga Pasti Siap!

tawaran harga terbaik

HRFZ Engineering & Construction menawarkan harga pasti siap dengan sebut harga terperinci. Maksudnya, HRFZ Engineering & Construction bukan sekadar meletakkan harga dibawah market price dan apabila tiba progress 60% ke 70%, mereka mula membuat hal dan meninggalkan projek ubahsuai rumah anda terbengkalai. HRFZ Engineering & Construction sangat komited untuk menyiapkan projek yang telah dipersetujui.

  • Sebut Harga Yang Lebih Jelas dan Terperinci

quotation renovate dan bina rumah

Sebut harga HRFZ Engineering & Construction adalah terperinci dan bukan sebut harga yang menunjukkan harga lumpsum. Anda akan dapat melihat setiap item yang terlibat dalam projek ubah suai rumah anda dengan jelas berserta harga yang terperinci untuk bahan – bahan kemasan seperti tile, mangkuk tandas, sinki, shower, jenis dan jenama cat dan sebagainya. Jadi anda dapat mengetahui apa yang akan anda perolehi dengan jumlah kos yang dikeluarkan.

  • Rundingan dan Sebut Harga Diberikan Secara Percuma

sebut harga untuk renovate rumah murah

Bagi pelanggan yang pertama kali atau untuk memulakan proses pembinaan awal, anda pasti mahukan servis rundingan untuk mengetahui tawaran dan maklumat lanjut yang berkaitan. Lawatan tapak, rundingan, konsultasi dan sebut harga diberikan secara percuma kepada pelanggan dari pasukan HRFZ Engineering & Construction. Anda tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan.

Bagaimana Mahu Menghubungi HRFZ Engineering & Construction?

hfrfz construction kerja binaan

Bagi anda yang sudah merancang untuk membeli rumah idaman, renovate ruang di dalam atau di luar rumah, kerja – kerja pembaikan, kerja – kerja pendawaian serta kerja yang berkaitan, anda kini boleh menggunakan servis kontraktor terbaik di Selangor dan Kuala Lumpur ini. HRFZ Engineering & Construction sedia memberikan servis mereka pada harga yang berpatutan dan kualiti yang terbaik. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi info yang dinyatakan di bawah ini.

KONTRAKTOR BINA RUMAH, RENOVATE & WIRING TERBAIK
Hubungi: Tekan untuk telefon (018-6635719) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook : https://www.facebook.com/hrfzmy/

Dapatkan khidmat HRFZ Construction untuk rumah anda

Hubungi +60186635719 atau tekan butang untuk WhatsApp

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Dapatkan khidmat HRFZ Construction untuk rumah anda

Hubungi +60186635719 atau tekan butang untuk WhatsApp

Call Whatsapp Layari Website

Dapatkan khidmat HRFZ Construction untuk rumah anda

Hubungi +60186635719 atau tekan butang untuk WhatsApp