Umum
Nov 11, 2010, 3:59pm

Seribu Kali Cinta – Slot Akasia TV3


  •  
  •  
  •  
  •  

Seribu Kali Cinta Slot Akasia Tv3 yang bakal menggantikan Drama Chinta TV3.. Drama Seribu Kali Cinta bakal ditayangkan pada 15 November 2010 setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang.. Seperti biasa Slot Akasia Seribu Kali Cinta ini dipertontonkan selama sejam..

Seribu Kali Cinta – Slot Akasia TV3

Seribu Kali Cinta TV3 ini dilakonkan oleh Kamal Adli, Intan Ladyana, Marsha, Abu Bakar Omar, Rozie Othman, Cat Farish dan Norkhiriah. Berdasarkan Sinopsis Seribu Kali Cinta ini nampak macam best.. Apa kata korang plak cekidaut Sinopsis Seribu Kali Cinta.. dibawah

Sinopsis Seribu Kali Cinta TV3

Nizam (Kamal Adli), seorang jejaka yang tidak pernah serius dalam percintaan. Dia mempunyai ramai teman wanita tetapi masih belum dapat menentukan mana satu calon isterinya. Atas desakan orang tua yang mahukan dia berkahwin dengan Huda (Marsha), Nizam telah membawa diri ke Pulau Aman. Di sana, dia telah jatuh hati dengan Miasara (Intan Ladyana) seorang gadis yang peramah dan mesra melayan kanak-kanak.

Nizam diuji dengan pelbagai dugaan kerana Miasara mengalami sindrom Amnesia. Apa yang dilakukan pada hari ini, akan dilupakan pada keesokkan harinya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok. Mungkin itu adalah balasan bagi Nizam yang selalu mempermainkan perasaan cinta pada masa lalu.

Nizam bertekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadia idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam merakamkan aktiviti bersama Miasara. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun keadaan Miasara tetap tidak berubah.

Ayah Nizam, Hisyam mendesak Nizam supaya pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat. Baginya Nizam masih belum matang dan serius dalam hidup. Ibubapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu menasihati Nizam supaya melupakan hasratnya untuk berkahwin dengan Miasara. Namun, Nizam tidak sanggup meninggalkan Miasara dan dia yakin dengan naluri hatinya serta menyayangi Miasara.

Apakah Nizam sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang perlu melayani kerenah isteri yang akan melupakan dirinya setiap pagi?? Setiap hari Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Dia amat mengharapkan dapat melihat senyuman manis dan teguran Miasara pada setiap pagi dan bukannya takut, binggung dan kalam kabut. Sumber : Yanmieonline

ProfHariz : InsyaAllah saya akan pastikan tidak ketinggalan dengan Drama Seribu Kali Cinta di Slot Akasia Tv3