USAHA MENGIKTIRAF PENGGIAT SENI TEMPATAN DITERUSKAN… 24 Kategori Bakal Jadi Taruhan Dalam Anugerah Skrin 2010.. Tahun ini, majlis anugerah anjuran Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) itu bakal menampilkan Awal Ashaari dan Vanida Imran sebagai pengacara majlis.
Anugerah Skrin 2010 bakal mempertandingkan 24 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman. 10 kategori drama bakal dipertandingkan termasuklah Anugerah Videografi Terbaik yang baru diperkenalkan pada tahun lepas. Manakala jumlah Kategori Filem yang dipertandingkan kekal 7 kategori dan 6 kategori penerbitan dalaman. Jom tengok Senarai Pencalonan Kategori Anugerah Skrin 2010
Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada terbitan yang telah ditayangkan di kaca TV dan pawagam mulai 1 Julai 2009 hingga 30 Jun 2010 selain pencalonan drama yang berdasarkan catatan jumlah penonton yang berjaya diraih mengikut kajian AGB Nielsen Media Research mengikut ‘genre’ masing-masing.
Untuk kategori drama, 17 buah drama, 12 drama rantaian dan 5 drama komedi telah dicalonkan. Manakala untuk kategori filem pula 25 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan untuk Anugerah Skrin 2010 ini. Antara telefilem yang layak bertanding seperti Taubat Nasuha, Bagaikan Sumayyah, Sebelum Akhirat, Masyitah, Kaki, Lillahi Ta’ala, Perempuan, Antara Garisan dan Selipar Jepun Suria.
Manakala filem yang layak bertanding di dalam Anugerah Skrin 2010 adalah seperti Momok The Movie, Mualaf, Pisau Cukur, Evolusi KL Drift, Papadom, Lagenda Budak Setan, Setem, Belukar, Adnan Sempit, Kecoh Betul dan Santau. Semua pencalonan akan dinilai oleh panel juri profesional yang dipilih.
KATEGORI-KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN
KATEGORI DRAMA
- Drama Terbaik
- Pelakon Lelaki Terbaik Drama
- Pelakon Wanita Terbaik Drama
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
- Pengarah Terbaik Drama
- Lakon TV Terbaik
- Drama Rantaian Terbaik
- Drama Komedi Terbaik
- Videografi Terbaik
KATEGORI FILEM
- Filem Terbaik
- Pelakon Lelaki Terbaik Filem
- Pelakon Wanita Terbaik Filem
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
- Pengarah Terbaik Filem
- Lakon Layar Terbaik Filem
KATEGORI PENERBITAN DALAMAN
- Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik
- Rancangan Bual Bicara Terbaik
- Rancangan Hiburan Terbaik
- Rancangan Muzikal Terbaik
- Rancangan Realiti Terbaik
- Laporan Khas/Berita Terbaik
ANUGERAH KHAS JURI
SENARAI PENCALONAN ANUGERAH SKRIN 2010
KATEGORI DRAMA – Telemovie
- Cerekarama – Taubat Nasuha
- Cerekarama – Bagaikan Sumayyah
- Cerekarama – Sebelum Akhirat
- Cerekarama – Miah Oh Miah
- Cerekarama – Masyitah
- Cerekarama – Dalil Cinta
- Panggung Seri – Kaki
- Panggung Seri – Menantu 3 Rasa
- Citra – Dendam Seorang Isteri
- Pangung Sabtu: Perempuan
- Kepok & Nisan
- Lillahi Ta’ala
- 60Km
- Datang Bulan
- Antara Garisan
- Fatimah Juling
- Selipar Jepun Suria
KATEGORI DRAMA – Drama Berantai
- Nur Kasih
- Adamaya
- Nenek Kebaya
- Tari Tirana
- Jangan Pandang Belakang
- Si Capik
- Skuad Polis: Gerakan Marin
- Ghost
- Blogger Boy
- Awan Dania Siri 2
- Kau Dan Aku
- Halimah Jongang The Series
KATEGORI DRAMA – Drama Komedi
- Senario
- Teres Kembar 4
- Londeh
- Fikirlah Sendiri Nabil (Musim 2)
KATEGORI FILEM CEREKA
(YANG DITAYANGKAN MULAI 1 JULAI 2009 – 30 JUN 2010)
- Skrip 7707
- Setem
- Momok The Movie
- Jin Notti
- Papadom
- Pisau Cukur
- Senario The Movie – Ep 2 (Beach Boy)
- My Spy
- Santau
- Pulau Asmara
- Muallaf
- Duhai Si Pari Pari
- Adnan Sempit
- 2 Hati Satu Jiwa
- Niyak Rampik
- V3 Samseng Jalanan
- Evolusi Kl Drift 2
- Semerah Cinta Stilleto
- Hooperz
- Belukar
- Andartu Terlampau Mencari Suami
- Kecoh Betul
- Lagenda Budak Setan
- Kapoww
- Zoo
Sumber : Budiey.com
Jom melihat Keputusan Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2010