Umum
Dec 5, 2010, 12:08am

Semangat Yang Hilang


Pada mula-mulanya semangat aku berkobar-kobar apabila mengatakan Gaji Akan Masuk.. Wajah teruja terserlah di raut wajah, Baguslah kalau masuk..Bolehlah menampung sikit-sikit untuk ke melaka nanti.. Tapi igaun pada 3hari bekerja masih di benak fikiran.. Aku short RM60.xx Berapakah gaji yang akan aku terima? Perasaan itu bermain-main di fikiran aku.

Semangat

Lalu segala igauan dan fikiran bercelaru aku terjawab semalam.. Dan semangat aku yang berkobar-kobar terus merudum jatuh berderai.. Hati aku mengatakan inikah hasil titil peluh yang aku dapat selama belas-belas hari aku bekerja? Raut wajah aku bertukar menjadi seperti Kaca terhempas ke batuKini Semangat Aku Terus Hilang! Itu semua hanyalah Menunggu Kucing Bertanduk.

Segala kerja yang tidak pernah aku lakukakan.. Di situ aku lakukan.. Kini perasaan aku sangat hampa! Air diminum sembiluan.. Ingin saja mata ini untuk melepaskan lava-lavanya… Semalam tidur aku tidak lelap memikirkan perkara ini.. Semangat Yang Hilang.. Hilang untuk aku ketempat kerja petang ini dan hari-hari yang seterusnya..

Kalau diikutkan hati memang aku dah tak akan pergi.. Tetapi aku bukan jenis enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Sifat prihatin aku dan memikirkan keadaan orang lain masih ada dalam jiwa aku iaitu sifat belas kasihan.. Kini biarlah Air mata jatuh ke perut..

Nukilan ini aku hasilkan bukanlah untuk Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan.Aku hasilkan entri Semangat Yang Hilang untuk meluahkan rasa.. Apa yang aku rasa dan aku alami di saat 3 Disember 2010 jam 11.30malam..

ProfHariz : Ya Allah Permudahkanlah Segala Urusan Aku.. Berikanlah Aku Kekuatan 🙁

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: