Umum
Oct 26, 2010, 5:45pm

Selamat Ulang Tahun Alya


  •  
  •  
  •  
  •  

Selamat Ulang Tahun Alya.. Pada hari ini 26 Oktober 2010 bersamaan 18 Zulkaedah 1431 Hijrah maka genaplah umur Alya 2x tahun.. 2x tahun? Berapa? Perlu ke saya taip disini? Saidatul Alya kamu sudah 2x tahun bermusafir di dunia ini.. Sudah tiba masanya untuk kamu ehem.. ehem..

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Alya

Aku tidak mampu untuk bersama menyambut Ulang Tahun Kelahiranmu Alya.. Apa yang aku mampu hanya mendoakan kesejahteraanmu.. Dan aku berharap kau sihat-sihat seperti sediakala..Mengenalimu satu anugerah bagiku dan aku masih ingat kali pertama kita bertemu. Disaat kita cipta bahagia.. Tapi biarlah ia menjadi kenangan kita.. Dan aku yakin itu adalah pilihan yang terbaik buat dirimu dan diriku..

Walau apa-apa pun biarlah aku menjadi sahabat umpama awan buat dirimu.. Kerna ia sentiasa ada untuk kita tidak kira waktu dan ketika. Dan diriku masih ada untukmu Alya sebagai sahabat.. Aku berharap perasaan ini tidak berubah… Apa-apa pun Selamat Ulang Tahun Alya..

Ya ALLAH, Panjangkanlah Usia Alya,
Agar Lebih Lama Dapat Alya Mentaati Mu,
Jadikanlah Kehidupan Ia Sebagai Ladang,
Moga Di Akhirat Kelak Alya Mengutip Hasilnya.
Ya ALLAH, Tambahkanlah Amalan Alya Di Saat Bertambah Usianya,
Jadikanlah Cahaya Mu Yang Bersinar Menyinari Jalanmu,
Rehatnya Adalah Rantaian Zikir,
Rantai Yang Dikalungkan Pada Lehernya,
Sebagai Tanda Cintanya Pada Mu,
Ya ALLAH, Engkau Tidak Mensia-siakan Segala Usahanya,
Mencari Haruman Syurga ciptaanMu,
Tempat rehat dan Nikmat abadi…….
ProfHariz : Selamat Ulangtahun Alya (Gayahspears.com).. Semoga Dipermudahkan Segala Urusan 🙂