Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar…
Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar…
Allahu Akbar wa Lillaahilhamd…
Assalamualaikum..
Dihadapan rakan-rakan ku sekalian.. yang jauh di mata tapi dekat di hati.. Pada kesempatan ini, Saya Hariz Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Terutama kepada semua pengujung blog profhariz.com
Kawan-kawan di facebook, Mwap.net, Yahoo Messenger, Twitter, Sahabat handai dan jiran rukun tetangga *kalau ada yang membaca*
Serta seluruh kepada umat islam.
Saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf atas segala ketidak sempurnaan pada tutur kata yang tidak enak didengar telinga,
laku perbuatan yang tidak manis di penglihatan, serta segala cacat cela diri yang nyata mahu pun tersembunyi.
Ada Pantun Untuk Ampa.. Kalau Berani Mai Balas..
Tumpah ayaq kena lap
Kalau tak, merebak sakan
Kalau ada salah silap
Harap sudi di maafkan…
Tambah sikit lagi naaa…. Pantun
Anak pak zakaria namanya Fitri
Anak pak Tahir namanya Fatin
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin..
Jom Layan Vlog Ucapan Raya Daripada ProfHariz Kepada u All….
Prof Hariz : Bila takbir raya bergema Hatiku Mula… Jom Klik..
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang