Umum
Aug 29, 2011, 1:55am

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011/1432H


  •  
  •  
  •  
  •  
Allahu Akbar…Allahu Akbar…Allahu Akbar…Laa Ilaaha Illallaah Wallaahu Akbar… Allahu Akbar Wa Lillaahilhamd…

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Ke hadapan rakan-rakan yang jauh di mata tetapi dekat di hati. Pada kesempatan yang ada ini, Saya Hariz ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2011/1432H. Khususnya buat pengunjung dan pembaca blog.hariz

Tidak lupa juga buat Rakan Blogger, Rakan Facebook, Rakan Mwap, Rakan Kelab Kedah:3, Rakan Yahoo Messenger, Rakan Twitter , Sahabat handai dan jiran rukun tetangga *kalau ada yang membaca* Serta seluruh mereka yang bertaut persaudaraan dengan saya atas ikatan Laa Ilaaha Illallaah.

Saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf atas segala ketidak sempurnaan pada tutur kata yang tidak enak didengar telinga, laku perbuatan yang tidak manis di penglihatan, serta segala cacat cela diri yang nyata mahu pun tersembunyi.

Pantun Hari Raya Aidilfitri

Ada Pantun Untuk Ampa.. Kalau Berani Mai Balas..

Tumpah ayaq kena lap Kalau tak, merebak sakan Kalau ada salah silap Harap sudi di maafkan…

Tambah sikit lagi naaa…. Pantun
Anak pak zakaria namanya Fitri Anak pak Tahir namanya Fatin Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin..

Vlog(Video Blogging) Ucapan Raya Daripada blog.hariz

  ProfHariz : Tengok Vlog Ucapan Raya 2010