Umum
Feb 9, 2012, 10:55pm

Selamat Hari Lahir Neelofa.


Hye #Lofers. EHh.. 10 Februari 2012 merupakan ulangtahun kelahiran buat gadis yang kudambakan siang dan malam. Tidur malam tak lena. Makan tak kenyang. Mandi basah. Ehh Terlebih sudah. Selamat Hari Lahir Neelofa. Ya 10 Februari Birthday Neelofa. Siapa yang tak kenal neelofa? sila buka tingkap dan terjun sekarang!

Neelofa
Neelofa sangat jelita bila bertudungkan?

Happy Birthday Noor Neelofa Mohd Noor. Neelofa merupakan pelakon, pengacara dan model iklan. Sekarang Neelofa juga merupakan duta bagi Avon dan Heroin dalam Filem Azura 2012. Tahniah sayang. Opss. Hehehe. Neelofa merupakan anak jati Pasir Mas, Kelantan. Orang kelantan memang cantik-cantik erk?

Selamat Hari Lahir Neelofa

Neelofa, Serius saya sangat kagum dengan kelebihan dan kebolehannya. Walaupun pada tahun 2012 ini usia beliau baru 23 tahun tapi sudah mempunyai perniagaan kasut sendiri dan yang terbaru Neelofa mereka dan menaja kasut bagi Masjlis Perkahwinan Ezlynn dengan adam tahu.

Selain mempunyai kelebihan dalam bidang usahawan, Neelofa juga mampu mengacara. Haa korang tengok tak rancangan Nona? Neelofa jadi pengacara? Amacam, dah macam orang lama mengacara kan. Ehem-ehem untung Bakal suami Neelofa nanti. *smbl betolkan kolar baju*

Selain itu Neelofa juga merupakan seorang pelajar yang cemerlang. Mendapat Straight A dalam peperiksaan UPSR, PMR dan juga SPM. Namun itu, Neelofa juga berjaya menamatkan A Level ! Apa? A Level di Kolej Damansara Utama (KDU) ohkay! Anda ada? Tak kan. Neelofa juga ada tulis artikel Idola yang sentiasa di hati di utusan malaysia. Sangat cantik penulisan dia kan?

Bila tanya Hariz tentang Neelofa ini memang cukup pakej! Dari segi penampilan, rambut, kulit, gaya. Ohh Pengsan. Sangat terbaik! Dan hariz sendiri telah berjumpa dengan Neelofa di penang dalam Tour Promo Filem Azura yang lalu. Neelofa memang sporting. Dan sangat mesra peminat. Hariz harap Neelofa dapat teruskan seperti itu okay!

Neelofa Hariz
Bila nak dapat bergambar lagi dengan Neelofa nie kan..

Ucapan Hariz Buat Neelofa.

Neelofa,
Saya @profhariz mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 23. Semoga Allah SWT memberi rahmat padamu. Semoga awak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan berjaya dalam apa bidang yang awak ceburi. Saya berharap awak jauh daripada gosip-gosip liar dan terus terus maju setapak demi setapak dan berlari 🙂

Tiada kata yang lebih berharga di hari ulangtahunmu @Neelofa, selain ucapan Selamat Hari Lahir Noor Neelofa. Tiada doa yang ku panjatkan selain doa semoga awak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Kami #Lofers sentiasa di belakang awak @Neelofa.

ProfHariz : Sedih sangat tak dapat join party celebrate birthday Neelofa di Bora Asmara 🙁

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: