Umum
May 23, 2012, 4:03pm

Selamat Hari Lahir Mama Tercinta


  •  
  •  
  •  
  •  

23 March 2012 merupakan ulangtahun Kelahiran Mama PH Yang Tercinta. Entri ini merupakan ucapan yang ikhlas dari lubuk hati PH (angah). Bagi mewakili Izzat dan abang.

Selamat Hari Lahir Mama Tercinta yang ke 42 bersamaan 23 Mei 1970. Ucapan yang teristimewa buat mama yang amat kusayangi. Kasih sayangmu, segala pengorbanamu dan semua keperihatinanmu mama amat angah, abang dan izzat sanjung setinggi-tinggi langit ke tujuh menuju ke arash Allah. Demi Allah, Liza Ishak Engkaulah mama dunia dan akhirat. Moga kasih sayang Allah mengiringi kehidupanmu Mama.

Puisi Buat Mama

Mama. Sayu tatapan matamu. Aku tahu semalam mama kurang tidur. Mama. Maafkan aku hingga kini masih membebanimu. Aku belum mampu membuatmu bahagia mama. Apalagi melihatmu tersenyum bangga. Maafkan kami mama. Ya Allah, Ku tadahkan tanganku berharap Kau membahagiakan mama sepertiku kini. Ya Rabbi Ku memohon setulus hati berilah mama mimpi yang selalu indah. Ya Rabbul Izzati Kuberharap padaMu anugerahkan mama kucupan hangat seperti yang selalu ia berikan padaku saat aku terbangun di pagi hari. Ya Illahi Sejahterakanlah Mama.

Selamat Hari Lahir Buat Mama Tercinta, Semoga allah panjangkan usia mama, permudahkan segala urusan mama, murahkan rezeki dan pelihara kesihatan mama. Angah, abang dan izzat bangga sesangat memiliki seorang mama yang begitu tabah dan kuat menghadapi liku-liku hidup membesarkan kami adik beradik. I Love You So Much Mama. I Love You !

ProfHariz : Maaf mama, Hanya doa yang mampu kami panjatkan untuk ulang tahun kelahiranmu mama. 🙁

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!

Whatsapp Layari Website

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!