Bisnes
Feb 28, 2019, 3:13pm

Sampai Sudah Tak Ada Kerja – Akhirnya Seorang Graduan Nekad Lakukan Sesuatu Hingga…


Mana ada graduan yang tidak mahu punya kerja dengan gaji tetap lepas penat berhempas menimba ilmu selama bertahun-tahun. Tipu jika ada yang mengaku sekadar mahu belajar hingga ke menara gading semata untuk hidup menganggur seumur hidup. Tetapi lumrah juga untuk kehidupan di zaman ini di mana ramai graduan yang masih belum berjaya punya jawatan tetap dek kerana saingan yang teramat banyak.

Namun, sebagai seorang manusia yang punya cita-cita dan agama, kita tidak boleh terus berpeluk tubuh dengan menjadikan itu semua satu alasan. Bumi ini luas dan dengan adanya keringat dan tubuh yang sihat, segalanya mampu untuk dilakukan. Biarlah tampak lain daripada orang lain. Biar juga ada mata yang memandang sinis namun untuk berjaya hanya diri sendiri yang dapat membuktikannya.

kisah graduan tiada kerja

Berbekal azam yang tinggi bersama cita-cita untuk bantu famili, akhirnya seorang graduan yang bernama Muhammad Hanif Mat Zin, berusia 26, yang berasal dari Kuala Nerus, Terengganu telah nekad untuk bertindak demi masa depannya sendiri.

Meskipun beliau menimba ilmu di dalam bidang yang berkaitan sains dan kimia, akan tetapi dengan secara tidak sengaja beliau telah terjerumus di dalam bidang bisnes yang sebelum ini sama sekali tidak pernah ada di dalam kamus hidupnya untuk berniaga.  

usah malu berniaga

Malu Tak Ada Kerja Bikin Graduan Ini Panas Hati

Dengan adanya Ijazah Sarjana Muda Sains Kimia dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam , beliau simpan dulu ijazahnya itu dan bangkit berdiri dengan kukuh di atas kakinya untuk membuka sebuah gerai menjual popia pisangnya sendiri meskipun hakikatnya beliau sama sekali tidak punya asas pengetahuan dalam bidang masakan dan perniagaan.

Menurut Hanif, beliau nekad sepenuh hati untuk memulakan bisnes ini setelah hampir tiga tahun tidak dapat mencari mana-mana jawatan yang setanding dengan pengajiannya dalam bidang kimia di tempat tinggalnya iaitu Kuala Nerus. Tidak berminat untuk berpindah ke kotaraya besar dan tidak gemar juga untuk terus menganggur telah membuatkannya menjadi semakin berani untuk mencabar diri.

cari dan gali ilmu berniaga

Berkat semangat yang ada dengan penuh rasa panas hati kerana telah lama bergelar penganggur, akhirnya beliau dengan rasminya telah memulakan perniagaan popia pisang yang diberi nama POPIS semenjak Mac 2016 yang lalu.

Rezeki Mengalir Masuk – Sehingga 1,000 Popia Sehari Berjaya Dijual !

POPIS bermaksud popia inti pisang dan siapa sangka dengan niat untuk mencuba nasib akhirnya perniagaan beliau berjaya mendapat sambutan hangat dari masyarakat setempat.  Popia pisang Hanif yang diberi nama Popis itu terlajak hangat sehingga berjaya mencatat jualan antara 800 sehingga 1,000 gulung sehari !

popia pisang cheese

Cuba anda hitung dengan akal, jika sehari berjaya mencatat jualan 800 sehingga 1,000 gulung maka berapa pula pendapatannya? Ya memang perlu di tolak dengan kos bahan, tenaga pekerja dan lain-lain namun hakikatnya pendapatan beliau masih juga tinggi berbanding dengan hasil daripada jumlah makan gaji. Akan tetapi, Hanif tetap tidak menafikan antara salah satu cabaran dalam perniagaannya adalah apabila kehabisan stok pisang. Adakala, stok popia pun putus juga.

usaha pasti berjaya

Walaubagaimanapun, kini Hanif sudah semakin selesa untuk bergelar seorang usahawan muda. Buktinya jika sebelum ini Hanif hanya beroperasi dari rumah, tapi kini Hanif telah berjaya membina kedai hasil dari titik peluhnya sendiri. Perniagaan ini bukan sahaja untuk Hanif, malah ia membuka peluang pekerjaan kepada sanak saudara. Pendek kata, ini adalah perniagaan keluarga dan Hanif berhasrat untuk melebarkan lagi sayap perniagaannya pada masa yang akan datang.

popis terkenal

Apa Guna Punya Ijazah Jika Terus Terperuk Di Rumah ( Bangkitlah, Jom Berniaga! )

Ternyata kesungguhan seorang anak muda untuk berjaya telah mampu menjadikan sebuah bukti bahawa ijazah bukanlah segalanya. Tidak rugi belajar tinggi cuma jika kurang bernasib baik untuk mendapatkan pekerjaan, contohilah Hanif yang sudah mampu tersenyum lebar dengan gelaran seorang BOSS POPIA di ketika ini.

Bagi anak muda lain di luar sana, jangan malu untuk melakukan kerja yang tidak setanding dengan tahap pengajian anda. Jangan juga berasa terlalu ego untuk tidak mahu tunduk ke bawah dek kerana ada segulung ijazah. Ingat! Ini bukannya zaman yang boleh terus untuk memilih kerja. Ini zaman yang perlu segera bertindak jika tidak mahu terus ketinggalan.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: