Umum
Jul 9, 2012, 10:58pm

Sambung Belajar Ke ADTEC MELAKA ?


  •  
  •  
  •  
  •  

Alhamdullilah, Segala pujian bagi Allah. Tengahari tadi PH terima surat Pos Laju. PH sangka Cek Nuffnang dah sampai. Bermonolog dalam hati, cepat pula nuffnang hantar cek kat aku? Bila nak sign kat abang posmen tu, Usha-usha tengok muka depanĀ  sampul surat terpampang Urusan Seri Paduka Baginda. Alamak surat apa pula ni?

ADTEC MELAKA

Surat Tawaran Daripada ADTEC MELAKA

Dengan rakusnya, PH buka surat tersebut. Rupa-rupanya daripada ADTEC MELAKA. Tawaran Sambung Belajar ? Aik, Macam mana aku boleh dapat surat sambung belajar. Sedangkan 16 Julai ni PH kena praktikal selama 6 bulan. Cuba bertenang dan belek satu per satu surat yang dapat.

Kehidupan ADTEC MELAKA Bermula ?

PH cuba call kawan-kawan yang belajar di ILP Selandar. Tanya mereka ada yang dapat surat tawaran sambung belajar Diploma Kemahiran ? Semua cakap tiada, dan PH cuba call Encik Bob yang menguruskan pelajar-pelajar untuk Latihan Industri.

ADTEC MELAKA 1

Encik Bob cakap kalau nak ikutkan, pelajar diwajibkan untuk praktikal selama 6 bulan. Selepas praktikal baru boleh sambung ke ADTEC. Tapi bergantung juga pada budi bicara mereka yang menguruskan kemasukkan pelajar Diploma Kemahiran Malaysia ni. Dalam hati, Alamak sedihnya, tak boleh tolong ke Encik ? Encik bob tanya, Awak nak sambung belajar ke? PH dengan bersungguh-sungguh cakap Saya Nak Sambung Belajar Encik !

Setelah sejam berlalu, Encik Bob Call PH dan meminta PH buat surat untuk sambung belajar dan hantarkan kepada ILP Selandar, Alhamdullilah mereka nak bantu PH. Dan alhamdullilah semuanya sudah selesai buat iaitu surat permohonan sambung belajar dan lampirkan surat tawaran sambung belajar dan faks kan kepada ILP Selandar. Cuma kena tunggu keputusan daripada mereka sahaja.

Tapi yang peliknya, Nak Sambung Diploma Kemahiran Malaysia. Pelajar perlu menghadiri temuduga. Tak ada pula. Yang paling musykil PH menerima surat tawaran pada hari ini untuk lapor diri. Dan hari ini baru surat sampai iaitu 9 Julai 2012. Alamak, sepatutnya mereka perlulah hantar surat lebih awal, tak ada apa-apa persediaan kot. Dan Encik bob cakap tidak mengapa, nanti kami uruskan.

Harap mama pun mampu untuk tanggung aku belajar kali ini. Sudah la nak dekat raya, banyak duit nak pakai. Tambahan pula baru sahaja lepas ujian daripada Allah. Mohon Rakan Blogger doakan semoga segala urusan ini dipermudahkan oleh Allah, Dan semoga PH dapat sambung ke ADTEC MELAKA bagi sesi Julai 2012

ProfHariz : Tak sabar nak sambung CIAST dan jadi pengajar 1 hari nanti. InsyaAllah

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!