Review
Jun 6, 2017, 1:39pm

Sambal Bihun Sup Dan Sambal Pelbagai Guna


  •  
  •  
  •  
  •  

Perut Bendang, Lidah Cili

Siapa yang mengaku dia “perut bendang“? Angkat tangan sekarang!

hidangan-makanan

Tahu tak apa itu perut bendang?  Ala, jenis manusia yang mesti nak makan nasi.  Letak depan mata macam-macam makanan yang sedap-sedap dan mahal-mahal, nasi juga yang dipilih.  Kalau perut bendang yang ekstrem lagi teruk.  Mesti nak nasi dengan lauk pauk Melayu.  Nasi Arab, nasi Bukhara, nasi Beriani pun depa tak layan.  Kononnya tak puas makan nasi jenis tu, mesti nak nasi putih.

Cari Sambal Bihun Sup ?

Orang yang lidah cili pula sangat mencintai makanan pedas.  Makan apa pun (kecuali dessert) mesti nak yang pedas.  Tak ‘syiok’ katanya kalau tak pedas sebab lidahnya dah biasa dengan cili.  Kalau makan nasi lemak, mesti minta sambal lebih.  Kalau makan bihun sup, sup tulang atau soto, sambal kicap tu dia bubuh banyak-banyak.

sambal-pedas-power

Si perut bendang dan si lidah cili sudah tentulah peminat sambal kan?

Mari cuba Sambal Mabeles Mak Long Siti.  Sambal yang pasti memenuhi selera si perut bendang, si lidah cili dan sesiapa saja yang menggemari sambal.

sambal-mabeles-maklong-siti

Sambal Mabeles Mak Long Siti | Sambal Pelbagai Guna

Makan dengan apa saja sup. Pasti Meletop rasanya!

Sambal Mabeles Mak Long Siti special dan marvellous kerana ia adalah sejenis sambal pelbagai guna. Boleh digunakan untuk apa saja hidangan yang memerlukan kepedasan yang lazat..  Boleh dimakan bersama dengan apa saja jenis sup.  Rasanya enak dan pasti menambah kelazatan sup anda.

bihun-sup-sambal-pedas

Boleh Digunakan Untuk Memasak Hidangan Lazat

Sambal Mabeles Mak Long Siti juga boleh digunakan untuk memasak hidangan lazat yang dimakan bersama nasi.  Contohnya, ayam masak paprik atau ikan tilapia 3 rasa.  Yakinlah, masakan anda akan berasa lebih lazat dengan menggunakan Sambal Mabeles Mak Long Siti.  Di samping itu waktu memasak boleh disingkatkan kerana anda tak perlu lagi bersusah payah membuat pes cili sendiri.

ayam-masak-paprik-sedap

Ayam Masak Paprik dimasak dengan Sambal Mabeles Maklong Siti

sambal-ikan-3-rasa

Bayangkan lazatnya ikan 3 rasa dengan Sambal Mabeles ni. pasti Meletop!

Untuk Masakan Berasaskan Mee

Sambal Mabeles Mak Long Siti juga boleh digunakan untuk hidangan berasaskan mi.  Sekiranya ada suka makan char kuey teow, jadikan Sambal Mabeles Mak Long Siti sebagai bahan untuk membuat char kuey teow anda.  Kalau suka makan mi udang, gunakan Sambal Mabeles Mak Long Siti untuk membuat kuah mi udang yang terlajak lazat.

masakan-berasaskan-mee

Masakan goreng atau berkuah, sambal mabeles pasti menyedapkan rasa.

Pelengkap bagi Hidangan Mihup Sup

Sambal Mabeles Mak Long Siti juga boleh dijadikan pelengkap mihun sup.  Rakyat Malaysia boleh dikatakan semuanya suka makan mi atau mihun sup, kan?  Bagi penggemar mihun sup berlidah cili, mesti tak lengkap mihun sup kalau rasanya tak pedas, kan?  Kadang-kadang kita dah siap masak, dah penat mulalah rasa malas nak buat sambal.  Tak payah susah-susah lagi, guna saja Sambal Mabeles Mak Long Siti sebagai sambal mihun sup anda.  Gerenti terlajak lazat.  Boleh makan sampai bermangkuk-mangkuk!

sambal-pedas-untuk-sup

Mee sup kurang pedas? Boleh tambahkan Sambal Mabeles ni

Boleh Dijadikan Sebagai Sos Pencecah / Pencicah

Dah gelarannya sambal pelbagai guna, maka masih ada satu lagi keistimewaan Sambal Mabeles Mak Long Siti yang saya nak kongsikan.  Sambal ini boleh digunakan sebagai pencicah.  Untuk yang suka makan stim bot, atau dim sum, Sambal Mabeles Mak Long Siti sangat sesuai dijadikan sos pencicah. Rasanya yang lazat, diperbuat dari bahan-bahan mentah mengikut resipi tradisi turun temurun menghasilkan sos pencicah yang sangat sesuai untuk dim sum, stim bot dan boleh juga dimakan dengan ikan bakar.

sos-ikan-bakar

Menikmati ikan bakar tanpa sos ibarat minum kopi tanpa gula..

Masak Hanya 3 Minit Dengan Sos Mabeles Mak Long Siti

Keistimewaannya yang terakhir ialah Sambal Mabeles Mak Long Siti sangat senang disediakan.  Kalau nak gunakan sebagai sos pencicah, hanya perlukan 3 minit untuk memasaknya.  Senang kan?  Sebab itulah ia dikatakan special dan marvellous.

Resepi Ayam Kondo Sambal Mabeles Mak Long Siti

Bagi yang rajin masak, marilah cuba resepi Ayam Kondo Sambal Mabeles Mak Long Siti.  Ayam kondo ni ada orang panggil Ayam Masak Hitam.  Jom tengok resepi:

1. Perap ½ ekor ayam dengan 1 peket kecil rempah kari daging, 5 sudu Sambal Mabeles Mak Long Siti, dan kicap lemak manis sekurang-kurangnya 15 minit.

2. Tumis hirisan bawang besar 1 labu, 1 keping kayu manis dan 2-3 ranting daun kari.

ayam-kondo-sambal-maklong-siti

3. Bila dah naik bau, masukkan ayam yang diperap.

resepi-ayam-kondo-sambal-mabeles

4. Bila dah separuh masak, masukkan 2-3 cawan air untuk menjadikan kuah.

5. Bila kuah mendidih, masukkan tomato.

resepi-ayam-kondo-terbaik

6. Siap!  Tak perlu garam dan gula sebab semuanya dah ada dalam sambal dan kicap

ayam-kondo-jimat-masa

Tunggu apa lagi?  Untuk abang, kakak, pakcik,makcik, atuk, opah yang perut bendang dan lidah cili, marilah dapatkan sebotol Sambal Mabeles Mak Long Siti.  Harganya sangat mampu milik.  Cuma RM14.90 sebotol.

Dapatkan Sambal Bihun Sup Mabeles Mak Long Siti SEKARANG !

Sambal Bihun Sup

Untuk mendapatkan Sambal Mabeles Mak Long Siti, boleh menghubungi mereka melalui WhatsApp atau datang sendiri ke Alamat mereka :

SAMBAL BIHUN SUP MABELES MAK LONG SITI

Telefon/WhatApp 1 : 016 444 5719 | Link WhatsApp

Telefon/WhatsApp 2: 019 771 5951 | Link WhatsApp

 

Alamat :

Restoren Mak Lang Bihun Sup

No. 16 Jalan Melawis, Taman Melawis, 09000 Kulim, Kedah

Kalau ada yang berminat untuk jadi ejen Sambal Mabeles Mak Long Siti juga boleh hubungi nombor di atas.

Sambal Mabeles Mak Long Siti – keunikan jadi igauan.