Umum
Sep 28, 2010, 8:35am

Salahkah Jika Aku Menegur?


Dalam kehidupan ini… sememangnya ada perbezaan pendapat dan pandangan yang berbeza dalam sesuatu perkara.. Seandainya.. Perkara yang dilakukan itu salah.. Mempamerkan gambar yang tidak sepatutnya.. Menyediakan juadah entri yang bukan melambang seorang perempuan.. Salahkah Jika aku menegur? Aku tahu diri aku bukanlah sempurna.. Aku jahat… Aku tidak semulia Muhammad SAW.. Aku hipokrit…

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,

‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”

Aku menegur kerana aku sayang… Aku prihatin.. Aku ambik berat.. Bukan aku menegur kerana kepentingan diri sendiri.. Aku tahu itu blog kamu.. Aku bukan kecoh.. Bukannya aku kepoh.. Jika perkara itu tidak baik.. Tidak elok. Salahkah? Salahkah? Salahkah jika Aku menegur? Kalau tak nak ambik teguran itu terserah pada kamu.. Itu hak kamu.. Kan Kan? Tapi terus terang saya cakap! Saya tidak MARAH.. Cuma saya tidak suka! Huhu..

Kongsi? Memang perkongsian itu perkara yang baik.. Tapi perlu ke buat perkongsian? Mempamerkan apa yang tidak sepatutnya.. Saya tahu saya tidak layak untuk menegur kamu. Saya akui saya pernah buat salah dan terima kasih kepada yang menegur saya.. Bila saya dah kena tegur sebab buat entri yang tidak sepatutnya.. Salahkah jika saya menegur kamu? Menegur supaya orang lain tidak lakukan kesalahan seperti mana yang saya lakukan?….

Saya memohon maaf jika saya tidak bertegur anda dengan berhemah..  Peganglah pada kata-kata saidina ali

“Lihatlah pada apa yang ditegur, bukan pada yang menegur”

Disini saya nak bertanya pada rakan-rakan perlukah buat entri berunsurkan lucah untuk mendapatkan traffik?

ProfHariz : Aku tidak akan menegur jika aku dah benci pada orang itu.. Sekian…

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: