Insurans
May 13, 2018, 8:44am

Sakit Tumit Kaki Dan Rawatan Untuk Menghilangakn Rasa Sakit


Sakit tumit merupakan salah satu masalah yang selalu dihadapi oleh masyarakat. Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan sehingga menyebabkan pesakit berjalan dengan keadaan sedikit tempang. Ia mempunyai pelbagai penyebab. Oleh itu, pemeriksaan klinikal oleh doktor perlulah dibuat untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut.Banyak faktor yang boleh dikaitkan menjadi punca kepada sakit tumit. Tetapi, punca paling utama adalah Plantar Fasciitis, iaitu keadaan di mana berlaku keradangan pada tisu serat di bawah tapak kaki.

Sakit Tumit Kaki Berjalan

Sakit tumit boleh berkembang tiba-tiba atau secara beransur-ansur dari masa ke masa. Ia boleh memberi kesan kepada semua peringkat umur, tetapi sering menyerang mereka berumur 40 an ke atas, yang mempunyai berat badan berlebihan dan kaum wanita yang gemar memakai kasut tinggi terlalu lama.

1. Senaman Tapak Kaki

Tumit kaki akan merasa sakit dan bisa bila kekurangan darah dan oksigen di bahagian tersebut. Amalkan beberapa senama tapak kaki yang banyak dikongsikan di laman sesawang untuk redakan kesakitan tumit.

Antara yang paling mudah adalah dengan melakukan regangan di tapak kaki. Cara-caranya adalah seperti berikut:-

  • Duduk di atas kerusi dan silangkan kaki atas lutut anda yang lain;
  • Bengkokkan pangkal jari anda dan tarik ia ke arah badan anda sehingga anda rasa regangan yang selesa;
  • Tahan regangan tidak kurang daripada 30 saat;
  • Ulangi latihan ini 5 hingga 10 kali dengan regangan yang sedikit dan sederhana dan tanpa sakit.

Anda juga digalakkan untuk membuat sedikit regangan tapak kaki sebelum tidur dan bangun dari tidur supaya otot tidak terkejut.

2. Rendaman Kaki

Sakit Tumit Kaki Rendam

Rendaman kaki bagus untuk melegakan tekanan pada tapak kaki. Lepas seharian bekerja dan berdiri mesti letih tumit kaki tu kan?

Anda boleh amalkan cara ini untuk legakan tekanan pada tapak kaki anda. Sediakan air rendaman kaki dalam besen. Campurkan air suam bersama garam kasar dan campuran bunga-bungaan (alternatif kalau nak kaki harum). Rendam kaki selama ½ jam, anda akan rasa tumit kaki lebih rileks.

3. Pilih kasut Yang Sesuai

Pemilihan kasut yang sesuai amat memain peranan pada tapak dan tumit kaki. Selain design yang cantik, kasut juga harus memberi keselesaan dan tampungan yang baik pada kaki.

Pilih kasut yang sediakan span yang mencukupi pada tapak kaki. Elakkan kasut yang mempunyai tapak yang nipis kerana ia tidak memberi support yang baik pada tapak dan tumit kaki.

4. Pilih Aktiviti Riadah Yang Sesuai

Sakit Tumit Kaki Bersenam

Aktiviti riadah /senaman memang baik pada tubuh badan kita. Namun, untuk mereka yang mudah sakit pada tumit kaki, anda perlu kurangkan aktiviti riadah yang memerlukan anda untuk berjalan atau berdiri pada masa yang lama seperti berjoging atau berlari.

Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti berenang atau berbasikal kerana ianya aktiviti yang memberi kurang tekanan pada tapak dan tumit kaki.

5. Berikan Haba Pada Tumit Kaki

Sakit Tumit Kaki Tampal

Jika anda selalu terdedah pada suhu yang sejuk, seperti di office atau tempat kerja, anda digalakkan untuk memakai stoking bagi mengekalkan sedikit haba pada tapak dan tumit kaki.

Suhu yang sejuk dapat memberi tekanan pada otot kaki. Jadi amalkan untuk memakai stoking ya untuk memberi kelegaan pada tapak dan tumit kaki tu.

6. Kurangkan Stress Pada Kaki

Sakit Tumit Kaki Otot

Bermaksud pesakit perlulah mengurangkan aktiviti ataupun mencari cara untuk mengurangkan stress pada tumit kaki. Ianya adalah:

  • Mengelakkan aktiviti yang mengunakan tapak kaki seperti berlari. Pesakit boleh mengamalkan aktiviti seperti berbasikal dan berenang untuk mengurangkan stress pada tumit kaki
  • Mengurangkan berat badan
  • Menggunakan kusyen lembut pada tumit kaki
  • Menggunakan sliper lembut ketika di dalam rumah

7. Aktiviti Regangan

Sakit Tumit Kaki Urut

Beberapa jenis senaman boleh dilakukan untuk meregangkan tisu plantar di tapak kaki. Aktiviti tersebut adalah:

  • Pesakit perlu menghala ke satu dinding. Kemudian tapak tangan pegang dinding dan kaki yang sakit ditekan pada lantai hingga tapak kaki merasa regang. Lakukan aktviti ini berkali-kali hingga kesakitan berkurangan
  • Pergi ke tangga. Dengan hanya berpijak pada hujung tapak kaki di tangga, regangankan tapak kaki. Pastikan tumit kaki tidak mencecah lantai
  • Gunakan botol. Letakkan tapak kaki di atas botol dan tolak ia kedepan dan kebelakang menggunakan tapak kaki. Beri tekanan sedikit pada tapak kaki ketika melakukan aktiviti tersbut. Ia akan meregangkan plantar fascia pada tapak kaki.

8. Aktiviti Untuk Mengurangkan Keradangan

Sakit Tumit Kaki Ais

Penggunaan ais pada tapak kaki mungkin membantu. Penggunaan ubat tahan sakit jenis nSAIDs dapat membantu pada awal sakit tumit terutamanya jika aktiviti regangan sudah dimulakan

9. Suntikan Steroid

Sakit Tumit Kaki Cucuk

Jika sakit masih lagi tidak baik, suntikan steroid pada tapak kaki merupakan salah satu rawatan yang boleh dicuba. Ia akan mengurangkan keradangan pada tumit kaki.

Tetapi perlu diketahui bahawa ia mempunyai komplikasi iaitu ia boleh menyebabkan fat pad atrophy. Lalu ia menyebabkan sakit tumit itu menjadi lebih teruk.

Selain daripada langkah pencegahan, anda juga boleh bersiap sedia dengan mendapatakan medical card. Medical card amat penting sekiranya, anda diserang penyakit secara tiba-tiba. Sekursng-kurangnya anda tidak akan terbeban denga kos rawatan yang tinggi.

Dengan adanya AXA eMedic Online Medical Card anda tidak perlu risau lagi!

Sakit Tumit Kaki Perubatan

Ini akan membantu anda untuk menyelesaikan bebanan anda. Memperkenalkan AXA eMedic, insurans perubatan dalam talian secara kendiri yang pertama di Malaysia yang dibuat khas untuk milenium, dari hanya RM32 sebulan! Hanya tunjukkan kad e-perubatan anda untuk kemasukan hospital tanpa tunai di hospital panel AXA, dan AXA eMedic akan menjaga perbelanjaan hospital, perbelanjaan perubatan dan pembedahan anda untuk merawat penyakit dan kecederaan.

Antara kelebihan AXA eMedic Online Card adalah, ia menanggung:

  • Untuk caj kemudahan bilik rawatan
  • Kos hospital dan pembedahan
  • Rawatan pesakit luar

Sila layari laman sesawang https://products.policystreet.com/axa/emedic/overview untuk maklumat lebih lanjut.

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: