Bisnes
Feb 13, 2019, 9:58am

Sajat Di Saman RM2,700 Dakwa Tak Tahu Tentang GST dan Cukai


Sebagai salah seorang rakyat Malaysia, perkataan GST dan cukai sememangnya sudah sangat sinonim. Malah perkataan GST dan cukai ini walaupun seringkali dikaitkan dengan para peniaga tetapi rakyat biasa yang hanya bergelar seorang pengguna turut tahu tentangnya.

Namun, sebaliknya yang berlaku apabila salah seorang pengusaha yang agak terkenal di Malaysia dengan mudah mengatakan yang pihak beliau tidak tahu menahu tentang GST dan cukai. Pihak yang diperkatakan ini tidak lain adalah Sajat.

sajat didenda kerana gst

Bila menyebut nama Sajat anda pastinya akan terus terbayang seorang individu yang sangat cantik tubuh dan wajahnya. Ya, Sajat ini adalah seorang pengusaha produk kesihatan dan kecantikan yang sememangnya agak terkenal di Malaysia. Beliau bukan hanya terkenal disebabkan penampilan diri malah dengan kisah gaya hidup peribadinya juga. Disebabkan itulah, tatkala Sajat di saman walau hanya sebanyak RM2,700 atas dakwaan tidak tahu tentang GST dan cukai ini, kisah beliau menjadi tular di media massa dengan begitu pantas sekali.

peniaga patut tahu hal ehwal gst

Kejadian ini berlaku pada 19 Disember yang lalu di mana, Nur Sajat didenda RM2,700 oleh Mahkamah Seksyen di Shah Alam pada hari tersebut selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan kerana gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia.

Hakim Rofiah Mohamad turut memerintahkan penyanyi lagu ‘Bobo di Mana’ itu dipenjara enam minggu sekiranya gagal membayar denda. Akan tetapi Nur Sajat yang berusia 33 tahun itu telah hadir sendiri ke mahkamah dan terus membayar denda tersebut dengan mudah tanpa banyak bicara balas.

cukai boleh bawa masalah jika tidak dibayar

Apakah Sebenarnya GST dan Cukai Ini?

GST merupakan panggilan singkatan untuk Cukai Jualan sebanyak 10% dan Cukai Perkhidmatan sebanyak 6% di Malaysia. Ia merupakan satu daripada langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menambah baik sistem kewangan negara serta mencari sumber pendapatan yang baru dengan meningkatkan kecekapan pungutan cukai.

cukai gst yang diperkenalkan

GST dan cukai jualan ini dikenakan pada ahli perniagaan yang telah mencapai tahap keuntungan jualan pada sesuatu tahap yang telah ditetapkan. Kesemua syarikat dengan perolehan tahunan sebanyak RM500,000 ke atas diwajibkan untuk berdaftar dengan GST. Manakala untuk syarikat dengan perolehan tahunan kurang daripada RM 500,000 pula diberi pilihan untuk berdaftar secara sukarela.

GST: Salah Satu Penyumbang Untuk Ekonomi Negara

Sehingga kini, dianggarkan hanya sebanyak 62% sahaja daripada keseluruhan syarikat-syarikat di Malaysia yang telah berdaftar dengan GST. Manakala selebihnya lagi masih enggan untuk berdaftar dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal. Dengan adanya GST ini, pihak kerajaan menyasarkan untuk memperoleh hasil sebanyak RM23.1 bilion.

gst sumber pendapatan negara

Pendapatan yang berjaya dikumpulkan ini akan dijana semula untuk menampung kos pembangunan negara sebanyak RM49.5 bilion yang akan disalurkan kepada pelaburan infrastruktur.

Awas! Tidak Bayar GST Samada Sengaja Atau Sebaliknya Adalah Satu Kesalahan

“Saya minta maaf dan mengakui saya tiada pengetahuan tentang GST, staff saya sentiasa bertukar dan tidak mahir tentang GST sebab itu saya gagal mengemukakan penyata tersebut,” kata Nur Sajat.

“Saya hanya lewat hantar report (penyata) sahaja bukan tidak bayar GST, staff ketika itu baru, jadi kami terlepas pandang. GST diperkenalkan pada 2014 dan tahun itu juga saya baru mulakan perniagaan,” kata Nur Sajat lagi.

sajat dakwa tidak tahu gst

Anda sendiri pula bagaimana? Adakah anda di kala ini sedang dalam misi khas untuk sengaja mencari alasan demi alasan bagi melepaskan diri daripada membayar GST an cukai? Jika ya, lupakan sajalah niat anda itu. Daripada anda terus mencari asalan ada baiknya anda mencari jalan untuk menyelesaikan amanah anda selaku seorang ahli perniagaan ini bagi mengelakkan masalah yang jauh lebih besar di depan hari.

Tak Tahu Atau Sengaja Buat Tak Tahu? Jadilah Seorang Peniaga Yang Bijak Dan Bayar Saja GST Untuk Hindarkan Diri Dari Pelbagai Masalah !!

Kesimpulannya di sini, sekiranya anda seorang usahawan untuk apa saja produk. Adalah penting untuk anda mengambil tahu apa itu GST dan cukai. Jangan sekali-kali anda berlagak biasa dan hanya memandang segalanya dengan sinis. Urusan GST dan cukai melibatkan kerajaan dan selaku seorang ahli perniagaan , anda wajib mengikut apa yang telah ditetapkan tanpa boleh memberi sebarang alasan.

jangan culas bayar gst

Ingat !!

Jangan sesekali pandang mudah untuk urusan berkaitan GST dan cukai ini takut nanti anda juga yang akan menanggung segalanya akibatnya. Sekiranya jauh di lubuk hati anda punya rasa rimas untuk membayar GST dan cukai ini, ada baiknya anda menarik diri daripada menjadi seorang usahawan kerana suka mahupun tidak apa yang telah ditetapkan perlu juga anda penuhi.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: