Review
Mar 29, 2018, 12:54pm

Rumah Kontena Berpontensi Sebagai Homestay Satu Fenomena Baru Di Malaysia


Sudah menjadi fenomena baru di Malaysia di mana rumah kontena berpotensi sebagai homestay! Tahukah anda apa itu rumah kontena? Rumah kontena adalah sebuah rumah yang dibina daripada kontena atau kabin. Kabin atau kontena yang dimaksudkan ini ialah sebuah peti pengangkutan yang besar yang digunakan untuk mengisi barang atau bahan mentah untuk dihantar ke luar kawasan terutamanya ke negara-negara lain.

rumah kontena bina rumah murah untuk homestay

Kontena yang merupakan peti besar ini mempunyai pelbagai jenis iaitu kontena penebat, kontena tangki air, kontena van kering, kontena buka tepi dan sebagainya. Dari berfungsi sebagai medium pengangkutan dan penyimpanan barang, ia kini telah banyak dijadikan sebagai rumah di luar negara. Ramai penduduk barat telah menghasilkan rumah mereka daripada kontena-kontena dengan cara yang kreatif dan menarik. Kini ia telah menjadi fenomena di Malaysia dengan menjadikan kontena sebagai homestay atau rumah tumpangan bagi penduduk awam atau pelancong. Pastinya ia akan menjadi sesuatu yang sangat unik dan lain daripada yang lain. Sebenarnya, terdapat banyak kebaikan menghasilkan homestay berasaskan kontena.

cara bina rumah kontena yang berpatutan

  • Kekuatan struktur kontena yang lebih baik berbanding batu bata
  • Kurang kerja penyediaan dan meratakan tapak, lebih jimat
  • Jangkahayat kontena yang panjang sehingga 150 tahun
  • Kos yang rendah dan lebih jimat berbanding rumah biasa
  • Lebih cepat siap berbanding rumah biasa
  • Menjadi tarikan para pengunjung dan pelancong
  • Lebih dingin, sejuk dan selesa
  • Bersifat unik, kreatif dan menarik
  • Fenomena masa kini

rumah kontena dijadikan tarikan homestay

Kini, terdapat banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan membina rumah kontena di Malaysia. Perkhidmatan pembinaan rumah kontena ini sangat sesuai bagi anda yang ingin menambah lebar kawasan rumah anda, menambah bilik atau bahagian-bahagian dalam rumah, membuat toilet asing atau bahagian asing di luar rumah anda, menambah sudut pejabat dan yang paling penting sekali adalah menghasilkan homestay anda berkonsepkan rumah kontena. Anda juga tidak harus melepaskan peluang keemasan ini. Masih tidak banyak homestay di Malaysia yang menggunakan konsep dan rekabentuk ini, bermakna anda berpotensi menjadikan homestay anda lain daripada yang lain dan sangat menarik. Bagaimanakah jika ingin mendapatkan homestay atau rumah kontena di Malaysia?

MYKontena oleh Syarikat Pembinaan Rumah Kontena No 1 Malaysia – Ecotec Synergy Group

bina rumah kontena eksklusif dengan mykontena

Tahukah anda terdapat sebuah kumpulan syarikat yang merangkumi beberapa syarikat dalam melaksanakan projek-projek berkaitan rumah kontena di Malaysia? MyKontena adalah jenama yang dibawa oleh kumpulan syarikat Ecotec Synergy Group , pembinaan bangunan yang berasaskan kabin atau kontena yang sangat mahir dalam mengendalikan pembinaan rumah atau bangunan dengan menggunakan kaedah kontena atau kabin, selain kerja kerja hiasan dalaman, pembinaan rumah melalui kaedah konvensional dan juga produk produk unik berasaskan kerja besi, penggunaan sistem tenaga solar dan pelbagai lagi.

Ecotec Synergy Group adalah terdiri daripada kumpulan syarikat-syarikat yang bekerjasama dalam menjalankan proses pembinaan rumah kontena dan membawa jenama MYkontena.com bagi membantu menyelesaikan masalah golongan berpendapatan rendah, sederhana serta gelandangan selari dengan misi mereka serta bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang pemasaran dan agensi perumahan kontena.

Kumpulan Syarikat Ecotex Synergy Group

ecotex syarikat bina rumah kontena

  • Ecotec Synergy Industries PLT (LLP00008022-LGN) merupakan syarikat utama yang menguruskan projek, pemasaran dan halatuju syarikat.
  • Ecotec Synergy Ventures (002447204-X) menguruskan kerja fabrikasi dan kejuruteraan yang berkaitan kontena , IBS, Konvensional dan projek-projek pembinaan yang berkaitan kontena dan konvensional, serta pembekalan kontena terpakai.
  • Ecotec Synergy Construction ( JM0792081-M) mempunyai kepakaran dalam melakukan kerja-kerja kejuruteraan, besi dan pemasaran.
  • Creative Wealth Resources ( JR0009453 –H).  Mereka merupakan pembekal kabin, kontraktor landskap dan kerja hiasan dalaman.

Perkhidmatan MYkontena.com

perkhidmatan mykontena membina rumah kontena mengikut kemahuan pelanggan

Ecotec Synergy Group juga sangat mesra dikenali sebagai MYkontena.com. Mykontena.com ini menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada anda semua dalam merealisasikan impian anda untuk memiliki sebuah rumah kontena.

1. Pre-Fab Rumah Kontena, Cabin, IBS dan Conventional

prefab rumah contena cabin ibs dan conventional

MYkontena.com menawarkan rekabentuk rumah kontena berdasarkan bajet anda dan juga mengikut rekabentuk terkini. Mereka sangat komited dalam memenuhi apa sahaja permintaan anda. Ia terbuka kepada semua jenis bangunan sama ada chalet, gerai, rumah, homestay, kedai dan lan-lain lagi yang anda mahukan malah harganya sangat rendah bermula dari RM10k (cabin) sehinggalah RM1 juta ke atas. Anda boleh berbincang untuk mendapatkan harga mampu milik anda serta rekabentuk yang anda inginkan.

2. Custom Design Project

custom design rumah kontena dengan khidmat lukis pelan

MYkontena.com juga berfungsi sebagai konsultan atau penyelesaian masalah kepada anda yang inginkan rekabentuk dan pembinaan yang lain daripada Pre-Fab. Mereka akan menyediakan rekabentuk dan menyempurnakan kerja-kerja pembinaan yang berasaskan kabin atau kontena tidak kiralah rumah, kompleks, tandas awam dan sebagainya. Mereka berfungsi sebagai pengurus projek yang akan dilantik oleh pelanggan.

rumah dengan landskap indah

3. Landskap dan Hiasan Dalaman

landskap dan hiasan dalaman dengan mykontena.com

Bagi projek yang berkaitan Pre-Fab ataupun custom design, MYkontena.com juga bertindak sebagai konsultan dalam melengkapkan isi rumah dan bangunan dengan pelbagai jenis hiasan dalaman serta mencantikkannya dengan kerja-kerja landskap. KYkontena.com akan memastikan kerja rekabina untuk landskap dan hiasan dalaman juga akan berjalan dengan baik dan lancar. Selain itu, anda juga boleh dapatkan produk mesra alam seperti solar energi, generator dan produk-produk lain daripada mereka dari masa ke semasa.

4. Komuniti Servis Dan Infaq

komuniti servis dan infaq oleh mykontena

Perkhidmatan yang disediakan oleh MYkontena.com juga adalah komuniti servis dan infaq. Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan ini baru sahaja dalam peringkat awal perbincangan yang melibatkan peguam kerana ia memerlukan kerjasama syarikat dan kawalan daripada peguam bagi melancarkan tabung infaq. Tabung infaq ini bertujuan untuk mencukupkan kos rumah kabin untuk dibina kepada pihak yang memerlukan. Projek komuniti “Infaq Rumah” ini meletakkan sasaran untuk membina sekurang-kurangnya 3 buah rumah kontena infaq setiap tahun.

Bahan Binaan Yang Digunakan Oleh MYKontena.com

ISBU Greencube

isbu greencube material rumah kontena

ISBU adalah ringkasan bagi Intermodal Steel Building Unit yang merupakan kontena berkualiti bagi pengangkutan barang, penyimpanan barang, pembinaan bangunan dan rumah serta lain-lain lagi. MYKontena hanya mengguna pakai kontena terpakai dengan grade CW (cargo worthy) sahaja bagi tujuan pembinaan. Ianya telah mendapat kelulusan ISO yang membawa maksud kualiti pembinaan yang setaraf seluruh dunia tidak kira dimana pun anda dan pada waktu apapun pembinaan dilakukan.

isbu greencube ada kelulusan ISO

Kenapa ISBU ini mempunyai kelulusan ISO? Ia merupakan bahan binaan terkuat dan terkukuh di dalam dunia yang dikatakan sangat kalis kepada kebanyakan situasi seperti api, gempa bumi, ribut dan lain-lain lagi. Hebat bukan? Ia juga merupakan pembinaan yang sangat selamat abad ini serta diperbuat daripada bahan kitar semula dan pokok-pokok. Ia sangat sesuai dan kukuh dalam melaksanakan pembinaan pre-fab dan rumah custom design. Selain itu, terdapat banyak lagi kelebihan ISBU. Bukan itu sahaja, tetapi terdapat standard modules yang digunapakai oleh ISBU Greencubes iaitu 160 sf, 320 sf, ISBU Greencube juga digunakan bagi menghasilkan pelbagai rumah yang standard, galeri sukan, kafe, kiosk, pejabat dan bilik mesyuarat, chalet, rumah tumpangan dan pelbagai lagi.

Kemrex – The Concreteless Foundation System

kemrex foundation system

Selain menggunakan kaedah konvensional menggunakan konkrit, MYKontena juga sedang mempelopori penggunaan system foundation baru tanpa menggunakan konkrit iaitu Kemrex system. Sistem ini menggunakan besi tergalvani sebagai pasak dan terus ditanam ke dalam bumi sebagai tiang asas, tanpa perlu lagi menggunakan konkrit. Kelebihan system Kemrex ini adalah ianya sangat menjimatkan masa pembinaan, lebih tahan lasak, boleh dilaraskan semula sekiranya berlaku pergerakan tanah yang teruk , boleh digunakan semula di tempat lain dan TIDAK merosakkan alam sekitar. Setiap batang Kemrex ini akan ditempa khas mengikut berat dan keperluan pembinaan yang akan disokong olehnya.

Kemrex juga sesuai dijadikan asas untuk tiang elektrik, telefon, papan iklan malahan pagar juga.

Kelebihan Memiliki Rumah Kontena Daripada MYKontena.com

1. Berpengalaman dan Pakar

mykontena pakar dan berpengalaman luas dalam pembinaan rumah kontena

Seperti yang anda tahu, Ecotec Synergy Group sangat berpengalaman dalam pembinaan dan pengendalian hal-hal berkaitan rumah kontena. Mereka mempunyai pengalaman membina pelbagai projek berasaskan kontena semenjak tahun 2013 dan kepakaran serta tenaga pekerja yang sangat mahir. Anda tidak perlu risau memilih MYkontena.com sebagai pilihan rumah kontena anda.

hasil binaan rumah kontena dengan mykontena

2. Perkhidmatan Yang Menyeluruh

perkhidmatan pembinaan rumah kontena yang menyeluruh dengan mykontena

Daripada mula anda berbincang sehinggalah rumah anda siap dan menjadi milik anda, MYkontena.com akan uruskan dengan baik dan selamat. Segala proses dan perkhidmatan mereka sangat lengkap dan menyeluruh. Jangan lupa, mereka juga merupakan konsultan pembinaan rumah anda! Beritahu sahaja apa yang anda mahukan, pasti mereka akan realisasikan!

3. Pelbagai Design Rumah

pelbagai design rumah kontena untuk dimiliki

Anda boleh memilih design atau rekabentuk rumah yang menarik dan anda minati bagi merealisasikan rumah kontena anda atau mencantikkan homestay anda. Selain itu, anda juga boleh memilih rumah kontena siap yang mereka tawarkan atau boleh memberikan rekacipta anda sendiri untuk mereka realisasikan impian anda.

4. Bahan Berkualiti

bahan berkualiti untuk bina rumah kontena

Bahan yang digunakan oleh MYkontena.com untuk pembinaan sangat berkualiti dan mendapat kelulusan antarabangsa. Ia dijamin selamat digunakan. Sebagai contoh, ISBU Greencube merupakan kontena yang kalis api, ribut dan sebagainya. Dengan Ecotec Synergy Group, semuanya mudah sahaja!

5. Harga Yang Berpatutan dan Cepat

harga berpatutan dan cepat rumah kontena

Harga bagi memiliki sebuah rumah kontena sangat berpatutan dan lebih murah berbanding rumah biasa yang dibina di Malaysia. Selain dari harganya yang lebih murah, ia juga tidak memakan masa yang banyak untuk siap. Ia akan siap dalam masa yang ditetapkan dan anda pasti akan berpuas hati sepenuhnya dengan rumah kontena ini.

6. Mudah Dirunding

mudah runding untuk bina rumah kontena

Ecotec Synergy Group atau MYkontena.com sangat mudah dirunding dan dibawa berbincang. Sebagai konsultan yang memahami, anda tidak akan kecewa dengan perkhidmatan dan khidmat nasihat yang diberikan.

Terdapat banyak lagi kelebihan MYkontena.com yang perlu anda jadikan mereka sebagai syarikat pembinaan rumah kontena anda. Anda juga boleh melihat pelbagai jenis rumah kontena yang telah dibina oleh mereka dan projek yang telah siap.

Produk Ecotec Synergy Group

Bagi anda yang ingin melihat dan memilih produk rumah kontena yang telah siap, Ecotec Synergy Group telah menyediakan rumah-rumah atau bangunan kontena yang boleh anda pilih. Mereka telah menyediakan saiz serta kemudahan yang lengkap bagi rujukan anda.

Tandas Kontena

toilet kontena dari rumah kontena

Rumah Kontena

rumah kontena nomadrumah kontena eksklusifvilla arianur rumah kontena cantik

Kedai Kontena

kedai kontena murah

Chalet Kontena

jenis chalet menggunakan rumah kontena type A jenis chalet menggunakan rumah kontena type B jenis chalet menggunakan rumah kontena type C jenis chalet menggunakan rumah kontena type D

Kolam Renang Fiber

kolam renang fiber mawar kolam renang fiber rafflesia kolam renang fiber teratai kolam renang fiber tulips

Projek Yang Sedang Dan Telah Disiapkan

Anda boleh melihat pelbagai projek Ecotec Synergy Group yang masih di dalam proses pembinaan dan ada juga yang telah disiapkan. Antaranya adalah di kawasan Pekan Pahang, Port Dickson, Ipoh, Kuala Lumpur dan sebagainya. Kebanyakannya adalah bangunan seperti rumah tumpangan atau homestay, kafe hipster, rumah kabin, rumah ladang dan lain-lain lagi.

completed project ad-durah homestay port dickson completed project hipster cafe pekan completed project hipster cafe pekan testimoni completed project rumah kontena soho testimoni completed project rumah kontena soho

Jom Dapatkan Homestay Rumah Kontena Dengan MYkontena.com

Dengan tercetusnya fenomena rumah kontena ini, anda berpeluang untuk menjana pendapatan dengan homestay kontena. Ramai pelancong dan penduduk tempatan yang berminat untuk merasai bermalam di homestay kontena di Malaysia. Apa lagi, jom dapatkan atau reka sendiri bentuk homestay yang anda mahukan! Anda boleh terus ke MYkontena.com atau hubungi pihak mereka untuk berbincang serta memilih design yang anda suka!

MYKONTENA.COM | ECOTEC SYNERGY GROUP
Hubungi: Tekan untuk telefon (011-10326168) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook:
 
MYKontena.com
Website:  www.MYkontena.com
Emel: info@mykontena.com

Jom bina rumah kontena SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom bina rumah kontena SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom bina rumah kontena SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: