Islam
Apr 2, 2018, 1:05pm

Rukun Solat Yang Wajib Dilaksanakan Ketika Solat Fardhu Dan Sunat


  • 8
  •  
  •  
  •  
    8
    Shares
petua rukun solat

Rukun Solat Ada 13 iaitu:

1. Niat Dalam Hati

rukun solat - niat

Makna Al-Niyyah bermaksud dari segi bahasa bermaksud kehendak (Al-Qasad), manakala dari segi syarak bermaksud berkehendak untuk melakukan sesuatu yang disertai dengan perbuatan. Pensyariatan niat adalah berdasarkan daripada firman Allah Taala dalam surah Al-Bayyinah (98), ayat 5:

Cara Rukun Solat

Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar.

“Lafaz yang disebut mulut itu bukanlah niat. Niat ialah lintasan hati tentang apa-apa yang diniatkan”.

Niat berlaku semasa seseorang mengangkat takbiratulihram iaitu ia mengatakan “Allahu Akbar” maka hatinya berkata seperti berikut,

Solat Subuh:
niat solat subuh sendirian

Niat Solat Subuh Bersendirian: Sahaja aku solat fardhu subuh 2 rakaat tunai kerana Allah Taala

niat solat subuh berjemaah

Niat Solat Subuh Berjemaah: Sahaja aku solat fardhu subuh 2 rakaat tunai mengikut imam kerana Allah Taala

Solat Zuhur:
lafaz niat solat zuhur bersendirian

Niat Solat Zuhur Bersendirian: Sahaja aku solat fardhu zuhur 4 rakaat tunai kerana Allah Taala

lafaz solat zuhur berjemaah

Niat Solat Zuhur Berjemaah: Sahaja aku solat fardhu zuhur 4 rakaat tunai mengikut imam kerana Allah Taala

Solat Asar:
lafaz niat solat asar bersendirian

Niat Solat Asar Bersendirian: Sahaja aku solat fardhu asar 4 rakaat tunai kerana Allah Taala

lafaz niat solat asar berjemaah

Niat Solat Asar Berjemaah: Sahaja aku solat fardhu asar 4 rakaat tunai mengikut imam kerana Allah Taala

Solat Maghrib:
lafaz niat solat maghrib bersendirian

Niat Solat Maghrib Bersendirian: Sahaja aku solat maghrib 3 rakaat tunai kerana Allah Taala

lafaz niat solat maghrib berjemaah

Niat Solat Maghrib Berjemaah: Sahaja aku solat maghrib 3 rakaat tunai mengikut imam kerana Allah Taala

Solat Isyak:
lafaz niat solat isya bersendirian

Niat Solat Isya’ Bersendirian: Sahaja aku solat fardhu isya’ 4 rakaat tunai kerana Allah Taala

lafaz niat solat isya berjemaah

Niat Solat Isya’ Berjemaah: Sahaja aku solat fardhu isya’ 4 rakaat tunai mengikut imam kerana Allah Taala

3. Berdiri Tegak Bagi Orang Yang Berkuasa

cara mengerjakan solat fardhu rukun berdiri tegak

Sekiranya uzur, boleh solat dalam keadaan duduk, baring mengiring sebelah kanan,kiri,menelentang atau sekadar yang ia boleh melakukannya.

Antara Keuzuran Yang Membolehkan Seorang Itu Bersolat Tanpa Berdiri

  1. Seseorang yang takut akan pening kepalanya boleh mengganggu kekhusyukan solat.
  2. Seseorang yang takut sampannya akan tenggelam jika dia bersolat berdiri di atas sampan.
  3. Seseorang yang menghidap penyakit salas al-baul (penyakit kencing tak lawas) di mana jika dia bersembahyang berdiri air kencingnya akan mengalir.
  4. Seseorang yang diberitahu oleh doktor yang boleh dipercayai bahawa tanpa solat berdiri penyakitnya akan cepat sembuh.
  5. Seseorang yang jika dia bersembahyang berdiri akan diketahui kedudukannya oleh musuh dalam peperangan.

Maka orang yang tersebut di atas diharuskan meninggalkan perbuatan berdiri di dalam sembahyang disebabkan keuzuran-keuzuran tersebut dan tidak perlu mereka mengulangi sembahyang apabila keuzuran mereka sudah hilang kecuali bagi orang yang dalam peperangan kerana perkara sedemikian jarang berlaku.

keringanan mengerjakan solat untuk mereka yang tergolong

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Imran Bin Hushain R.A berkata:

Maksudnya: “Dulu aku pernah terkena penyakit buasir, lalu aku bertanya kepada Nabi S.A.W mengenai solat. Lalu baginda bersabda: “Bersolatlah berdiri. Jika engkau tidak mampu maka bersolatlah duduk. Jika engkau tidak mampu maka bersolatlah di atas lambung (mengiring).”

(Riwayat al-Bukhari, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Orang yang mampu untuk berdiri, tetapi dia tidak mampu untuk melakukan rukuk dan sujud, maka hendaklah dia membongkokkan badannya sekadar ia mampu.

Jika dia tidak mampu untuk membongkokkan badanya, maka hendaklah dia mengisyaratkan dengan menggunakan leher dan kepala. Jika dia tidak mampu juga, hendaklah dia mengisyaratkan dengan menggunakan kelopak mata.

2. Takbiratulihram

rukun solat takbiratul ihram

Takbiratulihram ialah melafazkan kalimah “Allahuakbar” yang merupakan salah satu daripada rukun sembahyang berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib R.A daripada Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Kunci sembahyang itu ialah suci ( daripada hadas kecil dan besar), pengharamannya (daripada perkara-perkara yang harus seperti makan dan minum) ialah ucapan takbir dan penghalalannya (melakukan perkara-perkara harus seperti makan dan minum) ialah ucapan salam)”

(Riwayat at-Tarmizi, Ibnu majah, Ahmad dal al-Darimi)

rukun solat cara angkat takbiratul ihram Syarat – Syarat Takbiratul Ihram
  1. Ketika melafazkan Takbiratul Ihram hendaklah dalam keadaan tetap berdiri bukannya ketika baru hendak berdiri menunaikan solat.
  2. Menghadap kiblat ketika melafazkannya.
  3. Dilafazkan di dalam bahasa Arab. Jika tidak mampu hendaklah dilafazkan dalam bahasa yang mempunyai makna yang sama dengan takbiratul ihram. Tetapi, seseorang itu wajib belajar melafazkannya dalam bahasa Arab.
  4. Mendengar kesemua huruf yang dilafazkan.
  5. Ketika melafazkan takbiratul ihram, perlulah disertai dengan niat solat.

4. Membaca Al-Fatihah

Membaca al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat dan Bismillah ialah satu daripada ayat al-Fatihah. Perlu diingat bahawa adalah wajib memelihara segala makhraj dan tajwid al-Fatihah itu. bacaan alfatihah dalam rukun solat Syarat sah bacaan Al-Fatihah
  1. Bacaan itu didengarinya dengan jelas jika dia mempunyai pendengaran yang baik
  2. Membaca mengikut tertib ayat serta jelas sebutan huruf dan bacaan yang bersabdu.
  3. Menyebut sebutan kalimah dalam surah itu dengan betul sama dengan maknanya, jika tidak solatnya dianggap tidak sah.
  4. Bacaan surah Al-Fatihah dalam solat hendaklah dilafazkan dalam bahasa Arab.
  5. Hendaklah emnyempurnakan bacaan Al-Fatihah ketika berada dalam keadaan berdiri dan tidak boleh disambung dalam keadaan rukuk.

5. Rukuk Serta Tamakninah

Sekurang-kurangnya rukuk ialah membongkok sampai dua tangannya dapat diletakkan di dua kepala lututnya serta tamakninah. Iaitu berhenti sebentar sekadar bacaan “ Subhanallah” sedang angota-anggota berat hendaklah berhenti.

rukuk dan tokmaninah yang betul

Angota-angota berat itu ialah kedua-dua belah tangan (termasuk pergelangan tangan) kepala, kaki dan badan. Sekiranya anggota-anggota ini masih bergerak semasa rukuk (tanpa berhenti) maka tidak lagi dikira sebagai tamakninah.

Bacaan ketika rukuk ialah:

bacaan semasa rukuk Maksudnya : Maha suci Allah yang Maha Agung dengan sifat Kepujian-Nya. Syarat-syarat Rukuk:
  1. Rukuk dengan kadar yang betul iaitu tapak tangan sampai ke lutut.
  2. Tidak berniat untuk mengelak daripada sesuatu ketika membongkok untuk rukuk.
  3. Sentiasa berada dalam keadaan tetap dan tenang serta melafazkan tasbih rukuk sahaja ketika melakukannya.
Rukuk solat orang duduk

Orang yang solat duduk, sekurang-kurang rukuknya ialah dahinya bertentangan dengan dua lutut kakinya. Rukuknya yang sempurna ialah dahinya hendaklah bertentangan dengan tempat sujudnya. Jika seseorang itu mampu melakukan sujud sahaja, tetapi dia tidak mampu melakukan sujud, maka hendaklah dia mengulangi rukuk ganti bagi sujud.

Orang yang mampu melakukan lebih dari rukuk yang sempurna, maka wajib dia melakukannya kerana perbezaan antara rukuk dan sujud adalah wajib bagi orang yang mampu.

Jika seseorang itu tidak mampu juga melakukan sekurang-kurangnya rukuk tersebut, maka  hendaklah dia mengisyaratkan rukuk dan sujud dengan cara menundukkan kepala dan diwajibkan melebihkan tunduk bagi sujud daripada tunduk dari rukuk.

Jika dia tidak mampu untuk menundukkan kepala, maka hendaklah dia mengisyaratkan rukuk dan sujud dengan menggunakan kelopak mata tanapa perlua ada perbezaan antara rukuk dan sujud. Jika itu pun dia tidak mampu, maka hendaklah dia menggambarkan perbuatan-perbuatan solat di dalam hati sahaja.

6. Iktidal

Ertinya berdiri tegak sunnah semula selepas rukuk dan tamakninah (berhenti sekejap semasa berdiri). Oleh itu, apabila iktidal hendaklah semua anggota berat berhenti sebentar. Bacaan semasa iktidal ialah:

bacaan semasa iktidal rukun solat 6 Syarat-syarat Iktidal:
  1. Berada dalam keadaan berhenti sebentar untuk mengucapkan tasbih iktidal.
  2. Tidak berada dalam keadaan qasad (tujuan) selain ibadat ketika bangun dari rukuk.
  3. Tidak terlalu lama berdiri ketika iktidal.

7. Sujud

Sujud dari segi syarak, sentuhan dahi seseorang ketika bersolat di tempat sujud. Sekurang-kurangnya sujud meletakkan dahi di atas tempat sujud dan dahi mestilah tidak berlapik dengan sesuatu.

kedudukan sujud yang betul

Tetapi sekiranya dahi terpaksa dibalut kerana luka dan sebagainya maka tidaklah wajib membukanya. Begitu juga seumpamanya dahi berlapikkan songkok dengan sengaja tanpa sebab, maka solat itu dikira tidak sah.

Tujuh Anggota sujud iaitu:
  1. Dahi
  2. Dua tapak tangan
  3. Dua lutut
  4. Dua perut jari kaki
Bacaan ketika sujud ialah: bacaan ketika sujud

8. Duduk Antara Dua Sujud

Duduk antara dua sujud adalah perlakuan yang memisahkan antara dua kali sujud. Tidak sesuai untuk terus berdiri sebelum sujud semula, maka keadaan duduk adalah logik. Adalah sunat untuk duduk iftirasy (iaitu duduk di atas tapak kaki kiri serta menegakkan (atau berdirikan) tapak kaki kanan. Sunat juga meletakkan dua tangan berhampiran lutut serta menjarakkan setiap jari tetapi tidak mengapa untuk meletakkan jari di atas lutut.

kedudukan duduk antara dua sujud

Perlakuan duduk antara dua sujud ini menjadi makruh jika terlalu lama kerana ia memisahkan perlakuan kedua-dua sujud. Walau bagaimanapun, tama’ninah turut disertakan bagi rukun ini.

bacaan ketika duduk antara dua sujud

9. Duduk tahiyat akhir

Duduk ketika membaca tahiyat akhir adalah jelas bahawa tahiyat akhir hendaklah dibaca ketika keadaan duduk, bukan berdiri. Disunatkan duduk secara tawaruk iaitu duduk dengan menghulurkan kaki kiri ke kanan dan merapatkan punggung ke lantai. Keadaan ini berterusan ketika membaca selawat dan salam. kedudukan dan cara duduk tasyahud akhir

10. Membaca tahiyat akhir

Rukun ini dinamakan tahiyyat (penghormatan) atau tasyahud (penyaksian) kerana bacaan yang dilafazkan terdiri daripada keduanya. Berikut adalah bacaan bersama bahagian tahiyat.

bacaan ketika tasyahud akhir

11. Selawat ke atas nabi dalam bacaan tahiyat akhir

Bacaan tahiyat akhir hendaklah disambung dengan bacaan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.

bacaan selawat ke atas nabi semasa tahiyyat akhir

12. Salam

Ucapan atau lafaz salam adalah sebahagian daripada rukun solat.

bacaan salam dalam solat

Adalah disunatkan untuk memberi salam sebanyak dua kali dan sunat juga untuk menoleh ke kanan dahulu bagi salam yang pertama dan ke kiri bagi salam yang kedua. Turut disunatkan juga kedua-dua salam itu tidak disekalikan iaitu ada pengasingan antara kedua-duanya.

cara memberi salam

13. Tertib

Tertib adalah rukun yang merangkumi keseluruhan rukun solat iaitu memastikan segala perlakuan rukun berada pada turutan yang betul satu demi satu dan yang dahulu didahului serta yang kemudian, dilakukan kemudian.

pengertian tertib dalam rukun solat
Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!

Call Whatsapp Layari Website

Jom pasarkan produk bersama ProfHariz SEKARANG!