Review
Sep 15, 2019, 9:00am

Rot Thai Buffet Steamboat & Grill Murah dan Berbaloi Di Kuala Lumpur


Rot Thai Buffet Steambot & Grill 2019 hingga 2020

Malaysia adalah salah sebuah negara yang mempunyai pelbagai budaya dan lapisan masyarakat yang menjadikan negara ini mempunyai berbagai jenis juadah makanan sekaligus dikenali dengan salah sebuah tempat pelancongan yang kaya dengan makanan. Dari makanan tempatan, streetfood dan restoran-restoran yang dikenali ramai, pilih saja apa yang terlintas dalam fikiran anda, pasti akan ada. Berbaki beberapa bulan sahaja lagi untuk mencapai tahun 2020, citarasa masyarakat di negara ini tertumpu kepada salah satu juadah makanan yang kini makin mendapat sambutan iaitu steamboat. Sebut sahaja steamboat, sudah pasti ramai yang akan dapat membayangkan keenakkan rasa makanan yang beraneka jenis di tempat tersebut. Jenis hidangan ini memang lebih terkenal di kawasan Lembah Klang. Namun, tidak dinafikan bahawa ianya juga dikenali di merata-rata tempat di Malaysia. Keunikan kaedah yang digunakan iaitu masak dengan sendiri (self-service) berdasarkan pelbagai jenis makanan yang anda ingini seperti makanan laut, ayam, daging, sayur-sayuran dan berbagai jenis lagi bergantung kepada tempat yang anda kunjungi.

Rot Thai Buffet Steambot & Grill Untuk Keluarga

Tapi sebelum itu, anda tahu apa yang dimaksudkan dengan makanan steamboat? Ya, anda menggemarinya tapi sejauh mana anda tahu jenis makanan ini? Okay, untuk pengetahuan anda jenis hidangan ini lebih menjurus kepada jenis hidangan masyarakat cina. Ini kerana, kebanyakan masyarakat cina menggemari makanan yang panas dan baru dimasak. Ini seperti sesetengah individu yang gemar akan nasi kandar kuah banjir, begitulah persamaannya. Selain perkataan steamboat, jenis hidangan ini juga dikenali sebagai hot-pot, sukiyaki, nabemono atau shabu-shabu. Konsepnya tetap sama di mana periuk sederhana besar akan diletakkan di atas dapur (bergantung pada jenis kelengkapan sama ada dapur elektrik atau dapur gas.

Rot Thai Buffet Steambot & Grill Dekat

Kemudian, periuk tersebut diisi dengan jenis sup yang disediakan dan boleh juga anda pilih jenis sup apa yang anda mahukan. Pelbagai jenis sayur-sayuran serta makanan laut atau isi ayam serta daging yang telah diperap dengan rencah disediakan dengan teratur dan telah diproses dengan bersih untuk dibakar di atas grill plate. Selain itu, menu makanan ini akan dilengkapi dengan sos pencicah untuk meambahkan lagi selera hidangan anda. Sudah tentu anda sedang membayangkannya bukan. Anda boleh memilih sendiri jenis lauk apa yang diinginkan, daripada jenis kuah, makanan sampingan seperti pencuci mulut hingga ke bahan-bahan yang diinginkan termasuk pelbagai jenis perapan dari ramuan yang disediakan oleh pihak penyedia.

Sudah tentu dalam fikiran anda sedang mencari-cari jenis hidangan steamboat ini bukan? Tetapi yang mana satu tempat yang menjadi pilihan anda? Terlalu banyak pilihan yang menarik dan banyak? Jangan khuatir, kini anda boleh dapati hidangan steamboat & grill yang menyediakan hidangan yang menyelerakan serta mempunyai servis yang tip-top.

ROT THAI BUFFET STEAMBOAT & GRILL | ORIGINATE THAI HERITAGE

Rot Thai Buffet Steambot & Grill JB

Rot Thai Steamboat & Grill menyediakan pelbagai jenis menu untuk santapan anda serta keluarga. Restoran ini ditubuhkan pada tahun 2017 di mana cawangan pertama restoran ini terletak di Jalan Langkawi, Kuala Lumpur dan cawangan baru yang mendapat sambutan hangat iaitu di Maxim Citylights, Sentul. Cawangan baru restoran ini menyediakan ruang yang selesa kepada anda. Dibuka pada setiap jam 4 petang sehingga 12@1 pagi khas kepada anda yang ingin mencari hidangan seperti ini. Selain itu, Rot Thai Steamboat ini juga sedia menerima tempahan untuk majlis-majlis tertentu serta sering kali diraikan majlis sambutan untuk hari lahir dan sebagainya. Paling menggembirakan adalah anda boleh dapatkan rebat RM10 percuma pada hari lahir anda. Ini adalah salah satu tanda penghargaan dari Rot Thai Steamboat untuk anda. Sangat berbaloi! Tidak kira sama ada ahli keluarga anda, teman rapat anda atau sesiapa sahaja. Dengan adanya ruang ini, anda mampu untuk membuat insan yang anda sayangi tersenyum lebar. Atau, anda boleh menjadikan destinasi makan ini menjadi pilhan untuk anda meluangkan masa bersama dengan teman-teman baik seperti aktiviti berkumpulan bersama kawan sekolah, universiti atau teman kerja. Anda pasti berpuas hati! Percayalah.

Rot Thai Buffet Steambot & Grill Terbaik

HIDANGAN PELBAGAI JUADAH PILIHAN |PERAPAN RESIPI ASLI

Rot Thai Buffet Steambot & Grill Malaysia

Perapan yang dihasilkan di Rot Thai Steamboat ini memang dijamin sedap kerana mereka hanya mememili barangan yang berkualiti sahaja untuk dihidangkan kepada para pelanggan. Antara jenis perapan yang paling laris di Rot Thai Steamboat adalah blackpepper sauce, pelbagai jenis campuran rempah, perasa pandan serta pelbagai lagi.

Rot Thai Buffet Steambot & Grill Malaysia

Selain itu, anda juga boleh memilih pelbagai jenis makanan ringan seperti bebola dan sosej mini yang disediakan di restoran tersebut tanpa sekatan dan tiada had masa. Anda boleh mengambil sebanyak mana yang anda mahukan. TAPI, anda perlu berhati-hati kerana anda perlu menghabiskan setiap makanan yang anda ambil. Hal ini kerana, setiap makanan yang tidak habis akan dikenakan bayaran denda RM2 untuk setiap 100 gram pada setiap jenis makanan anda. Jadi, suka untuk dinasihatkan, makanlah mengikut kemampuan perut anda ye, tidak molek sekiranya membazir. Pihak restoran menetapkan kaedah ini bagi memupuk disiplin pelanggan mereka supaya tidak membazir dengan makanan.

Rot Thai Buffet Steambot & Grill Berdekatan

Kualiti dan gred sayur-sayuran yang disediakan di restoran mereka amat berkualiti yang dijamin bermutu tinggi oleh pengedar mereka. Terdapat pelbagai jenis sayuran yang anda boleh nikmati antaranya aneka jenis cendawan, brokoli, kubis cina, bok choi, lobak, mentimun, sawi, salad dan pelbagai lagi. Bagi anda yang merupakan penggemar sayuran, jamgan risau, anda juga boleh bertandang ke restoran ini kerana tempatnya yang mempunyai banyak cabang menu pilihan. Di samping itu juga, pelbagai jenis mee yang disediakan untuk dijadikan pilihan anda seperti yee mee, koew teow, bihun, mee maggi dan pelbagai lagi. Bon appetit!

Rot Thai Buffet Steambot & Grill Terbaik Amat

2 JENIS SUP YANG MEMBERI KELAINAN RASA

Rot Thai Buffet Steambot & Grill Mudah

Rot Thai Buffet Steambot & Grill Dekat

Bagi anda yang merupakan penggemar makanan yang pedas, anda boleh memilih untuk mengambil kuah tomyam. Anda jangan khuatir jika ingin membawa kanak-kanak, pilihan sup ayam juga turut disediakan dan mempunyai citarasa yang tersendiri bagi penggemarnya.

Rot Thai Buffet Steambot & Grill 2020

Bagi menu utama untuk hidangan steamboat & grill ini, pihak Rot Thai menyediakan pelbagai pilihan makanan laut seperti udang, sotong, kepah, siput buluh, kerang dan pelbagai lagi. Anda harus merasainya sendiri.

JUADAH MASAKAN THAI | ORIGINATE THAI HERITAGE

Juadah masakan Thai adalah antara sajian cukup sangat popular di seluruh dunia. Ke mana sahaja anda pergi, pasti akan temui jenis masakan Thai walaupun anda melancong ke luar negara. Campuran rempah dan pelbagai herba seperti daun selasih, limau purut, serai dan bunga kantan yang kaya dengan aroma yang cukup menyelerakan. Di Rot Thai Steamboat & Grill anda boleh rasa keenakkan yang asli seperti anda berada di Thailand. Aroi ching ching!

Rot Thai Buffet Steambot & Grill Murah

Lala Masak Pedas. Bagi penggemar seafood khususnya lala, di restoran ini menyediakan hidangan lala masak pedas. Sudah tentu anda akan menyukainya.

Rot Thai Buffet Steambot & Grill Best

Ayam Phad Phed. Anda boleh nikmati jenis sajian ini di mana-mana sahaja tetapi tidak akan sama seperti hidangan yang disediakan di Rot Thai Buffet Steamboat & Grill.

Rot Thai Buffet Steambot & Grill Sedap

Ikan Singgang. Siapa sahaja yang tidak mengenali menu hidangan klasik ini. Sajian ini amat terkenal di negeri-negeri pantai timur. Bagi anda yang merindui sajian ini, ayuh kunjungilah restoran ini segera!

Antara juadah menarik yang anda boleh nikmati adalah:

Rot Thai Buffet Steambot & Grill Seronok

  • Laksa Lemak Thai. Bagi penggemar laksa siam, anda boleh menikmati sajian ini sambil menikmati steamboat anda. Keenakkan kuah pedas lemak ini pasti akan membangkitkan selera anda.
  • Salad Thai. Campuran hirisan salad serta isi ayam yang digabungkan dengan mayonis akan memberikan satu rasa yang anda belum pernah rasai.
  • Rojak Thai. Rojak ini amat berbeza dengan rojak yang sedia ada di negara kita. Rojak yang disediakan di Rot Thai ini akan memberikan pengalaman yang baru untuk anda!

PILIHAN 4 JENIS SOS YANG MELENGKAPKAN SAJIAN STEAMBOAT & GRILL ANDA

Rot Thai Buffet Steambot & Grill Cantik

Kebanyakan steamboat & grill yang sedia ada sekarang adalah lebih kurang sama semuanya. Namun, yang membezakan keenakan rasa sajian ini adalah dari segi sos yang digunakan di restoran. Di Rot Thai Buffet Steamboat & Grill ini menyediakan empat jenis sos yang berlainan ramuan di mana setiap satunya akan memberikan rasa unik yang berbeza. Bagaimana rasanya? Cubalah sendiri. Anda boleh nikmati empat jenis sos iaitu:

  • Sos Seafood
  • Sos Rice
  • Sos Steamboat
  • Sos Thai (sos pilihan ramai)

Rot Thai Buffet Steambot & Grill Padu

Bagi sos thai, ia menjadi pilihan ramai pelanggan kerana rasanya yang berbeza dari restoran-restoran yang lain. Selain itu, restoran ini juga mengeluarkan produk sos sendiri di mana anda boleh membelinya untuk kegunaan anda serta keluarga di rumah.

Kenapa Rot Thai Buffet Steamboat & Grill menjadi pilihan anda jika dibandingkan dengan steamboat yang lain? Ini jawapannya, kerana sudah ramai yang menikmati hidangan-hidangan yang lazat ini!

Rot Thai Buffet Steambot & Grill 2019

Rot Thai Buffet Steambot & Grill 2019 2020

Rot Thai Buffet Steambot & Grill KL

Rot Thai Buffet Steambot & Grill Johor Bahru

Bukan menu itu sahaja yang dihidangkan. Anda jangan datang seorang diri, bawa ahli keluarga atau rakan-rakan anda untuk menikmati bersama-sama sajian ini. Antaranya:

  • Masakan Asli Thai seperti Phad Phed Ayam & Kari Hijau Thai, Somtam & Kerabu Maggi .
  • Pencuci mulut seperti pulut mangga, pudding caramel & pelbagai lagi
  • Thai Green Tea
  • Aiskrim perisa Butterscotch

ANDA TIDAK PERLU BERFIKIR LAGI DENGAN HARGA BERPATUTAN DARI ROT THAI STEAMBOAT & GRILL

Rot Thai Buffet Steambot & Grill 2020 dan 2019

CAWANGAN UTAMA PLATINIUM WALK – SETAPAK

  • RM25 ADULT
  • RM15 CHILDREN

CAWANGAN BARU MAXIM CITYLIGHT – SENTUL

  • RM25 ADULT
  • RM15 CHILDREN

Jom makan di Rot Thai Buffet Steamboat & Grill SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

NO 72-0 PLATINIUM WALK , BLOCK J, NO2 JALAN LANGKAWI Kuala Lumpur, Malaysia 53300

   
Jom makan di Rot Thai Buffet Steamboat & Grill SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom makan di Rot Thai Buffet Steamboat & Grill SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: