Umum
Jan 21, 2020, 10:45am

Roselle Mocktale Mencari Rakan Kerjasama Untuk Mengeksport Luar Negara


Tahukah anda, dari mana Asalnya Roselle?

Roselle atau Hibiscus sabdariffa, merupakan salah satu tumbuhan dari keluarga Malvaceae. Tumbuhan ini mempunyai bunga yang warnanya berdaging merah dan berasid semasa dimakan. Kegunaan tumbuhan ini turut dibuat jus, jem, dan juga sebagai pewarna makanan merah. Kajian mengatakan bahawa, Roselle berasalkan dari negara-negara Afrika dan Karibia seperti Hindia Barat, Trinidad dan Tobago. Pada masa ini, sudah biasa di tanam dalam kawasan tropika dan subtropika di seluruh dunia khususnya di India dan Asia Tenggara. 

Apakah Cara-Cara penyediaan Roselle sebagai makanan dan Minum dalam dunia?

Roselle amat disanjung kegemaran dalam negara-negara tropika terutamanya, kami dapat memerhati Roselle sering dijual sebelah jalan atau dalam kedai makanan bersampingan jus segar seperti nanas, jeruk, limau dan kelapa. Penjualan dalam Asia Tenggara terdapat dalam botol jus dan kotak jus tunggal untuk keselesaan minum dan kemudahan untuk beralih. Terdapat juga dalam ais krim sherbet dan dijual dengan harga yang mahal dan mantap, terutamanya di seletan Thailand. Cara-cara untuk penyediaan Roselle tergantung kepada kesesuaian dan kehendak sebuah komuniti atau peniaga. 

Tahukah anda? di Iran pula Roselle disediakan dengan cara pengeringan untuk mengawitkan supaya dapat tahan sepangjang masa. Oleh itu, biasanya Roselle dikenali sebagai teh masam (karkade). Di negara-negara berbahasa Inggeris pula, Roselle dipanggil Red Sorrel atau Jamaica Tea. Tetapi bunga raya telah dimakan sebagai teh malam yang boleh menenangkan sudah pun berabad-abad di Mesir dan di tempat lain Timur Dekat. 

Untuk kegunaan luaran badan amat digalakan. Menurut kajian, dan pengalaman dari pelanggan kami, Roselle agak popular dengan reputasi seperti “Anti-aging”, terutamanya dalam kalangan wanita yangs sering menjaga kecantikan dan penjagaan kulit. Roselle telah digunakan untuk membuat lulur muka, badan, wap muka, topeng campuran tanah liat, dan lain-lain. Bunga roselle bermanfaat kerana antioksidan yang mereka miliki ini, membantu badan kami membantaraskan kesan radikal bebas.

Bagaimana Roselle merasuhi hati, seorang Bintang Masak?

Roselle adalah mudah untuk penumbuhan pokok renek dan boleh mencapai ketinggian sejajar seseorang dewasa. Ia mudah dikenal pasti dengan batang merah cerahnya. Ia menghasilkan banyak bunga menarik yang mempunyai rupa tersendiri. Dan juga, di setiap nod, ia menghasilkan kelopak. Kering segar adalah bahagian penting dan digunakan dalam penyediaan makanan.

Menurut seorang tukang masak yang popular dan mencintai Roselle, Mohana Gill menyokong dan mengalakan makanan yang sihat dengan menguna tumbuhan Roselle. Penulis buku masak yang berjaya ini, sekarang tingal di Petaling Jaya dan membuat tanaman roselle di taman sendiri. Dia juga membeli Roselle dari pasar basah di PJ Old Town menyikut keperluanyer. “Pekat Roselle adalah minuman pemakanan dengan vitamin dan mineral semulajadi seperti kalsium dan kalium yang menghilangkan rasa dahaga dan menghidupkan badan,” kata pemenang Anugerah Cookbook Dunia Gourmand lima kali.

4 Ciri-Ciri Kesihatan dan Kelebihan Roselle.

Roselle telah digunakan sebagai tumbuhan terapeutik selama berabad-abad. Secara tradisinya, Roselle dapat merawati kesakitan gigi, jangkitan saluran kencing, selesema, dan juga mabuk. Kami dari House of Roselle akan menerangkan 4 ciri-ciri keutamaan dalam Kesihatan dan kelebihan yang berada dalam produk kami. 

1: Ciri Anti-Kanser 

Menurut suatu kajian yang dijalankan oleh Jabatan dan Institut Biokimia di Kolej Perubatan dan Pergigian Chung Shan, di Taichung, Taiwan mencadangkan bahawa bunga Roselle boleh memperlambatkan pertumbuhan sel-sel kanser dengan mendorong apoptosis. Apoptosis atau lebih dikenali sebagai kimia Natural yang diprogam untuk membunuh sel Kanser. Mengakibatkan sel Kanser mati dan lenyap dari badan kami. Selain itu, Teh herba Roselle kami juga mengandungi, asid hibiscus protocatechuic mempunyai sifat anti-tumor dan antioksidan yang boleh membanteraskan sel-sel kanser dalam badan seseorang. 

2: Pengurangan Berat

Jika anda mengambil makanan yang kaya dengan karbohidrat (seperti Nasi), itu bermakna ia mengandungi gula dan kanji, jadi anda mungkin akan menambah keberatan badan, dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, kajian penyelidikan telah menujukan bahawa ekstrak Roselle dapat mengurangkan penyerapan dan menghalang pengeluaran amilase. Dengan ciri-ciri yang membantu dalam process penyerapan kanji dan glukosa. Jadi, dapatlah mengurangkan penyebab penambahan berat badan. Kamu sebagai pelangan, akan bermanfaat menurunkan berat badan dengan minuman segelas jus atau secawan teh Roselle. Selepas makan sarapan dan makan malam, tiap-tiap hari.

 

3: Pengurusan Tekanan Darah

Laporan dari AHA (Persatuan Jantung Amerika) yang diterbitkan pada bulan November 2008 menyatakan bahawa memakan bunga Roselle (Halwa) dapat menurunkan tekanan darah pada seseorang dewasa yang menghadapi pra-hipertensi dan meringan hipertensi dia. 

Satu kajian yang dijalankan menyatakan bahawa malangnya, 1/3 orang dewasa di Amerika Syarikat menghadapi tekanan darah yang tinggi atau lebih dikenali hipertensi. Odigie IP menunjukkan bahawa Roselle mempunyai ciri-ciri anti-hipertensi dan kardio yang boleh memberi manfaat kepada orang yang menghadapi hipertensi dan mereka yang berisiko tinggi terhadap pelbagai penyakit kardiovaskular (penyakit Jantung). 

Tufts University di Boston mengkaji bahawa sifat anti-radang, dalam Bunga Roselle boleh mengurangkan tekanan darah sehingga 10 mata. Untuk meningkatkan kesan pengurusan Tekanan darah. Seseorang perlu mengambil tiga cawan setiap hari selama beberapa minggu. Juga, bunga Roselle mempunyai sifat diuretik yang meningkatkan kencing, serentak menurunkan tekanan darah.

4: Batuk, Selesema dan Pengurusan Demam

Menurut buku “Penyembuhan Teh Herba”, bunga Roselle yang segar mengandungi sekurang-kurangnya 6.7 mg asid askorbik, sejenis vitamin C, yang merupakan salah satu nutrisi penting untuk keperluan oleh badan kami.

Bersama dengan bahan yang bermanfaat ini, Bunga Roselle diketahui mempunyai ciri anti-bakteria anti-radang dan ringan. Oleh itu, teh kembang raya sering digunakan sebagai suplemen untuk membantu mengubati batuk dan selsema. Kerana kesan penyejukannya, ia amat berkesan dalam mengurangkan ketidaknyamanan demam yang mungkin mengiringi penyakit tersebut.

Usahawan Malaysia membawa Roselle dari tempatan ke Pasaran Dunia!

Kami dari House Of Roselle yang dimiliki oleh Arina Food Enterprise merupakan sebuah syarikat yang dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya oleh Bumiputera. Di tubuh pada 23 September 2009 oleh Puan Zarina Binti Abu Bakar, untuk mengusahakan perniagan pengeluaran minuman dan makanan yang berkhasiat serta produk OEM lain-lain. Penubuhan syarikat ini sejajar dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan Pengusaha Industri Kecil dan Serderhana (JKS) dari Malaysia sehingga peringkat Global. 

Adalah maklamat Arina Food Enterprise untuk memberi sepenuh perkhidmatan yang cekap dan membekalkan produck yang terbaik dalam Kualiti untuk pelanggan kami. Bantuan dari Kaki Tangan yang terlatih dan berpengalaman dalam menangani process penyediaan makanan adalah keutamaan, Arina Food Enterperise. Kami juga sangat memerhati dan sentiasa komited terhadap konsep Halan Toyyiban bagi memastikan kualiti produk yang dihasilkan benar-benar bermutu tinggi dan baik sentiasa. 

Justeru, kami menyerdari bahawa bukanya mudah untuk menyediakan produk yang bermutu dan dapat bersaing di pasaran tempatan dan antarabangasa serta memberi perkhidmatan yang dapat memuaskan hati setiap pelanggan.  Oleh itu, kami dari Arina food Enterprise bersedia untuk menerima teguran dan balasan yang iklas semoga kami dapat memperbaiki dan meningkatkan mutu perkhidmatan serta menigkatkan Kualiti produck kami. 

Kami juga berkerjasama dengan Mocktale Fifteen Sdn. Bhd untuk membantu kami mempercepatkan perkhidmatan dalam bidang pengedaran dan membolehkan kami memasaran dengan lebih luas. Kaki Tanggan Mocktale akan mengurus system pengedaran dan pemasaran dalam Online untuk tempatan, mengexport ke luar negara, pameran expo dan menangani marketing untuk produk-produk keluaran Arina Food Enterprise.

Selain itu, dalam Bulan kedua tahun 2020, kerjasama antara Puan Zarina (Arina Food Enterprise) dan Encik Simoienz  Mok (Mocktale Fiffteen Sdn. Bhd) juga, akan menghasil produk baru yang lebih berkualiti, canggih dan terdiri daripada, campuran buah-buahan yang berkhasiat untuk menembusi pasaran yang lebih baru, mantap. Produk ini berjenama Mocktales yang bersiri, Tropico, Black Widow, Atomic, Twlight dan Moon Shines. Setiap siri minuman akan menjadi tarikan pelanggan halal, menangani masalah arak dalam masyrakat, harga berpatutan dalam pasaran dan akan memberi sensasi status Sosial yang tinggi kepada setiap pelanggan. Minuman ini adalah unik untuk pelanggan, mereka akan menikmati kesegaran dan keseleraan minuman berisiri-siri.

“Mocktale, minuman social bersama mu, setiap perayaan!”

Peminat-Peminat untuk menjadi pengedar peringkat negeri atau ingin berkerjasama dengan kami untuk mengekport ke negara luar, boleh berhubung Encik Simoienz Mok dalam Talian 014-9448283 atau email Mocktale15@gmail.com. Kita boleh menguruskan masa perjumpaan untuk berbincang dengan lebih lanjutnya dan cara-cara kerjasama. Produk kami adalah baru dalam pasaran dan peluang ini adalah untuk usahawan yang bersemangat, berkerjasama, rajin, iklas dan tanggungjawab. Pemilihan agensi pengedar atau kakitangan akan ditetapkan selepas prestasi sepanjang 6 bulan Bersama kami. Sekian, Terima Kasih.

Jadi anda berminat untuk menjadi pengedar peringkat negeri atau ingin berkerjasama dengan kami untuk mengekport ke negara luar. Inginkan maklumat lanjut? Sila rujuk di bawah:

Nama PIC

Encik Simoienz Mok

Hotline

014-9448283

Email

Mocktale15@gmail.com

 

Sumber-Sumber:

http://www.nairaland.com/2926625/health-benefits-roselle-hibiscus-zobo

https://www.healthbenefitstimes.com/roselle/

http://www.ehow.com/about_5448174_hibiscus-tea-benefits.html

https://www.thestar.com.my/lifestyle/food/features/2015/04/12/roselle-makes-you-feel-blooming-marvellous

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: