Review
Apr 29, 2018, 1:03pm

Revolusi Maxus G10 MPV 10 Tempat Duduk Yang Murah Dan Selesa


  •  
  •  
  •  
  •  

Kereta MPV adalah multi propose vehicles atau kenderaan pelbagai guna. Ia juga dikenali sebagai minivan. Inilah kereta idaman bagi sudah miliki keluarga. Trend semasa menunjukkan keluarga sederhana besar dengan tiga atau empat anak juga sudah mula memikirkan MPV manakah yang sesuai dengan cita rasa peribadi, kemampuan kewangan, pakej promosi dan tinjauan pendapat umum mengenai model MPV itu.

maxus G10 model baru

Dalam konsep ini, biasanya ia terarah kepada kereta MPV. Fungsi MPV biasanya adalah untuk membawa individu yang ramai. Ini tentunya memudahkan seisi keluarga setiap kali pulang ke kampung atau mengembara jauh beramai-ramai. Selain lebih selamat, hubungan sekeluarga juga bertambah erat.

10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang MPV

#1. MPV Datang Dalam Pelbagai Saiz Ada Yang Kompak

MPV selain Maxus G10

Perodua Alza, Nissan Grand Livina, Toyota Wish, Mazda5, Honda Stream dan sebagainya Ada yang sederhana – Mazda Biante, Proton Exora, Toyota Innova dan sebagaianya. Ada yang besar – Toyota Estima, Nissan Serena S-Hybrid, Mazda8, Honda Odyssey dan sebagainya. Ada yang terlebih besar – Toyota Vellfire, Toyota Alphard, Nissan Elgrand, Honda Elysion dan sebagainya. Bawa keluarga anda dan cuba suruh kesemuanya masuk ke dalam MPV plihan anda. Periksa sama ada ruangan but cukup luas. Sekiranya beg perlu dimasukkan ke dalam kawasan kaki penumpang, maknanya ia kecil untuk keluarga anda, atau keluarga anda membawa terlalu banyak barang. Satu tip berguna, SUV tujuh tempat duduk tidak akan boleh menandingi keluasan MPV saiz yang sama.

#2. Kerusi MPV Datang Dalam Pelbagai Mod

pelbagai mod susunan kerus MPV Maxus G10

Kekuatan MPV ialah pada praktikalitinya. Contohnya, kerusi barisan ketiga. Ada yang boleh dilipat masuk rata ke dalam lantai, ada yang hanya dilipat ke tepi dinding.  Ada yang boleh memuatkan lapan penumpang dan ada yang boleh memuatkan tujuh penumpang. Pilih mana yang sesuai dengan kegunaan keluarga anda.

#3. Susunan 2-3-2 Lebih Praktikal Dari 2-2-3

susunan kerusi MPV maxus G10

MPV mempunyai pelbagai susunan kerusi. Contohnya di depan dua (pemandu dan penumpang) dan barisan tengah atau barisan ketiga menempatkan dua atau tiga penumpang. Susunan 2-3-2 lebih praktikal kerana jika anda mahu membawa lima penumpang, kerusi ketiga boleh dilipat untuk bonet yang besar.

#4. MPV Perlu Ada Banyak Ruang Barang

ruang simpanan barang Maxus G10

Jika keluarga anda besar, pastikan ia ada banyak ruang letak barang. Ini lebih praktikal dan barang-barang ahli keluarga anda tidak bersepah. MPV keluaran Eropah selalunya juara dalam kategori ini.

#5. MPV Perlu Ada Lebih Dari Satu Soket 12v Dan Corong Pendingin Hawa

ruangan pengecas dan pendingin hawa mpv Maxus G10

MPV yang baik mempunyai lebih dari satu soket 12V – satu di depan, dan satu di belakang. Ia berguna untuk mengecas telefon, untuk peti sejuk mobil, untuk pam angin dan pelbagai lagi aksesori. Corong pendingin hawa juga perlu lebih dari yang ada untuk barisan hadapan sahaja.

#6. Ada MPV Yang Menjimatkan

Perbezaan ketara antara MPV generasi lama dengan generasi terkini ialah penggunaan minyak dan tahap pencemaran. MPV terkini jauh lebih menjimatkan dan bersih, walaupun saiz badan semakin besar. Teknologi enjin terkini membolehkan penjimatan yang baik.

Maxus G10 MPV yang menjimatkan

Contoh MPV besar yang menjimatkan minyak ialah Nissan Serena S-Hybrid, Mazda Biante, Honda Odyssey, Toyota Estima 2WD dan sebagainya. Jangan percaya bulat-bulat kata pegawai penjual. Tanya rakan-rakan yang menggunakan MPV yang anda berminat. Bandingkan beberapa pendapat dan buat keputusan.

#7. Ada MPV Yang Masih Seronok Dipandu

Maxus G10 seronok dipandu

Secara umumnya, MPV lebih fokus kepada keselesaan penumpang dan kerana ia tinggi, pusat graviti juga terletak tinggi dan menjadikan ia mudah beroleng ketika mengambil selekoh. Tetapi, masih ada MPV yang boleh dipandu sehebat kereta.

#8. Ruang Bonet Praktikal Dan Berinovasi

Ruang bonet bergantung kepada mod barisan kerusi dan lantai MPV. Ada MPV yang luas dan praktikal untuk mengangkat barang, seperti Nissan Serena S-Hybrid. Bumbungnya tinggi, kerusi barisan ketiga boleh dilipat ke tepi dan ruang lantai but mempunyai lubang yang dalam untuk menyimpan beg.

ruang bonet MPV Maxus G10

Ia juga boleh membawa tiga basikal tanpa perlu membuka roda hadapan. Volkswagen Cross Touran pula membolehkan anda mencabut kesemua kerusi di barisan kedua dan ketiga untuk menjadikan ia sebuah van!

#9. Pastikan Ia Lasak Dan Mempunyai Jaringan Servis Yang Baik

MPV Maxus G10 dengan pusat servis seluruh malaysa

MPV digunakan untuk membawa keluarga dan perkara yang paling kita perlu jauhi ialah mengalami kerosakan di tengah perjalanan. Pastikan jenama MPV tersebut memberikan perkhidmatan lepas jualan yang baik, atau setidaknya, insurans anda memberikan khidmat tunda 24 jam dan beroperasi di seluruh negara.

#10. Kos Penyelenggaraan

MPV Maxus G10 kos penyelenggaraan menjimatkan

Tidak semua syarikat kenderaan yang berani berkongsi maklumat kos selenggaraan. Sekiranya diberi, minta ia ditulis atas hitam putih. Secara realiti, ada jenama yang mahal untuk diselenggarakan, dan ada yang lebih mampu. Tepuk dada tanya selera, jangan sampai tertinggal servis berkala kerana mahu bergaya.

Maxus G10 MPV Mewah, Besar Dan Selesa

Maxus adalah salah satu jenama bawah SAIC, salah satu konglomerat automotif terbesar di China.

MPV Maxus G10 MPV China yang berbaloi

Mereka telah mengambil alih LDV tidak lama dahulu dan telah memberi keutamaan kepada kenderaan perdagangan. Tetapi dengan G10, Maxus yakin mereka mempunyai apa yang diperlukan untuk menawarkan pasaran kereta penumpang pakej yang benar-benar berdaya saing.

Maxus G10 Jentera Pengangkutan Seisi Keluarga

Jika anda sedang mencari MPV mewah tetapi dijual pada harga mampu milik, Weststar Maxus G10 mungkin adalah pilihan terbaik. Memahami keperluan keperluan itu, Weststar Maxus Sdn Bhd memperkenalkan model MPV mewahnya G10 ke pasaran tempatan.

MPV Maxus G10 warna putih

Digelar ‘jentera pengangkutan’ seisi keluarga yang praktikal serta serba boleh, G10, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) warisan British, edaran Weststar Maxus dilihat memenuhi cita rasa terkini terutama daripada segi harga.

Dilengkapi Dengan Enjin Petrol 2.0 Liter Turbo

Maxus G10 adalah manifestasi terbaru yang mempamerkan kesungguhan dan perhatian kepada penelitian yang berbeza dengan tanggapan yang selalu mengiringi mana-mana kenderaan keluaran China. Maxus G10 tidak hanya dilengkapi oleh komponen dan bahagian daripada jenama penyedia (supplier) automotif global yang terbukti berkualiti seperti ZF, Bosch, Sachs, Continental dan sebagainya, ia juga mengunjur untuk menjadi sebuah jentera pengangkut penumpang yang menerapkan ciri premium untuk memberikan lebih keselesaan.

turbo 2.0 MPV Maxus G10

Ia dilengkapi dengan enjin petrol 2.0 liter turbo suntikan terus yang mampu menjana sehingga 225hp kuasa maksimum dan 345Nm tork. Walaupun dengan saiz fizikal yang besar, angka-angka ini memberikan cukup kuasa dan tenaga untuk MPV ini memberikan prestasi yang boleh dibanggakan. Enjinnya dipadankan dengan sistem transmisi ZF automatik 6-kelajuan. Memandunya juga sangat mudah. Input stereng dan pedal minyak misalnya berada pada tahap optimum untuk menyenangkan pemandu. Radius pusingan juga boleh dikatakan baik, terutama untuk membelok MPV besar ini ketika di pusingan U dan sebagainya; tiada masalah atau kesusahan ketara yang dirasakan ketika memandunya.

keselesaan tempat duduk MPV Maxus G10

Walaupun perlu membiasakan diri dan lebih berhati-hati ketika menelusuri jalan di tengah bandar disebabkan saiznya yang besar, pengalaman memandu di lebuh raya dan perjalanan jarak jauh lebih memberikan kesempatan yang lebih menarik untuk melihat penawaran sebenar MPV ini. Ia meluncur dengan laju dan lancar. Stereng tidak terlalu berat, serta keselesaan baik kepada pemandu mahupun penumpang yang maksimum. Kabinnya yang luas, bumbung tinggi serta kerusi kulit yang tersedia menjadi kombinasi yang anda inginkan jika merancang untuk berada di atas jalan dalam satu tempoh yang lama ke destinasi tujuan.

G10 Mempunyai Ruangan Dalaman Bercirikan Mewah

Selain itu, ia turut ditampilkan dengan tempat duduk balutan kulit, pengesan parkir, lampu kabus hadapan/belakang, kamera undur dan kit keselamatan termasuk dua beg udara, ABD dengan EBD. Ruangan dalaman memiliki ciri mewah.

MPV Maxus G10 sesuai untuk pengangkutan

Antara ciri-ciri dalaman adalah penghawa dingin zon berkembar suhu automatik, sistem kemasukan tanpa kunci, butang penghidup, bumbung panoramik, tempat duduk kulit, kamera undur dan ruangan hiburan LCD bersaiz 7-inci.

G10 SE MPV Dengan Kapasiti Sehingga 10 Penumpang

Dari aspek penampilan, G10 SE memakai kit badan penuh lengkap dengan spoiler belakang dan rim aluminium 18 inci. Ia didatangkan dengan lampu HID automatik dengan ciri adaptive, lampu nyalaan siang LED, lampu belakang LED, pintu automatik pada kedua-dua belah sisi, ‘sunroof’ elektrik di bahagian depan dan bumbung kaca panorama berkembar di bahagian belakang.

MPV Maxus G10 sesuai untuk 10 penumpang

Kelengkapan di bahagian kabin pula merangkumi ciri-ciri seperti butang penghidup enjin, stereng pelbagai fungsi, cermin pandang belakang anti-silau, pemandangan sekeliling 360 darjah, Cruise Control, sensor parkir hadapan dan belakang, serta sistem pendingin hawa dwi zon. Ia mempunyai kemasan kulit dwi tona.

MPV Maxus G10 aircond di kabin belakang

Bagi sistem hiburan, G10 SE dilengkapi dengan paparan sentuh 15 inci pada bahagian papan pemukaan, skrin LED 10.1 inci di bahagian siling, enam pembesar suara, serta sistem sambungan telefon pintar Car-Link HDMI.

G10 SE dikuasakan oleh enjin turbo 2.0-liter empat silinder GDI yang menghasilkan 225 hp dan 345 Nm tork. Dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan jenama ZF, MPV ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 10.2 saat, dengan kelajuan maksimum 190 km/j. Penggunaan bahan api dikatakan berada pada tahap 10.3 liter bagi setiap 100 km.

MPV Maxus G10 rekaan terbaik MPV

Aspek keselamatan pula merangkumi sistem kestabilan elektronik Bosch ESP9.1 , ABS dengan EBD, serta beg udara pemandu dan penumpang hadapan. G10 SE mempunyai kerangka yang menggunakan teknologi kimpalan berganda yang memberikan 50% lebih ketegaran.

MPV Maxus G10 surrounding monitoring

Maxus G10 SE boleh didapati dengan tiga pilihan warna iaitu Obsidian Black, Blanc White dan Aurora Silver. Maxus G10 SE dilengkapi dengan sistem audio interaksi Car-Link dengan skrin 15-inci, bumbung kaca panoramik berkembar, dua pintu gelongsor sisi automatik dengan fungsi anti-kepit dan balutan kulit untuk kabin.

3 Jenis Spec Maxus G10 Ditawarkan Untuk Anda

Maxus G10 mempunyai 3 spec. Jom kita tengok satu persatu.

1. Maxus G10 Base CBU

spec MPV Maxus G10
  • 2.0 turbo engine with 225 h/power
  • Datang dengan 10 Seater
  • 18′ sport rims
  • Sunroof
  • Daylight
  • White Leather Seat
  • 3 pin plug

Harga: RM142,888 (Include GST & insurans)

2. Maxus G10 SE CBU

Maxus G10 MPV pilihan keluarga
  • 2.0 turbo engine with 225 h/power
  • 10 Seater
  • Skirting
  • Spoiler
  • 18′ sport rims
  • Dual auto power door
  • Camera 360
  • Sunroof
  • Moonroof
  • Daylight
  • Dark Leather Seat
  • DVD Monitor
  • 3 pin plug

Harga: RM162,888 (include GST & insurance)

#3. Maxus G10 Executive

Maxus G10 MPV biru
  • 2.0 turbo engine with 225 h/power
  • 7 Seater
  • Pilot seat
  • Sunroof
  • Moonroof
  • Skirting
  • Spoiler
  • 3 pin plug
  • White Leather Seat
  • Dual auto power door
  • Power boot
  • DVD monitor
  • Camera 360
  • Day light

Harga: RM185,888 (include GST & insurance)

Testimoni

testimoni pengguna Maxus G10 MPV antara pengguna Maxus G10 MPV

Jom Dapatkan Maxus G10 Sekarang!

Bagi anda yang berada di sekitar Johor Bharu dan ingin mendapatkan MPV mewah yang mempunyai banyak kelebihan ini, anda bolehlah menghubungi Cik Intan seperti yang tertera di bawah ini.

Maxus G10 MPV johor

CIK INTAN | MAXUS G10 JOHOR BAHRU Hubungi: Tekan untuk telefon (019-7114988) | Tekan untuk WhatsApp (019-7415410) Facebook: Maxus G10 Johor Bahru