Review
May 2, 2018, 10:17am

Review SSD Shared Hosting Dari Exabytes Malaysia


  •  
  •  
  •  
  •  

Setelah hampir 8 tahun saya membangunkan blog profhariz.com, akhirnya pada tahun ini saya terpaksa menukar kepada server baru. Itupun setelah mempertimbangkan pelbagai aspek teknikal yang diperlukan untuk kepuasan pelawat dan juga bagi pihak administrator juga. Jadi saya akan review prestasi hosting sebelum dan juga selepas menukar hosting ini.

review SSD Shared Hosting

cPanel Shared Hosting (HDD) – Hosting Terdahulu Daripada Serverfreak

Pertamanya, artikel ini ditulis di sini bukan untuk memburukkan hosting Serverfreak yang telah banyak berjasa kepada profhariz.com. Ianya adalah satu review yang membuatkan saya menukar kepada hosting baharu yang lebih dinamik dan mampu mengendalikan operasi blog profhariz.com seperti biasa.

Sebelum ini, saya menggunakan pakej cPanel Web Hosting (Shared Hosting) pakej Professional. (Rujuk gambar di bawah)

review shared hosting terbaik di malaysia

Dalam pakej ini, server berkapasiti 50GB ini menawarkan standard hosting (menggunakan HDD) dengan ruang memori 2.5GB telah berkhidmat dengan profhariz.com untuk sekian lamanya.. Website saya mengendalikan purata 20 ke 30 gambar setiap artikel dan sudah pastinya memerlukan kuasa kerja yang lebih pantas sama ada untuk kerja muat naik artikel dan gambar, selain memberikan pelayaran dan navigasi pantas kepada pelawat.

Masalah Yang Dihadapi Dengan Server Shared Hosting HDD

masalah shared hosting malaysia

Antara masalah yang dihadapi apabila blog sudah mula mempunyai database yang besar (sehingga ke saat ini, blog profhariz mempunyai lebih 1400 artikel dan terus bertambah) dengan sejumlah plugin wordpress (anggaran 20 plugin) adalah seperti berikut:

1. Masalah Server Error

masalah website downtime

Ada masanya website tidak dapat diakses secara tiba – tiba atau dalam istilah lain mengalami downtime. Tempoh downtime ini antara 10 minit ke 20 minit yang pastinya merugikan bagi saya kerana pelawat saya adalah amat berharga. Ianya juga akan menjatuhkan ranking blog saya jika keadaan ini berterusan. Ianya berita buruk bagi saya kerana kerja – kerja di bahagian admin panel juga terganggu, selain pelayaran oleh pelawat juga tidak berlaku pada saat itu.

2. Kelajuan Juga Semakin Berkurang

error 404 review shared hosting terbaik malaysia

Ya, dengan pertambahan artikel baru setiap hari, saya merasakan website menjadi semakin perlahan untuk loading. Ada kalanya gambar artikel tidak keluar, dan kadang kala artikel langsung tidak loading dan website menghalakan kepada Error 404. Jika saya lihat statistik Page 404 sudah pastinya berlaku berulang kali disebabkan masalah teknikal ini.

3. Kepantasan Proses Dalam WordPress Admin Panel

WordPress memang terkenal dengan platform yang mudah digunakan untuk menghasilkan kiriman artikel baru mahupun untuk disunting semula. Jadi berbalik kepada keadaan artikel yang saya gunakan, sudah tentunya akan berlaku proses muat naik gambar ke WP Media Library, kemudian barulah dimasukkan ke dalam perenggan artikel yang dikehendaki.

website slow hosting tak mampu tampung

Terdapat dua keadaan di mana proses ini menjadi lambat. Pertamanya, semasa proses muatnaik gambar ke dalam WP Media sendiri, yang perlahan dan mengambil beberapa ketika untuk terpapar dalam WP Media walaupun gambar tersebut sudah dikecilkan saiz gambarnya.

  upload gambar dalam wordpress

Manakala isu kedua adalah semasa proses memasukkan gambar ke dalam perenggan artikel juga, ia menjadi sangat perlahan. Dalam kes saya, ianya lebih berganda perlahan daripada proses muatnaik gambar ke dalam WP Media itu sendiri. Jadi akibatnya proses kerja yang sebelum ini boleh disiapkan dengan cepat menjadi semakin lambat dan produktiviti yang semakin berkurang.

Disebabkan 3 faktor di atas inilah yang menyebabkan saya mencari hosting yang lebih baik dan senang digunakan.

shared hosting vs vps hosting review malaysia

Dalam pertimbangan saya, untuk menggunakan VPS (Virtual Private Server) adalah paling laju namun dari segi Learning Curve ataupun proses nak mengenal antaramuka ataupun OS Server tersebut, maka saya tidak memilih jenis VPS ini.

Jadi saya memilih pertimbangan yang kedua, iaitu masih lagi menggunakan Shared Hosting tetapi server yang menggunakan SSD sebagai storan servernya.

Apa Beza HDD Dan SSD?

perbezaan hdd dan ssd

Selain namanya yang berbeza, sudah tentulah dari segi binaan elektronik bagi HDD dan SSD amat berbeza.

HDD masih menggunakan sistem Disk Magnetik yang menyimpan data – data dan fail. Ianya berisiko untuk tercalar dan menyebabkan data tidak dapat diakses kerana masalah tersebut. Selain itu, kelajuan maksimum juga terhad kepada kelajuan motor yang memutarkan disk magnetik di dalam HDD tersebut.

ssd hosting terbaik

SSD akronim kepada Solid State Drive , adalah pemacu yang menggunakan data logik daripada konsep Transistor (yang terdiri daripada PNP dan NPN) sebagai storan. Di sinilah yang membezakan SSD lebih pantas kerana ianya tidak memerlukan tenaga kuasa elektrik untuk sebarang proses putaran (cycle) dalam SSD. Ianya lebih kepada pemetaan ruangan simpanan dalam cip digital sahaja.

SSD Shared Hosting Exabytes Pilihan Saya

exabytes ssd hosting terbaik

Saya memilih pakej Ebiz Gold PRO yang menawarkan kapasiti 500GB Disk Space dan Memory sebanyak RAM 3GB. Berbanding hosting HDD yang saya ambil sebelum ini iaitu Memory 2.5GB RAM. Walaupun perbezaan hanya 0.5GB berbanding Hosting sebelum ini, saya sudah dapat mengatasi masalah yang telah saya sebutkan. Ianya melibatkan kelajuan dan sekali lagi kelajuan.

Jom Kita lihat ciri – ciri penting dalam pemilihan sesuatu Shared Hosting.

1. Storan Data

ssd hosting pilihan untuk orang malaysia

Storan SSD yang disediakan akan menentukan berapa banyak kandungan dalam website yang boleh kita letakkan. Jika ada hosting yang menawarkan anda storan hanya 5GB sahaja, dan anda tidak menghasilkan artikel yang kerap dan hanya one-off setup website sahaja, ianya sudah mencukupi. Namun untuk blog profhariz.com yang sentiasa menghasilkan lingkungan 100 artikel setiap bulan sudah pastinya tidak mencukupi.

Jadi dengan storan sebanyak 500GB buat masa ini adalah memadai bagi profhariz.com.

2. Memori (RAM)

Untuk Memori ataupun RAM yang menggunakan cPanel Linux hosting, kita sedia maklum tentang kepakaran Linux dalam sistem pengoperasian yang lebih ringkas dan ringan. Jadi, dengan cPanel dalam server dan menjalankan proses untuk WordPress ini tidaklah terlalu berat. Jadi pakej ini sesuai dengan hasrat saya untuk upgrade daripada spesifikasi lama iaitu 2.5 GB.

ram shared hosting untuk wordpress

Namun ramai yang tidak tahu bahawa RAM juga mempunyai kelajuan tersendiri. Ada RAM berkelajuan 1667MHz dengan RAM berkelajuan 2333MHz sudah pastinya akan menghasilkan kesan yang berbeza. Jika kelajuan ini diambil kira, sudah pastinya kita pasti mengetahui yang manakah hosting pantas berbanding hosting lain.

3. Data Transfer

Berkenaan data transfer, kebanyakan hosting menawarkan Unlimited Data Transfer terutamanya untuk hosting berharga RM200 ke atas. Data transfer adalah jumlah data (atau bandwidth) yang dibenarkan diakses keluar dan masuk daripada server. Jika anda pernah menggunakan website yang tiba – tiba keluar Bandwidth Limit Exceeded tu, antaranya disebabkan oleh data transfer yang telah habis bandwidthnya.

tips pemilihan shared hosting berkualiti malaysia

Jadi macam guna data internet yang ada quota, Lebih je quota terus tak boleh guna internet kan? Ha, begitulah analogi mudahnya.

4. Add On Domain

Ini antara perdebatan di kalangan web developer juga. Ada yang suka dengan Add On Domain ni, ada juga yang tidak.

Addon-Domain shared hosting terbaik

Bagi saya, selagi kita boleh tumpang di hosting yang sama dan tidak menjejaskan prestasi website utama, tiada masalah untuk meletakkan domain lain di hosting yang sama. Kadang – kadang kita juga nak lihat sejauh mana prestasi website dengan theme yang digunakan itu berfungsi. Jika di masa hadapan perlukan hosting yang lebih besar dan laju, boleh migrasikan sahaja untuk domain tersebut.

5. Free SSL

Free SSL pun penting juga. Sebabnya, kita dah tak perlu subscribe atau beli SSL Licence untuk website / blog kita. SSL ni salah satu poin penting bagi SEO dan memudahkan website kita diindex oleh google atau enjin carian lain. Jadi kenapa beli SSL jika boleh dapat FREE kan?

review shared hosting dengan free ssl

Lagipun blog profhariz tidak menghantar data terlalu sensitif seperti maklumat kad kredit untuk pembayaran. Basil SSL sudah memadai lah kan.

6. Website Security oleh Patchman Website Security

website diserang malware

Dengan adanya Patchman Website Security akan mengurangkan risiko serangan malware dalam hosting. Seterusnya ianya dapat mengelakkan website menghadapi gangguan dan juga mungkin dihack serperti deface oleh hacker. Exabytes menawarkan fungsi ini untuk pakej SSD Share Hosting Ebiz ini.

7. Free Daily Backup

shared hosting terbaik dan berbaloi malaysia

Daily Backup sangat penting kerana kita tidak tahu apa akan jadi esok ataupun selepas ini. Server hosting ini mungkin juga tiba – tiba menghadapi masalah yang kronik dan tidak dapat diselamatkan. Jadi dengan adanya Daily Backup ini, ianya adalah nyawa kedua sekiranya perkara ini terjadi.

Performance Semasa Selepas Penggunaan SSD Shared Hosting Ebiz Pro Dari Exabytes

Untuk menerangkan secara terperinci pengalaman selepas bertukar kepada SSD Shared Hosting dari pakej Ebiz Pro Exabytes ini saya tidaklah merekodkan sepenuhnya selepas penghijrahan atau hosting migration ini. Tapi saya buat website speed test menggunakan website gtmetrix.com. Ada banyak parameter yang dinilai tapi saya akan fokuskan kepada speed sahaja dulu ya. Untuk parameter lain saya akan cuba improve dari masa ke masa.

Berikut adalah hasil semakan menerusi gtmetrix.com

cara ketahui kelajuan website

Jika kita tengok dalam gambar ini, fully loaded time untuk page utama adalah 2.4 saat sahaja. Sangat laju kan? Sebelum ini dalam lingkungan 5.7 saat semasa menggunakan HDD Shared hosting. Jadi saya berpuas hati kerana kepantasan dah meningkat 2 kali ganda. Untuk Grading B Page Speed Score dan Yslow Score, saya akan pertimbangkan untuk optimasikan lagi website supaya boleh mencecah gred A di masa hadapan.

Selain itu, jumlah trafik juga lebih meningkat kerana masalah Error 404 sudah dapat diatasi. Berikut adalah analitik daripada google untuk 60 hari yang terkini (sehingga 1 Mei 2018)

jumlah trafik pelawat blog profhariz.com

Bulan 3 semasa hosting masih bermasalah, ianya drop sehingga 3,300 pelawat sahaja sehari. Kini selepas dioptimasikan pada 3 minggu terakhir ini, jumlah pelawat adalah 4,000 – 5000 trafik sehari. Alhamdulillah memberangsangkan.

Nak Dapatkan SSD Shared Hosting Dari Exabytes Malaysia?

Kesimpulannya, SSD Shared Hosting daripada Exabytes ini adalah berbaloi untuk kategori blog kecil sederhana ini. Saya harap perkongsian ini dapat membantu anda membuat keputusan untuk mencari hosting SSD atau terus menggunakan hosting HDD. Jika anda ingin memiliki shared hosting SSD ini, boleh terus ke pautan di bawah:

Klik sini untuk SSD Shared Hosting–> SSD Shared Hosting Exabytes

Untuk yang baru nak bermula membuat blog atau website , boleh pilih HDD Shared Hosting dari Exabytes menerusi pautan di berikut:

Klik sini untuk HDD Shared Hosting (Untuk Beginner)–> HDD Shared Hosting Exabytes