Review
Mar 15, 2014, 4:24pm

Review Buku Denaihati Blog


  •  
  •  
  •  
  •  

Saya amat tertarik dengan strategi pemasaran oleh Team Denaihati Networks. Dari tahun ke tahun ada sahaja kejutan dan pembaharuan. Pada Majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 Denaihati Networks menyediakan Goodies Bag kepada semua peserta. Yang buat saya tertarik dalam Goodies Bag itu adalah Buku Denaihati Blog.

Buku Denaihati Blog

Tajuk Buku : Denaihati Blog Pengarang : Team Denaihati Penerbit : Team Denaihati Tebal : 210 Halaman Harga : RM39.00

Buku Denaihati Blog menceritakan kisah perjalanan Seorang Blogger dari Segamat, Johor yang mempunyai minat menulis sejak di bangku sekolah dan tidak pernah menyangka akan menjadi penulis blog peribadi nombor satu (1) Malaysia. Penulis mempunyai hobi yang kebanyakkan orang ada iaitu minat menulis dan mengembara ke negara orang bagi melihat kesusahan dan untuk mensyukuri nikmat yang ada. Istimewanya penulis ini mempunyai hobi dan pandai terjemahkan hobi beliau daripada pengalaman kepada penulisan iaitu di dalam blog Denaihati.com dan Denai.my. Ini adalah keistimewaan yang ada pada penulis.

Penulis mempunyai pengalaman lebih lima (5) tahun dalam mengendalikan blog dan dengan jangka masa yang panjang itu penulisan dinobatkan sebagai 10 blog Malaysia Mengikut Alexa Ranking dengan jumlah trafik yang meningkat setiap bulan. Penulis Blog Denaihati juga mendapat lebih daripada tiga (tiga) anugerah iaitu Best Blog of The Year 2014, Most Creative Blog 2013 dan Best Personal blog 2013.

Di dalam Buku Denaihati Blog mempunyai enam(6) bab yang memberi inspirasi dan motivasi hidup bagaimana untuk menjadi seorang Blogger, Anak, Rakyat, Bangsa dan Hamba Allah yang berjaya. InshaAllah.

Sekilas Pandang Bab Buku Denaihati Blog

Buku Denaihati Blog

Buku Denaihati Blog

Buku Denaihati Blog

Buku Denaihati Blog

Buku Denaihati Blog

Buku Denaihati Blog

Buku Denaihati Blog

Buku Denaihati Blog

Buku Denaihati Blog

Buku Denaihati Blog

Buku Denaihati Blog

Buku Denaihati Blog

Pandangan Mengenai Buku Denaihati Blog

Jika ditanya pada saya antara topik yang saya minat dan suka sudah tentu saya akan pilih Bab Blogging kerana di dalam buku ini penulis menyusun tajuk-tajuk artikel dari blog denaihati yang sangat baik bagi sesiapa yang tidak kenal siapa itu Blog Denaihati.

Saya juga ada kongsikan buku ini kepada saudara saya iaitu bukan blogger dan dia juga boleh dikatakan agak jahil dalam dunia internet ini dan bersetuju dengan pandangan saya mengenai buku denaihati blog ini iaitu menyusun dan meletak topik dan bab yang baik kepada orang baru diluar sana untuk mengenai blog denaihati.com(bukan pengikut tegar blog denaihati). Saudara juga menyambung dengan berkata Saya percaya bagi sesiapa yang tidak pernah kenal denaihati.com apabila membaca buku ini pasti tertarik dan terus mencapai laptop dan smartphone untuk membuka dan melayari website denaihati.com.

Pada hemat saya, buku denaihati blog amat di syorkan kepada sesiapa yang mahu menjadi blogger sebagai kerjaya kerana buku ini sedikit sebanyak memberi inspirasi dan motivasi bagaimana untuk anda yang mempunyai hobi hebat dan suka menulis. Selain itu juga, untuk sesiapa yang mahu menjadi usahawan dan kaki kembara juga amat disyorkan. Mana tahu anda juga mampu untuk menjadi seorang blogger yang hebat dan berjaya pada suatu hari nanti dari pembacaan Buku Denaihati Blog ini?.

Jom dapatkan Buku Denaihati Blog di kedai.denaihati.my