Pulau Pinang sememangnya dikenali sebagai syurga makanan bahkan ia turut diakui oleh orang Malaysia sendiri. Makanan di sini lebih kepada masakan ala-ala rempah. Keunikan pasembor, kari kapitan, char kuew tiaw, asam laksa, nasi kandar, dan pelbagai hidangan pembangkit selera yang lain cukup meletakkan Pulau Pinang di mata dunia.
Di sini antara senarai makanan yang wajib anda cuba ketika berada di Pulau Pinang, antaranya adalah;
Terdapat dua jenis laksa. Satu, masam dan menyengat dan lagi satu di masak dengan susu kelapa. Jangan tanya macam mana cara buatan laksa tersebut kerana hanya orang yang menjualnya tahu rahsia resepi turun temurun itu . Sangat berbeza rasanya dari rasa laksa yang sudah biasa kita dapat di pasar malam.
Nasi yang di hidangkan dengan pelbagai jenis kari dan bermacam jenis lauk dengan ikan, ayam, sotong, udang dan daging. Sangat sesuai bagi sesiapa yang sangat sukakan makanan yang berempah dan pedas. Keenakan nasi yang telah dicampur gaul dengan kuah kari dan segala macam kuah berempah sangat menyengat . Rasa yang pasti tidak dapat anda lupakan . Nasi kandar juga mudah didapati di seluruh Pulau Pinang kerana ia merupakan makanan utama .
Ini adalah versi baru rojak yang di mana pasembur ini dicampur dengan hidangan goreng dan sayuran. Kuahnya pula adalah berasaskan kacang dan sos manis yang akan membuatkan anda tak senang duduk kalau tak makan. Pasembur juga merupakan salah satu makanan yang dicari di Penang . Selalunya di makan pada waktu petang atau malam . Biasanya pasembur terbaik adalah yang dijual di gerai kecil di tepi jalan . Rasanya lebih asli berbanding restoran besar .
Ini adalah mee goreng yang leper tapi sering di terjemahkan dengan rasa yang sangat sedap dan tiada tolak tandingan nya. Memang sedap. Makanan ini dianggap sebagai menu simple . Mudah dan cepat . Keenakan kuah kicap campuran ini juga sangat menyelerakan . Juga kebiasaannya di makan pada malam hari . Hanya berharga lebih kurang RM4 untuk yang biasa . Juga terdapat tambahan Udang atau kerang .
Mee Hokkien versi Pulau Pinang adalah sejenis makanan yang direka oleh ramai individu termasuk lah mereka yang bukan datang daripada negeri ini. Mee kuning yang di masak dengan sup udang sudah tentu akan menjadi kesukaan anda . Mee yang pastinya di hidang panas . Walaupun menu ini lebih cenderung kepada warga cina , tetapi terdapat juga versi melayu (halal) . Anda hanya perlu rajin mencari sahaja .
Sekiranya sudah bosan dengan hidangan nasi kandar dan ingin berubah selera kepada makanan barat, kepada peminat makanan barat bolehlah mencuba hidangan menu di Happy Waffle yang terletak di Bertam Perdana 3, Kepala Batas, Pulau Pinang. Ianya produk western dan fushion 100% muslim dan halal. Murah sedap dan berbaloi.
Antara hidangan menarik yang popular di sini adalah waffle yang sememangnya lazat sehingga menjilat jari. Tidak dinafikan, Chicken grill mereka juga turut mendapat sambutan dari para pelanggan. Ramai cakap sedap dan puas hati dengan makanan yang di hidangkan. Harganya berpatutan janji sedap dan best.
Bila lihat gambar-gambar menu yang disediakan, menu makanan barat yang disediakan mungkin agak berbeza sedikit dari restoran lain yang pernah dikunjungi.
Dekorasi mula dari luar sehingga bahagian dalam kafe memang simple dan sempoi. Kafe mereka juga sesuai, selesa dan tidak bising untuk small gathering, makan-makan bersama keluarga dan sambutan hari lahir.
Walaupun baru setahun jagung dalam bidang ini, Happy Waffle boleh dikatakan naik dengan cepat serta popular dalam kalangan penggemar makanan barat. Beroperasi di hadapan padang bola sepak MARDI serta bersebelahan SMK Dato Kailan, Paya Keladi, lokasi tersebut sangat strategik kerana golongan pelajar yang sentiasa lapar semestinya memerlukan tempat makan murah dan sedap yang mampu dikunjungi setiap hari.
Menu Western:
Chicken Grill
Chicken Chop
Spaghetti Bolognaise/Meatball
Menu fushion:
Nasi Goreng Chicken Chop
Waffle:
Premium Waffle
Savoury Waffle
Special Drinks:
Teh Tarik Float Tidur Tak Lena
Semestinya Happy Waffle restoren yang anda tidak patut lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai masakan western dan fusion. Harga yang sangat murah dan berbaloi dengan kualiti makanan yang tip top. Apa lagi, start kereta dan singgah lah di Restoren Happy Waffle. Kemudian kongsikan apa pengalaman anda di komen di bawah ye!
HAPPY WAFFLE | RESTORAN WESTERN TERBAIK DI KEPALA BATAS, PULAU PINANG
Hubungi: Tekan untuk telefon (04-5264006)
Hotline: Tekan untuk telefon (011-10784449) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: Happy Waffle
Instagram: @happywaffle723
Alamat:
Kafe Happy Waffle
7, Lorong Panglima 2, Bertam Perdana 3 Kepala Batas, Pulau Pinang
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang