Review
Dec 17, 2017, 4:40pm

Restoran Steak Sedap di Kuala Lumpur, Fiske Steakhouse AU2 Keramat


Sepertimana yang kita tahu, Malaysia ni memang kaya dengan pelbagai jenis makanan.. Tak hairanlah makin banyak restoran-restoran mahupun gerai-gerai yang dibuka untuk memenuhi selera rakyat Malaysia.. Bukan setakat restoran dan gerai sahaja, kini dah mula menular restoran bergerak iaitu truck food.. Wahh nampaknya makin banyaklah pilihan makanan yang boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia kan..

restoren-menarik-di-malaysia

Sekarang ni pun makin banyak kedai makan yang menyediakan makanan yang sedap-sedap.. Pergilah ceruk mana pun pasti ada saja kedai yang viral dengan menu yang best.. Lagi bertambah menarik bila kedai makan tu siap bertema bagai.. Ada yang bertemakan hutan belantara, hispter, makmal dan sebagainya.. Paling hot adalah tema hipster.. Banyak kedai makan yang menggunakan tema hipster ni.. Mungkin kelihatan ‘cool’ kot.. Haha.. Tak kiralah tema apa pun, yang penting makanan yang disajikan haruslah sedap!! Tak gitu?

Oklah, berceloteh panjang-panjang lebar pun tak guna jugakkan.. Cerita foodhunting kali ni saya nak kongsikan dengan anda semua sebuah restoran yang terletak di AU2 Keramat sememangnya cukup terkenal dengan menu westernnya yang sedap.. Ramai tau yang dah cuba nak memuji keenakannya.. Nak tahu tak apa nama restorannya? Ok, nama restoran tersebut adalah Fiske Steakhouse.. Restoran steak yang paling sedap di Kuala Lumpur…

Fiske Steakhouse AU2 Keramat, Steak Sedap di Kuala Lumpur

restoren-steak-sedap-kuala-lumpur

Fiske Steakhouse ini terletak di Medan Selera AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur yang menyediakan makanan ala-ala barat atau western.. Restoran ini terletak bertentangan dengan Pernec di Taman Keramat dan berhampiran AEON AU2.. Bagi yang tak berapa familiar dengan tempat ini, disarankan untuk menggunakan waze atau google maps bagi memudahkan pencarian restoran ini.. Restoran ini dibuka setiap hari (kecuali isnin) bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah malam…

Dekorasi restoran ini juga menarik tau.. Dipenuhi dengan hiasa bunga seperti sebuah garden gitu… Boleh tak kalau saya sifatkan sebagai suasana romantik? Haha.. Oklah di bawah ini saya letakkan alamat lengkap restoran ini dan waktu ia beroperasi.

ALAMAT
Fiske Steakhouse
No. K4, Medan Selera AU2 (Jalan AU 2C),
Taman Desa Keramat,
54200 Kuala Lumpur

WAKTU OPERASI
Setiap Hari: 9.00am – 12.00am (Tutup Setiap Hari Isnin)

Menu Yang Ada Di Fiske Steakhouse

Pastinya anda tak sabar-sabar nak tahu menu apa yang ada di Fiske Steakhouse ni kan.. Kalau anda nak tahu, menu yang menjadi tarikan kepada restoran ini sudah tentulah western food dan juga asam pedas melaka.. Memang meletop uolls!! Ok, jom kita lihat menu-menu yang disediakan oleh Fiske Steakhouse.. Sebelum tu, jom tonton video ini dulu…

senarai-menu-fiske-steakhouse-restoren

Ini adalah senarai menu western Fiske Steakhouse yang menjadi pilihan ramai pengunjung restoran ini.. Mix Grill yang dihidangkan dengan Mashed Potato, Coleslow, Fresh Vege. Baked Bean, Baked Potato, Sliced Lamb, Beef dan Chicken.. Sekiranya anda memilih menu Special Beef Steak (Grilled) yang berharga RM16.00, ianya akan dihidangkan sekali dengan Coleslow, Fresh Vege, Baked Potato dan Mashed Potato.. Sangat berbaloi-baloi dan harga pun berpatutan..

senarai-menu-fiske-steakhouse- (1)

senarai-menu-fiske-steakhouse- (3)

Bagi penggemar-penggemar western food variasi ikan dan ayam bolehlah mencuba beberapa menu yang ada ini.. Disediakan dalam pelbagai jenis sos.. Anda boleh memilih sos yang anda suka seperti sos black pepper, mushroom dan BBQ.. Kalau nak pelbagaikan sos pun boleh cuma perlu menambah RM2.00 bagi setiap sos yang diminta..

senarai-menu-fiske-restoren-fish-chicken (1)

senarai-menu-fiske-restoren-fish-chicken (2)

senarai-menu-fiske-restoren-fish-chicken (3)

senarai-menu-fiske-restoren-fish-chicken (4)

Yeahh ini adalah menu kedua yang popular di Fiske Steakhouse iaitu Set Asam Pedas Melaka.. Siapa yang suka makan asam pedas? Kalau anda fanatik kepada masakan asam pedas, silalah berkunjung ke Fiske Steakhouse ni kerana asam pedasnya menjanjikan kepuasan kepada pelanggannya..

Terdapat 4 jenis Set Asam Pedas Melaka di Fiske Steakhouse ini iaitu Set Asam Pedas Ayam Kampung, Udang, Daging Cincang dan Ikan.. Untuk Set Asam Pedas Ikan, anda boleh memilih jenis ikan seperti Pari, Parang dan Kembong.. Pilihan saya? Kalau saya pastinya memilih Set Asam Pedas Ikan Pari.. Hehe.. Oh ye, dessert pun ada disediakan dengan pelbagai variasi..

set-asam-pedas-fiske-steakhouse

fusion-menu-fiske-steakhouse

Untuk menu yang lain pula, terdapat Fusion Menu antaranya Nasi Arab, Meatball (Beef), Cheesy Jumbo Sausage, Chicken Nugget dan Breaded Chic Burger Cheesy.. Bagi menu spaghetti pula terdapat 3 jenis spaghetti yang anda boleh pilih.. Kalau anda peminat spaghetti, bolehlah mencubanya.. Bagi saya, meatball menjadi pilihan hati.. Hiks..

meatball-steakhouse-fiske

Feberet saya… Beef Meatball!!

spageti-fiske-steakhouse burger-fiske-steakhouse

sneak-fiske-steakhouse

Ok, untuk menu tambahan pula anda boleh memilih soup, snacks ataupun satay.. Biasanya kalau makan yang berat nak jugak ada makanan ringan kan sebagai tambahan.. Kalau anda penggemar soup, bolehlah memilih soup yang anda suka.. Mushroom soup ofkos menjadi pilihan terbaik buat pengunjung restoran ini termasuklah saya sendiri.. Hehe.. Menu satay juga menjadi salah satu menu tumpuan bagi pelanggan Fiske Steakhouse kerana sataynya sedap dan lembut disamping kuahnya yang mantap superb sedap!! Meh saya belanja gambar Satay Fiske buat tatapan anda..

sate-fiske-steakhouse

Tengok gambar pun dah terasa lapar nak makan Satay Fiske.. Ada 2 jenis satay iaitu ayam dan daging.. Nasi Impit sebagai tambahan..

sate-fiske-2

Haaa jangan tak tahu ye, Fiske Steakhouse juga menyediakan tempahan satay untuk majlis kenduri kendara, pertunangan, perkahwinan dan sebagainya.. Sekiranya anda ingin mengadakan sebarang majlis dan ingin menyediakan menu satay, bolehlah terus hubungi Fiske Steakhouse untuk buat tempahan..

pakej-tempahan-kambing-golek-fiske

Bukan setakat satay sahaja yang anda boleh tempah untuk majlis anda, tetapi anda juga boleh menempah Kambing Golek Aqiqah dan Kambing Golek Hotzz pada harga yang berpatutan.. Nama menu pun dah menyelerakan ye dak? Belum makan lagi tu.. Ianya disediakan dalam pakej didatangkan sekali dengan Coselow, Salad, Sos Blackpepper dan ofkoslah Live Grill…

menu-minuman-fiske-steakhouse

Dah makan mesti nak kena ada air kan.. Kalau takde air mahu tercekik nanti.. Jangan bimbang di Fiske Steakhouse ni menyediakan pelbagai jenis air dari yang panas hinggalah yang sejuk.. Ehhh ais blended pun ada uolls..

Kalau rasa nak minum air biasa-biasa, bolehlah order air teh, kopi atau sirap sahaja.. Kalau nak yang sihat boleh order air buah.. Macam-macam jenis air buah disediakan.. Tapi jangan pulak anda mintak air buah katak.. Memang takde la.. Haha!! Kalau nak ala barat sikit, bolehlah try espresso, americano, affogato dan lain-lain.. Huh nak sebut pun terbelit lidah.. Harap-harap masa meminumnya taklah jadi macam tu kan.. Hiks..

Keistimewaan Fiske Steakhouse

keistimewaan-fiske-restoren

Tahukah anda, di Fiske Steakhouse ni anda boleh menyambut hari-hari istimewa anda atau orang tersayang.. Ya, anda boleh menempah untuk mengadakan majlis hari jadi dan sebagainya di Fiske Steakhouse kerana mereka ada menyediakan perkhidmatan tersebut.. Jadi, selepas ini anda dah tak perlu runsing mencari tempat yang sesuai dan makanan yang sedap untuk menyambut hari istimewa orang tersayang.. Semuanya boleh dilakukan di Fiske Steakhouse..

menu-tambahan-fiske-restoren

Selain itu, anda juga boleh menempah kek di Fiske Steakhouse kerana mereka menyediakan tempahan kek untuk majlis-majlis seperti majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan sebagainya.. Tapi perlu diingat ye, anda hendaklah menempahnya 2 minngu sebelum majlis bagi memastikan kualiti kek terjamin dan cantik..

Mudahkan, semuanya boleh dilakukan di Fiske Steakhouse ni.. Dari sambutan hinggalah tempahan kek.. Semuanya tersedia.. Anda hanya perlu order dan goyang kaki.. Memang terbaik..

menu-kek-chocolate-untuk-tempahan

Antara senarai kek yang boleh ditempah di Fiske Steakhouse dengan hiasan yang menawan dan gojes..

kek-sambut-hari-jadi

Kek hari jadi

kek-perkahwinan

Kek perkahwinan

kek-cantik

Wah cantiknya kek ni kan..

pelbagai-aneka-kek-di-fiske-steakhouse

Pelbagai flavor kek ada dijual dalam slice.. Cupcake pun ada..

Tonton video ini yuk!!

Kenapa Anda Perlu Makan Di Fiske Steakhouse?

Kalau nak disenaraikan memang banyak keistimewaannya Fiske Steakhouse ni.. Jadi saya pilih yang teristimewa ajelah ye.. Antaranya ialah :-

  • Terdapat pelbagai variasi makanan gabungan timur dan barat yang boleh dipilih bukan sahaja western tetapi menu istimewa lain juga seperti set asam pedas melaka, satay, spaghetti, burger, meatball, pelbagai dessert & soup dan sebagainya.. Oh, kek pun ada tau… Macam-macam jenis kek ada.. Semuanya sedap-sedap belaka..
  • Pelbagai jenis air buah dalam gelas besar.. Wow!!
  • Harga yang berpatutan
  • Paling ohsem, layanan yang diberikan sangatlah baik dan friendly serta service yang cekap dan cepat.

Fiske Steakhouse Restoran Sedap di Kuala Lumpur, MESTI CUBA!

Kepada anda yang ingin ketahui feedback daripada pelanggan-pelanggan mereka, atau mengetahui info terkini tentang restoran ini, anda bolehlah layari laman sosial rasmi mereka seperti dibawah :-

RESTOREN FISKE STEAKHOUSE

Hubungi: Tekan untuk telefon (017-2121649) | Tekan untuk WhatsApp

Facebook: Fiske Steakhouse
Instagram: @fiske_steakhouse_au2

 

 

Jom makan di Fiske Steakhouse SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom makan di Fiske Steakhouse SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom makan di Fiske Steakhouse SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: