Review
Dec 27, 2017, 5:31pm

Restoran Sedap dan Cafe Best di Kajang


Kajang mempunyai kedudukan yang strategik, terletak hanya 20 kilometer dari Kuala Lumpur, lapan kilometer dari Semenyih dan 12 kilometer dari Bangi. Bandar ini mudah diakses dengan memandu atau menggunakan perkhidmatan awam yang disediakan. Bandar Kajang boleh diakses melalui lima laluan sedia ada antaranya Lebuhraya Utara Selatan (Plus) – susur keluar Kajang/Putrajaya, Lebuhraya Kajang Silk, Lebuhraya Cheras – Kajang, Lebuhraya Kajang – Seremban (Lekas) dan Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter – dari KL Sentral dan Seremban.

restoren-sedap-di-kawasan-kajang

Alang-alang sudah berada di Kajang apa kata singgah sebentar ke Restoran pilihan ramai yang menjadi tarikan pelanggan pada setiap keunikan makanannya.

5 Restoran Sedap dan Cafe Best di Kajang

1. Sate Kajang

Bila menyebut mengenai sate yang merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia, pasti akan terpacul di bibir orang ramai mengenai sate Kajang. Tidak keterlaluan jika dikatakan sate Kajang dikenali di seluruh negara kerana keenakannya yang pernah dirasai ramai. Siapa yang tidak pernah mendengar mengenai Sate Kajang Haji Samuri? Bermula pada 1992, sate tersebut kini sudah mempunyai 20 cawangan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

restoren-sedap-kajang

2. Mee Tarik Warisan Asli Bangi

Mee tarik warisan asli diusahakan oleh seseorang usahawan yang terkenal dari Negara China dan merupakan seorang cina Muslim. Jadi tidak perlu ragu-ragu dengan makanannya yang sememangnya halal. Keunikan Mee tarik di sini dilihat dari segi “mee” nya yang kenyal dan berbeza dari mee yang biasa kita makan. Jenis masakannya yang lain berkonsepkan goreng dan bersup menjadi tarikan pelanggan untuk mencubanya kerana resipi di sini di bawa khas dari China.

cafe-restoren-sedap-kajang

3. Port Cafe Bangi

Jika anda berselera barat bolehlah mencuba makanan di Port Cafe yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Selain menghidangkan menu barat, cafe ini juga turut menyediakan hidangan tempatan, masakan indonesia, dan menu arab.  

cafe-sedap-kajang

4. Restoran Gulai Kampung Bangi

Masakan kampung lebih mengikuti citarasa rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi jika menunya berkonsepkan masakan kampung seperti gulai ayam kampung, gulai tempoyak, ketam masak lemak cili api, ulam-ulaman dan sebagainya. Lauk pauk di Restoran Gulai Kampung begitu menepati selera setiap masyarakat tidak kira budaya dan bangsa.

restoren-makanan-kampung-kajang

5. Anis Kitchen Cafe & Bakery

Ingin mencari port makan baru di Kajang? Cubalah Anis Kitchen Cafe & Bakery. Mereka menyajikan makanan tempatan dan juga Western food. Gabungan antara masakan barat dan juga tempatan memudahkan pelanggan untuk mencuba mengikut selera masing-masing pada satu tempat. Menu popular disinilah adalah mee kolok dan laksa Sarawak.

Restoran Sedap dan Cafe Best area Kajang

 

Anis Kitchen Cafe & Bakery menambat selera pelanggan setiap masa

Anis Kitchen Cafe & Bakery merupakan salah satu restoran yang terletak di Kajang. Secara fizikal restoran ini terbahagi kepada 2 bahagian yang mana ruangan terbuka iaitu ‘open air’ disediakan bagi pengunjung yang menggemari suasana yang nyaman dan segar. Manakala ruangan ke dua pula adalah tertutup dengan dilengkapi kemudahan air-cond. Pelbagai kemudahan disediakan bagi menarik pengunjung datang menjamu selera di sini, antaranya hiasan dalaman dan luaran yang mengekalkan ciri-ciri tradisional melayu, air-cond dan sebagainya.

Bahagian Dalaman Restoran Sedap dan Cafe Best di Kajang

Anis Kitchen Cafe & Bakery menyajikan menu yang pelbagai dan sedap | Restoran Sedap dan Cafe Best di Kajang

Dengan keunikan yang tersendiri, restoran ini mencipta kelainan dalam menawarkan produk perniagaan dengan konsep masakan “western” yang semakin mendapat sambutan yang menggalakkan pada masa kini. Antara menunya adalah shell out, spagetti, lamb chop dan lain-lain. Kesemua hidangan ini di sediakan dalam bentuk pakej-pakej yang menjadi pilihan pelanggan di sini. Selalunya hidangan ini disediakan dalam pakej makanan tengah hari dan malam secara pesanan ataupun ‘ala-carte’. Menu yang ditawarkan  berbeza pada setiap hari.

laksa-sarawak-di-cafe-sedap-kajang

Selain itu juga, restoran ini turut menyediakan masakan melayu yang tetap menjadi pilihan utama selera rakyat Malaysia seperti nasi hujan panas, mee kolok, laksa Sarawak dan sebagainya. Anis Kitchen Cafe & Bakery sentiada diingati oleh pelanggan tetap mahupun baru kerana tarikan utama di sini adalah Mee kolok dan Laksa Sarawak begitu mendapat sambutan sekali. Dengan menawarkan masakan yang berkonsepkan “western” tetapi masih menerapkan ciri-ciri makanan penduduk Malaysia.

nasi-hujan-panas-restoren-sedap-kajang

Harga menu yang murah di Anis Kitchen Cafe & Bakery | Restoran Sedap dan Cafe Best di Kajang

Dari segi perletakkan harga, restoran ini menawarkan harga mengikut pesanan dan juga kumpulan pengunjung pada satu-satu masa. Walaubagaimanapun harganya berpatutan kerana mengikut harga pasaran dan juga pesaing-pesaing berdekatan. Kedudukan Anis Kitchen Cafe & Bakery yang istimewa di tengah bandar dan pakej yang di tawarkan berbeza dari restoran terhampir memberi satu kekuatan kepadanya untuk bersaing dan mendapat tempat di hati pelanggan.

nasi-berlauk-di-restoren-sedap-kajang

Selain itu, menu sarapan pagi dan tengah hari adalah berbeza seperti waktu sarapan menu yang dihidangkan adalah nasi berlauk kak chik, nasi air dingin, nasi kerabu Azma dan kuih muih. Manakala tengah hari pula menunya adalah ayam/ikan percik, ikan/tulang/daging singgang, dan nasi kukus ayam berempah. Kesemua menu ini hanya ada pada waktu pagi dan tengah hari sahaja.

Mesra pelanggan di Anis Kitchen Cafe & Bakery | Restoran Sedap dan Cafe Best di Kajang

Ke arah mewujudkan suasana mesra pelanggan “user friendly” kepada pengunjung di Anis Kitchen Cafe & Bakery melalui layanan dan perkhidmatan yang cekap. Restoran ini memberi dan memastikan semua aktiviti operasi sentiasa di tahap cemerlang dalam penyediaan perkhidmatan yang berkualiti.

Restoran Sedap dan Cafe Best di Kajang bersama chef anis

 

Bagi melicinkan perjalanan operasi restoran ini, terdapat kakitangan disediakan di mana antaranya terdiri daripada pengurus bahagian operasi, bahagian perkhidmatan, bahagian dapur dan kakitangan-kakitangan lain seperti pelayan lelaki dan wanita, chef, juruwang dan lain-lain. Manakala waktu operasinya bermula dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam pada setiap hari.

Perkhidmatan Katering dan Tempahan Kek di Anis Kitchen Cafe & Bakery | Restoran Sedap dan Cafe Best di Kajang

Anis Kitchen Cafe & Bakery juga mempunyai kepakaran pengkhususan makanan dan turut menyediakan khidmat lain seperti katering dan tempahan kek untuk apa sahaja majlis. Menu makanan di Anis Kitchen Cafe & Bakery memang menepati citarasa pelanggan patah lagi jika anda ingin menggunakan khidmat katering atau kek nya. Sudah pasti rasanya juga sedap sekali.

restoren-sedap-kajang-dan-tempah-kek-lapis-sarawak

Antara jenis kek yang dibuat di Anis Kitchen Cafe & Bakery adalah kek lapis sarawak, kek, cookies, roti, donat, dan tidak lupa juga pencuci mulut yang lain

Penghantaran makanan di kawasan berdekatan Anis Kitchen Cafe & Bakery | Restoran Sedap dan Cafe Best di Kajang

Bukan itu sahaja, jika anda terlalu sibuk di pejabat sehingga tiada masa untuk keluar makan tengah hari, di Anis Kitchen Cafe & Bakery ada menyediakan khidmat penghantaran makanan di kawasan yang berdekatan dengan restoran tersebut. Antara penghantaran makanan yang sering ditempah pelanggannya adalah mee kolok. Menu penghantaran yang lain pula bergantung pada bilangan tempahan yang dibuat.

delivery-makanan-dari-restoren-sedap-kajang

Lokasi perniagaan Anis Kitchen Cafe & Bakery yang strategik | Restoran Sedap dan Cafe Best di Kajang

Anis Kitchen Cafe & Bakery terletak di kawasan tumpuan seperti kompleks perniagaan, pusat rekreasi, penempatan perumahan dan station transit kenderaan awam. Persekitaran lokasi ini didapati tidak pernah lengang dengan kunjungan orang ramai. Ditambah pula dengan keenakkan masakan disini, sudah pasti membuat pelanggan tidak jemu untuk singgah makan di Anis Kitchen Cafe & Bakery.

Restoran Sedap dan Cafe Best di Kajang tempahan mee kolok sarawak

Suasana restoran yang selesa di Anis Kitchen Cafe & Bakery | Restoran Sedap dan Cafe Best di Kajang

Suasana restoran memainkan peranan untuk menarik perhatian pelanggan. Hiasan dalaman dan luaran Anis Kitchen Cafe & Bakery bergantung penuh pada tema yang ingin dirasai pelanggan. Jika dilihat dari lokasi Anis Kitchen Cafe & Bakery ini, daya tarikannnya tertumpu kepada keluarga yang ingin menikmati makanan sambil bersantai untuk istirehat. Golongan koporat atau rakan niaga memerlukan suasana selesa untuk berbincang dalam suasana terkawal. Malahan golongan muda/remaja perlu sedikit hiburan sambil menikmati makanan.

Restoran Sedap dan Cafe Best di Kajang (5)

 

Rata-rata pelanggan disini menyukai masakan di Anis Kitchen Cafe & Bakery| Restoran Sedap dan Cafe Best di Kajang

restoren-sedap-kajang-pilihan-pelanggan (3)Restoran Sedap dan Cafe Best di Kajang (6) Restoran Sedap dan Cafe Best di Kajang (8) Restoran Sedap dan Cafe Best di Kajang (9) Restoran Sedap dan Cafe Best di Kajang (10) Restoran Sedap dan Cafe Best di Kajang (11)

Keenakan makanan disini telah menambat ramai pelanggan tidak kira pelanggan tetap atau baru. Tidak rugi untuk anda yang berkunjung ke Kajang apa kata singgah sebentar ke Anis Kitchen Cafe & Bakery? Sedap memikat..

Restoran Sedap dan Cafe Best di Kajang tempahan mee kolok sarawak

Jika anda berminat untuk membuat tempahan, penghantaran atau sebagainya, hubungi mereka di talian di bawah :

Jom Makan Di Anis Cafe and Bakery SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

MUTIARA AVENUE, NO. 5-G, Jalan Bukit Mutiara 1, MUTIARA HEIGHTS, 43000 Kajang, Selangor

   
Jom Makan Di Anis Cafe and Bakery SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Makan Di Anis Cafe and Bakery SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: