Review
Mar 21, 2018, 4:31pm

Restoran Nasi Arab Sedap Dan Murah Di Cheras, KL


restoran nasi arab shah alam

Kuala Lumpur merupakan kota yang terkenal dengan pelbagai restoran yang menjual dan mempunyai menu nasi arab. Uniknya, kesemua nasi arab disetiap restoran mempunyai keunikan dan keistimewaan masing-masing yang membezakan antara mereka serta menjadikan identiti restoran tersebut dikenali. Nasi arab juga sering disebut sebagai nasi arab mandy. Ia merupakan nasi yang dimasak dengan rempah (mandy) serta disajikan bersama pelbagai jenis lauk seperti ayam kabshah, ayam mandy, kambing dan pelbagai lagi. Ia lebih kurang seperti nasi beriani tetapi mempunyai perbezaan dari segi resepi, rasa, rempah dan lain-lain lagi.

restoran nasi arab gombak

Buat anda yang meminati makanan masakan nasi arab dan nasi beriani, anda pasti tahu perbezaan dan kesedapan kedua-dua menu ini. Namun, ramai pelancong dan penduduk tempatan di Kuala Lumpur lebih memilih untuk merasa nasi arab! Kebanyakkan nasi arab yang dijual sangat mahal dan tidak memuaskan. Kata orang, ‘nak cari makanan tu, biarlah yang betul-betul sedap dan murah kan?’ Tetapi tidak semuanya mahal dan tidak memuaskan, terdapat restoran yang menjual nasi arab yang sangat sedap dan berbaloi dimakan. Tahukah anda dimanakah restoran atau tempat makan yang menyajikan nasi arab yang sangat sedap dan murah di Kuala Lumpur?

Shawarma Restaurant Antara Restoran Nasi Arab Sedap Dan Murah Di Cheras, KL

restoran nasi arab putrajaya

Memandangkan anda berada di Kuala Lumpur, rugilah sekiranya anda tidak mencuba nasi arab yang terdapat di Cheras, Kuala Lumpur.  Kata orang ramai, nasi arab di Restoran Shawarma ini sangat sedap dan murah, ia tidak menghampakan dan ia adalah satu-satunya nasi arab yang telah banyak mendapat pujian ramai dan anda juga wajib merasa keenakan nasi arab ini.  Tak sangka kan di Cheras ada nasi arab yang sedap dan murah! Kebanyakan mereka yang berkunjung disini akan mengambil peluang untuk merasai menu nasi arab yang sangat sedap dan murah ini. Shawarma Restaurant yang bertapak di Cheras ini tidak pernah lekang dengan pelanggan setiap masa, malah ia juga telah diulas sebagai restoran dan menu yang sangat luar biasa di Trip Advisor Review Restoran.  Selain daripada menu nasi arab, Shawarma Restaurant juga menyediakan pelbagai lagi hidangan yang sangat sedap dan sudah pasti restoran ini halal, bersih dan harganya juga berpatutan. Sebagai sebuah restoran yang halal, ia juga bersih daripada sebarang alkohol dan keselesaan pelanggan sangat dijaga dengan rapi.

Nasi Arab Dan Pelbagai Menu Lain di Shawarma Restaurant

restoran nasi arab cyberjaya

Shawarma restaurant yang juga dikenali sebagai restoran terbaik yang menyajikan makanan arabic style ini dipenuhi dengan pelbagai menu yang sangat meliurkan anda.  Antaranya adalah nasi arab, sandwich, kebab, ayam grill dan pelbagai lagi. Ianya pula bukannya calang-calang sandwich, tetapi sandwich yang penuh dengan inti dan penuh rasa dengan style arabic yang sangat berbeza dengan sandwich-sandwich yang dijual di mana-mana franchise restaurant.  Itu baru sandwich, bagaimana pula dengan lauk-lauk yang disajikan untuk dimakan bersama nasi arab? Banyaknya makanan yang tergambar disini kan, mari kita lihat satu persatu menu-menu di Restoran Shawarma.

restoran nasi arab di cyberjaya

Menu makanan di restoran Shawarma terbahagi kepada 3 menu iaitu BBQ on Charcoal, Main Dishes dan juga Sandwich.  Ketiga-tiga kategori makanan ini tidak pernah menghampakan, tetapi kesemuanya menjadikan anda tak sabar-sabar hendak merasa dan menikmati makanan di sini.  Anda boleh memilih apa sahaja yang anda suka, pastinya menu-menu ini akan sentiasa ada untuk anda.

1. Main Dishes:  Nasi Arab Mandy

restoran nasi arab di cheras

Main dishes adalah menu utama atau makanan berat yang mengenyangkan anda.  Untuk anda yang betul-betul lapar wajib memilih makanan berat disini. Menu yang ada adalah nasi arab ayam mandy, nasi arab ayam madghot, nasi arab kambing mandy, madghot kambing, roasted chicken rice, maglobah chicken, kambing burma, kambing hanith, ayam kabsa dan juga kambing kabsa.  Amboi, sedap dan banyaknya lauk-lauk yang boleh dipilih untuk dimakan dengan nasi arab. Apa beza lauk-lauk yang disediakan untuk makan bersama nasi arab ini? Beza dari segi daging, rempah, masakan dan rasanya. Tidak ramai orang yang gemar memakan ayam, jadi mereka boleh memilih untuk makan daging kambing.  Tidak ramai juga yang gemar memakan ayam kabsa, jadi anda boleh memilih untuk mengambil nasi arab bersama lauk ayam yang lain. Kalau macam ni, lagi seronok nak datang sini, macam-macam anda boleh merasa. Nasi arab nya pula memang banyak dalam satu pinggan, ditambah dengan salad, tomato dan timun sebagai pelengkap rasa, pasti anda kekenyangan menikmati nasi arab sedap ini.  

2. BBQ On Charcoal

restoran nasi arab cheras

Bbq on charcoal adalah makanan yang dipanggang atau dibakar.  Ia juga merupakan makanan ala-ala western yang menjadi kegemaran ramai terutamanya mereka yang sukakan makanan western.  Antara makanan yang digemari ramai adalah lamb kebab, skish tawoq with rice, beef tikka plate, half grilled chicken dan grill fish.  Dengar nama menu sahaja sudah rasa macam sedap, tambah-tambah bila dah ada depan mata, lagilah sedap kan! Anda tak perlu risau sebab Restoran Shawarna ini menyediakan banyak pilihan, bukan sahaja ayam dan kambing, grill fish pun ada juga.  Sesuai sangat datang dengan keluarga dan kawan-kawan. Pelancong pun ramai datang ke sini dah telah mencuba pelbagai makanan western ini.

3. Sandwich

restoran nasi arab sedap di cheras

Sandwich yang dijual disini bukanlah sandwich biasa-biasa tetapi sandwich yang sangat-sangat sedap, tebal, beraneka inti, besar dan sangat mewah dengan harga yang sangat berbaloi.  Siapa tak nak kan? Antara sandwich yang terdapat di restoran Shawarma adalah Falafel sandwich, chicken kebab sandwich, Shish tawooq sandwich, philadelphia sandwich, fish fillet sandwich dan fajita chicken sandwich.  Selain sangat murah dan berbaloi, sandwich dan kebab di restoran ini dilengkapi dengan zat serat dan protein yang sangat berkhasiat dan mampu mengenyangkan anda.

restoran nasi arab lazat di cheras

Restoran Shawarma bukan sahaja terbaik dari segi makanan, malah harganya sangat murah dan berpatutan.  Itulah yang membuatkan ramai orang suka makan disini. Bukan ada restoran makanan arab yang sangat sedap dan murah sebegini, mesra pelanggan pula tu.   Kalau nak tahu, sebenarnya, banyak lagi perkara-perkara yang best dan menyeronokkan bagi anda yang ingin datang makan disini.

Apa Yang Best Dan Terbaik Mengenai Shawarma Restaurant?

1. Pelbagai Makanan Arabic Style

restoran nasi arab murah di cheras

Tidak dinafikan bahawa makanan di restoran Shawarma ini memang super sedap dan unik kerana konsep Arabic Style yang dibawanya sangat-sangat menambat hati pengunjung tidak kiralah melayu, cina, india atau sesiapa sahaja yang merasai keenakannya.  Ia membuatkan ramai pelancong yang datang ke Malaysia mempunyai pelbagai pilihan makanan sama ada western, nasi arab atau makanan ringan seperti sandwich dan kebab.

2. Lokasi Yang Strategik

restoran nasi arab bagus di cheras

Selain daripada makanan, lokasi restoran Shawarma sangat strategik.  Ia mudah dilihat di sebelah jalan raya dan anda boleh mencarinya dengan bangunan bewarna putih yang mempunyai signboard ‘Shawarma’.  Ia bersebelahan dengan shoplot kedai-kedai lain dan mempunyai parking di hadapan bangunan restorannya. Adalah amat mudah untuk anda mencari parking disini.  

3. Servis Yang Cepat Dan Mesra Pelanggan

Kehebatan restoran Shawarma juga terserlah dengan staff atau pekerjanya yang amat mesra pelanggan dan memberikan perkhidmatan atau servis yang cepat. Pelanggan tidak perlu tunggu lama untuk membuat pesanan makanan dan menunggu ketibaan makanan.  Staf restoran Shawarma akan melayan anda dengan baik dan cepat serta memahami apa sahaja kemahuan anda. Sebagai pelanggan yang dihormati dan didahului, staf Shawarma sentiasa memberikan yang terbaik kepada anda dalam menyelesaikan masalah atau merealisasikan makanan yang anda impikan.  

4. Harga Yang Sangat Murah Dan Berpatutan

kedai makanan arab cheras

Kebanyakan harga makanan di Restoran Shawarma bermula daripada RM3 sehingga RM20 sahaja. Tak percaya kan? Tapi itulah kenyataannya.  Anda boleh memilih makanan pilihan anda dan setiap satunya mempunyai harga di menu yang telah disediakan untuk tatapan anda. Dengan harga yang sangat berpatutan ini, semua orang mampu datang dan merasai makanan sedap di sini terutamanya nasi arab mandy yang menjadi sebutan orang ramai.  

5. Suasana Yang Bersih

kedai makanan arab di cheras

Suasana restoran Shawarma sangat bersih dan kemas dari segi peralatan makanan, meja, kerusi serta makanan.  Keadaan yang bersih ini menjadikan ia sangat selesa dan sesuai dijadikan tempat lepak orang ramai seperti pekerja-pekerja atau orang luar yang singgah untuk makan disini. Kebersihan dan kualiti adalah perkara paling penting yang sering dititikberatkan oleh staf-staf restoran Shawarma ini.  Ramai pelanggan yang sangat berpuas hati dengan restoran ini dari segi kebersihan restoran dan makanan secara menyeluruh.

Jom Makan di Shawarma Restoran Di Cheras, Kuala Lumpur

Setiap kali berkunjung ke sini, anda boleh melihat ramai orang berpusu-pusu datang ke sini dan kesesakan ramai orang yang datang ke sini tidak menjadi isu bagi mereka, malah mereka juga akan turut menunggu untuk makan di sini.  Wah, ini betul-betul hebat dan sedap. Kalau tidak, kenapa ramai masih menunggu dan mahu makan disini. Tiada apa yang meragukan lagi untuk kita merasai makanan arab di restoran Shawarma ini pula. Restoran yang terbaik dan unik dari segi menu masakan arab style ini dibuka pada setiap hari pada pukul 11 pagi sehingga 11 malam. Ia sangat padat dengan pelanggan pada waktu tengahari dan malam.

restoren shawarma nasi arab di cheras

Anda boleh datang pada bila-bila masa yang anda mahu, pastinya semua menu hebat restoran ini akan setia menanti anda.  Anda dijamin akan berpuas hati dengan makanan, perkhidmatan dan servis yang disediakan. Terdapat pelbagai makanan arabic style, lokasinya pula yang sangat strategik, dilengkapi dengan servis yang cepat dan mesra pelanggan pula, malah suasananya yang bersih serta harga murah dan berpatutan menjadikan anda sangat berbaloi untuk menikmati makanan pagi, tengahari atau makan malam di sini. Bagi anda yang datang ke Kuala Lumpur dan mencari makanan yang sedap dan best juga, inilah tempatnya yang bakal mengenyangkan anda sepanjang hari.  Jom makan di restoran Shawarma!

SHAWARMA RESTAURANT, CHERAS KUALA LUMPUR | NASI ARAB SEDAP DAN MURAH
Hotline 1: Tekan untuk telefon (014-6233808) | Tekan untuk WhatsApp
Hotline 2: Tekan untuk telefon (010-8818819) | Tekan untuk WhatsApp
Hotline 3: Tekan untuk telefon (012-2318190) | Tekan untuk WhatsApp
No. Restaurant: Tekan untuk telefon (03-91016818)
Facebook: Shawarma Restaurant

Lokasi:
Shawarma Restaurant Sdn Bhd
No.8, Jalan Menara Gading 1, Taman Connaught, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (11am-11pm)

 

 

Jom Makan di Shawarma Restoran SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Jom Makan di Shawarma Restoran SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom Makan di Shawarma Restoran SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: