Review
Jul 17, 2019, 7:15pm

Restoran Bangi Mempunyai Pelbagai Pilihan Lauk, Sotong dan Ikan Bakar Sedap


Restoran Bangi Selesa

Anda seorang penggemar makanan nasi lauk campur? Atau anda suka makanan masakan kampung tetapi sukar untuk mencari di mana-mana tempat tambahan pula anda tinggal di bandar-bandar yang besar. Hal ini akan membuatkan anda lebih teringin atau mengidamkan sesuatu masakan kampung seperti ulam-ulaman, masakan cili padi, masakan asam pedas, sambal belacan dan sebagainya. Jadi, bagaimana anda ingin menyimpan perasaan keinginan anda untuk menjamah makanan-makanan ini semua jika anda di bandar-bandar yang besar? Jangan risau setiap masalah pasti akan menemukan jalan penyelesaian bukan?

Restoran Bangi 2020

Anda penduduk Kuala Lumpur/Selangor? Jangan risau jika anda teringin masakan kampung atau gemar makanan nasi campur. Berita baik untuk anda kerana ada satu tempat di Selangor yang menyediakan masakan kampung dan masakan lauk campur. Di sini juga, menyediakan pelbagai jenis lauk-pauk yang membolehkan anda memilih pelbagai lauk-pauk untuk membuka selera anda. Selain itu, di sini juga akan membuatkan anda rasa terliur kerana semua makanan di sini enak-enak dan sedap belaka akan membuatkan anda sekali rasa pasti nak lagi!

Restoran Mak Kimbong

Restoran Bangi Seronok

Di restoran Mak kimbong ini juga, terkenal dengan kari ikannya. Hal ini demikian kerana kari ikan ini menggunakan rempah ratus yang diimport oleh ahli keluarganya sendiri. Anda tidak akan dapat di mana-mana rempah ratus ini kerana rempah ratus untuk kari ini dibuat sendiri dan menjadi rahsia turun-temurun untuk ahli keluarga mereka. Jadi jika anda ingin merasakan keenakan rempah kari di restoran Mak kimbong, perlulah datang ke sini untuk merasainya sendiri.

Restoran Bangi Best

Anda peminat sotong bakar? Berita baik untuk anda kerana di restoran Mak kimbong menyediakan pelbagai jenis sotong bakar pelbagai saiz dan jangan terkejut kerana di sini juga anda akan menemui sotong bakar gergasi. Enak bukan? Adakah anda takut untuk menjamah sotong bakar kerana takut harganya terlalu mahal dan anda tidak akan mampu? Jangan risau di restoran Mak kimbong menyediakan sotong bakar dengan harga yang sangat berpatutan dan anda mampu untuk memilikinya. Antara harga yang ditawarkan kepada anda ialah RM10.00-RM 15.00 seekor. Sangat murah kan? Sangat berbaloi kepada anda untuk memiliki sotong bakar yang enak ditambah dengan sos pencicah dan sambal kicap yang enak.

Restoran Bangi Padu

Di restoran Mak kimbong juga menyediakan ikan bakar yang disaluti rempah yang enak. Di restoran ini menyediakan pelbagai jenis ikan bakar antaranya ialah ikan kembung, ikan siakap, ikan cencaru, ikan pari dan sebagainya. Ranting harga ikan bakar di sini bermula RM 8.00-RM 25.00 seekor. Sangat murah dan berpatutan. Jika anda datang dalam kumpulan anda boleh berkongsi dan merasakan semua jenis hidangan di sini, kerana anda tidak berasa rugi kerana di sini semua hidangan sedap dan harga sangat berpatutan.

Restoran Bangi daging salai masak lemak

Di restoran Mak kimbong juga terkenal dengan daging salainya yang lembut dan enak. Daging salai di sini dibakar sedang-sedang tidak terlalu garing dan tidak terlalu masak. Jadi anda dapat menikmati daging salai yang lembut dan tidak keras. Daging salai yang disediakan juga bersesuaian dengan semua faktor umur tidak kira kanak-kanak atau warga emas kerana daging salainya sangat lembut. Anda dapat menikmati daging salai yang sangat murah iaitu iaitu RM 6.00/senduk. Sangat murah dan berpatutan harga yang ditawarkan di sini.

Apa keistimewaan di restoran Mak Kimbong ini?

Restoran Bangi Sedap

Suasana Tempat Makanan

Keistimewaan yang dapat dirasakan di restoran Mak Kimbong ini ialah anda dapat menikmati suasana kampung yang tenang dan damai membuatkan anda mengubati sedikit rindu terhadap kampung halaman anda. Suasana tempat makan juga, yang beralaskan atap rumbia akan menyebabkan anda selesa dan akan membuatkan anda rasa seperti di kampung halaman anda sendiri. Seterusnya, dalam suasana tempat makan ini juga akan memberikan anda keselesaan untuk menikmati makanan dengan tenang apabila angin sepoi-sepoi bahasa menyetuhkan muka anda.

Restoran Bangi 2019

Rempah Ratus yang digunakan

Di restoran Mak Kimbong anda pasti akan merasa keistimewaan hidangan yang anda tidak akan dapat jumpa di mana-mana sahaja. Hal ini demikian kerana bahan makanan di restoran ini diperap dengan rempah ratus yang istimewa dan bahan resepi rahsia turun-temurun yang anda tidak akan menemui di mana-mana sahaja. Jadi, jangan tunggu dan lihat sahaja, marilah kita sama-sama merasakan keenakkan dan kelazatan setiap hidangan yang ditawarkan oleh restoran Mak Kimbong ini.

Testimoni Pelanggan Restoran Bangi Mak Kimbong

Jika anda masih tidak berpuas hati dengan penerangan di Restoran Mak Kimbong ini jangan risau kami akan buktikan kepada anda iaitu dengan menunjukkan testimoni pengguna atau pelanggan yang berkunjung di restoran Mak Kimbong ini. Anda boleh lihat dan menilainya sendiri.

Restoran Bangi 2019 dan 2020

Restoran Bangi Hebat

Anda dapat melihat dan menilai bukan? Ramai orang pelanggan yang datang ke sini berpuas hati dengan harga yang ditawarkan dan perkidmatan yang diberikan.

Restoran Bangi Terbaik

Jadi, tunggu apa lagi penduduk Kuala Lumpur dan Selangor marilah ramai-ramai ke restoran Mak Kimbong untuk menikmati keenakkan makanan di sini. Anda tidak akan berasa rugi jika menikmati keenakan di restoran Mak Kimbong ini malahan jika anda tidak merasa keenakkan ini yang akan membuatkan anda berasa rugi seumur hidup anda.

Jom makan di Restoran Mak Kimbong SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Restoran Mak Kimbong, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor

   
Jom makan di Restoran Mak Kimbong SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom makan di Restoran Mak Kimbong SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: