Review
Sep 23, 2017, 12:47pm

Resepi Kuih Muih Tradisional dan Kuih Kapit Terbaik di Pasaran


Sebut sahaja kuih tradisional, pasti banyak jenis yang menjadi pilihan. Kuih-muih tradisional ini menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia tidak mengira kaum atau bangsa. Dalam banyak-banyak variasi, ada yang paling menjadi kegemaran. Kalau dulu, kuih-kuih ini hanya boleh didapati di kampung, namun sekarang, di mana sahaja pasti ada yang menjualnya. Tidak hairanlah, kuih tradisional ini tidak lapuk dek zaman kerana permintaan yang tinggi.

resepi kuih muih

Ada pelbagai jenis kuih muih melayu yang enak untuk dinikmati semasa sarapan pagi, minum petang dan sebagai pencuci mulut dalam apa jua majlis. Bukan itu sahaja kuih muih ini juga turut dinikmati oleh orang melayu, malah semua bangsa di negara ini tidak kira apa kedudukan meraka, pelbagai kaedah yang digunakan dalam penyediaan kuih muih ini. Ada yang dikukus, dipanggang, digoreng dan juga direbus. Ada juga sesetengah kuih melayu ini hanya popular dikalangan penduduk negeri-negeri tertentu.

Untuk mengekalkan kuih tradisi agar terus dikenali sepanjang zaman, pelbagai resepi turun temurun telah dikongsikan agar masyarakat tahu untuk membuatnya tidaklah sesukar mana. Antara resepi kuih tradisi yang menjadi kegilaan masyarakat dari dahulu hingga sekarang adalah :

Resepi Kuih Muih Seri Muka Tradisional Melayu

resepi kuih muih kelantan

Bahan-Bahan untuk Lapisan Bawah Seri Muka

  • 400 gm atau 2 cawan beras pulut putih (direndam selama 3 jam)
  • 2 cawan santan cair (sama dengan sukatan pulut)
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu teh minyak masak

Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Bawah

  1. Bersihkan dan toskan beras pulut sehingga air kering.
  2. Masukkkan ke dalam Loyang (10×10) yang dialas oleh kertas plastik (14×14)
  3. Sapukan minyak di sekeliling loyang.
  4. Masukkan santan cair dan garam ke dalam loyang.
  5. Kemudian tuangkan campuran ke dalam pulut.
  6. Gaul sebati dan kukuskan selama 25 minit. Sekali-sekala hendaklah dikacau supaya pulut masak dengan lebih rata.
  7. Santan dgn pulut mesti mempunyai paras yang sama.
  8. Kukuskan beras pulut dengan semua bahan selama 30 minit.
  9. Setelah masak, tekan pulut tadi sehingga mampat dan padat dalam loyang.
  10. Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas.

resepi-kuih-seri-muka

Bahan-Bahan untuk Lapisan Atas Seri Muka

  • 2 cawan santan pekat
  • 150 mL air + 4 helai daun pandan
  • (Dikisar dan ditapis untuk dijadikan air pandan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 3/4 cawan gula pasir (jika hendak manis-1 cawan gula)
  • 1 biji telur ayam
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit pewarna hijau

cara-membuat-kuih-serimuka

Cara-Cara untuk Membuat Lapisan Atas

  1. Masukkan tepung gandum, tepung jagung, telur, santan pekat, gula pasir dan garam ke dalam bekas. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan air dan kacau lagi.
  2. Selepas itu, masukkan pewarna hijau dan sedikit daun pandan.
  3. Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga rata dan sekata dengan whisker.
  4. Tapis ataupun kisar untuk memastikan tiada bintilan dalam adunan tepung.
  5. Kemudian tuangkan campuran (adunan hijau) ke atas pulut yang telah ditekan.
  6. Kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak.
  7. Balut penutup periuk dengan aluminium foil, tuala atau kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di atas permukaan kuih.
  8. Masak sekejap di atas api perlahan sehingga naik wap.
  9. Setiap 10 minit penutup dibuka untuk membuangkan wap air.
  10. Sejukkan dengan betul-betul sebelum keluarkan dari acuan lompang.
  11. Selepas itu, barulah potong mengikut saiz sesuka hati dan dihidangkan.

Tips: Gunakan pisau yang bersaiz kecil. Celupkan pisau ke dalam air dan potong mengikut saiz yang dikehendaki. Buangkan pulut tersebut sekiranya ada pulut yang melekat di pisau. Celup pisau ke dalam air lagi dan sambung memotong kembali sehingga selesai.

Resepi Kuih Muih Buah Melaka / Onde-onde

resepi kuih muih mudah dan cepat

Bahan-Bahan:

  • Satu kampit tepung pulut
  • 5 helai daun pandan – jus pandan secukupnya
  • Gula melaka – potong kecil, atau gula merah
  • 1/2 biji kelapa muda parut – ambil bahagian putih sahaja
  • Sedikit garam – untuk gaul dengan kelapa parut
  • Sedikit kapur

resepi kuih muih bulan puasa

Cara-cara Membuatnya:

  1. Bancuh tepung pulut dengan air daun pandan dan air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tak melekat di tangan.
  2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka yang dipotong kecil atau dihancurkan supaya ianya betul betul cair semasa direbus. Saya tak suka rasa gula Melaka yang berbiji semasa mengunyahnya. Tutup adunan kemas kemas dan gentel adunan dengan kedua tapak tangan supaya berbentuk bulat cantik.
  3. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Kalau suka, boleh masukkan daun pandan supaya wangi.
  4. Masukkan bebola tepung tadi dan tunggu sehingga ianya timbul di permukaan air menandakan ianya telah masak dan sedia diceduk keluar.
  5. Tos dan terus masukkan ke dalam pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam. Golek golekkan di atas kelapa sehingga ianya betul betul bersalut. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Kuih Muih Karipap

Tidak kiralah karipap biasa atau pusing, jenis ini pasti menambat hati si peminatnya. Dengan pelbagai pilihan inti seperti keledek, kentang mahupun sardin, karipap menjadi pilihan menu sarapan mahupun minum petang.

resepi kuih muih tradisional

Bahan-bahan untuk kulit:

  • 1 kilo tepung gandum
  • 4 sudu besar minyak masak (yang telah dipanaskan)
  • Sedikit air
  • Sedikit garam & gula
  • 6 biji kentang bersaiz besar – di potong dadu

Cara Membuat Kulit Karipap:

Semua bahan dicampur dan ketika minyak masak masih panas, uli tepung terus hingga menjadi doh. Jangan terlalu keras atau lembik, biarlah yang sederhana.

resepi kuih muih tradisional melayu

Untuk Inti:

(Semua bahan dikisar)

  • 1 paket kecil kari daging – dikisar
  • 2 ulas bawang besar – dikisar
  • 2 ulas bawang putih – dikisar
  • Ikan bilis – ikut citarasa – dikisar
  • 5 batang daun sup (dipotong halus)

Cara membuat inti:

  1. Semua bahan di atas dikisar kecuali daun sup dimasukkan setelah inti masak.
  2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang telah dikisar tadi.
  3. Masukkan sedikit garam dan gula ikut selera sendiri
  4. Setelah kentang empuk, masukkan daun sup dan kacaukan.
  5. Setelah sejuk, barulah digunakan.

Boleh buat karipap menggunakan acuan yang ada dipasaran atau ‘klim’ sendiri menggunakan jari jemari anda

Resepi Kuih Muih Sagu

resepi kuih muih mudah dan ringkas

Kuih sagu sememangnya mencuri tumpuan pada warna dan juga rasanya. Dibuat daripada biji sagu yang dimasak bersama tepung, air dan pewarna merah ini agak renyah juga. Ini kerana mengacau sagu ketika likat agak memenatkan tangan. Setelah dimasak, ia akan diletak di dalam loyang dan disejukkan. Setelah sejuk, barulah ia dipotong mengikut cita rasa seterusnya digolek bersama kelapa yang dicampur sedikit garam. Rasanya yang sedap membuatkan rasa sakit tadi hilang.

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan sagu
  • 5 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • pewarna merah (pati sirap ros)
  • daun pandan
  • kelapa parut

resepi kuih muih sukatan cawan

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan sagu dan toskan airnya
  2. Masak air bersama gula, pati sirap ros dan daun pandan sehingga mendidih.
  3. Apabila mendidih, keluarkan 1/2 kuantiti air, masukkan sagu dan kacau, tambah air yang kita keluarkan dari periuk tadi sikit-sikit sehingga sagu menjadi jernih.
  4. Setelah menjadi pekat dan jernih, kacau selama 5 hingga 10 minit.
  5. Letak dalam loyang dan biarkan sejuk dan boleh dipotong.
  6. Gaul dengan kelapa parut yang digaul garam.

Resepi Kuih Muih Kosui Hitam Menawan

resepi kuih muih frozen

Bahan-bahan (A) :

  • 1 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 1 sudu makan kicap pekat lemak manis
  • (Jadikan 2 cawan air gula)

Bahan-bahan (B) :

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 3 cawan air
  • 2 sudu besar air kapur makan

Bahan-bahan (C) :

  • Kelapa parut yang dikukus sebentar dan dicampur sedikit garam

resepi-kuih-kasui

Cara-cara penyediaan :

  1. Satukan bahan A, masak di atas api sederhana hingga larut. Tapis dan sejukkan.
  2. Sebatikan bahan B, kacau rata dan tapiskan.
  3. Satukan bahan B dan bahan A, kacau rata dan tapis. Tuangkan ke dalam loyang (9″) yang telah di sapukan dengan sedikit minyak. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1/2 jam. Biarkan sejuk baru dipotong dan di hidang bersama kelapa parut.

Jika buat dalam acuan lompang kukus selama 20 minit saja.

Kuih Tradisi Yang Di Revolusikan Akan Dikecam?

Jangan terburu-buru dan mudah menunding jari apabila sesuatu keadaan di olah mengikut peredaran masa. Hal ini kerana ada baiknya jika ia diolah sedikit agar masyarakat boleh merasa sesuatu kuih itu dalam pelbagai perisa. Ia tidak bermakna keaslinya akan terus hilang. Keaslian kuih itu tetap ada cuma ada penambahan sedikit sahaja dari segi perisa. Antara kuih tradisi yang telah di revolusi dan mendapat permintaan tinggi oleh masyarakat adalah Kuih Kapit.

kuih-kapit-tradisional

Apa itu Kuih Kapit?

Kuih Kapit atau dikenali sebagai kuih sepit merupakan salah satu kuih tradisional yang hanya akan dihidangkan pada majlis keramaian serta perayaan lebih-lebih lagi pada perayaan Tahun Baru Cina. Kini, kuih kapit tersebut juga boleh didapati pada bila-bila masa sahaja kerana telah dikomersialkan. Namun, apa yang lebih menarik lagi, kuih kapit ini telah diinovasikan dan boleh didapati di dalam pelbagai perisa berbanding pada zaman dahulu yang mana ia hanyalah sekadar kuih kapit kosong tanpa ada inti didalamnya.

kuih kapit coklat

Disebalik Nama Kapit Overloaded

Pernah dengar Biskut Kapit Overloded? Iya, biskut inilah yang viral tempoh hari kerana produk ini adalah revolusi terbaru kepada kuih kapit tradisi dimana proses penghasilan di lakukan dengan bersih dan suci mengikut standard SOP pengilang biskut. Pelbagai perisa baru boleh dinikmati anataranya perisa coklat belgium, mentega kacang tanah Cordoba Argentina, Krim Kacang hazel Ankara dan pes teh hijau Kyoto. Kepelbagaian perisa Biskut Kapit ini telah menarik jutaan hati pelanggan disamping rasanya yang memukau menjadi sebutan orang tiap masa. Keempat-empat perisa ini mempunyai keunikannya rasa yang tersendiri sesuai dengan minat dan selera masyarakat yang pelbagai kaum.

kuih kapit berperisa

Inilah dia 4 Jenis Inti Kuih Kapit Overloaded

kuih kapit sukatan cawan

Latar Belakang Laura Daddy Yang Ramai Tidak Tahu

Laura Daddy telah ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Chef Harry Aberhim sebagai peneraju utama dan Puan Rohayu sebagai penaung syarikat. Di awal penubuhannya hanya sebagai syarikat pengeluar kek dan manisan dimana Chef Harry adalah pakar dalam bidang tersebut. Segalanya berubah apabila macaron yang dikeluarkan oleh Laura Daddy menjadi tular dan permintaan luar biasa kerana keenakan dan keunikan macaron menjadi menjadi permintaan sangat mengalakkan.

kuih kapit inti

Laura Daddy telah muncul di pelbagai media seperti Astro, TV3, TV9, RTM1 dan 2 dan pernah muncul juga dalam majalah  Inspirasi Perkahwinan selama 2 bulan berturut-turut dan di Majalah RASA dimana resepi kek dan pencuci mulut telah diterbitkan dengan liputan 8 muka surat. Chef Harry telah dilantik menjadi juri jemputan dan juri akhir untuk rancangan Master Chef Malaysia. Pada HALFEST 2012 Chef Harry telah dijemput untuk membuat demo di pentas utama untuk menunjukkan skill dan teknik cara membuat kek. Kek lazat beliau telah mendapat pujian oleh Chef Selebriti lain seperti Chef Wan, Jaafar Onn dan Chef Norman Musa (Ning Manchester).

kuih kapit recipe

Sehingga tahun 2015, Laura Daddy yang telah diterajui oleh Chef Harry Aberhim maju setapak lagi dengan penghasilan produk evolusi dari biskut tradisi Malaysia yang terkenal iaitu biskut kapit. Lazimnya biskut kapit tradisi dihasilkan menggunakan kayu arang dan proses yang lama.

Kini syarikat Luara Daddy telah berjaya menghasilkan biskut kapit yang telah di evolusi dengan terdapatnya inti dibahagian depan dan dalam kuih kapit yang terdiri dari perisa coklat, peanut butter, hazelnut nutella dan dijamin kualiti serta kebersihan.

Biskut Kapit Overloaded Menembusi Pasaran Malaysia, Singapura dan Brunei

Untuk pasaran Malaysia syarikat Laura Daddy telah berdiri kukuh semenjak tahun 2016 dan mempunyai stokis/agen yang telah berdaftar dibawah syarikatnya. Produk Laura Daddy juga telah memasuki pasaran setiap pelusuk negeri. Menyertai karnival dan expo di seluruh Malaysia  merupakan satu inisiatif terbaik untuk produknya lebih dikenali ramai dan berharap mempunyai permintaan yang lebih tinggi di pasaran.

kuih kapit gulung

Kapit Overloded mula dipasarkan di seluruh Malaysia pada tahun 2016 dan kini setelah 1 tahun berada di pasaran ia telah mendapat sambutan meluas sehingga ke nagara jiran seperti Singapura dan brunei dengan melebihi 6000 balang sebulan untuk setiap negara.

Kuih Kapit di Pasaran Singapura

Biskut Kapit Overloaded telah menembusi pasaran Singapura sejak September 2016 melalui sistem  stokis dan agen. 3 stokis melalui Syarikat Nomnomministry, Moving Munchies dan Ratu Lemper dan mempunyai lebih dari 50 orang agen. Disebabkan permintaan yang sangat tinggi disini, pihak syarikat Laura Daddy terpaksa menghantar 2 hingga 3 klai seminggu bagi memenuhi permintaan pelanggan. Setiap bulan, hampir 1500 ke 2000 unit Kuih Kapit Overloaded dapat dijual dan ada yang memasuki event dan bazar makanan yang dianjurkan di Singapura.

kuih kapit goreng

Jangka Hayat Kuih Kapit Overloaded

Jangka hayat Kuih Kapit Overloaded boleh disimpan selama 6 bulan dari tarikh ianya dibuat. Dan penyimpanan di suhu bilik sahaja sudah mencukupi untuk menjamin ketahanan produk. Dengan ini Kapit Overloaded sangat mudah disimpan dan mudah untuk dinikmati di setiap masa kerana sifatnya yang sedia untuk dimakan.

kuih kapit coklat resepi

Biskut Kapit Overloaded dari Syarikat Laura Daddy Menjadi Pilihan Ramai Kerana

Kualiti dari produk ini sentiasa dikawal agar pelanggan dapat menikmati keenakan biskut kapit overloaded setiap masa. Rasa biskut kapit overloaded ini sentiasa sama dan tidak seperti biskut atau kuih lain yang ada dipasaran, ada kalanya sedap ada kalanya tidak memuaskan. Kualiti makanan sebergini akan mengurangkan minat pembeli untuk membelinya pada masa hadapan. Oleh itu, kualiti pemasaran dan rasa keenakkan dalam sesuatu produk itu amat penting bagi mengekalkan standard kualiti produk dan juga syarikat.

kuih kapit resepi

Biskut kapit ini juga mudah untuk didapati kerana setiap stokis dan agennya ada diseluruh Malaysia. Anda hanya perlu Pilihan sama ada membeli secara atas talian atau cash on delivery (COD) di kawasan agen atau stokis yang berhampiran dengan kawasan rumah sahaja. Jika ada karnival atau apa sahaja eskpo, syarikat Laura Daddy tidak lepaskan peluang untuk mempromosikan produk mereka iaitu Biskut Kapit Overloaded agar lebih dikenali ramai dan mudah untuk pelanggan tetapnya membeli dengan secara borong atau sedikit.

Dapatkan Kuih Kapit Terbaik di Pasaran SEKARANG!

Bagi yang ingin mencuba biskut kapit overloaded ini tetapi tidak tahu mana satu perisa yang diminati jangan khuatir kerana anda akan diberikan sampel produk secara percuma. Cubalah sendiri setiap perisa yang diberikan agar anda boleh memilih biskut kapit yang diminati dengan mudah tanpa merugikan wang.

Meleleh air liur melihat Kuih Kapit ini bukan? Ingin mencuba keenakkan Biskut Kapit Overloaded ini? Apa tunggu lagi dapatkan segera di :

Ibu Pejabat :
Laura Daddys Sdn Bhd (91100354-T)
No 19-1, Jalan Tasik Raja Lumu KU4/K ,Taman Subang Delima
Seksyen 4, 40150 Shah Alam, Selangor

Anak Syarikat  :
Laura and Daddys Sweet Touch (002057602-A)
No 21-1, Jalan Tasik Raja Lumu KU4/K, Taman Subang Delima
Seksyen U4, 40150 Shah Alam, Selangor

kuih kapit asli

Oh ya! Peluang untuk tambah pendapat juga dibuka! Agen dan stokis diperlukan di seluruh Malaysia. Sila email butiran anda di :

Korporat : lauradaddyshq@gmail.com
Promosi : lauradaddys@gmail.com
Order/Agen : kapitoverloaded@gmail.com

Jom order Kuih Kapit Overload SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

U 4, 40160 Shah Alam, Selangor

   
Jom order Kuih Kapit Overload SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Jom order Kuih Kapit Overload SEKARANG!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: