Review
Sep 26, 2017, 6:08pm

Renew Roadtax Insurance Kereta Dan Cukai Jalan Murah Dan Cepat


Setiap tahun bila sampai saje masa untuk renew roadtax dan insurance kereta, kepala dah mula berdenyut-denyut. Mane taknya, poket yang tebal bakal mengempis akibat tujuan tersebut. Huhu!! Tapi apa boleh buatkan, kereta adalah satu keperluan. Kalau tak renew roadtax dan insurance, makanya ibarat ‘patah kaki’ la jawabnya kan. Bulan Julai hari tu, roadtax dan insurance kereta saya tamat tempoh dan dah selamat pun di renew.

roadtax-nak-tamat-tempoh

Kebetulan pulak bulan Julai tu insurance naik harga. Maka terus kosonglah poket saya menghabiskan duit menghidupkan insurance dan roadtax kereta. Huhu. Tapi apa boleh buat kan. Ok, kalau sebelum ni, saya akan panjat pejabat insurance dan JPJ untuk buat roadtax dan insurance, tapi tidak kali ni kerana saya cuba cara baru yang lebih senang dimana saya sendiri tak pernah cuba sebelum ini. Macam mana caranya? Ok, jom saya terangkan bagaimana saya renew roadtax insurance kereta dan cukai jalan murah dan cepat.

renew-roadtax-online-medium

Renew Insurance Kereta Secara Online

renew-roadtax-online-mudah

Kalau korang nak tahu, sekarang dah boleh renew insurance dan roadtax secara online tau. Atau mungkin korang dah tahu cuma saya sahaja yang ketinggalan zaman. Hehe.Tapi tak mengapa, walaupun korang dah tahu saya nak jugak ceritakan pada korang semua. Ok, baru-baru ni saya renew roadtax dan insurance kereta saya secara online sahaja. Sekarangkan zaman serba canggih, duduk depan laptop pun dah boleh on takaful kereta. Tak payah susah-suah dah nak pergi pejabat insurance bagai. Tak perlu bersesak-sesak dijalan raya dan menunggu giliran yang lama untuk dilayan. Semuanya dilakukan di rumah sahaja. Yang penting murah dan cepat.!! Maklumlah sekarangkan semua benda dihujung jari aje. Kemudahan yang ada zaman sekarang memang sangat memudahkan pengguna.

logo-etiqa-takaful

Seperti tahun-tahun sebelumnya, insurance yang menjadi pilihan saya adalah insurance dari Syarikat Takaful No. 1 di Malaysia iaitu ETIQA TAKAFUL. Korang guna insurance apa untuk kenderaan korang? Saya memang pengguna setia insurance Etiqa Takaful ni sebabnya saya yakin dengan Syarikat Takaful Malaysia memandangkan syarikatnya mempunyai pengalaman yang agak lama dalam bidang insurance dan juga agak terkenal di Malaysia. Jadi, memang saya tak risau menggunakan insurance ini. Nak tahu tak kenapa saya suka sangat dengan service dari Syarikat Takaful Malaysia ni? Haaa antara sebab-sebabnya ialah :-

Manfaat Menggunakan Servis Dari Syarikat Takaful Malaysia

  • Laman Web Mesra Pelanggan – Ini sangat penting bila kita nak berurusan secara online kan. Kalau websitenya pun dah berat nak dibuka, loading macam siput, memang boleh hangin satu badan. Betul tak? Jadi, laman Web mesra pelanggan adalah kateria yang sangat penting dalam sesebuah perkhidmatan itu bagi memudahkan pelanggan berurusan.
  • Islamik dan ada pulangan mudharabah – Perkhidmatan secara islamik memang dititikberatkan terutamanya bagi mereka yang beragama islam yang akan memilih perkhidmatan secara islamik kerana mengikut syariat islam. Lagi best ada pulangan mudharabah.
  • Towing PERCUMA sejauh 200KM – Perkhidmatan ni rasanya mungkin disediakan oleh semua syarikat insurance kan. Atau ada yang tak de. Hurmm. Tapi kita tengok pulak jaraknya. Dengan Syarikat Takaful Malaysia ni, jaraknya sejauh 200KM. Memang terbaik. Jauh tu. Tapi hanya untuk insurance first party sahaja ye.
  • Pengalaman 10 tahun dalam bidang Takaful – Seperti yang saya war-warkan kat atas tadi, saya percaya dengan perkhidmatan syarikat ini kerana ia mempunya pengalaman yang lama dalam bidang insurance dan syarikatnya sudah terkenal diMalaysia. Jadi saya memang tak perlu risau menggunakannya.
  • Lebih mudah, cepat dan selamat – Dengan adanya perkhidmatan secara online yang disediakan oleh pihak Takaful Malaysia, urusan menjadi lebih mudah, cepat dan selamat.

servis-etiqa-renew-roadtax

Ok, kalau sebelum ni saya bersusah payah pergi pejabat insurance, tapi kali ni saya terus online sahaja dengan service dari Syarikat Takaful dengan hanya CLICK LINK, masukkan maklumat kenderaan dan boleh terus online dah.!! Mudah sangat. Kenapalah sebelum ni saya tak pernah tahu boleh renew insurance kereta melalui online.

Kalau tak mesti lebih mudah urusan saya. Tak de la saya buang masa menempuh kesesakan jalan raya hanya semata-mata nak hidupkan insurance kereta saya tu. Tak mengapalah, selepas ini urusan saya akan menjadi lebih senang berbanding dulu dengan adanya sistem online ni. Korang pun boleh cuba tau. Disamping mudah, cepat dan selamat, korang juga dapat manfaat lain darinya. Sememangnya berbaloi-baloi.

call-untuk-quotation-roadtax

Ok, andai kata sebelum korang renew insurance kereta, korang nak tahu berapa total harga untuk insurance kereta korang tu terlebih dahulu. Mudah saje, korang hanya perlu call syarikat insurance untuk mendapatkan quotation terlebih dahulu bagi mendapatkan jumlah insurance yang perlu korang bayar nanti.. Dengan cara ini, dapatlah kita standby duit awal-awal sebelum masa tamat tempoh tu sampaikan.

Kalau tak mesti kelam kabut mencari duit jika tak cukup. Saya sendiri pun, setiap tahun mesti call dulu syarikat insurance untuk tahu jumlah yang perlu dibayar nanti. Senang sikit nak simpan duit dari awal. Orite, untuk bayaran takaful kereta yang dibuat secara online ini pula, boleh terus submit online melalui beberapa kaedah seperti Maybank2u, Kad Kredit, Amex dan FPX Internet Banking. Wahh semakin mudah kerja kita kan. Bayaran pun hanya dibuat secara online. Memang terbaik!!

pembayaran-online-roadtax

Jadi, kalau yang mana-mana keretanya dah nak tamat tempoh insurance roadtax tu boleh la cuba renew secara online pulak lepas ni dengan Syarikat Takaful Malaysia. Apa tunggu lagi, mudahkanlah urusan renew insurance kereta korang dengan hanya klik link dibawah ini dengan hanya memasukkan maklumat kenderaan sahaja, dah boleh on terus takaful kenderaan anda!!. Mudah sangat wehhh.!!

Jom klik sekarang.  –>> http://renewtakafulonline.my

Jom klik sekarang.  –>> http://renewtakafulonline.my

Jom klik sekarang.  –>> http://renewtakafulonline.my

Oh ya, untuk pengetahuan korang kenderaan third party TIDAK BOLEH online menggunakan link di atas ye. Hanya untuk first party sahaja. Bagi kenderaan third party, korang boleh ke pejabat takaful terdekat bagi urusan renew insurance. Bagi kenderaan yang telah tamat roadtax juga tidak boleh menggunakan link tersebut. Jadi, sebelum tamat baik korang renew cepat-cepat. Tak perlulah nak pergi pejabat insurance untuk berurusan.

Insurance dah renew. Roadtax macam mana pula? Haa roadtax juga boleh direnew secara online dengan hanya mendaftar di laman web MyEG. Oh ya, link http://renewtakafulonline.my hanya untuk renew takaful sahaja ye. Jangan salah faham pula tau. Untuk renew roadtax kenderaan, korang hanya perlu ke JPJ atau menggunakan sistem MyEG seperti yang saya beritahu tadi. Kalau nak ke pejabat pos pun boleh untuk renew roadtax. Hehe. Yang bestnya sekarang ni dah tak perlu bawa geran bersama-sama untuk renew roadtax, hanya bawa duit yang mencukupi sahaja dah boleh terus renew roadtax. Mudah gila kot berurusan di zaman sekarang ni. Yelah, sekarang zaman yang nak semuanya cepat kan. Kalau lambat-lambat harus ketinggalan nanti.

abang-jpj

Oklah, saya harap entry ni dapat membantu memudahkan urusan korang nanti. Semoga ianya memberi manfaat kepada semua. Jangan lupa tau check insurance roadtax kereta korang tu. Nanti dah tamat, susah pulak urusannya. Jangan lupa juga menggunakan service dari Syarikat Takaful Malaysia ni, syarikat takaful no.1 Malaysia.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: