Umum
Jul 14, 2010, 11:33am

Remaja Dan Jerawat


BIASANYA pada peringkat umur ini, remaja akan mengambil berat mengenai pertumbuhan fizikal mereka. Remaja akan berasa sentiasa
menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai.




Segala gerak-geri dan pertumbuhan fizikal dirasakan menjadi tontonan. Tidak hairan jika melihat remaja sanggup berdiri lama
depan cermin semata-mata untuk melihat dirinya.




Ia adalah normal. Namun, jika kita terlalu obses dengan perasaan malu ini, tindakan segera perlu diambil. Dalam menangani
perasaan malu, mereka boleh menanganinya dengan memberitahu diri bahawa rakan-rakan berkawan bukan disebabkan jerawat.




Seseorang digemari kerana banyak perkara, antaranya sikap pandai bergaul, saling menghormati, tidak sombong, suka menolong dan
sebagainya. Orang lain akan melihat pada sikap baik ini daripada melihat kewujudan jerawat di muka.




Kebiasaannya, orang lain juga sibuk memikirkan mengenai diri mereka hingga tidak memberi perhatian besar kepada perkara remeh.
Jangan terperanjat jika ada kawan-kawan yang langsung tidak perasaan jerawat yang tumbuh pada muka kita kerana mereka juga
sibuk memikirkan diri mereka.




Kita juga boleh merasionalkan pemikiran dengan mengatakan jika kawan mentertawakan muka kita kerana ditumbuhi jerawat, biarlah.
Mereka hanya boleh ketawa tapi sampai bila? Satu lagi cara untuk kita menghilangkan rasa malu ialah dengan menukar pemikiran
bahawa jerawat yang tumbuh itu membuatkan kita lebih kelihatan kacak dan menarik. Ini salah satu mekanisme bela diri kita
untuk mengurangkan rasa malu yang dihadapi.

Petua Professor : Menghilangkan Jerawat

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: