Review
Jan 24, 2018, 12:05pm

Rekaan Instant Shawl Exclusive dari Schals


Fesyen tudung zaman sekarang lebih pelbagai. Ada yang gemar mengenakan tudung bawal dan tak kurang juga dengan instant shawl.. Bagi wanita yang beragama islam memang diwajibkan untuk menutup aurat dan salah satu aurat bagi wanita islam adalah rambutnya. Jika dilihat di pasaran pada hari ini, pelbagai rekaan tudung yang ditawarkan.. Dari yang biasa-biasa sehinggalah yang lebih eksklusif.

Koleksi Instant Shawl Exclusive

Dalam menggayakan tudung atau shawl, pemilihan fabrik yang betul sangatlah penting bagi memastikan keselesaan sepanjang hari disamping menaikkan tahap keyakinan diri si pemakai.. Fabrik apa yang baik? Ok, disini saya kongsikan dengan anda semua ciri-ciri fabrik tudung atau shawl yang baik sebagai panduan anda semua.

Ciri-Ciri Fabrik Tudung Atau Shawl Yang Baik

fabrik instant shawl exclusive

Dalam pemilihan fabrik tudung, ciri-ciri fabriknya harus dititik beratkan bagi menjamin keselesaan si pemakai.. Jadi, terdapat beberapa ciri-ciri fabrik yang sangat sesuai dijadikan sebagai tudung. Antaranya ialah :

1. Tidak panas dan mempunyai pengudaraan yang baik (breathable)
2. Mempunyai keupayaan untuk menyerap peluh
3. Tidak terlalu ringan mahupun terlalu berat.
4. Tidak jarang.
5. Mudah dicuci dengan tangan ataupun mesin.
6. Tidak mudah berkedut.

Ciri-ciri di atas mungkin tidak dapat dipenuhi oleh sesuatu fabrik. Namun setiap fabrik mempunyai kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri. Mari kita lihat jenis fabrik tudung atau shawl pula.. Yang mana satu menjadi pilihan anda. Jom lihat.

Jenis Fabrik Tudung Atau Shawl Yang Menjadi Pilihan Anda

jenis fabrik instant shawl exclusive

Terdapat pelbagai jenis fabrik boleh dijadikan tudung seperti bawal (voile), lycra (spandex), chiffon, satin, sutera (silk), crepe, knitted & macam-macam lagi. Ada juga fabrik yang dihasilkan daripada gabungan fabrik seperti chiffon crepe, sutera satin (satin silk). Jadi, kali ini saya pilih 5 jenis fabrik yang sering menjadi pilihan untuk dijadikan tudung akan saya kongsikan dengan anda kelebihannya.

1. Bawal / Voile

Tudung daripada fabrik bawal dihasilkan daripada kapas. Bawal terkenal dengan sifatnya yang tidak panas dan cepat menyerap peluh. Ianya sangat sesuai dipakai oleh mereka yang tinggal di negara yang beriklim Khatulistiwa seperti di Malaysia.

bawal Instant Shawl Exclusive

Sungguhpun begitu, bawal merupakan sejenis tudung yang perlu dijaga rapi kerana fabriknya mudah berkedut & berbulu, manakala benangnya mudah tertarik. Jika dicuci dengan pelembut pakaian, tudung bawal akan sukar dibentuk. Maka, penggunaan spray kanji adalah disyorkan. Selain itu, kebanyakan tudung fabrik bawal di pasaran mudah mengikut bentuk badan dan “tidak jatuh”.

2. Lycra

Tudung yang menggunakan fabrik lycra banyak terdapat pada jenis tudung yang mempunyai awning. Ini kerana awning akan lebih terletak elok di kepala kerana fabrik lycra ini bersifat memeri, ianya tidak mudah berkedut. Oleh itu fabrik ini banyak digunakan dalam pembuatan tudung kasual untuk dipakai seharian dan sebagai basahan.

Lyca Instant Shawl Exclusive

Selain daripada tudung yang mempunyai awning, fabrik lycra juga banyak digunakan untuk menghasilkan inner tudung supaya rambut tidak mudah terkeluar. Walaupun tudung fabrik lycra digemari ramai, ianya melekap pada badan dan mengikut bentuk tubuh si pemakai.

3. Chiffon

Fabrik chiffon merupakan fabrik yang ringan dan tidak panas. Ketebalan sesuatu fabrik chiffon menentukan sama ada ianya jarang atau tidak. Kebanyakan chiffon tidak mudah berkedut terutamanya fabrik bercorak kerana corak pada fabrik chiffon membantu kedut pada fabrik itu untuk kurang jelas.

Chiffon Instant Shawl Exclusive

Fabrik chiffon yang ringan perlu dijaga dengan teliti kerana benangnya mudah tertarik. Walaupun begitu, fabrik jenis ini mampu menghasilkan gaya tudung yang beralun cantik. Tudung daripada fabrik chiffon sering menjadi pilihan para wanita untuk dibawa travel kerana sifatnya yang ringan dan tidak mudah berkedut.

4. Satin

Manakala tudung daripada fabrik satin pula adalah fabrik yang sesuai dipakai untuk menghadiri majlis-majlis tertentu seperti majlis makan malam, majlis perkahwinan & juga tudung ke pejabat kerana sifat fabrik satin yang berkilat, ia menghasilkan gambaran tudung yang mewah dan elegan.

Satin Instant Shawl Exclusive

Tudung fabrik satin yang baik adalah fabrik yang tidak terlalu tebal dan tidak licin. Sekiranya bahagian dalam tudung fabrik satin itu licin, adalah digalakkan untuk memakai anak tudung atau inner daripada material cotton lycra atau t-shirt. Tudung fabrik satin juga boleh menghasilkan alunan yang cantik. Kebanyakan fabrik satin meninggalkan kesan minyak daripada muka dan makeup si pemakai. Oleh itu tudung jenis ini perlu dicuci menggunakan sabun buku atau ditabur bedak sebelum dicuci..

5. Knitted

Tudung yang berfabrik Knitted adalah tudung yang kualitinya terjamin.. Fabriknya sangat lembut dan tidak panas.. Selain itu juga material cotton knitted adalah materia yang berkualiti tinggi.. Paling menarik, tudung dari fabrik knitted ini tidak perlu di gosok (antikedut) dan tidak jarang.

Knitted Instant Shawl Exclusive

Si pemakai lebih selesa dengannya kerana ianya sejuk tidak panas.. Ianya juga mudah dibentuk dan terletak elok bila dipakai serta senang digayakan..

Rekaan Instant Shawl Exclusive dari Schals

Anda sedang mencari rekaan instant shawl yang eksklusif dan cantik? Fesyen instant shawl yang terkini dan cantik serta eksklusif kini boleh anda dapati secara online di Schals Knitted Instant Shawl. Sekiranya anda peminat instant shawl, maka bersiap sedialah untuk menjamu mata melihat koleksi yang ada di tawarkan di Schals. Semuanya menarik dan cantik-cantik belaka.. Anda mesti rambang mata melihatnya.

Design Instant Shawl Exclusive

Schals menyediakan rekaan shawl yang eksklusif dan menjanjikan satu kelainan kerana rekaannya yang segar dan menarik untuk wanita menggayakannya. Koleksi shawl yang ditawarkan oleh Schals adalah yang trendy dan up-to-date dengan corak yang berbeza bagi setiap koleksi yang ada membuatkan kaum wanita khususnya menjadi rambang mata dan tak tahu untuk memilih yang mana satu bagi dijadikan koleksi peribadi.

Keistimewaan Rekaan Instant Shawl Dari Schals

Koleksi-koleksi yang ada di Schals menampilkan corak yang simple tetapi eksklusif dan ianya sealiran dengan trend masa kini.. Tona warna yang digunakan dalam rekaan shawl mereka juga adalah tona warna yang hampir semuanya sesuai untuk setiap wajah wanita. Rekaan mereka menampilkan satu kelainan dan mampu menyerlahkan gaya sesiapa saja yang mengenakannya.

Harga Instant Shawl Exclusive

Material yang digunakan juga adalah dari material yang berkualiti tinggi iaitu knitted imported. Shawl dari Schals direka khas untuk semua golongan wanita.. Apa yang istimewanya dengan shawl bermaterialkan knitted ini adalah ianya berkualiti tinggi, antikedut, mudah dibentuk, senang digayakan, selesa dipakai, tidak perlu di pin kerana ia akan terletak cantik sudah nak jatuh dan paling penting tidak panas dan ringan.

Dalam menggayakan shawl, bukan sahaja ingin kelihatan cantik dan menawan, malah keselesaan juga perlu dititikberatkan. Sekiranya anda seorang wanita bertudung yang ingin mencari keselesaan dalam pemilihan tudung atau shawl, maka pilihan dan koleksi yang ada di Schals boleh menepati citarasa anda. Anda pasti berpuashati dengan koleksi yang ada di Schals. Bukan sahaja selesa dan cantik malah kelihatan sangat eksklusif.

Instant Shawl Menjadi Kegilaan Wanita Masa kini

Tempat beli Instant Shawl Exclusive murah

Kalau dulu bawal menjadi rebutan ramai wanita, sekarang instant shawl pula menjadi tumpuan kaum hawa untuk bergaya.. Shawl merupakan sejenis tudung panjang yang menjadi fesyen terkini yang menepati syariah dan semakin popular dikalangan wanita di Malaysia. Pelbagai gaya boleh ditampilkan dengan hanya mengenakan shawl. Gaya-gaya yang ditampilkan dari pemakaian shawl memang menarik disamping menyerlahkan lagi keanggunan si pemakai.

Koleksi Instant Shawl Dari Schals

Schals menyediakan pelbagai pilihan terbaik untuk anda pilih. Rekabentuk terkini menjadi daya penarik peminat-peminat instant shawl memilih koleksi dari Schals ini. Tambahan pula konsep tudung mereka juga adalah sporty dan outgoing. Mudah digayakan dan sesuai untuk semua peringkat umur. Antara koleksi yang ada :-

Celosia

Gambar Instant Shawl Exclusive

CELOSIA adalah antara design terbaru Schals yang akan membuatkan anda nampak lebih cantik dan outstanding dari orang lain dengan Schals Instant Shawl yang eksklusif ini. Paling penting ianya senang dipakai, tak panas, ready to wear and go. Dengan corak jalur yang menarik, mampu menampilkan kelainan kepada si pemakai.

Deffodil

Tudung Instant Shawl Exclusive

DAFFODIL juga merupakan design terbaru dari Schals yang mengaplikasikan rekaan jalur dengan pelbagai tona warna yang menarik mampu membuatkan si pemakai lebih bergaya. Anda boleh memilih warna kegemaran anda. Terdapat 9 koleksi Daffodil yang boleh dipilih.. Semuanya cantik dan menarik.

Adenium

Koleksi Instant Shawl Exclusive Murah

ADENIUM pula mempunyai 11 warna plain pilihan yang menarik. Sekiranya anda seorang yang tidak gemar memakai shawl yang bercorak, Adenium adalah pilihan terbaik anda. Walaupun hanya berwarna plain dan simple, tetapi masih nampak eksklusif dan senang digayakan dengan apa jua jenis busana terutama busana yang bercorak.

Ayanna

Instant Shawl Exclusive Paling Mahal

AYANA juga didatangkan dalam warna plain tetapi lebih menarik dengan ditampilkan rekaan renda dihujungnya. Rekaan nampak elegent dan boleh disuai padan ke mana-mana majlis yang akan anda hadiri. Koleksi Ayana mempunyai 10 warna yang berbeza untuk dijadikan pilihan anda. Dengan rekaan ini juga anda mungkin boleh bergaya ketika dipejabat. Pasti ramai mata-mata yang melihatnya. Hehe..

Limonium

Tempat Instant Shawl Exclusive Terbaik

LIMONIUM antara shawl Schals yang mempunyai koleksi yang terbanyak. Limonium didatangkan dengan 20 warna yang berbeza dan menarik dihiasi dengan corak jalur yang cantik dan simple. Coraknya lebih sporty dan outgoing. Anda boleh menggayakannya ketika bersantai bersama kawan-kawan.

Kelebihan Schals Shawl Exclusive

Antara kelebihan yang ada pada Shawl dari Schals ni adalah :-

  • Tidak perlu gosok/iron
  • Tidak perlu pin atau brooch
  • Mudah dipakai atau disarungkan
  • Tidak jarang
  • Sejuk dan selesa
  • Sporty dan Outgoing
  • Diperbuat daripada material knitted berkualiti tinggi (import)
  • Jahitan berkualiti
  • Mudah dan menjimatkan
  • Banyak pilihan warna dan corak

Schals Shawl Exclusive Boleh Didapati Dengan Harga Mampu Milik

Jika dilihat kepada kualiti yang ada pada Schals Shawl Exclusive ini, seperti harganya terlalu mahal untuk dimiliki.. Tetapi sebenarnya harga shawl dari Schals ini tidaklah mahal seperti yang disangkakan kerana harganya adalah mampu milik iaitu serendah RM59 sahaja sehelai.. Jadi, anda bolehlah membuat koleksi shawl dari Schals pula selepas ini..

koleksi knitted Instant Shawl Exclusive

Jom Dapatkan Shawl Eksklusif dari Schals SEKARANG!!

Jom dapatkan segera shawl eksklusif dari Schals ini sekarang. Selain mempunyai banyak pilihan warna dan corak, shawl mereka juga sangat eksklusif dan berkualiti tinggi. Anda pasti sukakannya dan tak rugi membelinya. Untuk mendapatkan Schals Shawl Exclusive ini ataupun ingin menjadi agent jualan, anda boleh terus hubungi melalui whatsapp di talian :

INSTANT SHAWL EXCLUSIVE BY SCHALS
Hubungi: Tekan untuk telefon (019-7674636 – Linda) | Tekan untuk WhatsApp

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: