Review
Feb 21, 2018, 9:41am

Rehal Eksklusif Terbaru Istimewa, Berkualiti Dan Selesa


  •  
  •  
  •  
  •  

Rehal adalah kayu atau tapak yang digunakan bagi meletakkan Al-Quran atau barang-barang di atasnya sebagai pelindung sesuatu barang atau buku tersebut, perhiasan atau lebih kepada menampung sesuatu supaya berada tinggi sedikit untuk memudahkan pengguna. Secara umumnya, rehal digunakan untuk meletakkan Al-Quran atau menjadikan tapak tempat duduk sesebuah Al-Quran. Terdapat banyak jenis rehal seperti rehal dari kayu ukiran, rehal plastik dan sebagainya. Ada rehal yang berat dan ringan berdasarkan material atau bahan-bahan yang digunakannya untuk menghasilkan rehal tersebut. 

rehal mengaji eksklusif

Kualiti sesebuah rehal bergantung kepada material yang digunakan serta keseimbangan rehal tersebut. Material yang lembut dan tidak kukuh membuatkan ia sering longgar dan tidak dapat berdiri lama dan menampung buku di atasnya. Malah, ia juga mungkin tidak seimbang dan cenderung untuk jatuh sekiranya meletakkan buku yang berat. Ini adalah sebab pentingnya memiliki rehal yang benar-benar berkualiti supaya dapat tahan lama dan dapat melakukan aktiviti kita tanpa ada gangguan dan kerosakan rehal. Selain itu, rehal yang berkualiti dan tidak mudah rosak juga membuatkan anda lebih selesa menggunakannya setiap masa.

rehal mengaji Berkualiti

Terdapat banyak jenis rehal di Malaysia dan pemilihan rehal haruslah dibuat berdasarkan  kualiti, ciri-ciri serta keadaan rehal tersebut. Rehal yang cantik dan menarik akan menarik minat kanak-kanak untuk menggunakannya dan suka untuk membaca Al-Quran selalu. Rehal yang kuat, kukuh dan tahan pula akan memudahkan para tahfiz untuk menggunakannya setiap hari. Malah, rehal juga boleh digunakan untuk meletak Al-Quran bagi hantaran perkahwinan berupa Al-Quran. Rehal yang tampak eksklusif sangat sesuai dalam majlis ilmu dan juga kegunaan harian anda.

Rehal Turki – Rehal Eksklusif Dan Terbaru Di Malaysia

rehal eksklusif turki

Rehal Turki adalah satu-satunya rehal yang eksklusif dan terbaru di Malaysia.  Rehal Turki ini diperbuat sepenuhnya 100% daripada negeri empayar Othmaniyyah iaitu di Turki dan diimport ke Malaysia untuk memudahkan anda mendapatkan rehal yang sangat-sangat eksklusif, berkualiti, selesa dan istimewa. Dengan harganya yang berpatutan, rehal turki eksklusif ini mempunyai banyak keistimewaan yang anda patut tahu.  Ia juga dikenali sebagai rehal moden masa kini di mana terdapat banyak kegunaannya selain dari menjadi rehal untuk meletakkan Al-Quran.

Maklumat rehal turki facebook

Tambahan pula, rehal yang direka dan dihasilkan ini mengikut rekaan eksklusif moden dan menepati keperluan harian anda.  Selain itu, rekabentuk dan coraknya juga adalah bercirikan rekaan unik islamik Turki Othmaniyyah.  Kecantikan, keistimewaan dan kualiti rehal yang dibawa khas daripada benua Eropah ini juga telah mendapat permintaan ramai kerana ciri-cirinya yang lain daripada rehal biasa yang selalu digunakan untuk mengaji.  Kini, rehal turki ini telah berada di Malaysia.  

Ciri-Ciri Rehal Turki 

ciri ciri rehal turki

Rehal Turki ini tidak sama dengan rehal biasa yang digunakan di Malaysia.  Rehal Turki ini telah mendapat sambutan ramai kerana ciri-ciri dan keistimewaannya yang sangat unik, selesa dan memudahkan orang ramai.  Ia juga sangat sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat tidak kira umur dan tidak ada perbezaan status.  Jelas, rehal turki ini sangat mampu milik dan wajib anda dapatkan untuk keselesaan dan kemudahan akan datang untuk setiap keluarga dan institusi pengajian.  Terdapat banyak ciri-ciri rehal yang juga disebut sebagai Rehal Moden Eksklusif ini.

  • Stackable
  • Mempunyai ruang pemegang
  • Mempunyai ruang lunjuran kaki
  • Dilengkapi dengan interlock system
  • Mempunyai 2 pilihan warna
  • Kecerunan 30 darjah
  • Terdapat ruang untuk meletak pen dan pensel
  • Direka khas sesuai untuk postur badan
  • Dibuat daripada bahan-bahan yang berkualiti
  • Mempunyai laci rahsia
  • Rekabentuk mengikut zaman islamik
  • Ringan dan tidak berat

Keistimewaan Dan Kelebihan Rehal Turki

keistimewaaan rehal turki

Terdapat 12 keistimewaan dan kelebihan rehal moden eksklusif ini yang berasaskan ciri-cirinya.  Setiap ciri-ciri rehal ini mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri.  

1. Stackable

Mudahnya menggunakan rehal turki ini! Selesai menggunakannya, anda boleh susun secara bertindih sahaja.  Seperti kerusi, anda boleh menyusunnya secara tindih dan tidak perlu membazirkan wang membeli rak untuk menyimpan rehal. Mudahnya bila gunakannya, rehal anda bersama rakan-rakan yang lain akan lebih rapi disusun dan kemas. Rehal turki ini sangat stackable dan fleksibel untuk memudahkan semua pengguna.

rehal stackable atau boleh ditindih

2. Laci Rahsia

Kalau sekali tengok, anda tidak akan perasan akan kewujudan laci ini.  Ia sangat tersorok di atas meja. Berbeza dengan rehal yang lain, tidak ada rehal yang mempunyai laci dan kemudahan seperti rehal turki ini. Ruang laci rahsia ini adalah seluas 5 Liter atau 7.5 cm yang juga menyerupai ketebalan buku saiz biasa. Dengan laci ini, anda boleh menyimpan barang-barang anda disini seperti pen, pensil, buku, kitab, quran, laptop, charger laptop, mainan anak-anak dan macam-macam lagi.

rehal turki ada laci rahsia

3. Ringan

Keistimewaan rehal turki ini juga adalah ianya sangat ringan dan selamat. Rehal yang seberat 1.4 kilogram ini juga boleh diangkat oleh kanak-kanak dan anak kecil seumur 2 tahun kerana ia sangat ringan dan mudah. Ia juga selamat digunakan sekiranya terjatuh ke kaki atau terkena orang lain. Rehal yang selamat beginilah sepatutnya digunakan oleh kita semua.

rehal yang ringan

4. Islamik Design

Rehal turki moden yang eksklusif ini diperbuat berdasarkan reka bentuk Islam empayar othmaniyyah iaitu bentuk qubah masjid, khat arabi dan bunga tulip. Kesemua bentuk-bentuk itu memainkan peranan penting dalam mencorakkan rehal ini beserta ukiran seni kaligrafi Islam membuatkan ia nampak sangat unik dan istimewa.

rehal islamic design

5. Bahan-Bahan Berkualiti

Rehal ini juga diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi iaitu bahan-bahan baru (100% new material). Ia juga adalah non recycle material dan anda tidak perlu risau tentang ketahanannya. Selain bahan-bahan berkualiti, ketebalan plastiknya pula adalah setebal 33mm. Ia sangat kukuh dan tidak patah serta tahan lama. Walaupun meletekkan barang seberat 70 kg, rehal ini tidak pecah dan patah. Ia sangat berbaloi dan sesuai untuk jangka masa panjang. Penghasilannya juga tidak menggunakan mana-mana skru dan tidak akan berlaku masalah skru longgar, tercabut dan sebagainya. Istimewanya rehal ini kerana ketahanannya yang kukuh tidak perlukan anda menukar yang baru selalu, ianya telah terbukti,  pelanggan rehal turki ini berupa pelajar madrasah tahfiz telah menggunakan rehal turki sudah lebih dari setahun dan tidak pernah mengalami apa-apa kerosakan.  Ianya sangat kukuh, selesa dan amat seronok digunakan.

rehal berkualiti tinggi

6. Baik Untuk Postur Badan

Ketinggian rehal turki ini iaitu 35 cm menjanjikan keselesaan kepada anda.  Badan anda akan berada dalam posisi yang tegak dan tidak bongkok pada tulang belakang anda.  Dengan postur badan yang betul sewaktu menggunakannya, anda tidak akan terdedah kepada sakit belakang, sakit pinggan dan lain-lain lagi.

rehal sesuai untuk tekstur badan

7. Kecerunan 30 Darjah

Permukaan rehal turki ini adalah 30 darjah.  Ini merupakan kelebihan dan keistimewaan rehal yang tidak terdapat pada rehal lain. Dengan posisi ini, ia sangat elok untuk melakukan aktiviti membaca dan sebagainya. Anda tidak perlu mencondongkan badan untuk melihat buku, malah ia juga baik untuk mata anda dan tidak silau.  Nak mengadap Quran dan membaca buku lama-lama pun selesa.

darjah kecerunan 30 darjah untuk mudah pembacaan

8. Tiga Ruang Penyimpanan Pen Dan Pensel

 Sebagai sebuah rehal yang multifunction, terdapat pelbagai kegunaan rehal ini. Antaranya ialah membaca Al-Quran, buku, melakukan aktiviti mewarna, melukis dan sebagainya, juga membuka komputer riba di atas rehal ini. Pada permukaan rehal ini, terdapat 3 ruangan meletak pen atau pensel di mana ia merupakan kemudahan yang boleh anda gunakan untuk aktiviti anda.

rehal dan ruang penyimpanan

9. Dua Pilihan Warna

Terdapat 2 pilihan warna rehal turki. Antaranya ialah wearna Cream dan Dark Brown. Bagi anda yang sukakan warna cerah, warna cream merupakan yang terbaik sekaligus nampak bersih dan suci. Bagi yang suka warna gelap pula boleh gunakan warna dark brown.

pilihan warna rehal

10. Interlock System

Istimewanya rehal turki ini juga, anda tidak perlu fikirkan cara untuk menyimpannya. Anda hanya perlu meletakkan bersebelahan dan susunnya dengan cara mengunci rehal sebelahnya dengan interlock system yang disediakan. Ia akan membantu anda memberi susunan yang lurus ketika disusun sebelah menyebelah.

sistem interlock rehal

11. Ruang Lunjur Kaki

Rehal turki moden ini sangat memahami akan situasi anda yang menggunakannya melakukan aktiviti harian anda. Rehal turki ini menyediakan ruangan lunjur kaki bagi anda yang menggunakan rehal dengan lama dan berjam-jam supaya anda selesa dapat melunjurkan kaki. Leganya dapat lunjur kaki, kaki pula takkan sakit dan boleh rehat. Selesanya gunakan rehal turki moden ini.

ruang berlunjur kaki pada rehal

12. Ruang Pemegang

Rehal turki ini juga didatangkan khas dengan ruangan pemegang rehal kiri dan kanan. Ia bertujuan untuk mengangkat dan memindahkan rehal dengan mudah. Ruang ini mencukupi untuk saiz tangan kanak-kanak dan dewasa memegangnya. Mudah, selesa dan sangat bermanfaat.

ruang pemegang rehal

Adakah Anda Patut Memiliki Rehal Turki Ini?

Rehal turki ini sangat menarik dan pelbagai kegunaannya. Anda patut memiliki rehal ini untuk kegunaan harian dan peribadi anda. Dalam negara yang penuh dengan masyarakat Islam ini, semua lapisan masyarakat sangat sesuai menggunakannya. Nak tahu siapa yang patut memiliki rehal ini? Anda lah yang perlu gunakannya.

siapa patut beli rehal

Madrasah Tahfiz Al-Quran

Ruangan sesetengah madrasah tahfiz yang terhad memudahkan mereka untuk menyusun dan menyimpan rehal selepas menggunakannya kerana rehal ini bersifat stackable dan boleh disusun bertindih serta menjimatkan ruang. Laci rahsia juga boleh digunakan bagi menyimpan Quran, tasbih, minyak wangi, kayu siwak, pen dan barang-barang lain.

rehal untuk pelajar madrasah

Masjid, Surau Dan Musalla

Masjid, surau dan musalla merupakan tempat pengajian yang selalu kita menggunakan kitab dan buku. Buku-buku ini boleh disimpan di atas rehal daripada diletakkan dibawah atau diatas peha sangat majlis ilmu berlangsung. Ia lebih berkat dan lebih baik berbanding meletakkan buku di atas lantai begitu sahaja.

rehal untuk kegunaan masjid surau

Taska Dan Tadika

” Melentur buloh biarlah daripada rebungnya”. Begitulah kanak-kanak perlu diibaratkan. Mengajar mereka menyusun dan mengemas buku-buku atau alat tulis mereka ke tempat yang betul perlu diamalkan sejak kecil lagi.  Mereka boleh menyusun dan menyimpannya di dalam laci rahsia supaya kemas dan tidak bersepah.

rehal untuk pelajar tadika

Pelajar Sekolah Dan Universiti

Pelajar sekolah dan universiti boleh jimat dengan menggunakan rehal ini dan tidak perlu susah membeli meja besar dan sebagainya. Dengan rehal ini, anda boleh jadikan meja belajar dan juga mejap latop untuk buat kerja dan sebagainya.  Tidak nampak banyak barang di bilik anda dan senang nak kemas bilik.

rehal untuk pelajar universiti

Individu Seperti Anda Untuk Kegunaan Peribadi

Aktiviti anda dirumah seperti bermain game, facebook, internet dan sebagainya boleh dilakukan seperti biasa dengan lebih selesa lagi dengan adanya rehal ini. Anda tak perlu letak laptop atau buku di bawah lantai lagi. Postur badan, tengkuk dan kaki akan menjadi selamat daripada sakit-sakit dan tidak selesa.

rehal turki untuk keluarga

Testimoni Mereka Yang Menggunakan Rehal Turki

testimoni pengguna rehal turki moden

“Sebelum ini setiap 2 bulan saya terpaksa menukar rehal kayu para pelajar Maahad Al-munir kerana para pelajar lasak menggunakannya. Selepas mengunakan rehal turki lebih setahun tiada sebarang masalah. Ianya tahan lasak dan amat selesa digunakan.”

– Ustaz Muhammad Sukri Mudir Ma’ahad Al-Munir , Cheras

“Kali pertama ternampak rehal ni di Facebook,terus rasa suka kepada^ konsep dan bentuknya. Ringan, mudah disusun dan disimpan, teratur. Tiada bahagian bersambung, bermakna risiko kerosakan kurang (tahan lama).”

-Ustaz Rahmat Ali Koordinator Tirmidhi Centre – Sri Kembangan

pengajian yang menggunakan rehal turki

Ini pula testimoni daripada pelancong Syria yang menetap di Selangor.

“MasyaAllah,rehal memang terbaik,Design cantik,Ringan,Saiz memang sesuai dan laci cukup luas”

Jom Dapatkan Diskaun Rehal Turki Sekarang!

Harga Asal Rehal Turki adalah RM93. Promosi 30% diberikan kepada anda. Hanya RM65 sahaja seunit. Jom dapatkan segera peluang keemasan ini! Penghantaran akan terus dilakukan segera kepada anda!

REHAL TURKI | REHAL EKSKLUSIF, TERBARU, BERKUALITI DAN ISTIMEWA DI MALAYSIA Hubungi: Tekan untuk telefon (019-3596884) | Tekan untuk WhatsApp Facebook: Rehal Turki

Jom Dapatkan Diskaun Rehal Turki Sekarang!

Call Whatsapp Layari Website

Jom Dapatkan Diskaun Rehal Turki Sekarang!