Umum
Sep 6, 2010, 8:23pm

Raya Jatuh Pada Hari Khamis


  •  
  •  
  •  
  •  
Salam, Wehh korang tahu x? raya jatuh pada hari khamis.. Siapa cakap? Betullah aku cakap?┬áMacam mana ko tahu? Yelah aku kan tiap-tiap tahun tengok anak bulan.. Waklu! Hahaha… Nie Ingat..┬áJangan sesekali terpengaruh dengan khabar angin mengatakan aidilfitri disambut pada hari Khamis…

Jamil khir menegaskan kepada semua umat islam tidak terpengaruh dengan raya hari khamis.. Jom Usha Keratan Akhbar Daripada Bharian…
KUALA LUMPUR: Umat Islam diminta tidak terpengaruh dengan khabar angin mengatakan Aidilfitri disambut pada Khamis, sebaliknya menunggu pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam Rabu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata khabar angin itu disebar oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan semata-mata. “Kita dengar (khabar angin) Raya jatuh pada Khamis…kalau jatuh pada hari Khamis maka tinggal dua hari lagi kita berpuasa dan ini seperti menjadi trend golongan tertentu (peniaga) untuk melariskan jualan mereka. “Kita jangan ikut rentak orang bisnes,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Dana Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Wilayah Persekutuan di sini, hari ini. Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan Aidilfitri tahun ini ditetapkan pada Rabu, manakala Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab. Jamil Khir turut menasihatkan umat Islam supaya berjimat-cermat dalam membuat persiapan menyambut perayaan Aidilfitri. Pada majlis itu, seramai 70 orang terdiri daripada ibu tunggal dan anak-anak terabai berikutan bekas suami atau bapa gagal atau ingkar mematuhi perintah nakfah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah menerima nafkah pendahuluan berjumlah RM200,000. Wang itu hanya diberi kepada mereka yang memperoleh perintah Mahkamah Syariah.
ProfHariz : Jangan sesekali buat spekulasi.. tunggu dulu pengumuman dari pakcik yea.. Rasa2 korang pakcik umum raya tuh pakai baju warna ape ye malam rabu nanti?