Review
Jun 27, 2018, 11:28am

Rawatan Spa Untuk Kecantikan Terbaik di Kulim


Sekali sekala membelai wajah di spa pasti memberi kepuasan apatah lagi jika saban hari berdepan hiruk pikuk kesibukan dan pencemaran di kota. Bayangkan pengalaman mendapat rawatan muka yang menumpukan kepada perasaan dan kesejahteraan, bukan hanya wajah semata-mata.

spa terbaik di kulim

Memperkenalkan Spa Butik Princess Terbaik di Kulim

Butik Princess yang terletak di Kulim ini adalah gabungan butik, cafe dan spa untuk mereka yang bukan saja mementingkan kejelitaan dan penampilan wajah, tetap juga mahu memastikan diri sentiasa sihat luaran serta dalaman. Butik Princess cukup dikenali bukan sahaja oleh penduduk-penduduk di sekitar Kulim, tetapi juga pengunjung-pengunjung dari luar negeri. Lokasi dan kedudukan pusat kecantikan Butik Princess ini berada di tengah-tengah pekan Kulim, yang terletak Dekat dengan Klinik Dr.Nasran. Pusat kecantikan Butik Princess adalah jawapan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kecantikan kulit dan facial spa treatment yang anda idam-idamkan.

Butik Princess Spa terbaik di kulim

Kos Rawatan Yang Mampu Milik

Jika menyebut mengenai spa atau pusat kecantikan, pasti terbayang kos yang perlu dikeluarkan untuk mendapatkan rawatan kecantikan di tempat seumpama itu. Bagi mereka yang berkemampuan, mungkin tiada masalah untuk memilih mana-mana spa yang disukai sebaliknya bagi wanita yang mengalami kekangan kewangan seperti suri rumah, hasrat itu terpaksa dikuburkan dan dipendam.

spa untuk kecantikan terbaik di kulim

Namun, tidak semua spa dan pusat kecantikan mengenakan harga mahal untuk perkhidmatan yang disediakan, malah banyak pusat kecantikan yang sering memberi diskaun dan harga istimewa untuk dicuba pelanggan. Butik Princess menampilkan rawatan pada harga mampu milik dengan rawatan kecantikan terbaik untuk pelanggannya memanjakan diri.

Rawatan Kecantikan Wajah Dari Hujung Rambut Hingga ke Hujung Kaki

Antara kelebihan rawatan yang disediakan di sini ialah urutan wajah seperti srcub, steam, mask dan vacum yang menjadi pilihan ramai pelanggan kerana rawatan ini dapat memberi kesegaran wajah, merawat masalah jerawat, kusam, bintik hitam dan sebagaiya. Tawaran harga yang ditawarkan pula serendah RM25 sahaja untuk setiap rawatan.

facial spa untuk kecantikan terbaik di kulim

Spa ini turut menawarkan spa tangan dan kaki menggunakan herba dan minyak bagi melembapkan kulit, memudarkan parut, membantu mengembangkan dan menanggalkan daki degil serta melicinkan kulit agar sentiasa gebu. Di Butik Princess juga, spa kaki turut menjadi tarikan untuk wanita melegakan kesakitan otot, lenguh, sakit sendi, sengal dan kekejangan otot kaki, mengurangkan kesakitan dan keletihan kaki selepas seharian berdiri dan berjalan selain membantu merawat tumit merekah.

Spa Untuk Kecantikan Dan Juga Spa Menjual Pelbagai Jenis Pakaian Wanita

spa kecantikan dan butik kulim

Selain memanjakan diri, spa ini juga turut menjual pelbagai jenis pakaian wanita seperti blouse, skirt, jubah, baju kurung dan banyak lagi. Lebih menarik, apabila pakaian yang dijual bermula saiz S hinggalah saiz paling besar iaitu XXXXL. Pilihan jenis pakaian pula adalah pelbagai dan trendy sekali. Tidak ketinggalan, barangan kosmetik seperti alatan solek dan tudung juga di jual di sini.

Butik Princess Mengutamakan Keselesaan Pelanggan Tertelak di Kulim

butik spa di kulim

Susun atur ringkas Butik Princess bagi memberi keselesaan maksimum kepada pelanggan di samping keramahan kakitangan dan pemilik pusat kecantikan ini ketika menyambut kehadiran pelanggan pastinya membuatkan hati sesiapa saja terpaut untuk melakukan rawatan kecantikan di situ. Bilik terapi yang serba lengkap serta bau harum menambah keselesaan dan menaikkan keinginan berehat sebaik melangkah kaki ke pusat kecantikan Butik Princess yang terletak di Kulim ini.

Kebaikan Dan Kelebihan Spa Butik Princess Untuk Kecantikan Wanita Yang Perlu Anda Tahu

Berikut adalah kelebihan atau kebaikan spa dari Spa Butik Princess untuk kecantikan wanita yang perlu anda ketahui.

1. Mengekalkan Kecantikan

mengekalkan kecantikan spa

Kelebihan spa adalah untuk kecantikan seorang wanita. Sekarang, banyak spa moden menggunakan pelbagai rawatan yang boleh menjadi pilihan untuk anda. Terdapat rawatan yang menggunakan buah-buahan semulajadi, coklat, susu dan beberapa bahan semulajadi lain yang akan menjadikan anda kelihatan lebih cantik.

2. Mengekalkan Kesihatan

spa untuk kesihatan wanita kulim

Di samping mengekalkan kecantikan, spa juga bermanfaat untuk mengekalkan kesihatan yang baik, kerana di spa ada bahagian-bahagian seperti scrub, urutan, dan mandian yang sangat bermanfaat untuk mengekalkan kesihatan kulit anda. Bukan hanya kulit yang sihat di luar, tetapi juga boleh memberi nutrien untuk tisu kulit kita tau.

3. Menjadikan Kulit Lebih Bersih

kulit lebih cantik

Dengan melakukan spa terutama pada scrub, ini menjadikan kulit kita lebih bersih dan putih. Jus buah atau bahan semulajadi yang terdapat di scrub boleh membersihkan kulit kita dari kulit kusam, mengeluarkan sel kulit mati, dan sebagainya.

4. Menyegarkan Tubuh Badan

badan lebih fresh spa kulim

Dengan urutan dan pantulan setiap bahagian badan, menjadikan tubuh kita lebih segar, lebih sihat dan lebih santai. Biasanya, selepas rawatan spa, kami akan berasa lebih ringan dan tidak lagi berasa letih kerana aktiviti harian.

Rawatan Wajah Dan Resdung

Berkonsepkan pusat kecantikan tiga dalam satu, Butik Princess turut menyediakan rawatan menegangkan kulit wajah menggunakan mesin khas. Ia memberi tumpuan kepada wanita pertengahan usia yang inginkan kulit cantik dan kembali anjal disebabkan faktor usia dan pemakanan. Menerusi rawatan ‘menaikkan’ wajah, kulit melalui proses urutan menggunakan peralatan khas yang bertindak meremajakan kulit. Ia boleh dilakukan dua kali sebulan untuk kesan yang optimum.

rawatan resdung di Spa kulim

Bagi yang mengalami masalah resdung pula, di Butik Princess turut menawarkan perkhidmatan rawatan untuk penyakit resdung di butik mereka. Masih lagi mengekalkan cara rawatan seperti cara tradisional dengan menggunakan rokok resdung, bezanya selepas rawatan pesakit akan diberi rawatan muka untuk mengembalikan semula kelembapan serta kesegaran wajah. Tambahnya lagi, rawatan tersebut antara yang menerima permintaan paling tinggi dalam kalangan pesakit resdung wanita.

Kemudahan Dan Kelengkapan Yang Selesa Untuk Pelanggannya

kelengkapan spa di kulim

Butik Princess, antara beauty spa yang terbaik di Pekan Kulim, menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan rawatan kecantikan yang tiada tandingnya dan digandingan dengan kemudahan-kemudahan yang menawarkan satu persekitaran yang nyaman dan selesa di samping anda sedang menjalani proses rawatan muka anda. Kemudahan bilik rawatan yang selesa dan kedai yang berhawa dingin menjadikan butik ini menjadi pilihan masyarakat di sekitar pekan Kulim.

Staff Butik Princess Mesra Pelanggan

staff mesra pelanggan spa kulim

Dengan layanan staff-staff di Butik Princess yang mesra dan berkemahiran, setiap pelanggan mereka akan dibelai bak puteri raja dengan suasana sekeliling SPA yang tenang sehingga mencetuskan kesegaran dan ketenangan serta memberikan pengalaman yang berbeza  kepada setiap pelanggan. Anda akan rasa nyaman semasa menjalani rawatan

Jom Manjakan Diri Di Butik Princess!

butik spa untuk kecantikan terbaik di kulim

Berikan sedikit masa pada diri anda dengan memanjakan diri di SPA Butik Princess. Kekal cantik, segar dan bertenaga sejurus melakukan rawatan di sini. Hubungi mereka untuk keterangan lanjut.

SPA BUTIK PRINCESS | SPA MANJAKAN DIRI DI KULIM
Hubungi: Tekan untuk telefon (012-5295912) | Tekan untuk WhatsApp
Facebook: Prince Princess Boutique
Instagram: @butikprincess_kulim

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: