Review
Aug 23, 2017, 8:00am

Rawatan Selepas Bersalin di Shah Alam


  •  
  •  
  •  
  •  

Rawatan selepas bersalin semasa menjalani tempoh berpantang sememangnya perkara yang sangat penting untuk memulihkan kembali kesihatan dan kecantikan dalaman mahupun luaran. Sungguh pun begitu, amalan menjalani rawatan selepas bersalin ini sering di ambil mudah oleh segelintir wanita hari ni terutamanya ibu-ibu muda yang menganggap perkara sebegini sangat melecehkan dan membosankan. Disebabkan itu, banyak masalah kesihatan fizikal dan mental boleh terjadi seperti meroyan.

Rawatan Selepas Bersalin di Shah Alam

Oleh sebab itu, soal rawatan selepas bersalin perlu di ambil kira bagi memastikan tubuh badan ibu sembuh seperti biasa daripada luka-luka dalam semasa bersalin. Kebiasaanya, masyarakat melayu berpantang selepas bersalin selama 40 hari untuk memulihkan dan mengembalikan kecergasan wanita. Selain itu, ibu juga perlu rehat secukupnya, mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang serta menjaga kebersihan.

Rawatan Selepas Bersalin Secara Tradisional

Antara rawatan selepas bersalin secara tradisional yang masih di amalkan adalah seperti berurut, bertungku, berbengkung/berbarut, mandi air rebusan herba dan bertangas. Amalan sebegini yang di katakan melecehkan, akan tetapi kesan selepas mengamalkan memberikan kesan yang bagus dalam jangka masa yang panjang.

Berikut adalah rawatan selepas bersalin secara tradisional yang anda wanita selepas bersalin amalkan. InshaAllah untuk mengembalikan tenaga dan dalaman yang baik untuk mengandung dan beranak yang seterusnya.

Berurut Selepas Bersalin

Berurut Rawatan Selepas Bersalin di Shah Alam

Amalan berurut boleh dilakukan selepas beberapa hari bersalin dilakukan oleh mak bidan selama 3 hari berturut-turut. Dengan  berurut dapat melancarkan perjalanan darah dalam badan dan melegakan sendi-sendi yang sakit semasa bersalin memandangkan ibu banyak kehilangan tenaga dan badan menjadi lemah. Semasa berurut di lakukan badan akan menjadi kembali segar bertenaga dan panas.

Untuk menjaga kepanasan badan, ibu di nasihatkan untuk sentiasa memakai baju panas dan juga memakai stokin. Ini kerana badan ibu selepas bersalin mudah cepat sejuk dan bengkak pada bahagian kaki. Urutan juga ada teknik dan cara yang tertentu untuk ibu yang bersalin secara normal mahupun bersalin secara pembedahan bagi memastikan luka jahitan betul-betul sembuh.

Bertungku Selepas Bersalin

Bertungku Rawatan Selepas Bersalin di Shah Alam

Bertungku pula berfungsi untuk memecahkan darah beku dalam perut dan mengecutkan ‘batu merian’agar lemak yang terkumpul dalam bahagian perut dapat dipecahkan. Bertungku juga dapat mengurangkan stress. Akan tetapi, ibu yang bersalin secara pembedahan hanya di digalakkan bertungku di bahagian belakang dan juga kaki.

Pemilihan alatan untuk bertungku juga perlulah yang bersesuaian. Selepas bertungku, badan akan berasa hangat dan segar.

Berbengkung Selepas Bersalin

Berbengkung Rawatan Selepas Bersalin di Shah Alam

Memakai bengkung atau barut adalah penting untuk membentuk kembali otot-otot badan, perut, pinggul dan juga mengetatkan peranakan supaya tidak jatuh. Selain itu, ia boleh merampingkan pinggang serta mengembalikan bentuk badan asal kerana semasa mengandung badan telah mengembang dan banyak lemak terkumpul. Selepas bersalin pula badan jadi menggeleber. Jadi, amalan berbengkung ini dapat menjaga kecantikan wanita dari dalaman dan juga luaran untuk menjaga penampilan diri.

Mandi Air Rebusan Herba Selepas Bersalin

Bagi mengembalikan kesegaran tubuh badan, di nasihatkan supaya mandi air rebusan herba. Air rebusan herba sangat bagus untuk mengembalikan kesegaran urat saraf. Selain khasiat herba itu sendiri, aroma herba juga membantu menenangkan badan dan juga fikiran ibu selepas bersalin serta mewangikan badan.

Mandi air rebusan herba Rawatan Selepas Bersalin di Shah Alam

Herba-herba yang biasa di gunakan seperti daun mengkudu, serai wangi, daun sireh dan lain-lain lagi. Amalan mandi herba di amalkan sepanjang tempoh berpantang untuk mandi pagi dan petang. Namun, amalan mandi herba di katakan susah untuk di amalkan pada hari ini disebabkan herba-herba sukar di cari. Meskipun sukar, herba-herba masih boleh di dapati di kedai-kedai jamu.

Bertangas Selepas Bersalin

Bertangas adalah rawatan tradisional dan kotemporari yang menjadi pilihan wanita zaman moden sebagai rawatan selepas bersalin. Ini kerana kaedah bertangas amat mudah untuk dilakukan. Amalan bertangas dapat mengecutkan urat-urat yang kembang selepas bersalin, memperbaiki urat-urat dan merawat bahagian sulit yang luka semasa bersalin. Dalam masa yang sama ia dapat memperbaiki bahagian luaran dan mampu memberikan kesan yang bagus dalam badan sekiranya di lakukan dengan kerap.

Bertangas Rawatan Selepas Bersalin di Shah Alam

Dikatakan amalan bertangas bukan hanya sesuai untuk wanita selepas bersalin, malahan sesuai untuk remaja dan juga wanita yang baru menopaus. Antara kebaikan bertangas bagi wanita adalah seperti membuang toksik dalam badan, menghilangkan keputihan, membersih, mencegah penyakit sakit puan dan melancarkan pengaliran darah dalam badan.

Untuk wanita yang berpantang sendiri mesti tidak ada ilmu rawatan tradisional seperti berbengkung, bertungku dan sebagainya. Jadi, terkini sudah ada pakej berpantang & rawatan selepas bersalin yang ditawarkan dari rumah ke rumah oleh Adrae Spa.

Pengenalan Adrae Spa Terbaik di Shah Alam

Pengenalan Adrae Spa Rawatan Selepas Bersalin di Shah Alam

Adrae Spa (Adrae Cosmetics & Healthcare) merupakan pusat kecantikan wajah dan badan serta rawatan ibu selepas bersalin milik bumiputera yang di asaskan oleh Ms. Nurul.

Adrae Spa Menjadi Pilihan Wanita Selepas Bersalin di Shah Alam

Adrae Spa menawarkan pelbagai perkhidmatan dan pakej kecantikan untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan harga yang murah serta berbaloi. Dengan bajet RM99 anda dapat menikmati pakej-pakej berikut.

Spa_Bersalin Selain itu ada pakej ibu mengandung, pakej facial, pakej mandi bunga, pakej urutan tradisional. Paling penting, Adrae Spa mempunyai pakej rawatan bersalin yang lengkap dan anda boleh pilih pakej-pakej yang disediakan. Lebih menarik lagi, terdapat pakej penutup berpantang yang bertujuan untuk memulihkan semangat ibu, mengembalikan keyakinan, menaikkan seri ibu dan menutup segala perawatan semasa berpantang dahulu. Jadi, tidak hairanlah mengapa Adrae Spa  menjadi pilihan wanita hari ini untuk menjalani rawatan selepas bersalin.

Pakej Penutup Berpantang Rawatan Selepas Bersalin di Shah Alam

Testimoni Pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan Adrae Spa

Testimoni Pelanggan Yang Telah Menggunakan Adrae Spa Rawatan Selepas Bersalin di Shah Alam Rawatan Selepas Bersalin di Shah Alam

Jom Dapatkan Rawatan Selepas Bersalin di Shah Alam dengan Adrae Beauty Spa

Rawatan Selepas Bersalin Terbaik di Shah Alam

Apa tunggu lagi? Jom tempah slot anda sekarang dengan hubungi nombor tertera di bawah. Atau terus sahaja walk in ke lokasi dibawah. Jangan lupa ajak rakan-rakan anda sekali ya.

ADRAE BEAUTY– HQ | RAWATAN SELEPAS BERSALIN

Hotline : 014-2665733 | Link WhatsApp

Pejabat : 03-55231426

Facebook :@adraebeautyspa

Instagram : @adraebeautyspa

Alamat :

Lokasi : B-21-1 Jalan Serai Wangi, K 16/K Alam Avenue Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor.

Waze : Adrae Beauty – HQ