Review
Jan 4, 2019, 11:01am

Rancangan Perniagaan Dobi Dengan MCC Smart Services


Anda seorang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang usahawan tetapi masih lagi tercari-cari jenis perniagaan yang sesuai dan menguntungkan? Apakata jika anda ceburi bidang dobi. Mengapa dobi? Ini kerana perniagaan dobi kala ini sudah menjadi salah satu perniagaan yang boleh memberi jumlah keuntungan yang sangat lumayan.

Apa tidaknya, setiap hari semua orang akan mempunyai pakaian kotor namun disebabkan faktor kesibukan kerja maka pakaian ini selalunya hanya akan menimbun tidak di basuh.

Dobi layan diri sebegini turut menjadi pilihan kerana para pelanggan boleh terus mencuci pakaian masing-masing dengan mudah tanpa perlu bersusah payah. Harga yang perlu dibayar juga sangatlah murah dan berbaloi. Paling penting semua pakaian yang di bawa boleh di basuh sendiri tanpa perlu berkongsi mesin dengan orang lain.

Kelebihan Memiliki Bisnes Dobi Layan Diri Sendiri

Sebagai pengusaha kedai dobi layan diri sendiri, anda tidak perlu bersusah payah menghabiskan masa sepenuhnya di premis. Ini kerana semua mesin yang ada akan digunakan terus oleh para pelanggan tanpa perlu tenaga anda untuk melakukannya.

Masa kerja sangat fleksibel hanya dengan perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya  sejam saja sehari tanpa perlu menganggu tugasan lain yang anda perlu lakukan. Secara tidak langsung bisnes dobi layan diri sebegini boleh dilakukan sebagai punca pendapatan sampingan juga tanpa perlu menganggu urusan peribadi yang lain.

Perniagaan ini juga bersifat stabil kerana dobi layan diri ini memang mempunyai permintaan yang tinggi saban masa terutama tatkala tiba musim hujan. Keuntungan untuk para pengusaha dobi layan diri bila tiba waktu hujan akan meningkat dari kadar biasa tanpa perlu bersusah payah mencari pelanggan.

Potensi dari segi keuntungan dalam bentuk kewangan juga sangat memberangsangkan kerana perniagaan dobi layan diri ini boleh dilakukan secara berterusan selama 24jam sehari. Apa yang perlu dilakukan hanyalah memberi suasana premis yang selesa dengan mesin membasuh dan mengeringkan pakaian yang baik kepada para pelanggan.  

Mcc Smart Service (M) Sdn Bhd Ada Menawarkan Perkhidmatan Dobi Layan Diri

MCC Smart Services ( PG0381626-P ) merupakan sebuah syarikat konsultan Dobi Layan Diri yang ditubuhkan secara rasminya pada 11 disember 2015 di Kulim, Kedah Darul Aman. Manakala, MCC Smart Services (M) Sdn Bhd ( 1244422-H ) telah didaftarkan pada 23 Ogos 2017.

MCC Smart Services juga merupakan pakar dalam inovasi, perundingan dan penjenamaan untuk perniagaan dobi layan diri. Kerana itu pihak MCC Smart Services ini boleh membantu serta menjadi mentor yang paling layak jika benar anda ingin memiliki perniagaan dobi dengan jenama anda sendiri.

Langkah Yang Betul Untuk Membuka Perniagaan Dobi Layan Diri

1) Lakukan Kajian Perniagaan

Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk memulakan perniagaan semestinya adalah dengan mengkaji diri sendiri selaku si empunya bisnes. Tanya diri sendiri berapakah jumlah modal yang boleh dibelanjakan. Kaji juga pada diri sendiri apakah imej dan identiti jenama yang ingin digunakan.

2) Mulakan Pencarian Lokasi Yang Strategik

Setelah mendapat tahu jumlah modal yang sebenar berserta dengan jenama yang ingin diketengahkan, bolehlah meneruskan langkah dengan mencari premis yang sesuai dengan kadar harga yang berpatutan. Premis ini tidak hanya bergantung pada keluasan ruangan dalaman semata-mata sebaliknya perlu di beri penekanan yang lebih terhadap lokasi premis itu sendiri.

Pastikan premis yang di pilih mempunyai penduduk ramai dan padat yang akan berpotensi menjadi para pelanggan kelak. Lokasi yang paling strategik adalah berdekatan dengan kawasan perumahan, IPTA/IPTS , asrama dan kedai 24 jam. Pastikan juga ada akses parking yang luas untuk memudahkan para pelanggan nanti.

3) Aturkan Pengurusan Projek Dengan Teliti

Setelah berjaya menemui premis yang bagus, bolehlah disegerakan urusan berikutnya yang berkaitan dengan konsultan. Daftarkan juga perniagaan secara sah dengan SSM. Akhir sekali dapatkan permit supaya mudah untuk melakukan pengubahsuaian ke atas premis dengan mudah dan lancar.

4) Tetapkan Permulaan Untuk Mula Berniaga

Kini urusan untuk memulakan permulaan sudah siap sepenuhnya. Apa yang perlu diteruskan hanyalah pada urusan marketing supaya perniagaan anda itu akan mula diketahui kewujudannya oleh penduduk setempat. Pastikan juga anda mempunyai hubungan yang baik dengan pembekal yang betul supaya segala masalah yang mendapat dapat diselesaikan dengan cepat.

Latihan ke atas diri sendiri di dalam pelbagai aspek sebagai seorang pengusaha perniagaan juga patut di ambil kira agar perniagaan anda itu dapat berkembang dari masa ke semasa.

5) Mula Kutip Hasil Dari Masa Ke Semasa

Berkat semua usaha dari awal hingga akhir akan terbalas apabila dapat mengutip hasil daripada perniagaan itu. Sikit sikit lama lama jadi bukit harus dijadikan pembakar semangat supaya ada keazaman yang tinggi untuk terus berjaya.

Hasil yang diperoleh boleh digunakan untuk pelbagai perkara samada untuk memperkembangkan lagi perniagaan tersebut ataupun sebaliknya mengikut kehendak diri anda sendiri. Yang penting jangan sesekali terlalu teruja dengan keuntungan terbabit sehingga tersalah membuat keputusan.

Pihak MCC Smart Services Sentiasa Siap Sedia Untuk Menjadi Pembimbing Peribadi Anda!

Jika risau, boleh hubungi pihak MCC Smart Services kerana mereka akan membantu anda menyempurnakan pelbagai perkara sebelum, semasa dan selepas perniagaan dobi layan diri anda itu di buka. Sebagai contoh, pihak MCC Smart Services akan menolong menentukan potensi pelanggan berdasarkan lokasi premis yang telah anda pilih.

Pihak mereka juga akan sentiasa memberikan tips-tips yang berguna bagi membolehkan anda membuat keputusan untuk memilih lokasi perniagaan yang strategik.

Tidak hanya membantu dari segi pemilihan lokasi premis, pihak MCC Smart Services jua akan meembantu anda untuk membuat corak, logo dan konsep untuk menonjolkan lagi perniagaan anda itu nanti supaya dapat menarik perhatian seramai pelanggan yang boleh.

Design bagi sesebuah Dobi Layan Diri itu sangat penting sebenarnya kerana ianya adalah satu daripada faktor kejayaaan bisnes dobi layan diri. Oleh itu, pihak MCC Smart Services akan berusaha membantu menyediakan design yang terbaik dan menarik untuk anda demi menarik perhatian bakal pelanggan untuk premis dobi layan diri anda nanti.

Segala ilmu yang akan berkaitan dengan penjelmaan jenama akan cuba dibentuk dengan sebaiknya supaya dapat memberi keuntungan yang sepatutnya untuk anda.

Setelah perniagaan berjaya dibuka dengan jumlah pelanggan seperti yang diharapkan, pihak MCC Smart Services sekali lagi akan membantu anda dari segi penyediaan sumber marketing seperti FB Pages dan video Dobi. Mcc akan juga akan sentiasa tanyakan perkembangan dobi layan diri pelanggan dan bantu untuk lebih mengembangkan lagi perniagaan anda itu.

Sebab Mengapa Perniagaan Dobi Boleh Memberi Keuntungan

Memang benar kebanyakan rumah mempunyai mesin basuh sendiri samada yang automatik mahupun separa automatik tetapi itu jika dihitung dengan jumlah pakaian yang telah menimbun mesin yang ada sudah tidak muat untuk membasuh semuanya. Faktor cuaca hujan juga memainkan faktor.

Di kedai dobi segalanya telah ada. Tidak hanya mesin untuk membasuh pakaian malah mesin untuk mengeringkan pakaian yang berkuasa tinggi juga ada. Ini memudahkan pelanggan untuk membasuh dan mengeringkan pakaian hingga ke tahap maksimum dengan mudah. Balik nanti hanya perlu di sangkut dan akan terus kering dengan udara bilik yang minimal.

Seperkara lagi yang membuatkan perniagaan dobi ini sering dikunjungi pelanggan adalah disebabkan toto. Toto yang seringkali digunapakai oleh masyarakat kita memang agak bermasalah untuk di cuci sendiri di rumah. Faktor sizenya yang besar dengan teksturnya yang tebal akan membuatkan situasi menjadi lebih sukar.

Kerana itu dengan adanya perniagaan dobi yang menyediakan mesin basuh berskala besar akan terus memudahkan pelanggan untuk mencuci toto masing-masing sehingga bersih dan harum tanpa perlu bercampur dengan toto milik orang lain.

Inilah Sebahagian Daripada Mereka Yang Telah Berjaya Dengan Bantuan MCC Smart Services ! Mereka Telah Berjaya, Anda Bila Lagi?

Jalankan Perniagaan Dobi Dengan MCC Smart Service Sekarang Untuk Hasil Yang Lumayan!

Inilah peluang keemasan yang tidak patut untuk anda lepaskan. Dengan adanya pihak seperti MCC Smart Services anda kini akan berpeluang untuk memiliki perniagaan dalam bidang dobi layan diri ini dengan baik dalam kadar harga yang sepatutnya. Berbekalkan modal yang rendah dengan bantuan bimbingan pastinya akan dapat memberikan anda hasil yang lumayan.

Belum cuba belum tahu dan segeralah hubungi pigak MCC Smart Service sekarang sebelum terlambat di :

MCC SMART SERVICES | PERNIAGAAN DOBI LAYAN DIRI
Hotline 1: Tekan untuk telefon (011-28431318) | Tekan untuk Whatsapp
Hotline 2: Tekan untuk telefon (012-4850806) | Tekan untuk Whatsapp
Hotline 3: Tekan untuk telefon (016-4213732) | Tekan untuk Whatsapp
Facebook : https://www.facebook.com/Mycucicuci/
Website : http://mccsmartservices.com/

Mulakan bisnes dobi layan diri dengan MCC Services

Hubungi talian +601128431318 atau tekan butang untuk WhatsApp

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Waze / Google Map

B12-08 Flr 12 Galeria Residence Wing B, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

   
Mulakan bisnes dobi layan diri dengan MCC Services

Hubungi talian +601128431318 atau tekan butang untuk WhatsApp

Call Whatsapp Layari Website

Mulakan bisnes dobi layan diri dengan MCC Services

Hubungi talian +601128431318 atau tekan butang untuk WhatsApp